You are on page 1of 14

SM.

HOLY TRINITY TAWAU


UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK
PENDIDIKAN MORAL
TINGKATAN 3 (2022)

NAMA:___________________________________ KELAS:______________

BAHAGIAN A (SOALAN OBJEKTIF)


40 MARKAH

Sila jawab semua soalan yang diberikan dan tnadakan jawapan di ruangan yang
disediakan

1) Tuhan mengamanahkan kepada manusia tugas menguruskan alam.


Antara yang berikut, manakah yang menunjukkan kegagalan manusia
melaksanakan tugasnya?

I Pembakaran terbuka
II Pembebasan asap hitam
III Penanaman semula flora
IV Pembuangan sisa-sisa toksik ke dalam sungai

A I, II dan III B I, II dan IV C II, III dan IV D Semua di atas

2) Alam merupakan anugerah Tuhan. Kita perlu

A menebang pokok untuk mencari keuntungan yang maksimum


B membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai
C melindungi keaslian alam
D membangunkan kawasan hutan dengan sewenang-wenangnya

3) Seseorang yang mempunyai harga diri akan melakukan perkara-perkara yang


berikut kecuali

A merosakkan diri dan menjejaskan masa depan diri


B sentiasa menjalani kehidupan yang sihat
C melakukan aktiviti-aktiviti yang membawa manfaat kepada diri
D menjaga maruah diri

4) Semua perlakuan di bawah menunjukkan nilai bertanggungjawab kecuali

A seorang pengurus syarikat menyediakan laporan projek yang lengkap dan tanpa
sebarang kesalahan
B para pelajar menghabiskan masa terluang di pusat-pusat siber
C juruterbang memeriksa keadaan kapal sebelum memulakan penerbangan
D cikgu memeriksa buku kerja pelajar dengan teliti
5) Pilih kelakuan yang boleh merosakkan diri dan perlu dihindari

I Menyertai kumpulan samseng


II Mengusik pelajar-pelajar perempuan di Sekolah
III Selalu ponteng kelas dan merokok di dalam tandas sekolah
IV Berkelakuan liar dan meniru tabiat buruk rakan-rakan

A I dan II B I, II dan III C II, III dan IV D Semua di atas

6)
saksama
X

Tidak berat
sebelah

Antara yang berikut, manakah dapat dikaitkan dengan X di atas ?

I Puan Nina memberi layanan yang sama baik kepada kedua-dua anak kembarnya
II Semua kemudahan sekolah boleh digunakan oleh setiap pelajar
III Rakyat mendapat perkhidmatan rawatan kesihatan yang sama
IV Hanya kawasan bandar perlu di bangunkan

A I, II dan III B I, II dan IV C II, III dan IV D Semua


di atas

7)Pilih kepentingan nilai toleransi.

I Mewujudkan keamanan dalam masyarakat


II mengelakkan perselisihan faham
III mengelakkan pergaduhan
IV Mencetuskan isu perkauman

A I dan II B I, II dan III C II, III dan IV D Semua di atas


Soalan 8 dan 9 berdasarkan rajah dibawah.

8)
Nilai Q

Mampu
mengorak
langkah

ABDULLAH
Kejayaan

Berusaha bertungkus
tanpa mengenal erti
penat

Nilai R

Apakah maksud nilai Q ?

A Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan


orang lain
B Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri
dalam
kehidupan
C Kesanggupan seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan
dengan
sempurna
D Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang
lain

9) Nilai R membawa maksud

A kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang


lain
B usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan,kegigihan,
dedikasi
dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara
C kesanngupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta
kewajipan
dengan sempurna
D sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan
orang lain
10) Seseorang yang mengamalkan nilai kesederhanaan akan

I berbelanja mengikut keutamaan


II membuat perancangan perbelanjaan
III mengelakkan diri daripada berboros
IV berbelanja tanpa had

A I dan II B I, II dan III C II, III dan IV D Semua di atas

11) Pilih ciri-ciri yang berkaitan dengan nilai kesederhanaan

I Tidak terlalu mementingkan orang lain


II Bertindak mengikut kemampuan diri
III Bersimpati dengan orang lain
IV Mengabaikan kepentingan diri demi kepentingan orang lain

A II B I dan II C II dan III D III dan IV

12)
Hemah tinggi

Pergaulan dengan orang lain

Berbudi
X
pekerti
mulia

X di dalam rajah di atas ialah

A melaksanakan tugas dengan baik B sabar


C beradab sopan D menjaga maruah diri

13) Seseorang yang mempunyai nilai amanah akan

A dicurigai oleh rakan-rakan sekerja sewaktu menjalankan tugas


B mampu memberi keyakinan kepada orang lain sebelum menjalankan tugas
C disukai oeh rakan sekerja semasa menjalankan sesuatu tugas
D mampu memperoleh kepercayaan dan keyakinan orang lain kerana
melaksanakan tugas dengan penuh bertanggungjawab

14) Berikut merupakan amalan yang menggambarkan nilai kerajinan, kecuali

A berusaha dengan bersungguh-sungguh walaupun gagal dalam peperiksaan


B bekerja bersungguh-sungguh untuk menyara keluarga
C sentiasa menambah ilmu untuk lebih maju ke hadapan
D terlibat dengan gejala sosial
15) Apakah yang dimaksudkan dengan nilai kasih sayang ?

A Menyayangi diri sendiri sahaja


B Tiada belas kasihan terhadap haiwan liar
C Menjauhi perkara yang menjejaskan kesihatan dan mengancam keselamatan
diri
D Membunuh makhluk yang mengancam nyawa diri

16) Yang berikut merupakan sikap rasional, kecuali

A tidak akan bertindak mengikut emosi dan perasaan


B tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain dalam melakukan sesuatu kerja
C tidak akan mencampuradukkan hal-hal peribadi ketika membuat keputusan
D tidak akan mempertimbangkan segala kemungkinan yang berlaku

17) Apakah yang dimaksudkan dengan kesederhanaan ?

A Tidak terlalu merendah diri dalam sesuatu perkara


B Tidak terlalu berkira dan mementingkan diri sendiri
C Tidak menjaga kepentingan sendiri demi kepentingan orang lain
D Tidak keterlaluan dalam sesuatu tindakan, perlakuan, atau pemikiran

18) Bagaimanakah cara menjaga maruah keluarga ?

I Tidak bergaul dengan rakan-rakan


II Berkelakuan sopan di khalayak ramai
III Berpakaian sopan tanpa mendedahkan tubuh badan
IV Tidak bergaul dengan orang yang tidak bermoral

A I,II dan III B I,II dan IV C I,III dan IV D II,III dan IV

19) Apakah keburukan tidak menjaga maruah keluarga ?

I Hidup dikongkong oleh ahli keluarga


II Akan dibenci oleh ahli keluarga yang lain kerana menjejaskan imej keluarga
III Hubungan kekeluargaan menjadi renggang
IV Masyarakat memandang rendah terhadap keluarga

A I dan II B II dan III C I,II dan III D II,III dan IV

20) Anak-anak juga mempunyai tanggungjawab dalam keluarga seperti

I menjaga nama baik keluarga


II berusaha untuk memajukan diri
III belajar dengan bersungguh-sungguh
IV menyediakan keperluan asas untuk keluarga

A I,II dan III B I,II dan IV C I,III dan IV D II,III dan IV


21) Antara berikut, yang manakah merupakan kesan buruk pengguguran kandungan ?

I Mengancam nyawa
II Sentiasa dibayangi rasa berdosa
III Pengeluaran kos yang banyak
IV Menjejaskan nama baik keluarga

A I, II dan III B I, II dan IV C I,III dan IV D II,III dan IV

22) Individu yang menjaga maruah diri dan keluarga

I menyambut baik ajakan rakan termasuk ajakan negatif


II berpegang teguh kepada ajaran agama
III tidak melibatkan diri dalam gejala sosial
IV berusaha mengembangkan bakat dan kebolehan diri

A I,II dan III B I,II dan IV C I,III dan IV D II,III dan IV

23) Keseimbangan ekosistem bermaksud

A hubungan seimbang antara manusia, haiwan, dan tumbuhan dengan


persekitarannya.
B hubungan seimbang antara hidupan di darat dan hidupan di laut.
C kebergantungan hidup antara tumbuh-tumbuhan dan haiwan di hutan
D kebergantungan hidup manusia kepada tumbuh-tumbuhan sebagai sumber
oksigen.

24) Berikut merupakan aktiviti yang dijalankan dalam pertanian secara organik,
kecuali

A menggunakan baja kompos


B mengawal perosak secara biologi
C menggunakan racun perosak kimia
D menggunakan baja hijau

25) Apakah kebaikan program kitar semula ?

I Menambah pendapatan Negara


II Menjaga kebersihan alam sekitar
III Menjamin keseimbangan ekosistem
IV Mengurangkan longgokan sampah sarap

A I,II dan III B I,II dan IV C I,III dan IV D II,III dan IV

26) Berikut merupakan punca-punca pencemaran udara, kecuali

A. pembakaran hutan B. aktiviti perindustrian


C. tumpahan minyak D. penggunaan kenderaan
bermotor
27) Apakah yang akan terjadi sekiranya hutan tidak dipelihara ?

A. Cuaca menjadi bertambah sejuk


B. B. Sistem ekologi menjadi lebih seimbang
C. Bilangan binatang liar semakin bertambah
D. Manusia akan kehilangan udara yang bersih

28) Kegiatan manakah menyumbang kepada berlakunya jerebu ?

A Pembakaran hutan secara terbuka


B Membuang sampah ke dalam sungai
C Menggunakan petrol tanpa plumbum
D Menyembur ubat untuk menghapuskan nyamuk

29) Antara akibat penipisan lapisan ozon ialah

I penyakit kanser kulit


II perubahan iklim dunia
III mengurangkan jarak penglihatan
IV memusnahkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan

A I,II dan III B I,II dan IV C I,III dan IV D II,III dan IV

30) Antara berikut, yang manakah bukan merupakan punca kepupusan hidupan
marin ?

A Hidupan laut mati akibat pencemaran laut


B Aktiviti penjelajahan di dasar laut
C Pemburuan hidupan laut untuk tujuan komersial
D Hidupan laut mati akibat terperangkap dalam pukat hanyut

31) Individu yang mengamalkan nilai berdikari akan

A mencapai kejayaan hasil usaha sendiri.


B terus mencuba walaupun mengalami kegagalan.
C meminta bantuan orang lain untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
D bersedia memberikan kerjasama dalam setiap perkara yang dilakukan.

32) Pernyataan di atas merujuk kepada nilai…..


Chong menolong cikgu Aida membersihakan
A kerajinan kawasan sekolah
B berdikari
C hemah tinggi
D bertanggungjawab
33) Selain harga diri, setiap belia perlu mempunyai …………………untuk
menghadapi kehidupan yang mencabar.

A wang yang banyak


B kenalan yang ramai
C keyakinan yang tinggi
D badan yang sihat

34) Garis panduan tentang bentuk perkhidmatan kepada pelanggan dalam sesebuah
organisasi dikenal sebagai…………

A peraturan pejabat
B akujanji perkhidmatan
C piagam pelanggan
D buku panduan pejabat

35) Pilih sikap yang menunjukkan amalan yang berhemah tinggi

A tidak malu membetulkan kesilapan diri


B tidak senang apabila dikritik
C tidak mahu mengakui kelemahan diri’
D suka menyalahkan orang lain

 Genggam bara api biar sampai jadi arang


 Menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal
lengan

36) Peribahasa-peribahasa di atas menunjukkan masyarakat kita mengamalkan nilai

A amanah B kerajinan
C rasional D hemah tinggi

37) Konflik antara dua pihak boleh diselesaikan secara ………..

A. toleransi B. bersederhana
C. perbalahan D. berdiam diri

38) Salah laku remaja yang berlaku pada hari ini disebabkan mereka…..

A. tidak mampu berfikir kesan baik dan buruk


B. kurang mahir melakukan sesuatu perkara
C. tidak yakin untuk berbuat kebaikan
D. diarah oleh ahli keluarga untuk melakukannya
39) Mengapakah Alam Semulajadi perlu dipelihara?

A Menyediakan alam yang indah untuk generasi akan datang


B Menarik perhatian pelancong untuk mengunjungi Negara kita
C Sebagai tanda mensyukuri nikmat tuhan
D Memudahkan proses pembangunan

40) Apakah Dasar Negara Jepun yang dipilih oleh Malaysia untuk menjadi model
pembangunan Negara?

A Dasar Pandang Ke Jepun B Dasar Pandang Ke Timur


C Dasar Pembangunan Negara Jepun D Dasar Negara Jepun

BAHAGIAN B
SOALAN SUBJEKTIF (60 MARKAH)

1. Isi tempat kosong dibawah dengan jawapan yang sesuai (14 markah)

Sisa pepejal Produk Tenaga Dipelihara Belanjawan


Pencemaran Hutan Mengurangkan Pelupusan Memelihara
Habitat Bahan mentah Kayu balak tercemar

a.Amalan 5R dapat mengurangkan _____________________ yang disebabkan oleh


______________
b.Amalan 5R dapat mengurangkan keperluan terhadap ______________________.
oleh itu, sumber asli seperti ____________________ dapat disimpan dan dikekalkan.
c.Kitar semula hanya memerlukan sedikit ___________ untuk menghasilakn produk
dan secara tidak langsung dapat membantu dalam __________________ alam semula
jadi.
d.Amalan 5R dapat mengelakkan pemusnahan _____________________ flora dan
fauna kesan daripada kemusnahan ___________________.
e.Amanalan 5R dapat meningkatkan jangka hayat tapak _________________ sampah
dan tapak ini perlu dikawal selia dengan baik agar tidak _______________________
f.Amalan 5R dapat mengurangkan ____________________ kewangan kerana kos
untuk menghasilkan _____________________ daripada bahan mentah lebih tinggi
berbanding dengan produk yang dihasilkan oleh bahan-bahan kitar semula.
g.Amalan 5R dapat ____________________ penggunaan bahan mentah. Oleh itu,
alam semula jadi dapat ___________________ untuk generasi akan datang
2. Nyatakan sama ada tindakan di bawah ini WAJAR atau TIDAK WAJAR.
(10 markah)
WAJAR /
TINDAKAN
TIDAK WAJAR
a) Su Ann melakukan kerja yang diamanahkan kepadanya dengan
penuh dedikasi.
b) Cikgu Halim kembali semula ke sekolah setelah urusannya di
Pejabat Pelajaran selesai.
c) Fahmi enggan mengakui kesalahannya kerana bimbang akan
menjatuhkan mukanya sendiri.
d) Doris menuduh rakannya mencuri bukunya tanpa usul periksa.
e) Joy sering mengunjungi kelab malam walaupun dia masih di bawah
umur.
f) Ravi melaksanakan tugas yang diberikan kepadanya sekadar untuk
memuaskan hati majikannya.
g) Zeti menyimpan baki duit belanja yang diberikan oleh ayahnya di
dalam tabung.
h) Amir akan menilai dirinya terlebih dahulu sebelum menilai diri
orang lain.
i) Puan Lim tiada masa untuk mengambil tahu tentang hal pelajaran
anak-anaknya kerana terlalu sibuk bekerja.
j) Rajit enggan bercakap dengan bapanya kerana mereka sering
bercanggah pendapat.
3. Berdasarkan situasi yang diberikan, cadangkan tindakan yang wajar dilakukan
(6
markah)
Situasi 1 Tindakan
Ah Meng dan keluarganya __________________________________________
suka menghabiskan masa __________________________________________
mereka dengan berkaraoke di __________________________________________
rumah dan memasang lagu __________________________________________
dengan kuat
Situasi 2 Tindakan
Abdul dijemput oleh jiranya __________________________________________
yang berlainan bangsa untuk __________________________________________
menghadiri jamuan hari jadi __________________________________________
yang akan diadakan pada __________________________________________
hujung minggu ini
Situasi 3 Tindakan
Anda melihat jiran baru anda __________________________________________
sedang mengangkat barang- __________________________________________
barang daripada lori. Mereka __________________________________________
baru sahaja berpindah di __________________________________________
sebelah rumah anda.
4. Berdasarkan gambar yang diberikan, jawab soalan yang berikut

(a) Apakah yang anda faham tentang konsep 5R? (2 markah)


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

(b) Huraikan 2 kesan negatif sekiranya masyarakat tidak mengamalkan amalan


5R dalam kehidupan seharian? (4 markah)
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

(c) Terangkan bagaimana seseorang murid boleh membantu mengurangkan


pencemaran alam sekitar? (4 markah)
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
5. Gambar di bawah menunjukkan seorang posmen sedang menghantar surat kepada
penerima.

(a) Selain surat, nyatakan barang lain yang boleh kita pos kepada kawan-kawan atau
saudara mara yang berada di negeri lain? (3 markah)
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

(b) Sering kali pelanggan perlu beratur panjang untuk mendapatkan perkhidmatan di
kaunter pejabat pos. Cadangkan 3 langkah untuk meningkatkan kualiti
perkhidmatan pos di negara kita? (3 markah)
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

(c) Suatu hari anda menerima panggilan telefon daripada pejabat pos yang
menyatakan bahawa barang anda sudah sampai. Apabila anda ke sana, didapati
barang anda telah hilang. Apakah tindakan anda? (4 markah)
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
6. Berdasarkan gambar yang diberikan, jawab soalan-soalan yang berikutnya

(a) Nyatakan tindakan beradab yang sepatutnya dilakukan semasa berada dalam
majlis tersebut? (3 markah)
i. _________________________________________________________________
ii. _________________________________________________________________
iii. _________________________________________________________________
(b) Jelaskan kepentingan apabila kita beradab dalam sesuatu majlis yang dihadiri
(2 markah)
i. _________________________________________________________________
ii. _________________________________________________________________
(c) Nyatakan perbuatan yang tidak boleh dilakukan dalam majlis perkahwinan
tersebut (3 markah)
i. _________________________________________________________________
ii. _________________________________________________________________
iii. _________________________________________________________________
(d) Apakah perasaan anda jika terdapat tetamu yang tidak beradab dalam majlis
rasmi? Berikan alasan anda. (2 markah)
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
~ Selamat menjawab ~
Disediakan oleh, Disemak oleh,
….……………………. ……………………….
(PN.SURIATI BT ISKANDAR) (PN.HJH ROSNI BT RUDDIN)
Guru pendidikan moral SMHT Ketua Bidang Kemanusiaan SMHT

You might also like