You are on page 1of 2

Bahagian A

Terdapat pelbagai jenis kuih – muih tradisional di Malaysia.


Antaranya ialah karipap, kuih lapis dan seri muka. Kuih – muih juga
mempunyai banyak keistmewaan di Malaysia. Antaranya, kuih – muih
mempunyai pelbagai rasa yang berbeza iaitu yang manis dan juga masin.
Selain itu, kuih – muih sangat mudah untuk memperoleh kerana boleh
diperoleh di mana – mana dengan ramuan yang betul. Semua ramuan
untuk membuat kuih – muih juga mudah dicari di kedai. Akhir sekali,
harga kuih – muih juga berpatutan. Biasanya, harga sebuah kuih – muih di
Malaysia ialah RM6 sebungkus. Kesimpulannya, Malaysia mempunyai
banyak jenis kuih – muih tradisional yang sedap dan yang harganya
berpatutan.

Bahagian B
Kes kemalangan jalan raya semakin meningkat semakin
membimbangkan. Terdapat pelbagai langkah – langkah yang wajib
dijalankan untuk memastikan keselamatan diri di jalan raya.
Antaranya ialah penyelenggaran kenderaan perlulah dilakukan oleh
pemilik kenderaan setiap tahun. Hal ini adalah untuk memastikan semua
bahagian-bahagian kenderaan dapat berfungsi dengan baik. Jika mempunyai
bahagian kenderaan yang tidak berfungsi kerana tidak diselenggara akan
mengakibatkan kekeliruan pada pemandu lain. Konklusinya, kenderaan
perlulah diselenggara sebelum digunakan di atas jalan raya untuk
mengelakkan kemalangan.
Selain itu, kita boleh mengurangkan jumlah kenderaan pada jalan raya
dengan menaiki pengangkutan awam seperti LRT, kereta api dan lain – lain.
Ini dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya dan mengurangkan
peluang untuk perlakuan kemalangan kenderaan.
Seterusnya, pihak kerajaan dan pihak berkuasa hendaklah memasang
kamera perngkap kelajuan di tempat-tempat yang strategik di seluruh pelosok
dunia bagi mengawasi had kelajuan kenderaan yang dipandu mereka. Dengan
adanya alat yang serba canggih ini, para pemandu dan penunggang yang
menaiki kenderaan melebihi had laju yang ditetapkan wajiblah membayar
saman mereka seberapa banyak yang ditetapkan setelah menerima surat
saman daripada pihak berkuasa.
Akhirnya, dengan mengadakan kempen kesedaran kemalangan jalan
raya,masyarakat mempunyai kesedaran tentang keselamatan jalan raya agar
dapat mempunyai sahsiah diri yang tinggi sebagai seorang pengguna jalan
raya. Cara ini dapat diterapkan terutamanya dari kalangan remaja yang masih
muda kerana bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Kesimpulannya, pelbagai jenis cara telah dibincangkan untuk
mengatasi masalah kemalangan jalan raya di negara kita. Kita haruslah
mematuhi semua langkah – langkah yang disenaraikan untuk keselamatan
diri dan juga orang lain.

You might also like