You are on page 1of 1

KPM.100-6/1/27 Jld.

8 (82)

Semua Pengarah Pendidikan Negeri


19 Februari 2021
Semua Pegawai Pendidikan Daerah

YBhg.Datuk/ YBrs.Dr./Tuan/Puan,

PENGECUALIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI GURU YANG


TERLIBAT SEBAGAI PETUGAS PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2020

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Pasca Kabinet, Kementerian Pendidikan


Malaysia (KPM) Bilangan 2 Tahun 2021 bertarikh 10 Februari 2021 telah bersetuju
memberi pengecualian Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) serta Pengajaran
Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) kepada guru yang terlibat sebagai petugas
peperiksaan iaitu pengawas peperiksaan dan pemeriksa skrip jawapan
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Vokasional Malaysia tahun 2020
sepanjang tempoh masa mereka bertugas.

3. Pihak Pengetua atau Pentadbir Sekolah hendaklah merancang dan mengatur


jadual PdP dan PdPR dengan sebaiknya sepanjang tempoh peperiksaan dan
pemeriksaan berlangsung. Sehubungan dengan itu, pihak
YBhg.Datuk/YBrs.Dr./tuan/puan hendaklah mengambil tindakan dengan
memaklumkan kepada pegawai yang bertanggungjawab di jabatan pendidikan negeri
(JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan semua sekolah berkaitan di bawah
pentadbiran YBhg.Datuk/YBrs.Dr./tuan/puan.

Keperihatinan dan kerjasama YBhg.Datuk/YBrs.Dr./tuan/puan berhubung perkara ini


amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

(DATO’ HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI)


Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like