You are on page 1of 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam kes ini, kita perlu mengetahui terlebih dahulu maksud sosiologi dan sosiologi
pendidikan?

Sosiologi merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan
dengannya. Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam
masyarakatnya. Menurut seorang tokoh sosiologi iaitu Auguste Comte (1798-1857),
sosiologi ialah proses melihat masyarakat dari satu perspektif baru iaitu kaedah pendekatan
saintifik yang mementingkan kaedah pemerhatian yang sistematik, pengujian kajian dan
analisis perbandingan sejarah.

Manakala, Sosiologi Pendidikan pula ialah kajian tentang bagaimana insititusi awam dan
pengalaman individu mempengaruhi pendidikan dan hasilnya. Ia menumpukan sistem
persekolahan awam bagi masyarakat perindustrian moden, termasuk perluasan pendidikan
tinggi, pendidikan lanjutan, dan pendidikan dewasa.

Maka, kursus ini iaitu kursus pengurusan pembelajaran ialah salah satu daripada bidang
dalam sosiologi pendidikan kerana pengurusan pembelajaran ini lebih menekankan kepada
guru-guru yang mengajar di sekolah dan bukan tertumpu kepada murid-murid. Bidang ini
memberi impak yang besar bagi sesebuah institusi pendidikan dalam melaksanakan
tanggungjawab organisasi sekolah untuk mencapai prestasi cemerlang dalam aspek
akademik pelajar.

Pengurusan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar


mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu
dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran,
memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau
pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang.

You might also like