You are on page 1of 15

PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

1.0) PENGENALAN

Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan
sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya
penglihatan dan pendengaran. menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan
pendidikan khas. Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan
tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk
kanak-kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di

Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar “lembam”
(lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya)
bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak ‘Bermasalah Pembelajaran’
baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan
kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa
perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta,
pekak, dan bermasalah pembelajaran.

Peristiwa Penting yang Mempengaruhi Perkembangan Pendidikan Khas

Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi setiap
individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam Persidangan Dunia
bertemakan ‘Pendidikan Untuk Semua’ di Jomtien, Thailand yang menekankan: Keperluan-
keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-
langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua
kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-kanak Sedunia


dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka berhak mendapat
penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang
menjadi seberapa normal yang mungkin. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia
dinyatakan dalam Akta Pelajaran1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan
bahawa; “sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas
untuk muridmurid yang kurang upaya”

1
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran
melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan
tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini
menyebut; Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab
terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil
alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang
mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela
dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981


dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan
menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanakkanak kurang upaya. Kementerian-
kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan ialah Kementerian
Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh. Pada amnya, Jawatankuasa ini
menetapkan:

• Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak


bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran
(terencat akal) yang boleh dididik.

• Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-


kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak
spastik.

• Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal dan


menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. Akta Pelajaran 1961
disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai
Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa: Seksyen
40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai ‘era baru’ dalam
dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada
permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk
menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan
khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga
mereka berumur 19 tahun. 41. 1. Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh
melalui peraturan-peraturan menetapkan:

2
• Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang
menerima pendidikan khas.

• Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas

• Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi
pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas.

• Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi
maksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang
ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah
yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat.

Program Pendidikan Khas Integrasi

Sekolah-sekolah yang mempunyai kelas untuk murid khas yang ditadbir sepenuhnya oleh
Jabatan Pelajaran Negeri , Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu 'kanak-kanak
yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan
penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan
sekolah biasa' (Chua,1982).

Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang Bertanggungjawab


mengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak dan
belia yang bersifat luar biasa. (Gearhart dan Weishahn,1980).

Falsafah Pendidikan Khas

Pendidikan Khas di Malysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang
berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mengurus
kehidupan serta menyedari potensi diri sendirir seabgai seorang individu dan ahli masyarakat
yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Objektif Falsafah Pendidikan Khas :

1. Melaksanakan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Khas


2. Memperseimbangkan peluang-peluang pendidikan dalam aspek peruntukan
kewangan, pakar khidmat sokongan khas, peruntukan fizikal, pembangunan dan
lain-lain.

3
3. Menyediakan perkembangan kemahiran intelek dan psikomotor secara
menyeluruh dan bersepadu untuk menghasilkan individu yang terpelajar dan
seimbang dalam masyarakat.
4. Menekankan Pendidikan Bagi Semua (Education for all).
5. Segala program yang dirancang dan dibentuk hendaklah berlandaskan kebolehan
kefungsian, bukan kepada kategori / labelling.
6. Memperkukuhkan keadaaan bahawa kanak-kanak dengan keperluan-keperluan
khas pada asasnya adalah kanak-kanak dan pergaulan berterusan dengan kanak-
kanak biasa adalah berfaedah; kelas khas rancangan percantuman, normalisasi,
persekitaran yang tidak terhad,
7. intergrasi sosial, intergrasi berfungsi, intergrasi setempat dan pengsealiran
(mainstreaming).
8. Menghasilkan individu yang mempunyai kesedaran, semangat, kesetiaan, aspirasi
dan nilai yang tinggi agar dapat bersatu dan membentuk perpaduan di kalangan
masyarakat majmuk.
9. Menghasilkan sumber tenaga manusia untuk pembangunan ekonomi negara.
10. Menyediakan individu yang mempunyai nilai moral yang tinggi, sahsiah yang
baik, bertanggungjawab, berdisiplin dan progresif agar dapat memberi sumbangan
dalam pembangunan bangsa dan negara.
11. Menyediakan kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas dengan
program seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa dan belajar bersama-sama
mereka.

2.0) JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang
diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang dikatakan
kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit ini dianggotai oleh
hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah. Apabila
berlaku penstrukturan baru pada I Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf
kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya sama dengan status jabatan-jabatan lain Hal
ini membolehkan Jabatan ini menjalankan tanggungjawabnya seperti yang dikehendaki oleh
negara dan tuntutan masyarakat. Visi, Misi dan Falsafah Jabatan Pendidikan Khas.
Permintaan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya dan kesedaran masyarakat

4
terhadap pendidikan khas juga menjadi faktor utama yang menyebabkan berkembangnya
pendidikan ini. Objektif menaik taraf Jabatan Pendidikan Khas ialah untuk:

• Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk pelajar dengan


keperluan Khas.

• Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar dengan
keperluan khas.

• Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar dengan


keperluan khas.

• Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.

• Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan
khas

3.0) BAHAGIAN JABATAN PENDIDIKAN KHAS


3.1) Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar

Bertanggungjawab untuk merealisasikan dasar, hala tuju dan perkembangan


pendidikan khas dengan menetapkan peraturan dan perundangan mengenai pendidikan khas
dan menyelaras hasil penyelidikan dan kajian dan membuat perancangan bagi pelaksanaan
dasar-dasar mengenai pendidikan khas.

3.2) Bahagian Pengurusan Sekolah

Bertanggungjawab untuk merancang, menggubal, mengubahsuai, mengelola dan


menyelaras kurikulum dan kokurikum.

3.3) Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu

Bertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepakaran bagi guru-guru danmemberi


khidmat bantu kepada pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat di samping merancang,
mengurus dan mentadbir pusat sumber jabatan dan sekolah, dan mencetak bahan sokongan
(seperti bahan Braille).

5
Unit Pengurusan

Bertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pengurusan Jabatan melalui


perbelanjaan kewangan berhemah, peningkatan kebajikan dan kemajuan perkhidmatan warga
pendidikan khas, penyebaran maklumat dan penggunaan media elektronik.

4.0) JENIS-JENIS SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas melalui dua


Pendekatan Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah
pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid bermasalah
pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan, ia diwujudkan di
sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang
menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa
inklusif.

Tempoh belajar bagi pelajar berkeperluan khas rendah adalah 6 tahun, manakala
tempoh pelajar bagi pelajar berkeperluan khas menengah adalah 5 tahun. Tempoh ini boleh
dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum sama ada peringkat rendah atau menengah mengikut
keperluan pelajar berkenaan (Jabatan Pendidikan Khas, 2004, Kementerian Pendidikan
Malaysia, Terdapat enam sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah penglihatan dan
25 sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah pendengaran.

Jumlah pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah penglihatan ialah 337


berbanding dengan 2236 pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah pendengaran.
Terdapat kira-kira 99 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah penglihatan
berbanding dengan 531 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah pendengaran
di seluruh negara.

Secara umum, pada tahun 2002 daripada jumlah pelajar yang mengikuti program
pendidikan khas yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, 70% terdiri
daripada pelajar bermasalah pembelajaran, 25% bermasalah pendengaran dan 5% bermasalah
penglihatan.

6
5.0) PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN KHAS

Pengurusan dan Pentadbiran merujuk kepada proses perancangan,


penyusunan,pengarahan, dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan
semua-sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi .Pentadbiran atau pengurusan
sangat penting dalam sesebuah organisasi.

Hal ini kerana pentadbiran dan pengurusan yang akan menggerakkan organisasi
untuk mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan. Pengurusan dan pentadbiran yang cekap
akan memudahkan organisasi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Sekolah sebagai
organisasi pendidikan juga tidak terkecuali daripada pengurusan dan pentadbiran. Pengurusan
dan pentadbiran sekolah juga tidak banyak berbeza dengan organisasi lain.

Program Pendidikan Khas Integrasi(PPKI) mempunyai sistem pengurusan dan


pentadbiran yang berbeza dengan kelas aliran perdana di sekolah. Pengurusan dan
pentadbiran PPKI yang berbeza dengan pentadbiran sekolah bertujuan untuk meningkatkan
lagi kualiti dan keberkesanan pentadbiran untuk mengawal dan mentadbir PPKI dengan lebih
baik dan tidak terganggu dengan kelas aliran perdana.

Satu jawatankuasa yang diketuai oleh guru besar perlu dibentuk bagi memudahkan
pengagihan tugas kepada guru-guru pendidikan khas. Ahli-ahli Jawatankuasa termasuk guru
kelas, guru mata pelajaran, guru kokurikulum, guru disiplin, guru stok, guru keceriaan dan
guru bertugas mingguan.

Rajah 1: Ahli Jawatankuasa Pentadbiran Program Pendidikan Khas Di Sekolah

7
Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (GPKPK), dan Penyelaras
Program Pendidikan Khas merupakan barisan kepimpinan yang akan mengendalikan
pentadbiran dalam organisasi sekolah. Pentadbir akan merancang dan menyusun strategi
bagaimana untuk mentadbir program pendidikan khas integrasi serta mengarah dan
mengawal program pendidikan khas seperti yang dikehendaki oleh pentadbir. Ahli-ahli
jawatankuasa yang berada dibawah pentadbir akan berperanan untuk membantu pihak
pentadbir untuk melaksanakan pelbagai rancangan dan program-program dalam usaha
program pendidikan khas integrasi untuk mencapai matlamat visi dan misi yang telah
ditetapkan. Dalam usaha mencapai visi dan misi pendidikan khas, komitmen yang tinggi
diperlukan dari para pentadbir dan guru-guru pendidikan khas.

Beberapa jawatankuasa ditubuhkan bagi melicinkan lagi pentadbiran program


pendidikan khas. Jawatankuasa-jawatankuasa tersebut ialah jawatankuasa kurikulum
pendidikan khas,jawatankuasa program inklusif dan jawatankuasa disiplin pendidikan khas.
Penubuhan jawatankuasa itu bertujuan untuk menyelia pelaksanaan program-program yang
berkaitan.

Bagi melicinkan lagi pentadbiran,terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan.


Pertama, mesyuarat jawatankuasa pendidikan khas perlu diadakan sebanyak 4 kali setahun
dan perlu difailkan jawatankuasa pendidikan khas. Mesyuarat ini penting untuk memastikan
kesemua ahli jawatankuasa melibatkan diri secara aktif dalam setiap perancangan dan
pelaksanaan program yang dirancang untuk program pendidikan khas. Mesyuarat juga
penting untuk memaklumkan kepada semua ahli jawatankuasa dan pentadbir mengenai
maklumat-maklumat terbaru serta membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil
untuk mengatasi permasalahan yang timbul. Bagi mensyuarat dengan para ibubapa murid
pula, mesyuarat itu perlu diadakan sebanyak 2 kali setahun. Mesyuarat ini bertujuan untuk
menjalinkan hubungan dengan ibubapa disamping memaklumkan kepada mereka maklumat-
maklumat terkini berkaitan dengan anak mereka dan sekolah.

Penyelaras Program Pendidikan Khas memainkan peranan yang besar sebagai guru
yang menjadi tunjang utama menggerakkan program pendidikan khas. Penyelaras yang
dipilih perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut iaitu:

o Kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pendidikan khas

o Daya kepimpinan

8
o Perwatakan

o Komitmen atau kesungguhan

o seniority

o Sokongan dari guru-guru pendidikan khas yang lain

o Sokongan dari pihak pentadbir sekolah

Penolong penyelaras pendidikan khas juga dilantik bagi membantu penyelaras


pendidikan khas. Beza antara penolong penyelaras dengan penyelaras ialah penyelaras akan
diberi surat lantikan manakala penolong penyelaras tidak diberi surat lantikan.

Selain itu,beberapa pentadbiran umum juga perlu dilaksanakan. Antaranya ialah,


membentuk dan menggerakkan jawatankuasa pendidikan khas sekolah,menganggotai
jawatankuasa kurikulum, kokurikulum dan kewangan peringkat sekolah,menyediakan
takwim kelas pendidikan khas bersama dengan guru-guru pendidikan khas; merancang,
menyelia dan membantu perjalanan aktiviti kelas pendidikan khas sepanjang tahun,memberi
taklimat kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru tentang pengurusan kelas pendidikan
khas, menyampaikan maklumat dan dapatan mesyuarat penyelaras bersama dengan ketua unit
pendidikan khas, jabatan pelajaran negeri kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru
pendidikan khas,memastikan fail-fail kelas pendidikan khas yang berkaitan diwujudkan dan
sentiasa dikemaskini.

Guru-guru pendidikan khas juga perlu menjalankan pengurusan kewangan pendidikan


khas,pengurusan kelas,pengurusan jadual waktu, dan pengurusan Pengajaran dan
Pembelajaran. Bendahari memainakan peranan penting dalam pengurusan kewangan.
Bendahari perlu Menyediakan penyata akaun untuk merekodkan kemasukan dan pengeluaran
wang dari tabung kelas pendidikan khas, mengemas kini akaun tabung kelas pendidikan
khas pada setiap hujung bulan dan membentangkan kedudukan kewangan tabung kelas
pendidikan khas dalam setiap mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas dan mesyuarat
Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas. Pengurusan kelas pula melibatkan keceriaan dan
kebersihan kelas serta memastikan kelas dibuka dan ditutup pada waktunya sepanjang waktu
persekolahan.

9
6.0) SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU
6.1) Sejarah Penubuhan Program Pendidikan Khas Integrasi Sk Kuala Kubu
Bharu

Program Pendidikan Khas Integras (PPKI) SK Kuala Kubu Bharu Hulu Selangor
ditubuhkan pada tahun 1989 oleh seorang guru (GSTT). Di awal penubuhannya, program ini
diterajui oleh Pn Dariatul Badariah sebagai Penyelaras dan mempunyai 5 orang murid yang
terdiri daripada murid untuk bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran.

Bermula pada tahun 2012, PPKI SK Kuala Kubu Bharu merupakan 'centre' dan satu-
satunya program Pendidikan Khas di daerah Hulu Selangor yang khusus untuk murid-murid
yang Bermasalah Pendengaran dan Bermasalah Penglihatan. Oleh yang demikian, murid-
murid PPKI SKKKB bukan sahaja terdiri daripada penduduk di sekitar Kuala Kubu Bharu.
Ada juga murid yang datang dari Tanjong Malim dan Batang Kali.

Disebabkan bilangan murid dan kelas semakin bertambah, pada tahun 2012 PPKI
SKKKB telah mendapat penolong kanan. Sehingga kini, PPKI SKKKB telah diterajui oleh 5
orang penyelaras dan 2 orang Penolong Kanan Pendidikan Khas.

6.2) Responden

Guru yang telah dijadikan sebagai responden ialah Puan Zaliza Binti Zawawi yang
merupakan guru pendidikan Khas di SK Kuala Kubu Bharu. Beliau telah mempunyai
pengalaman selama 20 tahun sebagai tenaga pengajar iaitu 6 tahun sebagai guru dalam aliran
arus perdana dan 12 tahun dalam aliran pendidikan khas. Disebabkan minat dan sikap kasih
saying yang hadir terhadap pelajar isimewa ini telah mendorong beliau untuk menukar
profesionnya yang pada awalnya merupakan guru dalam arus perdana kepada guru didalam
aliran pendidikan khas.

Menurut Puan Zaliza Binti Zawawi, di SK Kuala Kubu Bharu, terdapat 3 ciri pelajar
berkeperluan khas iaitu lembam, masalah penglihatan dan masalah pendengaran. Terdapat
seramai 10 orang pelajar yang berada di aliran pendidikan khas iaitu seramai 4 orang pelajar
mengalami masalah lembam, 3 orang mengalami masalah penglihatan dan 3 orang lagi
mengalami masalah pendengaran. Merurut beliau lagi, setiap pelajar yang mempunyai
masalah berbeza akan diasingkan kelas atau bahagian bilik darjah.

10
6.3) Pelajar Berkeperluan Khas SK Kuala Kubu Bharu

Masalah Penglihatan

Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan
penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity dan juga adaptasi
pendidikan khas. Masalah penglihatandapat dilihat dalam tahap berikut iaitu masalah
penglihatan sedehana, teruk dan sangat teruk.

Bagi pelajar yang mengalami masalah penglihatan sederhana adalah masalah pada
tahap sederhana yang masih membolehkan kanak- kanak melihat cahaya danmenjalankan
aktiviti melibatkan deria penglihatan denganmenggunakan alat bantu khas seperti kanta.

Seterusnya, maslaah penglihatan teruk. Masalah pada tahap teruk menyebabkan


kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti
malam mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti,
walaupun dengan bantuan khas.

Akhir sekali, masalah pengliahatan sangat teruk. Masalah pada tahap sangat teruk
mengakibatkan kanak- kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti
membaca dan mobiliti serta perlu bergantung kepada deria- deria lain

Kanak-kanak bermasalah penglihatan dikategorikan kepada dua iaitu buta yang


langsung tidak dapat melihat dan separuh buta yang kabur penglihatan. Kanak-kanak ini
belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, menghidu dan merasa. Mereka menggunakan
tulisan Braille untuk membaca dan tongkot untuk bergerak ke sesuatu tempat.

Masalah Pendengaran

Murid yang menghadapi masalah pendengaran ialah murid yang pendengarannya


tidak jelas dan memerlukan alat bantuan mendengar. Murid yang mengalami masalah ini
perkembangan pertuturan dan bahasanya akan terganggu dan lambat. Kanak-kanak tidak
langsung dapat mendengar pula akan juga tidak dapat bercakap (bisu). Mereka yang
menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas. Menurut
International Encylopedia Volume 5 (1975) , cacat pendengaran bermakna kehilangan atau

11
kekurangan daya pendengaran pada satu telinga atau kedua-keduanya kekurangan atau
kehilangan daya pendengaran.

Bagi pelajar yang mempunyai masalah pendengaran di SK Kuala Kubu Bharu, pelajar
tersebut mempunyai masalah pendengaran dan secara tidak langsung ia mengalami gangguan
didalam pertuturannya. Bagi pelajar yang mempunyai masalah pendengaran, pelajar tersebut
telah menggunakan alat bantuan pendengarannya bagi memudahkannya semasa sesi
pembelajaran.

Lembam (Slow Learner)

Brennan (1974) mendefinisikan murid lembam sebagai murid yang gagal


melaksanakan kerja normal sekolah seperti kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka
tidak boleh dikatakan disebabkan oleh kecacatan. Murid lembam selalunya kurang aktif dan
kurang berminat untuk menyertai kegiatan pelajaran di dalam bilik darjah. Jamila (2005)
menyatakan kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan
pendidikan kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenal pasti pada peringkat awal
setelah mendapati tidak dapat menguasai

kemahiran membaca menulis dan mengira dalam pendidikan. Walau bagaimanapun


adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah yang jelas di peringkat awal perkembangan
kanak-kanak antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak lembam kerana permasalahan
mereka tidak begitu ketara. Hanya selepas mereka memasuki alam persekolahan
permasalahan mereka dapat dikesan. Kanak - kanak ini tidak boleh mengikuti pelajaran di
kelas atau kurikulum atau belajar di sekolah biasa. Mereka ini terlalu lambat untuk mencapai
satu - satu objektif pengajaran yang mudah atau objektif jangka pendek dan juga mempunyai
daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah dan rendah. Menurut Messe (2001)
dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, keupayaan intelektual kanak-kanak ini berada
tahap sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih di lebih di dalam skor ujian saringan
kecerdasan. Mereka juga mempunyai masalah dalam memberi perhatian, mengumpul atau
memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka. Di samping itu, kanak-kanak
lembam mudah hilang tumpuan, mudah membuat kesalahan akibat kecuaian, sukar untuk
menyiapkan tugasan dan kepayahan membuat tugasan yang berturutan. Di dalam mata
pelajaran matematik, mereka menunjukkan kesukaran dalam mengingati simbol-simbol yang
digunakan dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian matematik (Jamila 2005).

12
Disebabkan masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat, sukar menyiapkan
tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah sosial-emosi. Tingkah
laku kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan.

Ciri kanak –kanak lembam adalah pencapaian pelajaran atau akedemik berbeza.
Kanak-kanak ini pendiam, tidak aktif dan tidak banyak cakap dan sukar menerima arahan.
Mereka tidak dapat berkomunikasi seperti kanak-kanak biasa. Menyebut huruf-huruf
yang tidak tepatdan salah dan selalu bertukar-tukar huruf. Ketika membaca dan menulis,
merekaakan meninggalkan huruf,sukukata atau perkataan dan kerap melakukankesalahan
dalam ejaan dan tanda bacaan. Tulisan kanak-kanak lembam selalunyaburuk dan sukar dibaca
apabila mereka menulis tanpa ketetapan sama adamenaik dan menurun, menulis huruf
terbalik atau turutan dan arah yang salah.Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa
yang tidak tepat.

7.0) PENUTUP

Terdapat banyak kategori kanak-kanak berkeperluan khas. Berdasarkan kajian dan


pemerhatian yang dilakukan kanak-kanak berkeperluan khas sememangnya menghadapi
masalah dalam bahasa dan komunikasi disebabkan oleh beberapa faktor seperti genetik dan
persekitaran. Kekurangan yang terdapat pada diri mereka mengakibatkan mereka susah dan
lambat mempelajari bahasa dan berkomunikasi berbanding dengan kanak-kanak normal yang
lain.

Pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini bukanlah untuk
menjadikan mereka bijak cemerlang dan dipandang tinggi oleh masyarakat tetapi pendidikan
yang diberikan adalah untuk memastikan kanak-kanak ini boleh menguruskan diri sendiri
tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Pendidikan ini bukan hanya terletak di bahu
guru-guru pendidikan khas malah sepatut semua pihak perlu memberi sumbangan dan
galakan kepada kanak-kanak istimewa ini.

Pendidikan Khas adalah satu cabang perkhidmatan pendidikan yang disediakan untuk murid
berkeperluan khas. Bidang ini sedang berkembang pesat seiring dengan perkembangan sistem
pendidikan negara. Selain perkhidmatan di Sekolah Pendidikan Khas dan Program
Pendidikan Khas Integrasi, Pendekatan Pendidikan Inklusif juga dilaksanakan di sekolah
tertentu di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa.

13
Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan
formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar
‘Pendidikan Wajib’ dan ‘Pendidikan untuk Semua’ yang kini menjadi asas perkiraan dalam
perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut,
pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-
isu semasa pendidikan khas. Kertas ini membincangkan komitmen dan peranan guru aliran
perdana dalam menangani murid berkeperluan khas berdasarkan dapatan kajian-kajian
empirikal yang telah dilaksanakan di negara ini dan kajian rintis yang sedang dijalankan di
beberapa sekolah tertentu.

Untuk menjana suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif antara guru dan murid
adalah penting. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, murid berkeperluan khas mempunyai
konsep kendiri yang rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak
konstruktif. Untuk mengubah konsep kendiri murid berkeperluan khas, usaha orang dewasa
yang berterusan serta gigih dan dan mengambil masa yang lebih panjang. Penolakan
(rejection) daripada ibu bapa atau keluarga kerana kecacatan atau déficit yang ada dan
kritikan yang berterusan daripada rakan sebaya atau masyarakat menyebabkan murid
berkeperluan khas kurang keyakinan diri. Bagi murid berkeperluan khas, perubahan adalah
perkara yang tidak digemari kecuali ke arah perkara/tugasan yang sangat diminatinya. Guru
perlulah menjadi sumber penjana kekuatan untuk berubah.

14
RUJUKAN

Fay, J. dan Funk, D. (1995). Teaching With Love and Logic. The Love and logic Press: USA.

Haniz Ibrahim (1998). Inclusive Education in Malaysia: Teachers’ Attitude to Change. PhD
thesis. University of Exerter. Unprinted. 10

Supiah Saad (2003). Malaysian Preschool Children with ADHD in Inclusive Settings. PhD
thesis. University of Warwick. Unprinted.

K.A.Razhiyah (2005). Menjadi Guru Pendidikan Khas. PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd. Kuala Lumpur.

15

You might also like