You are on page 1of 3

LAPORAN PROSES PENYEDIAAN PASTRI RAPUH (PAI NENAS)

Disediakan oleh: Vikneswaran A/L Adaikan

Pada 23 September 2019, saya bersama rakan kumpulan saya telah menjalankan
satu amali ketiga. Sehari sebelum menjalankan amali tesebut, saya bersama rakan telah
berbincang bersama-sama untuk memilih inovasi dan menu yang sesuai bagi diasimilasikan
ke dalam pastri pai yang akan dibuat. Selepas berbincang, kami memilih untuk melakukan
inovasi pada kulit pai dengan membuat corak bunga ros. Manakala buah nenas telah dipilih
untuk dijadikan sebagai inti pai. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat inti pai telah
dibeli sehari sebelum kami membuat pai tersebut.

Pada hari amali, saya bersama rakan-rakan sekumpulan saya telah memulakan
proses pembuatan pai nenas dengan menyediakan bahan-bahan seperti sebiji buah nenas,
serbuk kayu manis, gula perang, mentega, dan garam. Buah nenas telah dipotong dadu dan
diketepikan untuk seketika.

Selepas itu, kami telah memasak inti pai iaitu buah nenas. Langkah-langkah dalam
pembuatan inti ialah buah nenas ditumis dengan mentega sehingga air dalam buah nenas
keluar dan berbau harum. Selepas buah nenas telah masak, satu sudu gula perang, sedikit
serbuk kayu manis, dan secubit garam dimasukkan ke dalam periuk. Biarkan inti menggelegak
dan kering sedikit. Kemudian, biarkan inti sejuk buat seketika.

Selepas itu, kami telah melihat demonstrasi penyediaan doh untuk kulit pastri yang
telah ditunjukkan oleh Puan Siti Kamariah. Selepas habis demonstrasi, kami telah membuat
doh pastri bersama-sama. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat doh kulit pai ialah
300 gram tepung gandum, 120 gram mentega, 40 gram lemak sayur, satu sudu gula, ¼ sudu
garam dan 8 sudu air sejuk. Langkah penyediaam doh kulit pai dimulakan dengan
memasukkan 300 gram tepung gandum yang telah diayak ke dalam bekas. Kemudian,
masukkan 120 gram mentega bersama 40 gram lemak sayur ke dalam bekas yang
mengandungi tepung gandum.

Bahan-bahan tersebut digaul dan diramas dengan hujung jari untuk mendapatkan
tekstur seperti serbuk roti. Kemudian satu sudu gula dan ¼ sudu garam telah dimasukkan.
Adunan digaulkan dengan sekata dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul
sehingga doh tidak melekat pada bekas adunan. Doh yang telah disiap dimasukkan ke dalam
peti sejuk selama 15 minit. Selepas 15 minit, doh tadi dikeluarkan daripada peti sejuk. Kami
telah memastikn bahawa ketuhar dipanaskan terlebih dahulu. Tepung gandum ditabur ke atas
papn pencanai dan doh digelek dengan pengelek. Doh yang telah siap digelek tadi ditekap
dengan penutup bekas yang berbentuk bulat. Pastikan doh tidak terlalu tebal dan nipis.
Selepas itu, letakkan doh di atas acuan pai dan tekan doh mengikut bentuk acuan.
Kami telah membuang doh yang berlebihan pada keliling acuan dengan menggunakan
pisau. Permukaan doh dicucuk dengan garfu agar wap boleh keluar semasa kulit pai dibakar.
Kulit pai dibakar dalam ketuhar pada suhu 180oC selama 30 minit. Selepas siap dibakar, kulit
pai dikeluarkan daripada ketuhar dan biarkannya sejuk. Inti dimasukkan pada acuan kulit pai
yang telah dibakar. Seterusnya, kami telah membuat corak bunga ros dengan menggunakan
doh yang berlebihan dan meletakkannya di atas inti untuk menutupnya agar pai tidak menjadi
kering. Kemudian, pai dibakar sekali lagi dengan suhu yang sama iaitu 180oC selama 20 minit.
Pai nenas telah siap untuk dihidangkan bagi sajian.

Perbandingan diantara Resepi Asal dan Resepi Inovasi.

Resepi Asal: Resepi Inovasi:


Pai Ayam dan Kentang Pai Nenas
Bahan-bahan pastri Bahan-bahan pastri
120 g mentega 120 g mentega
40 g lemak sayur 40 g lemak sayur
300 g tepung gandum 300 g tepung gandum
8 sudu besar air 8 sudu besar air
1 sudu besar gula 1 sudu besar gula
¼ sudu garam ¼ sudu garam

Bahan-bahan Inti Bahan-bahan Inti


2 ketul isi ayam 1 biji nenas
1 biji kentang 20 g mentega
1 biji bawang Holland 1 sudu gula perang
1 tin cendawan butang ¼ sudu garam
20 g mentega ¼ sudu serbuk kayu manis
1 tin sup cendawan
¼ sudu lada hitam
¼ sudu garam
Gambar 1: Penyediaan doh pai Gambar 2: Penyediaan inti pai (nenas)

Gambar 3: Pai dengan inti bersedia untuk dibakar

Gambar 4: Pai Nenas yang telah disiap

You might also like