You are on page 1of 4

RESEPI PIZZA

Before

After RESEPI PIZZA Bahan-bahan: * 200 gm tepung roti @ high protein flour * 1 sudu makan gula * 1 sudu teh garam * 1 sudu kecil yis kering (rendam dlm 1/2 cawan air suam) * 100 ml air * 1 sudu butter - boleh guna minyak zaitun & shortening * 1 sudu susu tepung * topping - 3 batang sosej (potong bulat), 1/2 labu bawang besar (cincang @ ptg bulat), 1/3 capsicum hijau, 1/3 capsicum merah, serbuk oregano & mozzarrella & sos pizza

Cara-cara: 1. Campur semua bahan dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. tutup doh tersebut dgn kain yg lembab. 2. Preheat oven pada suhu 190 darjah selama 10min. 3. Bila doh kembang 2 kali ganda, tumbuk & canai doh tersebut setebal 0.5 cm. Cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. 3. Sapu sos pizza ikut suka. lepas tu taburkan topping yang lain diakhiri dengan keju mozzarrella (ikut suka hati ya). 4. Bakar pizza dalam suhu 190 darjah selama 20 - 25 min. Dah masak tu sedap dimakan panas-panas.

Bahan-bahan ( 1 keping pizza saiz L )

200 gm tepung roti @ tepung gandum biasa 1 sudu gula sedikit garam 1 sudu kecil yis 125 ml air 1 sudu butter 1 sudu susu tepung bhn2 utk topping ** 2 keping dada ayam ** 2 ulas bawang putih ** serbuk lada sulah ** mayonis ** sos cili dan sos tomato ** cheese ** mixed vegetable ( boleh juga diganti dgn button mushroom dan pineapple) ** black pepper

Mari Belajar Membuat Pizza di rumah!


Mari kongsi resepi pizza di sini. Resepi saya ni ambil dari buku panduan yg di beri bersama dengan bread maker saya.

.. sebelum

dan selepas dibakar PIZZA Bahan Doh Pizza : 280 g tepung berprotein tinggi 15 g butter 1 sudu kecil gula 1 sudu kecil susu tepung penuh berkrim 1 sudu kecil garam 180 mlm air sejuk (dari peti sejuk) atau boleh juga gunakan air suam 1 sudu kecil yist segera

Bahan-bahan topping : Udang Sosej Lala Sotong Sos Pizza Capsicum Cendawan Parutan Keju Cheddar & Mozarella * semua bahan di atas terpulang kepada minat masing-masing. kalau suka letak lebih.. sediakan la setiap satu bahan tu dalam sukatan yg byk. ianya juga boleh di tukar ganti kepada ayam atau daging juga sayur-sayuran lain. Cara-cara membuat pizza : 1. Gaulkan tepung dengan yist dalam mangkuk adunan. 2. Larutkan gula dan garam di dalam air. 3. Cairkan butter. 4. Kemudian masukkan air dan butter ke dalam adunan dan gaul hingga sekaran dan uli hingga licin. 5. Uli di atas permukaan yang rata yg telah di tabur sedikit tepung dan uli hingga licin dan tidak melekat. 6. Bulatkan doh tersebut dan simpan di dalam mangkuk adunan yg di lenser dgn sedikit minyak dan di tutup dengan cling film. 7. Biarkan ianya mengembang lebih kurang 40-60 minit atau hingga doh mengembang dua kali ganda. 8. Kemudian uli semula adunan untuk mengeluarkan angin dan bahagikan adunan kepada dua bahagian. 9. Canai adunan tadi menjadi leper dan ikut saiz dan bentuk yang anda suka. 10. Letakkan di atas dulang pembakar dan biarkan seketika.. hingga kembang sedikit. 11. Cucukkan adunan tersebut dengan garpu supaya ianya tidak mengelembung semasa di bakar. 12. Kemudian sapukan dengan sos pizza di seluruh permukaan pizza. Taburkan 1/3 keju dan bahan topping mengikut suka, dan akhir sekali taburkan sebahagian lagi keju di atasnya. 13. Bakar dalam suhu 180c kira-kira 15 minit. Sekiranya anda tidak mempunyai sos pizza, cuba gunakan resepi berikut : Sos Pizza 1 labu bawang besar } di cincang 2 ulas bawang putih } dicincang halus 2 sudu besar minyak 2 biji buah tomato } dicincang 3 sudu besar tomato puri 2 sudu besar sos tomato 3/4 sudu kecil gula 1 sudu kecil oregano garam secukup rasa Cara membuat sos: Panaskan minyak. Tumis bawang besar,bawang putih sehingga layu Masukkan buah tomato, sos tomato, tomato puri, oregano, gula dan garam Kacau sehingga pekat nota: kepada sesiapa yg belum ada bread machine tu jgn risau.. pagi tadi dah mencuba menguli dgn tangan ni secara manual.. terbukti berjaya!!.. cubalah :grinning: kawan2 lain yg ada resepi pizza yg lagi sedap.. jomlah kongsi kat sini nak juga mencuba resepi yg diatas ni simple jer Antara gambar-gambar koleksi saya.

Pizza

sebagai

sarapan

pagi.

Ini Pizza Seafood dan Pizza Daging, yang pernah saya buat sebelum ini.

saja tjk yg belum di bakar

~Selamat Mencuba dari Dapur Wanita~

You might also like