You are on page 1of 3

LAPORAN PROSES PEMBUATAN PASTRI RAPUH (CHEESE TART)

Disediakan oleh: Vikneswaran A/L Adaikan

Pada 12 September 2019, kami telah menjalankan amali kedua bagi pastri rapuh.
Kami telah diberi tugasan untuk menyediakan tart. Sebelum memulakan tugasan saya telah
membuat perancangan awal supaya tidak tercicir apa-apa. Oleh yang demikian, dari segi
kewangan juga kami telah merancang perbelanjaan kami bagi membeli barang-barang yang
diperlukan.

Sebelum melaksanakan amali, pensyarah kami iaitu Pn. Siti Kamariah telah
menunjukkan cara-cara untuk membuat pastri rapuh. Kami telah mencatat dan mengambil
video supaya senang untuk dirujuk. Kami sekumpulan telah merancang bagaimana untuk
membuat pastri yang berinovatif dan kreatif. Jadi, kami telah merancang untuk menggunakan
coklat dan jem nenas sebagai bahan inovasi. Jumlah perbelanjaan bagi membeli bahan-
bahan yang diperlukan adalah RM20. Bagi menyediakan pastri rapuh pula saya telah
menyediakan bahan-bahan seperti 200 gram tepung gandum, air sejuk, 125 gram marjerin,
30 gram gula pasir, dan sebjii telur. Saya telah menyediakan bahan-bahan ini sehari
sebelumnya iaitu pada hari 11 September 2019.

Pada hari 12 September 2019, saya telah menjalankan amali saya. Bagi menyediakan
doh pula kita memerlukan 200g tepung serbaguna, 140g marjerin, satu sudu gula pasir, garam
secukup rasa dan juga air sejuk 7-8 sudu dengan telur. Saya telah memasukan 140g marjerin
ke dalam mangkuk kaca dan mengayak tepung ke dalam mangkuk tersebut supaya angin
terperangkap. Kemudian, saya juga telah memasukkan gula dan garam. Seterusnya, saya
telah memasukkan air sedikit demi sedikit serta mengaulkan doh pastri sehingga sebati.

Seterusnya, saya telah mencampuradunkan semua bahan yang diperlukkan dan


membuat doh dengan hujung jari serta memastikkan doh dalam keadaan yang baik.
Kemudian saya membersihkan shell tart menggunakan kain yang bersih. Selepas itu, saya
telah memasukkan doh dan tekapkannya dalam shell. Saya telah membuang doh yang
berlebihan di sekeliling shell dengan menggunakan pisau. Saya juga telah mencucuk
permukaan doh dengan garfu di tengah-tengah supaya wap boleh keluar semasa kulit tart
dibakar. Seterusnya, saya telah memasukkan tart tersebut ke dalam ketuhar. Setelah tartnya
telah dimasak saya keluarkan kulit tart tersebut dari ketuhar dan biarkannya menjadi sejuk
untuk membuat filling.

Sementelahan itu, saya telah menyediakan inti bagi tart dan memasukkannya dalam
tart. Intinya adalah cheese dan coklat atau jem nenas. Bagi menyediakkan inti, saya
memasukkan cheese, marjerin, telur, esen vanilla, gula ke dalam pengisar dan mengisarnya.
Adunan yang dihasilkan menjadi cair dan dalam keadaan yang baik. Kemudian saya
memasukkan adunan yang dihasilkan ke dalam beg piping. Saya telah meletakkan strawberi
sedikit di tengah shell tart. Kemudian, saya pipe cheese yang telah disediakan dalam piping
bag ke dalam shell tart di atas jem nenas dan coklat. Seterusnya, saya telah meletakkan
cheese tart ke dalam ketuhar untuk memasak cheese yang telah dipaip selama 5 minit.
Selepas itu, Cheese Tart sedia untuk dimakan.

Perbandingan diantara Resepi Asal dan Resepi Inovasi.

Resepi Asal: Resepi Inovasi:


Cheese Tart Tart Jem Coklat / Jem Nenas
Bahan-bahan pastri Bahan-bahan pastri
125 g mentega 125 g mentega
30 g gula kastor 30 g gula kastor
200 g tepung serba guna 200 g tepung serba guna
1 biji kuning telur 1 biji kuning telur
½ sudu esen vanilla ½ sudu esen vanilla
1 sudu besar air. 1 sudu besar air.

Bahan-bahan Inti Bahan-bahan Inti


250 g cream cheese 150 g coklat / Jem nenas
60 g gula
20 g mentega
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla.
Gambar 1: Membuat doh bagi permukaan tart Gambar 2: Menekap doh pada shell tart

Gambar 3: Membuat filling tart (cheese)

Gambar 4: Cheese Tart yang telah disiap

You might also like