You are on page 1of 3

SK JALAN PEGOH

31650 IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA

MINI FIESTA KOKURIKULUM

TAHAP II

TAHUN 2019

ANJURAN BERSAMA:

UNIT KO KURIKULUM SK JALAN PEGOH


1. Pendahuluan:
Mini fiesta kokurikulum adalah aktiviti yang diadakan sebagai satu
kesinambungan daripada aktiviti mingguan kokurikulum sekolah. Pertandingan yang
dirancang berperanan untuk menggalakkan murid aktif dalam bidang kokurikulum
serta memberi peluang kepada murid menimba pengalaman dan menarik minat
mereka ke arah dunia kreatif. Murid-murid juga dapat meningkatkan bakat mereka
melalui pertandingan yang dianjurkan.
2. Objektif
i. Antara objektif Mini Fiesta Kokurikulum ialah memupuk semangat bersatu padu
dalam satu kumpulan.
ii. Melahirkan murid yang berketerampilan dan dedikasi serta mampu menjadi
pemimpin.
iii. Menggalakkan murid berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat memupuk
sikap dan disiplin yang lebih baik.
iv. Mendidik murid supaya berminat untuk menceburkan diri dalam semua aktiviti
yang mencabar minda.
v. Memberi peluang kepada para murid untuk menonjolkan bakat mereka dalam
aktiviti yang dianjurkan.
3. Kumpulan sasaran
Pertandingan yang akan dijalankan pada Mini Fiesta Kokurikulum akan
melibatkan semua murid Tahun 4 & 5 dan guru Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh.
4. Tarikh
Mini Fiesta Kokurikulum ini akan akan dijalankan pada tiga hari iaitu 31 Julai 2019, 7
Ogos 2019 dan 14 Ogos 2019 ( Rabu ).
5. Tempat
Mini Fiesta Kokurikulum ini akan diadakan di tempat-tempat tertentu Sekolah
Kebangsaan Jalan Pegoh mengikut kesesuaian pertandingan yang akan dijalankan.
6. AJK Induk dan AJK Pelaksana Mini Fiesta Kokurikulum
6.1.1. AJK Induk
Penasihat : Haji Rustam Affandy bin Abdul Aziz (Guru Besar)
Pengerusi : En Happyza Bin Ahmad (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi I : Pn. Nolia Bt Yop Ahmad (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : En. Asmawi Bin Mohamed Mokhtar (GPK HEM)
Setiausaha : Vikneswaran a/l Adaikan
6.1.2. AJK Pelaksana
AJK Persiapan Tempat : Saraviswaran a/l Narayanasamy
Pengacara : Aqedah binti
AJK Fotografi : Kamleshwary a/p Krishnasamy
Hakim : Spelling Bee – En. Syamim b. Ahmad
– Pn. Vijayalakshmi
– En. Sukhvinder Singh
: Masakan
: Pertandingan Bola Baling
Penjaga Masa : Kamleshwary a/p Krishnasamy
AJK Sijil dan Hadiah : Husnina binti

7. Sijil dan Hadiah


 Semua peserta akan diberikan sijil penyertaan.
 Hadiah pertama, kedua dan ketiga diberikan mengikut pertandingan.
8. Penutup
Mini Fiesta Kokurikulum yang telah dirancang diharapkan dapat memberi
pengalaman dan kemahiran bagi meningkatkan potensi murid yang berketrampilan
dalam semua bidang pada masa hadapan. Kerjasama daripada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak secara langsung diucapkan terima kasih yang tidak
terhingga.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

______________________________ __________________________
( VIKNESWARAN A/L ADAIKAN ) ( EN HAPPYZA BIN AHMAD )
Setiausaha Mini Fiesta Kokurikulum Penolong Kanan Kokurikulum

Disahkan oleh,

_________________________________________
( HAJI RUSTAM AFFANDY BIN ABDUL AZIZ )
Guru Besar SK Jalan Pegoh

You might also like