You are on page 1of 1

Kata Adjektif

Kata adjektif ialah perkataan yang digunakan untuk menerangkan sifat atau keadaan
sesuatu benda, orang, tempat, haiwan, perasaan dan sebagainya.

1. Tajam
Maksud: Mudah memotong
Contoh: Pisau yang tumpul itu menjadi tajam selepas diasah oleh Pak Karim.

2. Teliti
Maksud: Cermat
Contoh: Ali membaca soalan Matematik itu dengan teliti sebelum menjawabnya.

3. Deras
Maksud: Cepat atau laju sekali
Contoh: Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat deras.

4. Muat
Maksud: Ada ruang
Contoh: Seluar itu tidak muat untuk abang kerana pinggangnya besar.

5. Pahit
Maksud: Rasa tidak sedap.
Contoh: Air kopi itu pahit kerana langsung tidak dimasukkan gula.

You might also like