You are on page 1of 3

KULIAH DAN TUTORIAL MINGGU 1 (23-27 OGOS 2020)

LATIHAN:
1. Huraikan konsep Fonetik.

Menurut Raminah Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab
Perguruan menyatakan bahawa fonetik kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan
manusia sejagat. Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar.
Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan
hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai
kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi
kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik boleh
didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik
bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi bunyi marginal, dan memberikan simbol
fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985).

Menurut ahli linguistik Barat, Kenstowicz dan Kisserberth (1979) “the study of the sounds
human beings employ when speaking a language is phonetics”. Penyataan yang dinyatakan
dapat kita terjemahkan yang bermaksud “pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang
kita digunakan semasa bertutur ialah fonetik”. Menurut Inderawati Zahid dan Mardian Shah
Omar (2006) dalam buku berjudul Fonetik dan Fonologi menyatakan fonetik ialah kajian
mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai
alat komunikasi. Umumnya, ilmu fonetik ini dibahagikan kepada fonetik artikulatori, fonetik
auditori dan fonetik akustik

Malahan menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) dalam buku Bahasa Melayu
STPM dalam bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan
oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Fonetik pula
terbahagi kepada tiga cabang, organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akuistik) dan pendengaran
(auditori).
Setelah membuat penelitian berdasarkan pernyataan dari ahli-ahli linguistik saya dapati
bahawa fonologi dan fonetik mempunyai maksud tersendiri. Bagi fonetik pula bermaksud
bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan
ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada
segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, fonetik ialah kajian yang
berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akuistik), dan pendengaran (auditori).
2. Huraikan konsep fonologi.

Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham juga, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-
bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat
Henderson yang menyatakan “ the study of the systematicorganization of selected speech
sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology”.
Manakala menurut Dalbor, salah seorang ahli linguistik Barat pula, “ phonology is the study of
the function and patterning of speech sounds “ yang bermaksud “fonologi ialah kajian tentang
fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia”.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti terbuka pula, fonologi ialah bidang yang
mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia, yakni satu pernyataan
yang begitu umum untuk mendefinisikan fonologi itu sendiri.

Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) dalam buku Bahasa Melayu STPM bab
11 bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan
fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan
fonemik
Fonologi dapat didefinisikan sebagai satu bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi yang
tertentu dalam pertuturan khususnya bagi sesuatu bahasa.

You might also like