You are on page 1of 24

TOPIK 1

( LATAR BELAKANG
HUBUNGAN
ANTARABANGSA )
FATIN AMIRAH BINTI FAKERUDDIN
BM3
DEFINISI /
KONSEP
HUBUNGAN LUAR

• Menurut Lew Hee Men, et al. (2005), hubungan luar bermaksud “berbaik-baik dengan
semua negara demi keamanan dan kesejahteraan dunia. hubungan luar dibahagikan
kepada dua bentuk, iaitu hubungan bilateral (hubungan secara terus dengan negara-
negara tertentu, dan hubungan multilateral (hubungan dalam bentuk kumpulan
dan pertubuhan)

• Azizi Ahmad memberikan definisi hubungan luar sebagai polisi menjalani perhubungan
antarabangsa dengan negara lain. Hubungan luar merupakan tindakan yang diambil
oleh pembuat dasar sesuatu kerajaan membentuk dan menyelesaikan sesuatu
masalah. Ia merupakan strategi atau tindakan menghapus, mengurang, mengekal
atau memperluaskan kerjasama antara Negara.
HUBUNGAN LUAR

• Mohd. Nor Mat Yazid (1994), “hubungan luar diertikan sebagai matlamat, rancangan dan
tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara dalam usaha berhubung dengan
sesebuah negara lain.

• Menurut Richard L. Merritt (1975), hubungan luar bermaksud “aktiviti-aktiviti yang dibuat
oleh kerajaan yang melibatkan dasar luarnya dan hubungannya dengan negara luar, iaitu
hubungannya secara diplomasi dengan negara luar”. Hubungan luar juga boleh dilihat
sebagai satu bentuk pengurusan yang melibatkan perhubungan antara polisi
pentadbiran dalam sesebuah negara dengan polisi yang melibatkan negara-
negara luar
HUBUNGAN LUAR

• Kesimpulannya, hubungan luar merupakan satu dasar yang


dirangka dan dilaksanakan oleh Malaysia bertujuan untuk mengadakan
hubungan baik dengan negara-negara luar bagi mewujudkan dan
mengekalkan keselamatan, kedamaian, keharmonian serta kesejahteraan
dari aspek ekonomi, politik, sosial dan lain-lain isu yang mempunyai
kepentingan-kepentingan bersama.
HUBUNGAN ANTARABANGSA
Menurut Karen Mingst di dalam bukunya “Approaches to the study of international relation”,
• Beliau berpendapat bahawa terdapat tiga pendekatan di dalam membentuk hubungan antarabangsa,
iaitu hubungan tradisional, perlakuan(behavioral) dan alternative.
• Hubungan tradisional adalah satu bentuk hubungan tradisi merentasi masa iaitu satu bentuk
hubungan diplomasi yang telah sedia ada terjalin.
• Secara tradisinya, ia lebih ditakrifkan sebagai hubungan yang hanya melibatkan negara iaitu unit
terpenting yang dikaji dalam bidang ini. Takrif sedemikian berlaku kerana ia mempunyai kaitan
dengan latar belakang perkembangan bidang ini sekitar dua peperangan dunia antara 1914-1945.
• Perlakuan (behavioral) pula adalah satu bentuk hubungan yang dijalin atas sebab-sebab
ekonomi, sosiologi, sains politik dan phychology.
• Atas sebab alternative yang terdapat beberapa faktor yang mendorong sesuatu negara
mengadakan hubungan diplomatik antaranya ialah menunjukkan kerjasama dan usaha sama
dalam sesuatu dasar, konsep atau objektif yang ingin dicapai secara bersama
HUBUNGAN ANTARABANGSA
• Menurut Beridge (1992: 1), kajian hubungan antarabangsa melibatkan subjek yang luas merangkumi
aktiviti-aktiviti pelbagai bentuk negara (kuasa besar, negara kapitalis, demokratik liberal dan
sebagainya) dan aktor-aktor antarabangsa lain seperti syarikat-syarikat multinasional.
• Ia juga merangkumi kajian mengenai kaedah negara-negara tersebut mencapai dasar luar
mereka seperti propaganda serta kajian mengenai peraturan dan institusi-institusi sistem negara
yang terlibat dalam hubungan tersebut.

• Goldstein (1994:1) berpendapat bahawa hubungan kajian mengenai hubungan antara kerajaan-
kerajaan. Beliau turut memberi penekanan pada peranan aktor-aktor lain yang turut terlibat
dalam hubungan tersebut seperti organisasi antarabangsa, syarikat multinasional, individu-individu
.Hubungan politik ini dipengaruhi oleh faktor geografi dan sejarah. Berdasarkan hakikat
tersebut, beliau berpendapat bidang hubungan antarabangsa adalah bidang kajian yang luas
kerana ia melibatkan bidang-bidang ilmu lain.
HUBUNGAN ANTARABANGSA

• Kajian mengenai hubungan atau interaksi yang melampaui sempadan negara.


• Berdasarkan takrif umum ini andaian dapat dilakukan bahawa hubungan yang melampaui
sempadan bukan sahaja melibatkan hubungan antara negara dengan negara bahkan juga
ia merupakan hubungan yang turut melibatkan entiti-entiti (atau dalam istilah politik disebut
sebagai aktor) lain.
• Entiti ataupun aktor-aktor tersebut terdiri daripada organisasi dan institusi
antarabangsa, syarikat-syarikat multinasional dan individu-individu
PERBEZAAN KONSEP
HUBUNGAN LUAR DENGAN
HUBUNGAN ANTARABANGSA
PERBEZAAN KONSEP :

HUBUNGAN LUAR HUBUNGAN ANTARABANGSA


● Didefinisikan sebagai matlamat, ● Hubungan antarabangsa ialah satu
rancangan, tindakan yang dijalankan istilah yang digunakan untuk
oleh sesebuah negara dalam usaha menggambarkan komunikasi
untuk berhubung dengan sesebuah antara rantau yang berbeza di
negara yang lain. seluruh dunia
● Dalam pengertian yang terhad, dasar ● Hubungan antarabangsa turut
luar negara hanya mementingkan melibatkan aktor bukan negara
aspek tindakan yang diambil oleh dan hubungan antarabangsa
sesebuah negara bagi mempengaruhi tidak semestinya dibuat atas
keadaan-keadaan yang berada di luar nama kerajaan.
bidang kuasanya. ● Ia termasuklah perniagaan yang
● Hubungan luar hanya melibatkan dijalankan perjanjian antara negara
aktor negara dan hubungan luar dan komunikasi antara pemimpin-
dibuat atas nama kerajaan pemimpin dunia
PERKAITAN KONSEP
HUBUNGAN LUAR DENGAN
HUBUNGAN ANTARABANGSA
PERKAITAN KONSEP :

• Kedua-dua hubungan ini mengadakan hubungan yang baik dengan negara


lain demi mencapai kepentingan bersama
• Hubungan luar yang melibatkan aktor negara adalah sebahagian
daripada sektor antarabangsa. Hal ini kerana, pelaku dalam hubungan luar iaitu
negara dengan negara adalah merupakanaktor negara dalam bentuk hubungan
luar.
• Kegiatan sesuatu aktor yang melampaui sempadan negara
• Hubungan luar dan hubungan antarabangsa wajib tertakluk kepada undang-
undang antarabangsa dan undang-undang tempatan sesebuah negara.
PERBEZAAN AKTOR
NEGARA DAN AKTOR
BUKAN NEGARA
PERBEZAAN AKTOR NEGARA DAN AKTOR BUKAN NEGARA

AKTOR NEGARA AKTOR BUKAN NEGARA


• Aktor negara bermaksud Satu entiti yang memainkan • Aktor bukan negara bermaksud negara aktor
peranannya di peringkat hubungan antarabangsa. Dalam terpenting dalam hubungan antarabangsa namun tetap
konteks dunia moden pada hari ini, negara adalah satu dipengaruhi, dikawal, dikekang oleh pelbagai aktor-aktor
entiti yang bersempadan, yang dikawal dan dikuasai oleh lain.
sesebuah kerajaan yang diduduki oleh sejumlah • Aktor-aktor bukan negara termasuklah individu,
penduduk. (Zulhilmi Paidi & Asrar Omar, 2003:4). pertubuhan dalam negeri, pertubuhan antarabangsa
• Berdasarkan takrifan tersebut, aktor negara sebenarnya bukan kerajaan (INGOs), syarikat multinasional (MNCs)
diwakili oleh satu badan yang berautoriti ke atas negara dan organisasi antara kerajaan (IGOs).
tersebut iaitu kerajaan. • Aktor-aktor bukan negara ini, boleh dibahagikan kepada
beberapa kumpulan:
PERBEZAAN AKTOR NEGARA DAN AKTOR BUKAN NEGARA
AKTOR NEGARA AKTOR BUKAN NEGARA

• Dalam konteks Malaysia misalnya, aktor negara adalah 1. Kumpulan yang berada dalam negara yang mempengaruhi dasar luar
negara.
kerajaan Malaysia di peringkat Persekutuan yang diberi • Sebagai contoh, di Malaysia kesatuan sekerja mungkin bertindak sebagai kumpulan
kuasa dalam Perlembagaan untuk menguruskan hal pendesak yang mampu mempengaruhi dasar kerajaan mengenai peluang pekerjaan
bagi tenaga asing di Malaysia.
ehwal luar Malaysia. • Kemasukan buruh asing secara bebas sama ada buruh mahir ataupun kasar
• Sebagai satu contoh yang lebih jelas, kegiatan kerajaan boleh menggugat peluang pekerjaan bagi tenaga buruh dalam negara dalam suasana
aktiviti ekonomi yang semakin kurang di negara.
Malaysia yang menubuhkan konsulat di negara-negara 2. Organisasi-organisasi Antarabangsa Bukan Kerajaan (INGOs).
tertentu dan menghantar wakil dan dutanya ke • Organisasi-organisasi swasta ini, sesetengahnya mempunyai saiz dan sumber yang
besar yang mampu mempengaruhi aktoraktor lain seperti negara, MNCs dan INGOs
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York yang lain
menunjukkan bahawa wujudnya satu perhubungan di • Peranan mereka mula diterima diperingkat antarabangsa walaupun tidak
setanding peranan negara.
peringkat antarabangsa yang dilaksanakan oleh • Antara kumpulan-kumpulan ini termasuklah kumpulan The Green peace,
Malaysia. InternationalOlympic Committee, International Studies Association, Federation
Internationale de Football Association (FIFA) dan sebagainya
• Dalam hal ini (penubuhan pejabat kedutaan di negara- 3. Organisasi-organisasi Antara Kerajaan (IGOs)
negara lain dan menghantar perwakilan ke PBB), • Contoh yang terbaik adalah seperti PBB dan agensi-agensi yang wujud di dalam
PBB sendiri.
pelaku kepada tindakan tersebut adalah merupakan • Organisasi-organisasi yang sama termasuklah seperti Bank Dunia, IMF,
kerajaan Malaysia atas nama negara. Organisation of Petroleum Exporting Countries (OPEC), The International Atomic
Energy Agency, WTO dan sebagainya.
• Goldstein (2001: 15) menyatakan bahawa setiap IOGOs mempunyai peranan
tersendiri dan berbeza daripada segi saiz dan keupayaan
PERANAN AKTOR NEGARA
DAN AKTOR BUKAN
NEGARA
PERANAN AKTOR NEGARA

Penting dalam hubungan antarabangsa


• Negara ialah entiti yang bersempadan yang dikawal dan dikuasai oleh kerajaan dan
diduduki oleh sejumlah penduduk.
• Berdasarkan takrifan tersebut, aktor negara sebenarnya diwakili oleh satu badan yang
berautoriti ke atas negara tersebut iaitu kerajaan.
• Dalam konteks Malaysia misalnya, aktor negara adalah kerajaan Malaysia di peringkat
Persekutuan yang diberi kuasa dalam Perlembagaan untuk menguruskan hal ehwal luar
Malaysia.

autoriti : kuasa atau hak (utk memberi perintah,


mengawal, membuat keputusan, dsb)

berautoriti : mempunyai autoriti.


PERANAN AKTOR NEGARA

• Sesebuah negara bebas daripada sebarang ancaman, ugutandan tekanan luar malah ia
berkuasa secara mutlak (konsep kedaulatan) bagi menentukan kepentingan dan
kebajikannya sendiri.
• Antara lain, sesebuah negara berkuasa menggubal dan melaksanakan undang-undang,
mengutip cukai, membentuk kuasa tentera, menggunakan sumber asli malah boleh
dikatakan sebenarnya sesebuah negara dapat melakukan apa sahaja dalam lingkungan
sempadannya demi kepentingan nasional
PERANAN AKTOR NEGARA

• Sebagai satu contoh yang lebih jelas, kegiatan kerajaan Malaysia yang menubuhkan
konsulat di negara-negara tertentu dan menghantar wakil dan dutanya ke Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York menunjukkan bahawa wujudnya satu
perhubungan di peringkat antarabangsayang dilaksanakan oleh Malaysia.
• Dalam hal ini (penubuhan pejabat kedutaan di negara-negara lain dan menghantar
perwakilan ke PBB), pelaku kepada tindakan tersebut adalah merupakan kerajaan
Malaysia atas nama negara.
PERANAN AKTOR BUKAN NEGARA
• Negara aktor terpenting dalam hubungan antarabangsa namun tetap dipengaruhi,
dikawal, dikekang oleh pelbagai aktor-aktor lain yang dikenali sebagai aktor bukan
negara.
• Aktor-aktor bukan negara termasuklah individu, pertubuhan dalam negeri, pertubuhan
antarabangsa bukan kerajaan(INGOs), syarikat multinasional (MNCs) dan organisasi
antara kerajaan (IGOs).
• Menurut Zulhilmi Paidi & Asrar Omar (2003), terdapat dua kumpulan aktor bukan negara
dalam sesebuah hubungan antarabangsa iaitu kumpulan yang berada di dalam negara
yang mempengaruhi dasar luar kerajaan dan kumpulan kedua pula adalah kumpulan-
kumpulan aktor yang bersifat antarabangsa dan global seperti MNCs, IGOs dan INGOs.
PERANAN AKTOR BUKAN NEGARA
1. Aktor Bukan Negara Domestik

• Kumpulan yang berada dalam negara, mempengaruhi dasar luar negara


• Menurut Zulhilmi Paidi & Asrar Omar (2003), terdapat aktor-aktor bukan negara yang berada di
dalam sesebuah negara yang dilihat mempengaruhi bentuk hubungan antarabangsa yangdijalankan
oleh sesebuah aktor negara.
• Sebagai contoh, aktor-aktor bukan negara seperti ini termasuklah seperti kesatuan sekerja,
persatuan alam sekitar.
• Contohnya, kesatuan sekerja di Malaysia seperti MTUC dilihat turut mempengaruhi dasar-dasar
kerajaan di peringkatantarabangsa terutamanya dalam isu pengambilan pekerja asing ke Malaysia.
• Dasar pengambilan pekerja asing oleh Malaysia yang merupakan salah satu daripada bentuk
perhubungan Malaysia di peringkat antarabangsa menyaksikan tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh
kesatuan-kesatuan sekerja supaya dasar pengambilan pekerja tidak mempengaruhi peluang
pekerjaan kepada para pekerja domestik dalam negara.
• Seterusnya, persatuan alam sekitar tempatan turut mempengaruhi hubungan antarabangsa kerajaan
Malaysia dalam isu kilang pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.
PERANAN AKTOR BUKAN NEGARA
1. Aktor Bukan Negara Antarabangsa

BIL Aktor (Pelaku) Huraian

1. Multi National Companies (MNCs) • MNCs merujuk kepada syarikat yang menjalankan perniagaan
merentas sempadan negara melalui satu pengurusan induk
syarikat yang tunggal.
• Sebagai contoh, syarikat Petronas adalah merupakan sebuah
syarikat berkaitan urus niaga petroleum yang beribu pejabat di
Malaysia tetapi menjalankan perniagaan dan pelombongan
cari gali minyak di seluruh dunia sepertidi Sudan, Vietnam dan
Iraq
2. International Non Governmental • INGOs merujuk kepada badan bukan kerajaan yangbergerak
Organisations (INGOs) di peringkat antarabangsa.
• Tujuan penubuhan INGOs pula adalah pelbagai mencakupi
aspek kemanusiaan, alam sekitar, dsb.
• Contoh INGOs yang terdapat di dunia pada hari ini
termasuklah Palang Merah, badan-badan induk sukan dunia
seperti FIFA dsb.
PERANAN AKTOR BUKAN NEGARA
1. Aktor Bukan Negara Antarabangsa

BIL Aktor (Pelaku) Huraian

3. Inter-GovernmentOrganisations • Organisasi yang ditubuhkan antara kerajaan dan merupakan


(IGOs) organisasi yang diwujudkan atas penyertaan bersama negara-
negara di dunia, baik dari segi kerjasama ataupun penyertaan.
• Setiap IGOs mempunyai peranannya yangtersendiri dan
berbeza daripada segi saiz dan keupayaannya.
• Misalnya, pembentukan Polis Antarabangsa (Interpol) adalah
dibuat melalui kerjasama yang dibuat di antara polis sesebuah
negara dengan sesebuah negara lain di dunia. Kerjasama bagi
membentuk Interpol adalah penting bagi menjamin
keselamatan dunia terutamanya dalam memburu para
penjenayah rentas sempadan.
• Selain itu, contoh IGOs lain termasuklah International
Monetary Fund (IMF) dan WorldTrade Organizations (WTO).
SUMBER RUJUKAN

https://www.coursehero.com/file/p52hgmv/kedaulatan-dan-keselamatan-Malaysia-seterusnya-
mempertahankan-prinsip/

http://o-nice.blogspot.com/2012/03/dasar-luar-malaysia.html

https://www.slideshare.net/ctfironika/hubungan-antarabangsa

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hubungan_antarabangsa

https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/download/381/289/698

You might also like