You are on page 1of 5

FATIN AMIRAH BINTI FAKERUDDIN

BM3 PISMP SEM 1

AKTIVITI MINGGU 2 : Jelaskan perbezaan peranan tokoh-tokoh utama dalam sistem


pentadbiran di zaman Kesultanan Melayu Melaka.

i. Sultan

Sultan merupakan individu yang menduduki hierarki paling tinggi di dalam sistem empat lipatan.Peranan
sultan dalam aspek pentadbiran ialah sebagai ketua negara dan pemerintah tertinggi. Raja berkuasa
mutlak dalam pemerintahan dan merupakan ketua agama Islam.Beliau juga berperanan mengetuai
Pentadbiran pusat dan wilayah serta dibantu oleh pembesar-pembesar iaitu Bendahara, Penghulu
Bendahari, temenggung, Hulubalang Besar, Laksamana, dan Syahbandar.

Manakala dalam aspek perundangan pula, Sultan bertanggjawab sebagai ketua kehakiman dan sultan
mempunyai daulat iaitu untuk mengukuhkan kedudukan sultan seperti huum kanun Melaka dan
Undang-undang laut Melaka yang diketuai oleh sultan. Sebagai sultan, baginda berkuasa menjatuhkan
hukuman mati terhadap pesalah malah berkuasa untuk menggubal undang-undang bagi mengukuhkan
kuasadan kedudukan sultan dan rakyat tidak mempunyai hak untuk mempertikaikannya

Bukan itu sahaja,Peranan Sultan dari aspek ketenteraan pula ialah sebagai ketua angkatan tentera dan
baginda mempunyai kuasa mutlak mengerah rakyatnya menyertai tentera tanpa diberi upah.Tugas
ketenteraan ini dibantu kepada bendahara bagi membantu sultan di dalam hal-hal ketenteraan.

Seterusnya Sultan juga menguasai ekonomi secara keseluruhan dengan dibantu oleh pembesar seperti
Bendara, Temenggung, Laksamana dan Syahbandar bagi melicinkan kegiatan ekonomi terutamanya
ialah perdagangan. Sultan dipertanggungjawabkan untuk mengadakan hubungan baik dengan kawasan-
kawaasan yang boleh mendatangkan sumber ekonomi dari kawasan pendalaman dan baginda juga
berkuasa untuk mengutip hasil-hasil pertanian, cukai, perkhidmatan buruh dan hamba.

1
FATIN AMIRAH BINTI FAKERUDDIN
BM3 PISMP SEM 1

ii. Bendahara

Bendahara menurut kamus dewan edisi ke empat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud orang
yang memegang harta benda kerajaan, perdana menteri atau wazir. Bendara merupakan jawatan
pembesar yang yang dilantik oleh sultan pada abad ke 19 dan ianya jawatan yang diwarisi. Jawatan ini
dipegang oleh keluarga Bendahara. Bendahara dan Sultan berkongsi jurai keturunan yang sama.

Dalam aspek pentadbiran, Bendahara berperanan untuk menjadi penasihat raja. Beliau juga merupakan
ketua diantara semua pembesar yang dipertanggungjawabkan untuk menasihati Sultan di dalam semua
aspek petadbiran. Tugas Bendahara juga tidak kurang lebih seperti pendana menteri pada masa kini.

Beliau juga bertanggungjawab di atas kebajikan Sultan seperti perkahwian di Raja, kelahiran dan
pengebumian. Di samping itu, Bendehara juga berperanan sebagai penjaga sekiranya Sultan masih kecil.
Bendahara juga bertanggungjawab di dalam adat istiadat pertabalan dan perlantikan Sultan.

Bedahara juga merupakan pemangku sultan ketika baginda gering atau ke luar negara,dan tugas seperti
ketua hakim angkatan perang juga disandang oleh Bendahara jika ketiadaan Sultan pada ketika
itu.Sekiranya Sultan meninggal tanpa waris, Bendahara dipertanggungjawabkan bagi pewarisan di Raja.

2
FATIN AMIRAH BINTI FAKERUDDIN
BM3 PISMP SEM 1

iii. Penghulu Bendahari

Penghulu Bendahari pula merupakan jawatan yang telah diwujudkan oleh Parameswara semasa
memerintah Temasik sebelum di Melaka.Pemungut hasil atau ufti

Antara peranan Penghulu Bendahari ialah bertanggungjawab sebagai ketua bagi semua Bendahari.Tugas
bendahari ialah sebagai pemungut cukai cukai yang telah di wujudkan dan dikenakan kepada individu
individu tertentu sebagai contoh cukai perdagangan yang dikutip oleh Syahbandar.

Bukan itu sahaja, Penghulu bendahari juga merupakan ketua urusetia istana yang menanggung hal dan
perbelanjaan di dalam istana serta menguruskan belanjawan istana.

Penghulu Bendahari juga dikenali sebagai ketua kepada semua syahbandar yang ditugaskan untuk
mengutip cukai dan mejaga hal ehwal para pedagang yang hadir berdagang di Melaka. Bagi setiap
pedagang sebagai contoh dari China mempunyai seorang Syahbandar yang menguruskan pedagang dari
negara tersebut. Bukan itu sahaja, syahbandar juga berperanan menguruskan perlabuhan dan
melicinkan urusan perdagangan di Melaka.

Keselamatan Para pedagang adalah dibawah jagaan Syahbandar masing-masing.Syahbandar juga


berperanan dan bertanggungjawab untuk memeriksa alat timbang, sukat dan mata wang di perlabuhan.

Syahbandar juga dipertanggungjawabkan sebagai hakim di perlabuhan malah mempunyai kuasa untuk
menguatkuaskan peraturan keluar masuk kapal pedagang yang berdagang di Melaka.

3
FATIN AMIRAH BINTI FAKERUDDIN
BM3 PISMP SEM 1

iv. TEMENGGUNG

Temenggung ialah gelaran pembesar dalam sistem Empat Lipatan. Gelaran ini mula digunakan ketika
zaman pemerintahan Parameswara, Raja Melaka pertama. Fungsi jawatan ini boleh disamakan dengan
Menteri Dalam Negeri atau Ketua Polis kerana Temenggung bertanggungjawab menjaga keselamatan
dan keamanan dalam negeri. Gelaran ini terus digunakan oleh Kesultanan Johor yang mewarisi
Kesultanan Melaka.

Di Kesultanan Johor, terdapat dua jawatan yang menggunakan gelaran Temenggung iaitu Raja
Temenggung Muar dan Temenggung Johor. Sultan-sultan Johor Moden juga berasal daripada keturunan
Temenggung bermula dari Temenggung Seri Maharaja Abu Bakar yang mula memakai gelaran Sultan
pada tahun 1885. Kesultanan-kesultanan yang pernah menerima pengaruh Melaka juga menggunakan
gelaran Temenggung sebagai gelaran pembesar mereka dengan fungsi yang hampir sama seperti
Kesultanan Perak, Kesultanan Pahang dan Kesultanan Terengganu.c) Temenggung

Antara tugas dan peranan temenggung ialah menjadi ketua polis dan penjara demi memelihara
keamanan dan keselamatan dalam negeri dengan bantuan orang bawahannya. Dengan ini, keamanan di
bawah pentadbiran akan terus terjamin dengan adanya pembesar yang memainkan peranan sebagai
penjaga keamanan di bawah kerajaan naungan Sultan.

Bukan itu sahaja,temnggung juga berperanan sebagai penguasa bandar dan Kota Melaka serta
bertanggungjawab menjalankan segala protocol-protokol di istana sebagai contoh cara-cara menghadap
Sultan di Balairung istana. Beliau juga benrtanggungjawab menjadi Hakim di barat berbeza dengan
syahbandar yang menjadi hakim di perlabuhan atau hakim di laut.

Beliau juga berperanan mengawasi pedagang asing di Melaka bagi menjaga keselamatan Kota Melaka
juga untuk menjaga keselamatan bagi para pedagang yang berdagang di Perlabuhan Melaka. Malah
beliau juga turut memastikan sukatan dan timbangan pedagang betul agar tidak berlaku penindasan dan
unsur penipuan sehingga menimbulkan pergaduhan di antara penjual dan pembeli.

4
FATIN AMIRAH BINTI FAKERUDDIN
BM3 PISMP SEM 1

v. Laksamana

Laksamana di Kesultanan Melaka bertanggungjawab untuk keselamatan laut Kesultanan, dan yang
paling penting, laluan perdagangan China-India dalam Selat Melaka. Bahawa laluan perdagangan adalah
merupakan nadi bagi Empayar. Beliau dalam arahan penuh armada Melaka, Mengikut kepercayaan
orang dahulu, laksamana terkuat Melaka ialah Hang Tuah.

Peranan Laksaman yang utama ialah sebagai ketua angkatan laut dengan menjaga ketenteraman di laut
khususnya bagi para pedagang yang ingin berdagang di Melaka dari serangan musuh mahupun lanun.

Bukan itu sahaja, laksamana juga berperanan untuk mengawal keselamatan sultan jika Sultan keluar dari
istana atau dikenali sebagai pengawal peribadi disebabkan laksamana merupakan ornag yang paling
kuat dan dipercayai untuk menjaga keselamatan sultan.

Malahan laksamana juga bertanggungjawab menjadi Ketua duta iaitu juga sebagai perunding ke negeri
negeri lain untuk mengadakan rundingan dan wakil Sultan untuk menyampaikan utusan. Laksamana
juga dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua urusan diraja ke seberang laut sebagai contoh negara
naungan sultan yang berada di seberang laut.

You might also like