You are on page 1of 19

ANALISIS KAJIAN KES: LAMPIRAN 7

WHAT YOU DONT KNOW CAN HURT YOU!


John McCullum (Minggu 16)
Pensyarah : Puan Vasuki a/p Muniandy

Disediakan oleh : Muhammad Najib Bin Hassan Basri Muhammad Nur Hasif Bin Mohd Padzil Zulhilmi Bin Noh PISM Unit J3 Ambilan Januari 2011

APA YANG ANDA FAHAM TENTANG KES YANG DIKAJI


(WHAT DO I KNOW?) John ialah seorang guru yang pada waktu ke-7, mengajar sebuah kelas yang mengandungi 15 orang murid (7 orang murid cemerlang, 8 orang murid kurang cemerlang). John menghadapi kesukaran dalam menangani kelas itu, terutamanya 5 daripada 8 orang murid yang kurang cemerlang itu kerana sikap mereka yang nakal. Namun begitu, pada satu hari, John menghadapi masalah dengan seorang murid yang bernama Richard atas masalah disiplin yang ditunjukkan olehnya, iaitu melawan cakap, menunjukkan sikap biadap, kurang memberikan perhatian, mudah marah atau agresif.

APAKAH KONSEP/MODEL/TEORI YANG SAYA PERLU TAHU UNTUK MEMAHAMI DENGAN MENDALAM KES YANG DIKAJI?
(WHAT DO I NEED TO KNOW)

Model Terapi Realiti oleh William Glasser Asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang dibuat. Pilihan yang dibuat individu berdasarkan keperluankeperluan asas mereka, iaitu kasih sayang, mempunyai kuasa dan kawalan, kebebasan, serta keseronokan.

Oleh itu, bagi mendalami kes yang dikaji, keperluan individu, iaitu Richard dari segi kasih sayang, kuasa dan kawalan, kebebasan, serta keseronokkan perlu diketahui.

Model Akibat Logikal Dreikurs Ia menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Dreikurs menekankan guru mesti mengenal pasti punca salah laku dan murid mesti dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah.

Oleh itu, John mesti mengenal pasti punca salah laku Richard dan Richard mesti dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah.

Model Disiplin Asertif Canter Ia berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Pengurusan bilik darjah mesti dilaksanakan secara asertif, iaitu berkeyakinan dan tegas.

Oleh itu, John mesti menguruskan bilik darjah secara asertif, iaitu berkeyakinan dan tegas. Hak guru John untuk mengajar tanpa gangguan, dan hak murid Richard untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif mesti diambil perhatian. Penguatkuasaan peraturan mesti bagi memastikan aktiviti bilik darjah berjalan dengan lancar.

APAKAH STRATEGI-STRATEGI YANG MUNGKIN BOLEH DIAMBIL UNTUK MEMBANTU MENYELESAIKAN KES YANG DIKAJI?
(WHAT POSSIBLE STRATEGIES CAN BE TAKEN TO SOLVE THIS CASE PROBLEM)

John tidak boleh panik atau tidak tergopoh-gapah dalam mengambil sesuatu tindakan. Dia mesti tenang dan tidak bertindak secara melulu atau beremosi. Dia mesti fikir dahulu dan tanya pendapat guru yang berkenaan sebelum bertindak. John mesti mengelakkan diri daripada mencabar dan bertekak dengan Richard. Dia mesti cuba menyelesaikan masalah secara baik dengan berjumpa Richard secara individu yang dapat mengelakkan pertelingkahan di hadapan murid lain.

John mesti semak semula cara pengajaran dia, serta mengetahui dan mengenali murid dia sebelum memilih strategi yang sesuai agar murid boleh menerima arahan kerja dalam kumpulan dengan baik dan melaksanakan arahan dengan berkesan serta tidak menimbulkan diskriminasi atau ketidakadilan dalam pembahagian ahli kumpulan. John ialah guru di dalam bilik darjah dan keutamaan diberikan untuk mengajar. Masalah yang dihadapi John mengenai Richard tidak boleh ditangani sendirian. Oleh itu, masalah Richard mesti dirujuk kepada guru kaunseling sekolah.

John boleh berbincang dengan guru lain yang lebih berpengalaman dalam pengurusan disiplin bilik darjah. Oleh itu, John mesti kaji persekitaran dan murid di dalam bilik darjah itu agar pengurusan disiplin bilik darjah yang dilaksanakan oleh guru lain bersesuaian dengan kelas John. John mesti mengetahui latar belakang Richard terlebih dahulu, lalu menghantar Richard kepada pihak bimbingan dan kaunseling agar Richard dapat diberi pengajaran daripada dihukum secara bulat-bulat.

LANGKAH LAIN UNTUK MENGATASI MASALAH DISIPLIN


Guru perlu melayan semua pelajar sama taraf walaupun pelajar itu lemah dalam pelajaran dan kurang sopan. Guru perlu memahami perbezaan kiran antara lelaki dan perempuan sebelum menjalankan hukuman atau kaunseling ke atas mereka. Guru perlu menunjukkan kemesraan dan kesabaran terhadap pelajar yang bermasalah. Kaedah yang boleh diamalkan oleh guru untuk mengawal masalah disiplin dalam bilik darjah adalah melalui cara memahami dan mengenal pasti perbezaan ciri personaliti berdasarkan jantina di kalangan pelajar supaya tidak memperlakukan atau menganggap mereka semua adalah sama .

Guru hendaklah membuat pemantauan khusus terhadap pelajar yang berpencapaian rendah serta mengurus kelas untuk menghasilkan pengajaran yang bermutu supaya masalah disiplin dalam bilik darjah dapat dikawal .
Kaedah yang boleh diamalkan oleh guru untuk mengawal masalah disiplin dalam bilik darjah adalah guru harus sentiasa mempunyai kemampuan untuk melayan pelajar yang lemah dengan penuh kesabaran supaya mereka dapat belajar dengan bersungguhsungguh kerana mempunyai dorongan guru. Guru yang mengajar di dalam kelas juga boleh memikirkan kaedah yang berbeza supaya dapat menarik perhatian pelajar untuk berminat pelajar dan tidak akan berasa hendak mengantuk di dalam kelas semasa guru mengajar.

Guru juga perlu sentiasa memantau dan memberi perhatian terhadap pelajarnya tanpa mengira prestasi atau faktor lain. Ini membolehkan pelajar tidak terasa dipulaukan dan merasai kemesraan daripada guru. Di samping itu,guru perlu bijak dalam pengawalan disiplin dan pengurusan kelas. Dengan memahirkan diri dalam kedua-dua aspek ini,guru boleh menjadikan pelajaran mereka dengan menarik dan disiplin kelas dapat dikawal. Guru haruslah mengubah cara pengajaran mereka yang membosankan. Contohnya, guru boleh menunjukkan gambargambar animasi untuk menarik perhatian pelajar. Selain itu, guru perlu mengubah cara menangani kes-kes disiplin pelajar. Contohnya, guru-guru bolehlah berbincang dengan pelajar bermasalah di bilik kaunseling yang tidak ramai orang supaya pelajar tersebut berasa selesa untuk meluahkan masalah mereka.

MASALAH-MASALAH DISIPLIN DI SEKOLAH DAN PENDEKATAN YANG SESUAI MEMBENDUNGNYA


ISU
1. Pergaduhan antara pelajar

CADANGAN
Perhubungan erat antara ibu bapa, guru, pelajar perlu dijalinkan. Sekiranya perlu pegawai polis perlu dilibatkan.

MAKLUM BALAS
Telah dilaksanakan melalui Jawatankuasa Permuafakatan peringkat sekolah yang dianggotai oleh pihak sekolah, ibu bapa, pegawai bomba, pegawai polis dan ahli masyarakat setempat.

2.Merokok di kalangan pelajar

Pelajar diberi didikan mengenai keburukan merokok

Boleh dipertimbangkan dan boleh dilaksanakan kerana ianya dapat membantu mengurangkan masalah disiplin pelajar Telah dilaksanakan dan akan diteruskan proses mengemaskini syarat pengambilan, pemilihan dan kelayakan masuk

3. Kurang minat belajar

Pengambilan dan pemilihan pelajar diketatkan dan kelayakan kemasukan dikaji supaya pelajar yang benarbenar layak dipilih

ISU

CADANGAN

MAKLUM BALAS

4. Pelajar datang lewat dan ponteng sekolah

Pelajar dihukum dan ibu bapa dimaklumkan

Telah dilaksanakan dan memang diamalkan di sekolah (alasan/sebab diberikan oleh pelajar diambil kira sebelum tindakan dibuat

5: Kes dadah yang harus dikawal ketat dan diberi perhatian serius

Pelajar harus diberi nasihat dan ibu bapa harus dimaklumkan. Pelajar perlu disingkir dan dihantar ke pusat pemulihan.

Telah dilaksanakan dengan menjalankan sesi kaunseling terlebih dahulu sebelum tindakan menyingkir pelajar. Buat masa ini belum ada kes dan tindakan menghantar ke pusat pemulihan.

6. Pergaulan dan pembacaan buku/majalah yang tidak baik.

Harus diberi perhatian dan dikawal agar pelajar tidak dipengaruhi sehingga melakukan aktiviti tidak berakhlak

Telah dilaksanakan. Perhatian telah lama diberi dan sumber pembacaan di perpustakaan adalah terkawal.

CADANGAN PENDEKATAN LAIN


Aspek yang perlu diberikan perhatian ialah:a. Pengurusan bilik darjah yang efektif, iaitu

merangkumi pengurusan aspek fizikal bilik darjah,


tingkah laku murid, rutin, peraturan serta prosedur dan juga arahan yang berkesan

b. Pengetahuan dan kemahiran tentang strategi


pengajaran yang pelbagai untuk memenuhi keprluan murid yang berbeza

c. Keupayaan menilai kemahira yang diperlukan

e. Mengubahsuai aktiviti dan latihan di dalam bilik darjah supaya dapat mengambil kira keperluan serta kebolehan murid yang berada pada tahap berbeza did alam kelas f. Menstruktur persekitaran agar dapat meransang pembelajaran muridnya g. Menggunakan strategi-strategi seperti bimbingan rakan sebaya dan pembelajaran koperatif untuk menggalakkan kerjasama antara murid di dalam bilik darjah h. Menekankan kepentingan menghormati rakan sebaya i. Menghargai perbezaan dalam kalangan individu

j. Mempunyai harapan yang tinggi atas kebolehan muridnya untuk


berjaya k. Membina hubungan yang baik dan bekerjasama dengan ibu

SEKIAN

You might also like