You are on page 1of 1

TEKNIK MEMBACA KWLH

APAKAH KWLH?
 Teknik KWLH ialah satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkara-
perkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari.
 Teknik ini bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber.
 Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis.

K =What I know Know (Tahu)


 Murid-murid mencatat maklumat yang sudah diketahui berdasarkan tajuk atau perkara yang akan
dibincangkan.

W= Want (Hendak/Ingin Tahu)


 Murid-murid mencatat maklumat yang ingin diketahui dengan lebih lanjut berdasarkan tajuk atau
perkara yang dibaca.

L =What I learned Learn (Pelajari)


 Murid-murid dikehendaki mencatat isi penting yang diperoleh daripada bahan bacaan berdasarkan tajuk
atau teks. Dengan perkataan lain, murid-murid menjawab soalan yang dibina sendiri.

H= How much I want to know How (Bagaimana)


 Murid-murid dikehendaki mencatat bagaimana, bila dan di mana untuk mendapatkan maklumat yang
belum lengkap berdasarkan teks yang diberi. Murid-murid juga berupaya mengemukakan cadangan
untuk merujuk sumber lain.

BAGAIMANAKAH CARANYA?
 Guru menyediakan tajuk dan memberi borang KWLH kepada pelajar.
 Guru berbincang dengan pelajar tentang tajuk dan meminta pelajar mengisi ruanagan ‘K’ ( apa yang saya
tahu) berkaitan dengan tajuk.
 Guru meminta pelajar mengisi ruangan ‘W’ ( apa yang saya ingin tahu) tentang tajuk yang diberi.
 Guru memberi petikan dan meminta pelajar membaca dan mencatat isi-isi penting dalam ruangan ‘L’ (
apa yang saya telah pelajari).
 Guru berbincang dengan pelajar tentang perkara yang telah mereka pelajari dan meinta pelajar mengisi
ruangan ‘H’ ( bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat tambahan) berkaitan dengan tajuk yang
dipelajari.

Tujuan teknik KWLH


1) Tujuan teknik KWLH ialah membaca secara kritis

2) mengaitkan pengalaman yang sedia ada dengan perkara yang dibaca.

3) mengaitkan minat membaca perkara-perkara yang hendak diketahui.

4) mengenal pasti perkara-perkara yang sudah dipelajari dan perkara-perkara tambahan yang
perlu diketahui lagi.

5) meningkatkan pemahaman pembaca berkenaan sesuatu bahan yang dibaca.

You might also like