You are on page 1of 8

TEKNIK KWLH

KNOW, WHAT, LEARN, HOW

APAKAH KWLH?

Satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkara-perkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari. Bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber. Sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis.

Know (Tahu)

What I know?
Murid-murid

mencatat maklumat yang sudah diketahui berdasarkan tajuk atau perkara yang akan dibincangkan

What (Apakah)

What I want?
Murid-murid

mencatat maklumat yang ingin diketahui dengan lebih lanjut berdasarkan tajuk atau perkara yang dibaca.

Learn (Pelajari)

What I learned?
Murid-murid

dikehendaki mencatat isi penting yang diperoleh daripada bahan bacaan berdasarkan tajuk atau teks. Dengan perkataan lain, murid-murid menjawab soalan yang dibina sendiri.

How (Bagaimana)

How much I want to know?


Murid-murid

dikehendaki mencatat bagaimana, bila dan di mana untuk mendapatkan maklumat yang belum lengkap berdasarkan teks yang diberi. Murid-murid juga berupaya mengemukakan cadangan untuk merujuk sumber lain.

LANGKAH PELAKSANAAN

Guru menyediakan tajuk dan memberi borang KWLH kepada pelajar. Guru berbincang dengan pelajar tentang tajuk dan meminta pelajar mengisi ruangan K ( apa yang saya tahu) berkaitan dengan tajuk.

Guru meminta pelajar mengisi ruangan W ( apa yang saya ingin tahu) tentang tajuk yang diberi.
Guru memberi petikan dan meminta pelajar membaca dan mencatat isi-isi penting dalam ruangan L ( apa yang saya telah pelajari). Guru berbincang dengan pelajar tentang perkara yang telah mereka pelajari dan meminta pelajar mengisi ruangan H ( bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat tambahan) berkaitan dengan tajuk yang dipelajari.

Ezra Pound (1885-1972)

Properly we should read for power. Man reading should be man intensely alive. The book should be a ball of light.

Maksudnya,

Kita perlu membaca untuk kuasa. Tanpa membaca, seseorang manusia itu seolah-olah tiada kehidupan. Buku adalah cahaya kehidupan.

Robinson, Francis Pleasant. (1970) Effective study. New York: Harper & Row.

You might also like