You are on page 1of 2

Tema: Perpaduan Teras Keamanan Negara

Bersatu Kita Teguh

Bercerai Kita Roboh

Begitulah indahnya pepatuh orang daulu sebagaimana indahnya mauduk pidato yang akan saya
sampaikan Perpaduan Teras Keamanan Negara.

Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada Yang Dihormati Tuan Pengerusi
Majlis, barisan panel hakim yang sentiasa menegakkan paksi kebenaran, penjaga masa yang
budiman, guru-guru dan warga dewan sekalian.

Perpaduan saya fahamkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan
negara seluruhnya supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti, nilai bersama
dan satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Teras keamanan negara merujuk
kepada asas kesejahteraan dan keselamatan ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara. Dalam 5
minit pidato saya ini, saya ingin mengajak hadirin sekalian menilai kepentingan perpaduan sebagai
teras keamanan negara berdasarkan sebuah cerita, iaitu Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969.

Warga dewan yang dihormati,

Penjajahan British melalui dasar pecah dan perintah serta mementingkan kuasa dan ekonomi
menyebabkan terjadi jurang perbezaan dan pengenalan ekonomi berbentuk etnik antara kaum dan
wilayah. Pelbagai kaum terasa seperti tidak mendapat pembelaan dan peluang yang sewajarnya.
Dalam kempen pilihanraya 1969 pula, terdapat parti-parti politik yang telah menimbulkan isu-isu
sensitif yang menyentuh kaum tertentu. Kehilangan dua pertiga majoriti parti Perikatan dalam
pilihanraya umum tersebut, diikuti kelantangan beberapa pemimpin parti pembangkang dan
penyokong mereka yang menimbulkan perasaan saling membenci dalam kalangan rakyat berbilang
kaum. Kemuncak manifestasi(perbuatan /ucapan yang memperlihatkan sesuatu(menjadi nyata)
perkauman ini ialah peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Peristiwa ini menunjukkan bahawa perpaduan
nasional sukar dicapai jika terdapat jurang perbezaan yang terlalu besar terutama dari segi ekonomi,
politik dan sosial antara rakyat pelbagai kaum. Oleh itu, pada bulan Januari 1970, Majlis Perundingan
Negara (MPN) ditubuhkan. Fungsi utama majlis ini ialah meneliti isu-isu perpaduan negara serta
mencari jalan untuk menyelesaikannya. Antara hasil utama Majlis ini ialah Rukun Negara dan Dasar
Ekonomi Baru.

Hadirin yang dirahmati,

Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat
akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah
dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang
porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan
keamanan negara. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di
negara ini?

Warga dewan yang dihormati,

Meninjau kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, telah memberikan penekanan kepada
sistem persekolahan yang sama; bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum sekolah
yang sama dan bercorak kebangsaan. Jelaslah bahawa sistem pendidikan ialah satu kaedah untuk
mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, penekanan kepada sikap berbangga
menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui
pelbagai pertandingan, sambutan bulan kemerdekaan, dan hari patriotik.

Warga dewan yang dikasihi,


Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-
mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasif mahupun bagai enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud
apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak
ansur.

Sebelum melangkah pergi, serangkap pantun untuk renungan kita bersama.

Berbilang bangsa sehati sejiwa,

Satu Malaysia jadi pegangan,

Pemimpin cekap lagi berwibawa,

Rakyat bersatu negara aman.

Sekian, terima kasih.

You might also like