You are on page 1of 8

CARA PENULISAN AKADEMIK (CITATION* iaitu RUJUKAN DALAM TEKS dan

BAHAGIAN RUJUKAN)
Thomas Johnson Coke (2010)….kita tulis sebagai Coke (2010) dalam citation dan Coke, T. J.
(2010) dalam rujukan.
Mashira Yahaya (2010). *PENULIS MELAYU ditulis dengan nama penuh termasuk nama
ayahnya****
Muthusamy a/l Maniam (2010)….kita tulis Maniam (2010) dalam citation dan Maniam, M.
(2010) dalam rujukan.
Chow Kim Fah (2010)….kita tulis Chow (2010) dalam citation dan Chow, K. F. (2010)
dalam rujukan.
Untuk bahagian rujukan, semua nama penulis buku yang berkaitan perlu ditulis dengan
lengkap *tiada lagi et. al kecuali lebih daripada 6 org penulis*

CONTOH-CONTOH:
Masalah ini semakin meruncing walaupun pelbagai langkah telah diambil untuk
membanteras kegiatan tidak sihat dalam kalangan mereka (Azizi Yahaya, Noordin Ahmad, &
Juriah Juriah Ahamad @ Daing Junaidah Ahamad, 2010). Commented [H1]: 3 orang penulis

____
Pelbagai kes pergaduhan yang membabitkan pelajar seperti guru diserang pelajar,
pergaduhan antara seorang pelajar dengan seorang pelajar yang lain dan pergaduhan antara
kumpulan pelajar (Azizi Yahya, Shahrin Boon, Yusof Boon, Jamaludin Ali, & Nurul Ezzati
Aziiz, 2012). Commented [H2]: 5 orang penulis

_____
Umum mengetahui bahawa kesalahan berunsur jenayah seperti mencederakan pelajar,
bergaduh dan pukul merupakan kes yang banyak dicatatkan di sekolah (Azizi Yahya & Mohd
Sofie Bahari, 2012). Commented [H3]: 2 orang penulis

_____
Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan: Disiplin Murid 1998, Kementerian
Pelajaran Malaysia, kesalahan melakukan pergaduhan, kekerasan, gengsterisme,
mencederakan dan memukul pelajar lain atau guru berada dalam kategori kesalahan berat
dan sekiranya kesalahan berat tersebut melibatkan kes polis, ia merupakan kesalahan
jenayah(www.moe.gov.my, 2011; Mohd Ismail Othman, 2006). Commented [H4]: Sumber dari internet dihitamkan warnanya

______
Peraturan-Peraturan Pendidikan: Disiplin Murid 1998 yang dilaksanakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia di sekolah-sekolah berkuat kuasa pada 01 Januari 1998
selepas akta dan Ordinan Pelajaran 1959 dikaji dan digubal semula (www.moe.gov.my,
2011). Commented [H5]: Sumber dari internet

1
Sebagai contoh, kejadian yang berlaku di salah sebuah sekolah menengah di Melaka
yang melibatkan lebih kurang 20 orang pelajar bergaduh di kantin sekolah dan berpukul-
pukulan sesama sendiri dengan menggunakan kerusi sehingga melibatkan kecederaan yang
teruk serta melibatkan kes polis (Azizi Yahaya et al., 2012). Commented [H6]: Penulisan yang penulisnya banyak untuk
citation Kali kedua

Kajian yang dilakukan oleh Fuziah Ahmad, Nuraini Shafie, Mohd Fo’ad Sam, Shafee
Dal, Wan Ab Rahman Khudzri, dan Azlizamani Yusri, et al., (2009) terhadap pelajar-pelajar Commented [H7]: Pertama kali tulis bagi pengarang yang Lebih
daripada 6 orang pengarang
yang terlibat dalam salah laku di negeri Kedah pada tahun 2007 juga mendapati…..

Terdapat juga saranan membina tingkah laku yang baik dan bertatasusila melalui
kesedaran dalam diri pelajar itu sendiri, peranan guru dalam kelas dan peranan masyarakat
sebagai usaha untuk mengatasi gejala sosial termasuklah tingkah laku bergaduh dalam
kalangan pelajar (Sapora Sipon, 2010; Asmak Ali, 2006; Azizi Yahaya et al., 2012). Commented [H8]: Cara tulis bagi penulisan Bukti banyak
penulis
Azizi Yahaya, et al. (2012) menegaskan bahawa individu yang gagal memahami Commented [H9]: Cara tulis citation
tuntutan agama akan mudah melanggar peraturan agama, sekolah dan undang-undang kerana
semua agama mementingkan kebaikan dan menolak kejahatan.

Gall, Gall, dan Borg (2007) pula menyatakan bahawa penyelidikan kajian kes mempunyai Commented [H10]: Ada tanda “,” sebelum “dan”
empat ciri utama iaitu…

Manakala, Asmak Ali (2006), Sapora Sipon (2010), Nik Rosila Nik Yaacob (2010), dan
Saadah Sumrah, Salwan Saman, dan Roslee Ahmad (2008) pula mendapati peranan institusi Commented [H11]: “, dan”
keluarga penting dalam pendidikan anak-anak.

______
Konsep pengawasan diri muhasabat al-nafs yang dianjurkan oleh al-Ghazali sejajar dengan

sabda Nabi Muhammad S.A.W., riwayat Abdullah bin Umar R.A. yang menunjukkan

perlunya pengawasan diri kerana adanya pemeriksaan di akhirat:

“Apabila Allah hendak menyeksa suatu kaum, maka orang-orang yang tidak
bersalah berada bersama mereka, akan terkena musibah itu. Kemudian
mereka akan dibangkitkan (hari kiamat) menurut amal mereka (baik atau
buruk)”

(HR Muslim: 2453) Commented [H12]: Cara tulis untuk citation hadis
_______
Al-Ghazali (2013) membahagikan akhlak kepada dua jenis iaitu akhlak baik dan

akhlak buruk:

2
“Jika yang dilahirkan adalah perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal
dan agama (syariat) maka ia dinamakan akhlak yang baik dan jika perbuatan
yang dilahirkan tidak elok, maka ia disebut akhlak yang buruk.”
(Ihya’ Ulumiddin, Jld 2: ms. 1034)
______
Penyataan ini menunjukkan bahawa tingkah laku yang terpuji dan mengikut syarak
merupakan akhlak yang baik manakala tingkah laku yang keji merupakan akhlak yang
buruk (al-Ghazali, 2013). Commented [H13]: Pangkal hurul “a”

Hukuman Qisas dikenakan kepada kesalahan membunuh, mencederakan, menampar,


menumbuk, memukul atau memaki orang lain (Surah al-Maaidah 5: 45). Commented [H14]: Cara Tulis Surah
________

Pandangan yang sama ditunjukkan oleh Asmak Ali (2006), Khalim Zainal dan Wan Zulkifli
Wan Ahmad (2009), Zulkiple Zaie dan Nor Salimah Hashim (2012), Azizi Yahaya, et al.
(2012) dan Mardzelah Makhsin, et al. (2012). Commented [H15]: dan

_______
Tinjauan awal juga menunjukkan pelbagai program termasuklah ceramah agama diberi
kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah salah laku (SMK, Pahang, 24.06.2012). Commented [H16]: Cara Tulis Sumber temubual

_____
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), salah laku bermaksud kelakuan yang Commented [H17]: Kamus
dianggap tidak bermoral atau tidak beretika.
_______
Fikri Zombi, Rozmi Ahmad, Mohd Radzi Zainal, dan Norhayati Ahmad (2014) dan Laela
Siddiqah (2010) menggunakan istilah tingkah laku agresif bagi aktiviti yang melibatkan Commented [H18]: Tulis ‘dan’
pergaduhan dan kekerasan.
_____
“Modul Penyalahgunaan Dadah” oleh Jamaludin Ahmad (2007) mempunyai struktur yang
terdiri daripada tajuk aktiviti, tempoh masa, peralatan, objektif, langkah-langkah aktiviti,
rumusan dan falsafah.
__________________________________
Tempoh kajian pula berdasarkan saranan Jorgensen (1989: 117) iaitu;

“…availability of resources and/or deadlines…” Commented [H19]: Terus ambil kata-kata daripada buku

Selain itu, pengkaji juga mendapatkan sumber tentang Teori Tingkah Laku

Terancang Ajzen (1991; 2005) dan Teori Kohlberg (1971). Commented [H20]: Dua buku ditulis oleh penulis yang sama

3
Seterusnya proses koding dilakukan. Miles dan Huberman (1994) menyatakan

bahawa koding ialah:

“tags or labels for assigning units of meaning to the descriptive or inferential


information compiled during a study”

(Miles & Huberman, 1994: 56) Commented [H21]: Contoh lain ambil kata-kata penulis
daripada buku

Contoh Jadual

Jadual 1.1
Jumlah Penglibatan Pelajar dalam Jenayah di Nigeria dari Tahun 2015-2018

Tahun
Jenis Jenayah 2015 2016 2017 2018
L P L P L P L P
Jenayah Kekerasan

Rogol 39 - 19 1 19 1 32 -
Samun Berkawan 479 2 697 3 601 2 495 2
Bersenjatapi
Samun Berkawan Tak
Bersenjatapi 67 2 17 1 29 2 30 -
Samun Bersenjatapi 361 9 365 23 246 3 268 6
Samun Tanpa Bersenjatapi 39 3 9 1 10 - 9 -
Mendatangkan cedera 82 2 50 - 84 1 117 2

Jenayah Harta Benda

Curi Van/Lori/Jentera Berat 1135 76 1077 90 983 80 1151 89


Curi Motokar 13 - 19 - 2 - 13 -
Curi Motosikal 14 1 33 1 23 5 11 1
Curi Ragut 1880 16 1989 37 1572 6 1941 15
Pecah Rumah Siang 62 4 64 - 61 2 76 7
Pecah Rumah Malam 28 4 78 5 71 4 98 5
693 8 749 5 659 6 603 4
5240 134 5510 171 4642 116 5077 135

Jumlah Besar 5374 5681 4758 5212


Jumlah Tangkapan 7126 7427 7450 7732
Keseluruhan Pelajar
Sumber: Polis Nigeria, 2019.

4
Kepercayaan Sikap Terhadap
Tingkah Laku
Tingkah Laku

Kepercayaan
Norma Subjektif Niat Tingkah Laku
Normatif

Kawalan
Kepercayaan Pengawalan Tingkah Laku
Kawalan Tingkah Laku
Ketara Sebenar

Rajah 2.1: Teori Tingkah Laku Terancang Commented [H22]: Format Rajah
Sumber: Ajzen (2006:1)

6
Skor Amalan Pengawasan Diri Muhasabat al-Nafs

5 Muhasabah
(Menghitung Diri)

4 Mu’atabah
(Penyesalan)

3 Musyaratah
(Menanam Azam)

2 Mujahadah
(Berjuang)

1 Muraqabah
(Pengawasan Diri)

0 Mu’aqabah
Sebelum Selepas (Ujian 1) Susulan (Ujian 2) (Menghukum Diri)

Perubahan Masa

Graf 4.2: Skor Min R1 Sebelum Bimbingan,Selepas Bimbingan (Ujian 1) dan Susulan (Ujian
2) bagi Setiap Tingkat Amalan Muhasabat al-Nafs Commented [H23]: Format Graf

5
Begitu juga R2 jarang-jarang melakukan solat lima waktu seharian. Perkara ini telah

dinyatakan oleh R2;

“Sebelum mengikuti bimbingan, saya tidak langsung menjaga solat.”


(Sumber: TB.SP./R2) Commented [H24]: Cara Tulis Dapatan Temubual dalam
laporan Dapatan Kajian
___________

Proses koding dilakukan dengan membentuk senarai kod setelah data-data yang diperoleh,

dibaca berulang kali sehingga dapat dikategorikan kepada tema-tema yang dirancang pada

peringkat awal kajian. Senarai kod tersebut menggunakan ringkasan perkataan dan nombor

yang mudah bagi tujuan rujukan. Hal ini diperlukan bagi memudahkan penulisan laporan

dapatan kajian serta mengelakkan kesilapan nama responden serta tarikh data dikumpul.

Sebagai contoh, kod bagi data temu bual responden R1, dikodkan sebagai TB.SP./R1. TB

merujuk kepada perkataan temu bual, SP pula merujuk kepada perkataan salah laku

pergaduhan dan R1 merujuk kepada nama samaran responden dalam kajian. Kod bagi data

temu bual guru kelas responden R1 bagi sebelum mengikuti bimbingan, dikodkan sebagai

TBB.SGK.R1/X1. TBB merujuk kepada perkataan temu bual sebelum bimbingan, SGK.R1

merujuk kepada responden guru kelas bagi R1 dan X1 merujuk kepada nama samaran guru

kelas. Begitu juga senarai koding bagi setiap tema dan sub tema juga menggunakan

ringkasan perkataan dan nombor yang mudah. Sebagai contoh, sub tema bagi amalan agama

yang kedua ialah zikir diringkaskan dengan kod SK 2:T2. SK 2 merujuk kepada soalan

kajian kedua dan T2 merujuk kepada sub tema bagi zikir.

_______________________

6
Catatan analisis dokumen daripada Unit Disiplin Hal Ehwal Murid (HEM) adalah

seperti berikut; Commented [H25]: Format penulisan dapatan analisis


dokumen

“Pada 24.01.2012 lebih kurang jam 11.20 pagi bertempat di Depan


Koperasi. Anda didapati bersalah kerana telah berkelakuan kasar dan
bergaduh dengan pelajar lain.”
(Sumber: Dokumen SLP/Sblm/R2)
_________________________

Hal ini juga berkait dengan teori “Self-Regulation” iaitu proses kawalan-kendiri yang Commented [H26]: Bahasa Inggeris
disebutkan oleh Bandura (1977) iaitu, i) melakukan pemerhatian, ii) mengkaji diri sendiri, iii)
pemeriksaan ke atas tingkah laku diri sendiri, iv) membuat penilaian tingkah laku diri sama
ada baik atau buruk, dan v) melakukan respons kendiri iaitu menghukum diri sekiranya
melakukan kesilapan diri.
_________
Perkara ini juga telah disebut dalam al-Quran surah al-Ra’d 2: 28. Commented [H27]: Cara Penulisan surah al-Quran

RUJUKAN Commented [H28]: Di bawah ini cara penulisan rujukan untuk


buku dsb
Ab. Aziz Mohd Yatim, Md. Noor Saper, & Nor Junainah Mohd Isa (2008). Intervensi
Dalam Menangani Masalah Disiplin Pelajar. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Dimuat turun pada 10 Disember, 2011, dari
http://www.pusaka02.blogspot.com
Ajzen, I. (1991). The Theory of Planned Behavior. Organizational Behavior and Human
Decision Processes,50 (2): 179-211.
Ajzen, I. (2005). Attitudes, personality and behavior (2nd ed.). Berkshire: Open University
Press.
Ajzen, I. (2006). Behavioral Interventions Based ontheTheory of Planned Behavior. Dimuat
turun pada 09 Disember, 2013, dari
http://people.umass.edu/aizen/pdf/tpb.intervention.pdf
Akta mahkamah juvana 1947 (akta 90) & juvenile courts act 1947 (act 90) (1998). Disusun
oleh: Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. Kuala Lumpur: International Law
Book Services.
Al-Attas, Syed Muhammad Naquib (1992). Tujuan dan objektif pendidikan Islam. (Terj.
Samsudin Jaapar). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Al-Ghazali (1984). Kimia kebahagiaan. (Terj. Haidar Bagir). Bandung: Mizan.
Al-Ghazali (1994). Ihya ‘ulumuddin jilid 2, 3 dan 4. Cetakan Baru. Beirut: Darul Fikr.

7
Al-Ghazali (2013). Ihya’ ullumiddin jilid 1, 2, 3, 4. Cetakan ketujuh. (Terj. TKH Ismail
Yakub MA-SH). Singapore: Pustaka Nasional Pte Ltd.
Al-Muslim (1997). Terjemahan hadis shahih Muslim jilid I,II,III dan IV. (Terj. Ma’mur
Daud). Selangor: Klang Book Centre.
Al-Quran al-Karim (1999). Mushaf tajwid dan terjemahan ke dalam Bahasa Malaysia.
(Terj. Sheikh Abdullah Basmeih). Kuala Lumpur: Darul Fikir.
Al-Wasid. Dimuat turun pada 27 Jun, 2012, dari http://www.almaany.com
Amran Kasimin & Haron Din (1997). Doa dan rawatan penyakit (II). Kuala Lumpur:
Percetakan Watan Sdn. Bhd.
Ang, J.E. (2008). Pengurusan disiplin murid. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing
Sdn. Bhd.
Asmah Suboh, Nurulhuda Azizi, & Mascilla Hamzah (2011). Masalah Salah Laku Agresif Di
Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan.
Journal of Education Psychology & Counseling, Vol. 1, 77-93 Dimuat turun pada 20
Disember, 2012, dari http://eprints.utm.my/12172/1/JEPC-2011-1-005.pdf
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Yusof Boon, Jamaludin Ramli, & Nurul Ezzati Aziz (2012).
Penyelewengan tingkah laku remaja punca dan rawatan. Johor Bahru: Penerbit UTM
Press.
Bogdan, R. C., & Biklen, S.K. (1992). Qualitave research for education: An introduction
to theory and methods(2nd ed.). Boston: Allyn & Bacon.
Chua, Y.P. (2011). Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Fuziah Shafie, Nuraini Yusoff, Mohd Fo’ad Sakdan, Shafee Saad, Wan Ab Rahman Khudzri
Wan Abdullah & Azlizamani Zubir, et al., (2009). Profil remaja berisiko tinggi.
Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Fraenkel, J. R., & Wallen, N. E. (2009). How to design and evaluate research in education
(7th ed.). New York: Mc Graw Hill, Inc.

Kamus Dewan Edisi Keempat Dewan Bahasa dan Pustaka (2010). Selangor: Dawama
Sdn. Bhd.
Sakhilah Shahkat Ali (2009). Orientasi Moral Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Tesis
Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

RUJUKAN DARI WEB: Commented [H29]: Penulisan rujukan daripada web

http://www.umlib.um.edu.my: Dimuat turun pada 03.10.2011


http://www.moe.gov.my:Dimuat turun pada 15.12.2011

You might also like