You are on page 1of 26

GAYA PENGENDALIAN KONFLIK INTERPERSONAL BAGI MENYELESAIKAN

MASALAH TEKANAN PEKERJA DI DALAM SESEBUAH ORGANISASI

BAHAGIAN 1

PENGENALAN

Konflik adalah perkara yang selalu terjadi dalam kehidupan manusia. Ia boleh berlaku dalam

pelbagai keadaan dan sebab. Johnson & Indulik (2002) mengatakan punca konflik adalah kerana

kurangnya aktiviti komunikasi, salah faham, gagal mencapai sesuatu jangkaan, tekanan kerja

dan gagal mencapai persetujuan yang konsesus. Manakala Fernberg (1999) pula berkata, konflik

dalam organisasi boleh berpunca daripada pengurusan dan kepimpinan yang lemah.

Konflik tidak boleh dilihat dari sudut negatif sahaja. Ada kalanya, konflik boleh

membawa kepada implikasi yang positif terhadap manusia dan organisasi. Ezhar (1999)

menyatakan konflik penting untuk menggalakkan pemikiran kreatif dan menguji keutuhan

kumpulan di dalam sesebuah organisasi. Konflik boleh mewujudkan saluran untuk meluahkan

perasaan tidak puas hati, mewujudkan norma baru dalam hubungan dan menguji keutuhan

hubungan ke arah yang lebih erat dari aspek kematangan berbincang. Selain itu, konflik juga

boleh menjadi pemangkin untuk mengurangkan kejumudan dalam perbincangan ke arah

pembangunan organisasi.

Menurut Ungku Norulkamar et al (2004) pula, konflik perlu untuk mengetengahkan

masalah yang biasanya dibiarkan tanpa diselesaikan. Ia adalah satu usaha motivasi kepada pihak

1
yang berkonflik untuk memahami pendirian mereka yang berbeza dan bertentangan,

menggalakkan pertimbangan terhadap idea dan merupakan satu pendekatan baru yang boleh

membantu proses perubahan serta inovasi kepada organisasi, menghasilkan proses pembuatan

keputusan yang lebih baik dan berimplikasi serta membantu mengukuhkan komitmen kepada

organisasi.

Kesan positif konflik lahir daripada pengendalian yang berasaskan kepada semangat

membangunkan organisasi. Ini bermaksud, Choudrie (2001) menyifatkan konflik functional

adalah konflik yang bersifat konstruktif dan memenuhi kepentingan organisasi berasaskan

kepada memahami matlamat dan sasaran organisasi. Gordon (2002) pula menyatakan konflik

dysfunctional menjurus kepada elemen destruktif dan mengancam kepentingan organisasi. Ia

boleh membawa kesan buruk kepada organisasi. Keadaan ini boleh dilihat apabila berlaku usaha

untuk menjejaskan aliran dan operasi organisasi seperti mewujudkan tekanan emosi dan stress,

mengubah gaya kepimpinan daripada bersifat penyertaan kepada penggunaan kuasa,

mewujudkan individu atau kumpulan yang mempunyai pandangan stereotaip negatif terhadap

pihak lain atau wujud kesetiaan yang melampau terhadap sesuatu kumpulan sehingga tidak boleh

menerima pendapat kumpulan lain.

Maimunah (2000) berpendapat bahawa implikasi negatif konflik akan mengakibatkan

pembaziran dari segi masa, kewangan dan tenaga. Malah ia juga boleh menjejaskan kesihatan,

menghilangkan motivasi diri dan akhirnya merencatkan kemajuan dan pembangunan diri rakan

sekerja serta organisasi. Ia juga boleh menggugat prestasi organisasi dengan menjadikan

organisasi tidak produktif dari segi objektif, matlamat dan pembangunannya.

2
LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengendalian konflik interpersonal adalah sangat penting demi memastikan organisasi dapat

mencapai objektifnya. Malah ia juga adalah isu yang perlu diuruskan dengan baik supaya

individu atau kumpulan yang mengalami konflik interpersonal dapat menyelesaikan masalah

mereka. Menyedari kesan konflik boleh menjadi positif dan negatif, maka adalah menjadi

tanggungjawab semua pihak dalam organisasi untuk mengendalikannya dengan cara yang

sistematik. Justeru, kajian ini akan dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji bagaimana sesuatu

konflik itu dikendalikan agar ia tidak membawa padah dalam sesebuah organisasi sekiranya

dibiarkan berterusan tanpa sebarang cara untuk menanganinya.

PERNYATAAN MASALAH KAJIAN

Sekolah-sekolah pedalaman merupakan sekolah-sekolah yang terletak jauh dari bandar dan

mengalami masalah kekurangan infrastruktur sama ada dari segi tenaga elektrik, bekalan air,

laluan jalan raya ataupun talian telekomunikasi. Sekolah-sekolah di kawasan pedalaman banyak

terletak di kawasan-kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Di semenanjung, kewujudan

sekolah-sekolah pedalaman tidak boleh dinafikan. Kebanyakan sekolah pedalaman di

semenanjung Malaysia terdiri daripada sekolah-sekolah yang dibina di perkampungan orang asli

sebagai usaha memenuhi tuntutan pendidikan untuk mereka.

Konflik interpersonal sering berlaku kepada guru-guru yang bertugas di kawasan

pedalaman sama ada melibatkan pihak pentadbiran sekolah, rakan sekerja, budaya persekitaran

3
atau masyarakat sekeliling. Malah, ada juga khabar angin yang mengatakan keengganan guru-

guru pelatih berkhidmat di kawasan pedalaman adalah berpunca daripada ketakutan mereka

untuk berhadapan dengan konflik di sekolah-sekolah pedalaman terutamanya sekolah orang asli.

Perbezaan budaya antara kaum orang asli dengan kaum-kaum lain di Malaysia merupakan faktor

yang digembar-gemburkan sebagai punca berlakunya konflik. Perbezaan budaya ini sedikit

sebanyak menyukarkan guru-guru terutamanya guru-guru pelatih yang baru bekerja untuk

menjalani kehidupan mereka di kawasan pedalaman terutamanya di perkampungan orang asli.

Selain itu, masalah kekurangan guru wanita di sekolah orang asli turut mencetuskan isu

yang membabitkan perbezaan gender. Cabaran dan dugaan yang terpaksa dilalui oleh warga

pendidik di perkampungan orang asli ini nyata menimbulkan keraguan dan ketakutan di kalangan

guru wanita untuk berkhidmat di kawasan tersebut. Namun, ada juga guru-guru wanita yang

telah ditempatkan untuk bertugas di kawasan itu dan mereka akur. Persoalannya, adakah

golongan minoriti ini bebas daripada konflik sama ada dari segi tugas atau peribadi ketika

berkhidmat di kawasan pedalaman?

Justeru, kajian yang akan dijalankan di sekolah-sekolah orang asli ini adalah satu usaha

untuk melihat sejauhmanakah konflik interpersonal wujud dan bagaimana ia ditangani. Malah

kajian ini juga diharapkan dapat membantu guru-guru pelatih membina keyakinan dan

persediaan sekiranya diarahkan untuk berkhidmat di kawasan pedalaman khususnya di sekolah-

sekolah orang asli.

4
PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini akan dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:

1) Bagaimana konflik interpersonal boleh terjadi di sekolah orang asli?

2) Apakah punca yang menyebabkan guru-guru berhadapan dengan masalah konflik?

3) Adakah perbezaan gender menyumbang kepada konflik di sekolah orang asli?

4) Bagaimana guru-guru mengendalikan konflik yang berlaku secara interpersonal?

5) Apakah implikasi yang wujud daripada situasi konflik yang berlaku?

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini terbahagi kepada dua iaitu objektif umum dan khusus. Objektif umum kajian

ini adalah untuk melihat senario konflik interpersonal yang wujud di sekolah-sekolah pedalaman

khususnya di sekolah orang asli dan bagaimana konflik itu dikendalikan. Manakala, objektif

khususnya pula adalah seperti berikut:

1) Mengenalpasti punca atau faktor yang menyebabkan wujudnya konflik interpersonal di

kalangan guru-guru yang mengajar di sekolah pedalaman khususnya di sekolah orang

asli.

2) Menentukan gaya pengendalian konflik yang diamalkan oleh guru-guru di sekolah

pedalaman khususnya di sekolah orang asli.

5
3) Mengenalpasti kesan yang wujud akibat daripada konflik interpersonal yang dihadapi

oleh guru-guru.

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini amat penting dijalankan untuk mengenalpasti punca-punca berlakunya konflik

interpersonal yang wujud di sekolah-sekolah pedalaman khususnya di sekolah orang asli.

Dengan adanya kajian ini, punca konflik interpersonal dapat dikenalpasti sama ada ia berpunca

daripada pihak pentadbiran sekolah, rakan sekerja, perbezaan gender atau budaya masayarakat

sekeliling yang berbeza dengan warga pendidik. Justeru, dengan adanya kajian ini, sedikit

sebanyak dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mencari alternatif bagi

menyelesaikan masalah keengganan guru-guru pelatih baru untuk bertugas di kawasan

pedalaman.

Selain itu, kajian ini juga penting untuk melihat bagaimana sesuatu isu konflik itu

dikendalikan oleh guru-guru. Dengan adanya kajian ini, gaya pengendalian konflik dapat

menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain untuk menguruskan konflik yang dihadapi.

SKOP KAJIAN

Skop kajian ini adalah terhad kepada punca berlaku konflik interpersonal di kalangan guru-guru

yang mengajar di sekolah pedalaman khususnya di sekolah orang asli di daerah Segamat, Johor.

Selain itu, kajian juga meliputi cara pengendalian konflik interpersonal yang diamalkan oleh

6
guru-guru ketika berhadapan dengan sesuatu konflik. Seterusnya, skop kajian ini juga adalah

melihat kesan-kesan yang wujud jika berlaku sesuatu konflik interpersonal di sekolah-sekolah

pedalaman khususnya di sekolah orang asli.

DIFINISI KATA KUNCI

1) Konflik

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-empat, konflik bermaksud perselisihan atau

pertentangan antara individu yang melibatkan idea atau kepentingan. Selain itu, konflik

juga boleh didefinisikan sebagai suatu proses interaktif hasil manifestasi daripada

perselisihan, ketidaksetujuan atau pertentangan pada peringkat dalaman atau dengan

pihak lain iaitu sama ada individu, kumpulan, organisasi dan sebagainya (Rahim, 2001).

2) Konflik Interpersonal

Menurut Wilmot& Hocker, (2001), konflik interpersonal adalah pergelutan atau

persaingan antara sekurang-kurangnya dua individu yang saling bergantung dan mereka

dapat merasakan perbezaan matlamat, kekurangan ganjaran dan halangan daripada pihak

kedua dalam mencapai matlamat masing-masing.

7
3) Sekolah

Menurut Kamus Dewan edisi ke-empat, sekolah adalah tempat untuk belajar dan

mengajar atau tempat untuk menerima dan memberi pelajaran.

4) Pedalaman

Kamus Dewan edisi ke-empat mendefinisikan pedalaman sebagai daerah yang jauh dari

pantai atau terletak di ceruk atau pelusuk atau di hulu negeri.

8
BAHAGIAN 2

SOROTAN LITERATUR

LATAR BELAKANG

Sorotan kajian masa lalu banyak membicarakan definisi ‘konflik’ berdasarkan kepada bidang

yang dikaji. Hong (2004), dalam kajiannya mendapati perbezaan definisi makna konflik

berpunca daripada perspektif kajian atau penelitian yang berbeza. Contohnya kajian konflik

dalam konteks kepimpinan dan pengurusan (Stanley, 2004), kajian konflik dalam konteks

psikologi sosial (Lim, 2000), kajian konflik dalam konteks antropologi dan sosiologi (Krishnan,

2004), kajian konflik dalam konteks komunikasi budaya (Ting-Toomey & Jurogi, 1998) dan

kajian konflik dalam konteks komunikasi kemanusiaan (Becker, 2005). Kesimpulannya, skop

kajian ini telah menghasilkan definisi konflik yang berbeza.

HASIL KAJIAN YANG LALU

Kepelbagaian konteks kajian telah menyebabkan pelbagai definisi konflik ditemui. Oleh itu,

untuk menjalankan kajian mengenai konflik, ia perlu berpegang atau berpandukan konteks yang

ingin dikaji. Skop kajian ini adalah mengenai konflik interpersonal yang berlaku di dalam

organisasi. Justeru, hasil-hasil kajian masa lalu berhubung dengan topik konflik di dalam

organisasi adalah amat penting untuk membantu kajian ini.

9
Rahim (2001) mengemukakan definisi konflik dalam konteks organisasi sebagai suatu

proses interaktif hasil manifestasi daripada perselisihan, ketidaksetujuan atau pertentangan pada

peringkat dalaman atau dengan pihak lain (individu, kumpulan, organisasi dan sebagainya).

Berdasarkan definisi ini, Rahim (2001) telah menggariskan 10 klasifikasi konflik yang berlaku

dalam organisasi. Salah satu daripada 10 klasifikasi konflik yang dinyatakan adalah konflik

afektif (affective conflict). Dalam kategori ini, konflik dalam organisasi menjurus kepada dua

individu yang terlibat dalam konflik dan proses pengendalian ke arah penyelesaiannya. Dalam

kategori ini, konflik ini juga dikenali sebagai konflik psikologi, konflik hubungan, konflik emosi

dan juga konflik interpersonal.

Konflik interpersonal pula merujuk kepada pergelutan atau persaingan antara sekurang-

kurangnya dua individu yang saling bergantung dan mereka dapat merasakan perbezaan

matlamat, kekurangan ganjaran dan halangan daripada pihak kedua dalam mencapai matlamat

masing-masing (Wilmot & Hocker, 2001). Menurut kajian Wilmot & Hocker (2001) lagi,

pengendalian konflik disifatkan sebagai suatu kecenderungan maklum balas seseorang atau

sekelompok tingkah laku yang ditonjolkan seseorang ketika berhadapan dengan konflik. Konflik

boleh dikendalikan melalui pelbagai strategi komunikasi (Hong, 2004; Beebe, Beebe &

Redmond, 2005).

10
TEORI-TEORI YANG BERKAITAN

Berdasarkan kepada hasil kajian lalu, konflik boleh dikendalikan dengan pelbagai cara. Namun

begitu, Pruitt & Rubin, 1986; Wilmot & Hocker, 2001) menyarankan agar pengendalian konflik

bersandarkan kepada prinsip dua dimensi yang dikenali sebagai Model Keprihatinan Dual (Dual

Concern Model) iaitu tindakan berasaskan keprihatinan diri sendiri dan tindakan berasaskan

keprihatinan terhadap implikasi serta kepentingannya terhadap pihak lain.

Model Keprihatinan Dual diasaskan oleh hasil penyelidikan Blake & Mouton (1964)

yang mencadangkan supaya konflik dalam organisasi diuruskan dengan pelbagai cara.

Pengendaliannya bergantung kepada tahap keprihatinan seseorang terhadap sesuatu hasil atau

bergantung kepada tahap keprihatinan seseorang terhadap individu lain. Berdasarkan kepada dua

dimensi ini, lima gaya pengendalian konflik telah dikemukakan iaitu gaya penyelesaian masalah,

gaya memaksa (guna kuasa), gaya kompromi, gaya berlembut dan gaya berundur.

Bermula daripada kajian itu, Thomas & Kilmann (1974) dan (1975) telah bertindak

memperkembangkan model ini dengan mencadangkan bahawa gaya pengendalian konflik yang

digunakan oleh sesetengah individu bergantung kepada paras keinginan untuk keselesaan diri

sendiri (asertif) dan pihak tertentu atau bekerjasama. Berdasarkan kajian ini, kajian-kajian

seterusnya (Putnam & Wilson, 1982; Rahim, 1983, 2001; Pruitt & Rubin, 1986; Wilmot &

Hocker, 2001) mengenai gaya pengendalian konflik yang diaplikasikan oleh seseorang

bergantung kepada tinggi atau rendah kesannya terhadap individu itu. Ia juga melibatkan paras

11
tinggi atau rendah kesedaran individu itu terhadap kesan konflik kepada pihak lain yang terlibat

dengannya.

Berdasarkan kepada Model Keprihatinan Dual ini, kebanyakan pengkaji telah

mengklasifikasikan gaya pengendalian konflik ini dengan beberapa nama seperti gaya tidak

berkonfrontasi, gaya berorientasi penyelesaian dan gaya mengawal (Putnam & Wilson, 1982);

gaya bekerjasama dan gaya bersaing (Tjosvold, 1990); gaya harmoni, gaya menganalisis, gaya

mengarah dan gaya penggabungan (Gilmore & Fraleigh, 1992).

Selain itu, Thomas & Kilmann (1974) pula mencadangkan lima gaya iaitu gaya

bekerjasama, gaya penyesuaian, gaya persaingan, gaya pengelakan dan gaya berkompromi

(bertolak ansur). Kelima-lima gaya ini hampir sama dengan lima gaya yang dikemukakan oleh

Rahim (1983, 2001) yang merangkumi gaya penyatuan atau penyelesaian masalah, gaya

penyesuaian, gaya dominasi, gaya mengelak dan gaya berkompromi. Gaya pengendalian konflik

berasaskan Model Dua Dimensi boleh dilihat seperti berikut:

12
Rajah 2.1: Gaya pengendalian konflik interpersonal berdasarkan Model Dua Dimensi

(Rahim, 2001).

Menurut Wilmot & Hocker (2001), kebanyakan kajian pada masa kini lebih gemar

menggunakan lima gaya pengendalian konflik seperti yang dianjurkan oleh Rahim (2001).

13
Namun, Wilmot & Hocker (2001) turut memperkenalkan lima gaya pengendalian konflik yang

lain iaitu gaya bersaing, gaya bekerjasama, gaya mengelak, gaya menyesuai dan gaya

berkompromi seperti di dalam rajah 2.2 di bawah:

Rajah 2.2: Gaya pengendalian konflik berdasarkan Model Keprihatinan Dual

(Wilmot & Hocker, 2001).

KERANGKA KAJIAN

14
Kajian ini akan dijalankan dalam tempoh lebih kurang empat bulan iaitu bermula pada bulan

Julai 2011 dan dijangka berakhir pada bulan Oktober 2011. Proses perjalanan kajian boleh

diperhatikan seperti di dalam jadul berikut:

                     
PERKARA JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER
                     
                     
Merangka Soal Selidik                
                     
                     
Temu bual Bersemuka                
                     
                     
Pengolahan Data                
                     
                     
Penulisan Laporan                
                     

Rajah 2.3: Kerangka kerja kajian gaya pengendalian konflik di kalangan guru-guru di sekolah

pedalaman kategori sekolah orang asli.

HIPOTESIS

15
Antara hipotesis yang ingin diuji adalah seperti berikut:

1) Perbezaan gender akan mencetuskan konflik di antara guru lelaki dan guru wanita.

2) Perbezaan budaya antara guru-guru dengan masyarakat sekeliling akan mencetuskan

konflik.

3) Konflik akan membawa implikasi kepada seseorang guru terutamanya dari aspek

menjalankan tanggungjawab mendidik dan akhirnya mengganggu pencapaian objektif

sekolah.

4) Gaya pengendalian konflik yang berkesan amat penting untuk memastikan konflik dapat

diselesaikan dengan sempurna.

BAHAGIAN 3

16
METODOLOGI

Kajian yang akan dijalankan ini menggunakan kaedah kualitatif-deskriptif. Berdasarkan kepada

Creswell (2003), Berg (2004), Othman (2006) dan Maykut & Morehouse (1994), kajian

kualitatif berfungsi untuk membantu pengkaji memahami sesuatu situasi atau fenomena hingga

berjaya memberikan gambaran yang kompleks dan menyeluruh. Ini bermaksud, pendekatan

kualitatif boleh mendeskripsikan situasi atau fenomena yang berlaku di tempat persekitaran

kajian. Selain itu, pendekatan kualitatif-deskriptif bukan sahaja menjelaskan situasi yang berlaku

dalam jangka waktu kajian, malah memberi gambaran tentang fenomena yang menjadi fokus

kajian pada waktu itu (Merriam et al, 2002). Dalam kajian ini, pengkaji berpendapat, kaedah

kualitatif-deskriptif wajar digunakan untuk memahami konflik yang berlaku, mencari punca serta

memahami keadaan sebenar pengendalian konflik antara individu di sekolah orang asli. Malah

kaedah ini juga sesuai untuk mengetahui dan memahami kesan atau natijah daripada konflik

yang berlaku itu kepada organisasi, selain daripada membantu ke arah perkembangan hipotesis

dan pembangunan instrumentasi kajian bagi kajian tinjauan (survey) mengenai konflik

interpersonal di sesebuah organisasi dalam skala yang lebih besar.

Berdasarkan kepada pendekatan kualitatif-deskriptif ini, pengkaji akan menggunakan

kaedah temu bual bersemuka. Daripada kaedah ini, pengkaji akan berjumpa dengan responden

atau informan untuk mendapatkan maklumat daripada mulut mereka sendiri. Oleh itu, kejayaan

kajian akan bergantung sepenuhnya kepada cara interaksi itu berjalan. Justeru, suasana semasa

temu bual itu berlangsung adalah amat penting.

17
LOKASI DAN SUBJEK KAJIAN

Lokasi kajian adalah membabitkan dua buah sekolah pedalaman kategori sekolah orang asli yang

terletak di daerah Segamat, Johor. Memandangkan bilangan guru di sekolah pedalaman adalah

kecil iaitu purata 13 hingga 15 orang sahaja, justeru, pengkaji bercadang untuk menjalankan

kajian ini di dua buah sekolah. Cadangan untuk membuat kajian ini di dua buah sekolah turut

dipengaruhi oleh faktor guru wanita adalah golongan minoriti di sekolah orang asli. Di kedua-

dua buah sekolah ini hanya terdapat dua orang guru wanita sahaja, justeru, untuk menjawab

persoalan sama ada perbezaan gender mencetuskan konflik, pengkaji berasa amat perlu

menjalankan kajian di dua buah sekolah.

Manakala seramai 10 orang guru akan dipilih menjadi subjek kajian di dalam kajian ini.

Mereka adalah terdiri daripada enam orang guru lelaki dan empat orang guru wanita. Subjek ini

adalah merupakan sampel yang telah dipilih untuk mewakili keseluruhan populasi guru-guru

yang mengajar di sekolah orang asli daerah Segamat.

POPULASI DAN PROSEDUR PERSAMPELAN

Populasi adalah sekumpulan entiti, unsur, benda atau objek sama ada bernyawa atau tidak

bernyawa yang menjadi subjek kajian bagi seseorang penyelidik. Berdasarkan tajuk kajian iaitu

gaya pengendalian konflik interpersonal di kalangan guru-guru di sekolah pedalaman kategori

sekolah orang asli, maka populasi yang akan dikaji adalah semua guru di sekolah pedalaman

kategori sekolah orang asli di daerah Segamat.

18
Untuk menjalankan kajian ini, saya akan menggunakan teknik persampelan bertujuan

(purposive) bagi memenuhi keperluan persampelan kajian dan selaras dengan saranan yang

ditetapkan oleh Babbie (2004), Jackson (2003) dan Othman (2006). Berdasarkan kepada teknik

persampelan kajian ini, informan hendaklah menepati kriteria berikut:

1) Informan adalah guru yang bertugas di sekolah pedalaman kategori sekolah orang asli.

2) Informan telah bertugas sekurang-kurangnya setahun di sekolah tersebut.

3) Informan pernah terlibat dengan keadaan yang mencetuskan konflik secara interpersonal

di sekolah tersebut sama ada dengan rakan sekerja, pihak pentadbiran, budaya atau

masyarakat sekeliling.

Justeru, informan yang terpilih adalah merupakan sampel yang mewakili populasi yang

ingin dikaji. Oleh itu, pemilihan sampel akan dilakukan dengan berhati-hati kerana tujuan kajian

ini diadakan adalah untuk membuat kesimpulan tentang populasi berdasarkan maklumat yang

terkandung di dalam sampel tersebut.

INSTRUMEN KAJIAN

19
Instrumen yang akan digunakan di dalam kajian ini adalah berbentuk soalan terbuka dan

beberapa soalan tertutup. Soalan-soalan yang dibina adalah soalan yang jelas dan mudah

difahami oleh informan. Pengkaji akan berusaha untuk mengelakkan soalan-soalan yang terlalu

panjang, boleh memalukan, bersifat bias, kabur dan mengelirukan serta soalan-soalan yang

sensitif. Soalan-soalan yang bakal dikemukakan adalah berbentuk soalan yang mesti mengukur

angkubah yang hendak dikaji.

Soalan-soalan ini akan dapat memberi peluang dan kebebasan kepada responden untuk

menjawab soalan dan memberi tindak balas yang mendalam. Selain itu penggunaan soalan

terbuka membuka ruang kepada informan untuk memberikan jawapan yang lebih bermakna dan

pelbagai. Malah informan lebih terdedah kepada proses pemikiran yang logik melalui soalan

terbuka.

OPERASI PEMBOLEH UBAH

Pemboleh ubah adalah fenomena atau peristiwa yang boleh diukur atau dimanipulasi dan diguna

untuk mengembangkan konstruk. Pemboleh ubah terikat di dalam kajian ini adalah konflik dan

gaya pengendalian konflik. Punca berlakunya konflik adalah terdiri daripada pemboleh ubah-

pemboleh ubah bebas yang boleh mencetuskan konflik seperti rakan sekerja, perbezaan gender,

petadbiran sekolah, budaya dan masyarakat sekeliling. Pemboleh ubah bebas ini akan diuji untuk

melihat sejauhmana ia boleh menimbulkan konflik kepada seseorang guru yang bertugas di

sekolah orang asli.

20
KEESAHAN DAN KESAHIHAN INSTRUMEN

Keesahan dan kesahihan instrumen dapat ditentukan melalui dua dimensi iaitu keesahan dalaman

dan keesahan luaran. Dari sudut keesahan dalaman, instrumen yang digunakan boleh mencapai

tahap keesahan yang tinggi kerana kajian ini mampu menyelidik permasalahan yang hendak

dikaji. Kajian ini dilakukan untuk melihat senario konflik interpersonal yang berlaku di sekolah-

sekolah pedalaman kategori sekolah orang asli dan bagaimana konflik itu dikendalikan. Justeru,

berdasarkan kepada instrumen yang digunakan, ia mampu membantu pengkaji mencari jawapan

apakah faktor yang menyebabkan seseorang guru itu menghadapi konflik.

Seterusnya, instumen ini juga dapat merungkai bagaimana konflik itu dikendalikan

dengan lebih mendalam. Melalui kaedah ini, pengkaji dapat melihat dan mendengar sendiri

perkara yang menimbulkan konflik kepada guru-guru dan bagaimana konflik itu ditangani.

Malah, memberi peluang kepada informan untuk menjawab soalan yang dikemukakan dengan

lebih terperinci dan terbuka.

Dari sudut keesahan luaran pula, ia meliputi kejayaan mengeneralisasikan dapatan kajian

merentas populasi, persekitaran dan masa. Walaupun kajian ini belum dijalankan, namun

pengkaji yakin ia mempunyai tahap keesahan luaran yang tinggi. Pemilihan sampel yang

bertujuan dan mewakili satu set populasi boleh menimbulkan satu kesimpulan terhadap

persoalan punca berlakunya konflik interpersonal di kalangan guru-guru sekolah orang asli di

daerah Segamat.

21
Untuk memastikan instrumen yang digunakan mencapai tahap keesahan yang tinggi,

pengaji akan berusaha untuk mengurangkan ralat ketika menjalankan kajian. Soalan-soalan yang

dibina adalah jelas dan menggunakan perkataan yang boleh difahami oleh semua informan

memandangkan informan terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Selain itu, pengkaji

juga yakin bahawa dengan menggunakan instrumen ini, segala maklumat yang bakal dikumpul

adalah berkaitan dengan konsep yang hendak diukur.

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Dalam prosedur pengumpulan data, saya akan menggunakan kaedah temu bual bersemuka.

Temu bual ini akan dijalankan dengan menggunakan soalan terbuka (open ended question) untuk

mendapatkan gambaran dan penjelasan yang lebih terperinci daripada informan tentang konflik

yang dihadapi. Kvale (1996), Baker (1999) dan Sidek (2002) berpendapat kaedah temu bual

bersemuka dapat membantu pengkaji mendapatkan penjelasan tentang punca, pengendalian dan

implikasi sesuatu perkara yang hendak dikaji.

Temu bual bersemuka akan dijalankan secara perbincangan dengan berpandukan kepada

soalan yang telah dibina berdasarkan persoalan kajian dan tujuan kajian. Tetapi, perbincangan

tidak terlalu terikat dengan soalan-soalan yang telah dirancang kerana saya menjangkakan setiap

informan akan memberi tindak balas yang pelbagai terhadap soalan yang dikemukakan, Justeru,

sebagai persediaan, saya akan mengemukakan soalan susulan yang relevan dengan maklum balas

informan terhadap soalan yang diberikan. Ia sesuai dengan saranan Keyton (2001) dalam

penyelidikan beliau iaitu, bagi setiap maklum balas yang diterima, pengkaji hendaklah

22
mengemukakan soalan susulan yang relevan sebagai asa untuk mendapatkan maklum balas yang

seterusnya.

Berdasarkan kaedah temu bual terkawal ini, soalan-soalan yang dikemukakan hanyalah

berkaitan dengan konflik interpersonal yang pernah berlaku di sekolah tersebut dan bagaimana

guru-guru mengendalikan konflik tersebut. Data-data lain pula adalah yang berkaitan dengan

konflik interpersonal iaitu seperti kesan atau implikasi yang wujud ekoran daripada konflik yang

dihadapi sama ada kepada individu atau kepada sekolah tersebut. Pengawalan amat penting

untuk mengelakkan informan daripada berbincang perkara-perkara yang di luar objektif dan

tujuan kajian.

Untuk proses pengumpulan data ini, saya bercadang untuk mengadakan temu bual di

sekolah-sekolah yang terlibat iaitu di Sekolah Kebangsaan Kampung Kudong, Bekok dan

Sekolah Kebangsaan Segamat Kecil, Redong. Kedua-dua buah sekolah ini adalah sekolah

pedalaman kategori orang asli yang berada di kawasan Segamat. Seramai lebih kurang 10 orang

guru akan dipilih sebagai informan di dalam kajian ini. Guru-guru yang terlibat adalah mereka

yang pernah mengalami konflik interpersonal ketika bertugas di lokasi kajian.

ANALISA DATA DAN KEPENTINGAN STATISTIK

23
Setelah memperolehi data daripada informan, ia akan dikemaskini berdasarkan transkripsi temu

bual yang direkodkan secara bertulis. Nama informan akan ditukar kepada nama samaran untuk

tujuan kerahsiaan informan. Kaedah yang akan digunakan ini adalah merupakan kaedah yang

biasa digunakan oleh penyelidik-penyelidik ketika menjalankan kajian berbentuk kualitatif.

Beberapa orang penyelidik seperti Bogdan & Biklen (1992), Merriam (2001) dan Othman (2006)

menyarankan agar data yang dikumpul dan telah ditranskripkan akan dianalisis secara sistematik

berdasarkan persoalan kajian yang kemudiannya dicerakinkan kepada kategori utama dan

subkategori yang sesuai. Kemudian, kategori dan subkategori ini akan dihurai secara tekstual

untuk menggambarkan situasi sebenar isu yang hendak dikaji.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, berdasarkan kepada permasalahan kajian yang telah dipersembahkan, pengkaji

berharap kajian ini dapat dijalankan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Penambahbaikan

terhadap mana-mana kekurangan akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan

pengkaji mendapat hasil kajian yang memuaskan dan relevan dengan keadaan semasa.

RUJUKAN

24
Ahmad Mahdzan Ayob, 2005. Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Edisi ketiga. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Babbie, E. 2004. The Practice of Social Research. 3rd Edition. Belmont, CA: Thomson /
Wadsworth.

Baker, T.L. 1999. Doing Social Research. 3rd Edition. Boston, MA: McGraw Hill College.

Becker, J.A.H. 2005. Conflict as a Relational Turning Point. Norman, Oklahoma: University of
Oklahoma.

Beebe, S.A., Beebe, S.J., & Redmond M.V. 2005. Interpersonal Communication: Relating to
Others. 4th Edition. Boston, MA: Allyn & Bacon.

Berg, B.L. 2004. Qualitative Research Methods for the Social Sciences. 5th Edition. Boston, MA:
Allyn & Bacon.

Blake, R. & Mouton, J. (1964). The Managerial Grid: Key Orientation for Achieving Production
Through People. Houston, TX: Gulf.

Choudrie, J. 2005. Understanding the Role of Communication and Conflict on Reengineering


Team Development. The Journal of Enterprise Information Management, 18 (1), pages 64-78.

Ezhar, Tamam. 1999. Menjayakan Komunikasi Kumpulan Kecil. Edisi kelima. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia (UPM).

Fernberg, P. 1999. Pulling Together can Resolve Conflict. Occupational Hazards, 61(3), March,
pages 65-67.

Gilmore, S.K., & Fraleigh, P.W. 1992. Style Profile for Communication at Work. Eugene, Ore:
Friendly Press.

Gordon, J.R. 2002. Organizational Behaviour: A Diagnostic Approach. 7th Edition. New Jersey:
Prentice Hall International Inc.

Jackson, W. Methods: Doing Social Research. 3rd Edition. Toronto: Prentice Hall.

Kamus Dewan edisi ke-empat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Keyton, J. 2001. Communication Research: Asking Questions, Finding Answer. New York:
McGraw-Hill.

Kilmann, R., & Thomas, K.W. 1975. Interpersonal Conflict-Handling Behaviour as Reflections
of Jungian Personality Dimensions. Psychological Reports, 37. Pages: 971-980.

25
Kvale, S. 1996. Interview: An Introduction to Qualitative Research Interviewing. Thousand
Oaks, CA: Sage Publications.

Maimunah, O. 2000. Komunikasi Berkesan: Hubungan Interpersonal. Kuala Lumpur: Institut


Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Maykut, P., & Morehouse, R. 1994. Beginning Qualitative Research: A Philocophic and
Practical Guide. London: The Falmer Press.

Merriam, S.B. et al. 2002. Qualitative Research in Practice. Examples for Discussion and
Analysis. San Francisco, CA: Jossey-Bass.

Othman, L. 2006. Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Tanjung
Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pruitt, D.G., & Rubin, J.Z. 1986. Social Conflict: Escalation, Stalement and Settlement. New
York: Random House.

Putnam, L.L., & Wilson, C.E. 1982. Communicative Strategies in Organizational Conflict:
Reliability and Validity of a Measurement Scale. Communication Yearbook, 6, pages: 85-97.

Rahim, M.A. 1983. A Measure of Styles of Handling Interpersonal Conflict. Academy of


Management Journal, 26, pages 368-376.

Rahim, M.A. 2001. Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis. Edisi kedua.
Serdang: Penerbit UPM.

Stanley, A.D. 2004. Leadership Styles and Conflict Management Styles: An Exploratory Study.
Emery, VA: Regent University.

Thomas, K.W., & Kilmann, R.H. 1974. Thomas-Kilmann Conflict Mode Instrument. Palo Alto,
CA: Consulting Psychologists Press.

Ting-Toomey, S., & Jurogi, A. 1998. Facework Competence in Intercultural Conflict: An


Update Face-Negotiation Theory. International Journal of Intercultural Relation, 22, pages:
187-225.

Tjosvold, D. 1990. The Goal Interdependence Approach to Communication in Conflict: An


Organizational Study. New York: Preager.

Ungku Norulkamar, U.A. et al. 2004. Tabiat Organisasi. Edisi ketiga. Petaling Jaya: Prentice
Hall / Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Wilmot, W., & Hocker, J. 2001. Interpersonal Conflict. 6th Edition. New York: McGraw Hill Inc.

26

You might also like