You are on page 1of 6

PERNYATAAN PROFESIONAL

A.

SEBELUM PRAKTIKUM
Pada 20 Mac 2013, telah diadakan taklimat praktikum. Kami telah diberi

penerangan secara keseluruhan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan


praktikum fasa pertama ini. Sebagaimana yang telah di maklumkan praktikum pada kali
ini saya dan seorang rakan saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pangkalan
Tentera Darat, Kem Sungai Besi. Aktiviti pengajaran kami pada kali ini akan melibatkan
subjek pelajaran iaitu Pendidikan Jasmani (major).

Sewaktu taklimat tersebut,

mengingatkan kami mengenai beberapa perkara penting dalam merencana rancangan


pelajaran (RPH) harian. Misalnya, dalam RPH terdapat lima lajur dan terdiri dari empat
fasa utama iaitu permulaan, perkembangan, kemuncak dan penutup. Di dalam portfolio, kami perlu turut sertakan lembaran hasil kerja murid sebagai kayu ukur
pemahaman murid terhadap pembelajaran tercapai mahupun tidak. Kami turut
diingatkan agar cuba menyusun semula jadual masa pengajaran agar apabila
pensyarah hadir untuk menyelia, dapat dilakukan secara serentak sekurang-kurangnya
dua orang pelajar dalam satu-satu penyeliaan. Ini adalah bagi melancarkan proses
penyeliaan. Kami turut perlu menyediakan perancangan selama 4 minggu dalam
melancarkan proses pembelajaran selaras dengan keadaan alatan di sekolah. Kami
dijangka akan berpraktikum bermula dari 1 April sehingga 26 April 2013. Pensyarah
yang akan melakukan penyelian adalah Dr Aris Fazil Bin Hj Ujang.

B.

SEMASA PRAKTIKUM
Praktikum merupakan salah satu cara bagi seorang guru pelatih melatih diri

untuk mengajar dan membiasakan diri dengan suasana pembelajaran sekolah sebelum
ke situasi yang sebenar di sekolah. Ini juga memberi peluang kepada guru pelatih untuk
mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di Institut
Pendidikan Guru (IPG) serta mendapat bimbingan daripada pensyarah dan guru
pembimbing. Praktikum memfokuskan kepada mata pelajaran major iaitu Pengajian
Sosial untuk sekolah rendah.
Banyak perkara yang perlu dilakukan dan diselesaikan semasa praktikum di
sekolah. Selain daripada mengajar, saya juga perlu membuat perancangan yang
tersusun dan sistematik iaitu dengan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH). Rancangan tersebut perlulah disediakan dengan lebih awal serta bahan bantu
belajar yang digunakan juga perlu saya dan rakan sediakan sebelum mengajar.
Dalam pada itu, saya perlu melengkapkan portfolio praktikum dengan
melengkapkan jurnal dan laporan kokurikulum sekiranya saya ada melibatkan diri
dengan aktiviti yang dijalankan di sekolah. Tidak lupa juga dengan persiapan dari segi
mental fizikal dimana saya harus menghadapi pelbagai karenah murid-murid sekolah.
Ini semuanya penting sebelum saya memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Apabila perancangan telah siap kini tiba kepada pelaksanaan pula. Dalam
pelaksanaan, saya perlu bersedia untuk dipantau dan dibimbing oleh pensyarah yang
akan datang ke sekolah untuk melihat bagaimana saya mengajar dan mengawal
tingkah laku kanak-kanak tersebut. RPH perlu sentiasa lengkap serta set induksi yang
mantap perlu saya sediakan agar proses pengajaran dan pembelajaran yang saya
kendalikan berjalan dengan baik dan lancar.
Saya perlu sentiasa bersedia menghadapi pelbagai kerenah kanak-kanak yang
sememangnya sangat suka bermain daripada belajar. Oleh itu, saya perlu sentiasa
menggunakan pelbagai strategi, kaedah, dan teknik pengajaran yang telah dipelajari
sepanjang menuntut di IPG agar murid-murid tidak bosan semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran berlaku. Aktiviti yang dijalankan juga hendaklah bersesuaian dengan


perkembangan murid-murid.
Bukan itu sahaja, saya perlu melibatkan diri dengan bidang kokurikulum seperti
Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan yang terdapat di sekolah.
Saya akan berkongsi ilmu dan pengalaman saya semasa di IPG dengan murid-murid di
sekolah tersebut dan mengaplikasikannya. Latihan kokurikulum yang terdapat di IPG
banyak membantu saya apabila saya melangkah kaki untuk menjalani praktikum.
Hubungan yang mesra dan baik dengan semua kakitangan sekolah akan saya
amalkan agar tidak wujud jurang antara guru pelatih praktikum dengan guru di sekolah
tersebut. Ini akan memudahkan saya untuk berinteraksi dan mendapatkan maklumat
mengenai apa sahaja yang diperlukan. Harapan saya agar pensyarah penyelia saya
iaitu Dr Aris Fazil kerana sudi memberikan bimbingan yang terbaik kepada saya dalam
semua segi sepanjang saya berpraktikum selama 4 minggu di Sekolah Kebangsaan
Cheras Jaya, Balakong.
Saya bersedia untuk menerima bimbingan, nasihat dan kritikan dari mereka.
Harapan saya juga agar semua warga sekolah dapat memberikan kerjasama dan
wujudnya hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Saya akan cuba menjalankan
tanggungjawab dengan baik dan mewujudkan persekitaran yang selesa dengan semua
pihak. Semoga segala harapan saya ini dapat saya realisasikan dengan baik kelak.
InsyaAllah.
Pada minggu pertama berada di sekolah ini, kami selaku guru praktikum fasa 1
telah diberikan tugas untuk melaksanakan Projek Tandasku Sayang. Guru yang
bertugas untuk melaksanakan projek tersebut ialah Pn Asida Tatin selaku penolonh
kanan kokurikulum. Tandas di sekolah ini telah diberi sentuhan warna baru bagi
menceriakan suasana. Selepas berbincang dengan Pn. Asida, kata sepakat telah
dicapai dan kami bersetuju untuk melukis mural dan beliau akan menyediakan segala
peralatan yang diperlukan oleh kami.
Saya bersama rakan yang lain juga telah mendai ketua instruktor aerobik bagi
menjayakan program 1 murid 1 sukan. Program sebegini berjaya melatih saya menjadi

ketua dan membentuk pemimpin yang berwibawa. Saya bersama rakan yang lain juga
telah mengadakan klinik badminton bagi murid Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya.
Sepanjang sesi klinik badminton berlangsung kami telah diberi tunjuk ajar oleh guru
pembimbing saya iaitu Encik Shahipul Hapis dalam mengawal murid yang melibatkan
jumlah yang agak besar. Disitu kami telah belajar cara atau tips berguna untuk menarik
perhatian murid. Segala ilmu yang diturunkan akan digunapakai oleh saya sewaktu
menjadi guru kelak.

C. SELEPAS
Namun begitu, semasa berada di sekolah ini saya akui bahawa tidak semua yang
dirancangkan dan diharap akan menjadi. Perkara yang paling jelas sekali ialah
kelemahan diri saya sendiri terutama dalam berkomunikasi dengan pihak terbabit. Pada
asasnya saya rasakan bahawa ianya satu kerugiaan yang besar kerana peluang
sebegini mungkin hanya datang sekali seumur hidup dan setiap peluang yang datang
itu sepatutnya diambil dan dihargai dengan sepenuhnya. Walaubagaimanapun saya
yakin bahawa semua kekurangan itu dapat kami semua atasi dan telah kami semua
pelajarinya semoga jika ada lagi peluang akan datang kami semua tidak akan
mengulangi lagi kesilapan yang sama. Dengan ini kami mampu untuk terus maju dan
benar-benar memahami apa yang dimaksudkan dengan GURU. Akhir sekali, saya
yakin

bahawa

objektif

praktikum

yang

saya

telah

lalui

benar-benar telah

mencapai objektifnya iaitu memberikan kefahaman yang lebih mendalam dan teknik
yang berkesan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
Semasa di sekolah ini juga, saya mengalami dan mengahadapi pelbagai
pengalaman pahit dan manis serta peristiwa yang mencabar pengetahuan serta
kesabaran saya sebagai seorang guru. Pengalaman manis yang yang saya alami ialah
apabila saya dapat melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dijalankan disekolah serta
dianggap sebagai keluarga oleh semua guru di sekolah tersebut. Peristiwa yang saya
rasa cukup mencabar saya ialah untuk memastikan tumpuan murid terhadap saya di
dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini
memerlukan ilmu, usaha serta kesabaran yang cukup kuat bagi memastikan semuanya
berjalan seperti yang dirancang. Pengalaman yang saya rasa agak pahit untuk diingat
ialah apabila terpaksa berpisah dengan warga sekolah yang cukup saya kasihi seperti
guru besar, para guru dan terutamanya murid-murid yang belajar di kelas saya.
Bagi saya, sekolah ini cukup baik dan dan mampu meransang murid
belajar dengan berkesan. Ini kerana seperti yang saya sebutkan tadi, persekitaran
sekolah ini indah dan menenangkan ditambah lagi dengan suasana yang aman tanpa
kebisingan yang mampu menghasilkan persekitaran yang kondusif bagi menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, budaya di sekolah ini saya lihat cukup

baik di mana semua guru terlibat serta berganding bahu dalam menjayakan misi dan
visi sekolah. Ini dibuktikan dengan semua guru turun padang dalam menjayakan apa
jua aktiviti yang dijalankan disekolah bagi memastikan kecemerlangan murid. Hal ini
tidak terhad kepada aspek kurikulum ataupun akademik sahaja bahkan juga turut
melibatkan aktiviti kokurikulum diwaktu petang seperti unit beruniform , sukan mahupun
persatuan. Semua guru mempunyai tugas serta tanggungjawab masing-masing yang
mesti dipikul dan saya lihat mereka semua begitu komited dalam menjalankan tugas
masing-masing serta bantu membantu antara satu sama lain dalam segala hal.
Sebagai penutup, saya merasakan bahawa praktikum yang telah saya jalani ini
adalaha amat bermakna dan cukup membantu saya dalam menyediakan diri saya
untuk menjadi bakal guru yang cemerlang. Ia juga dapat menyediakan saya dalam
semua aspek yang dperlukan untuk menjadi seorang guru. Saya berpendapat bahawa
program praktikum ini adalah amat relevean untuk diteruskan untuk melahirkan bakal
guru yang berkualiti.

You might also like