You are on page 1of 3

Sorotan Kajian Lepas terhadap konseptual kajian.

(_5_/6)
Aspek pertama yang dibahaskan adalah aspek pensejarahan di dalam topik kajian ini.
Permulaan kepada topik ilmu hadis ini mula diperkenalkan di dalam subjek Pendidikan Islam
apabila wujudnya Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Dapat dibuktikan
bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerapkan pembelajaran ataupun
pengajaran ilmu hadis secara formal di dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM). Menurut Mohamad Fuad et al., (2020) pengajaran hadis ini telah dimasukkan ke
dalam kurikulum untuk diajarkan kepada semua pelajar-pelajar islam di semua sekolah sama
ada Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, sekolah swasta dan sekolah-
sekolah di bawah pentadbiran kerajaan negeri. Pembelajaran abad ke 21 ini telah
diperkenalkan oleh sebuah organisasi yang bernama Partnership for 21 st Century Skills yang
telah ditubuhkan pada tahun 2002 yang dalam organisasi ini adanya pemimpin pendidikan,
komuniti koperat dan pembina dasar, ia dibangunkan bagi melahirkan murid yang mengikut
acuan abad ke 21 di Amerika Syarikat (Ng Lee et al., 2020). Memandangkan peredaran
zaman yang semakin berkembang pesat terutama sekali di dalam negara kita Malaysia
terutamanya di dalam pendidikan, telah menyebabkan negara kita juga perlu bergerak seiring
maju dalam dunia pendidikan dengan negara-negara maju yang lain. Menurut Faridah Anum
et al., (2021), bagi memenuhi keperluan pembangunan dan persaingan global dalam
pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerapkan pendidikan PAK21 sejak
tahun 2014, negara berharap dapat melahirkan generasi yang berkualiti dan berdaya saing
dengan mengambil langkah-langkah yang sesuai dan berkesan. Elemen yang terdapat di
dalam Pembelajaran Abad ke 21 ini adalah seperti elemen komunikasi, kolaboratif,
kemahiran kritis dan kreativiti. Jadi elemen yang akan ditumpukan di dalam kajian ini adalah
berfokuskan kepada elemen pengajaran secara kolaboratif di dalam pengajaran ilmu hadis.
Seperti yang diketahui, elemen kolaboratif ini telah diperkenalkan di dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi mewujudkan Pembelajaran
Abad Ke 21 di dalam kelas. Menurut Ried (1989) (diambil kutipan dari Sukreni dan Mohd
Isha, 2018), pengajaran secara kolaboratif ini terdapat lima fasa di dalamnya iaitu fasa
pertama yang melibatkan fasa guru menyediakan kelas dengan aktiviti kolaboratif pada fasa
penglibatan, contohnya menyuruh pelajar membaca dan meneliti serta mengenal pasti jenis
bahasa pujukan yang terdapat dalam karya seperti iklan, brosur dan papan tanda, fasa yang
kedua adalah pelajar boleh melaksanakan penerokaan bagi mencari idea dan maklumat, fasa
yang ketiga adalah dengan mengubah maklumat pengetahuan, fasa yang keempat adalah
dengan pelajar diberikan peluang untuk membentangkan hasil perbincangan mereka kepada
rakan-rakan yang dari ahli kumpulan lain dan fasa yang kelima adalah dengan pelajar
menganalisis sesuatu yang telah dipelajari dengan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
dalam proses pembelajaran yang mereka lalui dan mencari cara untuk memperbaiki
pembelajaran mereka. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa di dalam aspek pertama ini
membahaskan aspek pensejarahan tentang permulaan ilmu hadis di dalam silibus Pendidikan
Islam, pensejarahan mengenai PAK 21 dan pensejarahan perkembangan elemen kolaboratif
yang terdapat di dalam PAK 21.
Seterusnya, perbahasan mengenai aspek perbahasan yang dibawa adalah juga
berkenaan dengan pengalaman (personal) berkaitan tajuk kajian yang berpandukan kajian-
kajian lepas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam dalam
mengajar topik hadis. Permasalahan pertama yang dihadapi dalam mengajar topik hadis di
dalam kajian-kajian lepas adalah kekurangan masa pengajaran. Menurut Muhammad Ilyas
dan Mohd Akil (2017), sekolah-sekolah yang terlibat dalam permasalahan kekurangan masa
di dalam pengajaran ilmu hadis adalah seperti Sekolah Menengah Agama (SMA), Sekolah
Menengah Islam, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Agama
Kerajaan Negeri. Permasalahan kedua yang dihadapi adalah cara mengajar ataupun kaedah
pengajaran yang digunakan oleh guru Pendidikan Islam dalam pengajaran ilmu hadis. Guru
Pendidikan Islam menggunakan pendekatan pengajaran yang berlandaskan pengajaran
tradisional iaitu pengajaran berpusatkan guru berbanding pengajaran berpusatkan murid
(Mohamad Fuad et al., 2020). Permasalahan ketiga yang dihadapi dalam pengajaran ilmu
hadis adalah kekurangan di dalam sistem pengajaran bagi pengajaran hadis. Menurut W.
Azizi dan Norhisham (2021), kekurangan sistem pengajaran di sekolah menengah harian
adalah berpunca menggunakan buku teks sebagai rujukan utama dan kurangnya buku yang
khusus mengenai pengajian hadis di peringkat sekolah. Tambahan lagi, peratusan 55 peratus
dalam kalangan pelajar yang hanya merujuk buku teks semata-mata adalah kelemahan para
pelajar di samping mengambil mudah tentang pengajaran hadis (Suhaimi, 2006). Menurut
Rorsuedee Salaeh (2007), kitab-kitab turath atau buku klasik tentang hadis tidak dijadikan
panduan oleh guru dan sebanyak 75 peratus guru tidak bersetuju tentang buku teks yang
digunakan dalam sesi pengajaran, adalah tidak cukup untuk menampung pengajaran hadis
serta mereka mencadangkan mewujudkan buku rujukan khusus bagi pengajaran hadis. Oleh
itu, ketiga-tiga permasalahan ini yang menyebabkan kaedah pengajaran di dalam topik hadis
tidak berjaya diadaptasi oleh guru dalam pengajaran di dalam kelas. Justeru itu, diketahui
bahawa aspek pengalaman (personal) ini membahaskan mengenai pengalaman pengkaji
kajian-kajian lepas yang mempunyai pengalaman mengenai permasalahan terhadap
pengajaran ilmu hadis.
Akhir sekali,, aspek terakhir adalah perbahasan perkembangan semasa dan konsep
mengenai topik kajian ini. Seperti yang diketahui pembelajaran abad ke 21 ini sudah mula
menapak di dalam pendidikan di Malaysia mulai tahun 2014 lagi. Ia mula dipraktikkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2014 menerusi Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). Antara pendekatan yang terdapat di dalam PAK 21
ini adalah seperti elemen komunikasi, elemen kolaboratif, pemikiran kritis dan kreativiti serta
aplikasi nilai murni dan etika (Mohamad Fuad et al., 2020). Elemen kolaboratif ini
merupakan elemen pengajaran yang terdapat di dalam Pembelajaran Abad ke 21 (PAK 21)
ini. Elemen kolaboratif ini telah berkembang di dalam metod pengajaran terkini yang mana
ianya telah diperkenalkan di dalam PAK21 bagi memberi variasi dan inovasi kepada guru
untuk menentukan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) mereka sendiri di dalam kelas.
Ia bertujuan bagi memberikan keaktifan penglibatan murid di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Menurut Ahmad Yunus dan Qutrennada (2017), perbincangan dapat
merangsang kemahiran berfikir pelajar secara kreatif dan ktitis untuk membina pengetahuan
yang baru dan pelajar diberi kebebasan untuk mengaitkan pengetahuan yang baru dengan
pengetahuan yang sedia ada, dan mengembangkan potensi dengan bantuan guru. Sebagai
contoh, guru memberikan tugasan kepada pelajar dalam aktiviti kumpulan mengenai topik
hadis yang dipelajari dan mereka berbincang mengenai isi kandungan hadis yang dipelajari
bersama-sama serta saling bertukar idea dan seterusnya mereka membentangkan hasil
perbincangan mereka tadi. Manakala ilmu hadis yang terdapat di dalam silibus Pendidikan
Islam ini telah lama diajarkan kepada pelajar sekolah menengah apabila adanya Dokumen
Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP). Wujudnya pengajaran ilmu hadis ini dalam
Pendidikan Islam maka perlulah satu metod pengajaran yang bersesuaian untuk diterapkan
kepada pelajar, ini kerana selama ini guru hanya mengajar ilmu hadis hanya menggunakan
buku teks sahaja, namun mengikut kepada peredaran semasa, penggunaan buku teks tidak
lagi relevan dan perlu kepada inovasi di dalam pengajaran hadis. Menurut W. Azizi dan
Norhisham (2021), dari segi bahan pengajaran, ini adalah cabaran dalam pelaksanaan
kurikulum hadis di sekolah menengah harian, pengajaran dan pembelajaran hadis ialah
kekurangan sistem pembelajaran yang hanya bergantung pada buku teks sebagai rujukan.
Menurut Zakaria (2011) (diambil kutipan dari W. Azizi & Norhisham, 2021), ia mendapati
bahawa guru Pendidikan Islam menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar semasa
pengajaran, namun masih ditahap yang rendah, ini kerana kurangnya latihan berkaitan
pedagogi terkini. Justeru itu, perkembangan mengenai topik kajian ini dalam bidang
Pendidikan Islam iaitu “Gaya Pengajaran PAK 21 secara Kolaboratif bagi ilmu hadis di
dalam Pendidikan Islam di sekolah menengah harian”ini adalah dengan guru Pendidikan
Islam mengamalkan elemen pengajaran kolaboratif di dalam pengajaran ilmu hadis bagi
subjek Pendidikan Islam agar dapat memberikan satu perubahan kepada pelajar untuk
mendalami serta mempelajari topik hadis dengan aktif dan seronok. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa perbahasan yang terdapat di dalam perkembangan semasa dan konsep
topik kajian ini adalah berkaitan dengan perkembangan semasa mengenai Pembelajaran Abad
ke 21, elemen kolaboratif dalam pengajaran dan perkembangan semasa tentang gaya
pengajaran ilmu hadis serta perkembangan topik kajian dalam Pendidikan Islam.

You might also like