You are on page 1of 15

Pendekatan dan kaedah Pendidikan Islam Zaman Rasulullah S.A.

W
Mohd Faizal Mat Pesa
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
phs1654@gmail.com

Abstrak

Perutusan Rasullullah s.a.w kepada umat manusia adalah untuk menerangkan pada kita tentang
agama yang diwahyukan Allah s.w.t. Baginda juga merupakan tokoh guru contoh dan mempunyai
pelbagai pendekatan dan kaedah dalam mendidik para sahabat. Tidak hairanlah mengapa wahyu
memartabatkan mereka sebaik-baik ummah. Latarbelakang pelajar yang berbeza memerlukan
kepelbagaian pendekatan dan kaedah pengajaran yang turut berbeza.Penulisan ini cuba
mengfokuskan kepada pendekatan dan kaedah pendidikan Islam yang digunakan pada zaman
Rasullullah s.a.w dan bagaimanakah untuk diaplikasikannya pada masakini. Kajian perpustakaan
digunakan untuk menyorot kembali bagaimana Rasullullah menyampaikan ilmu dan dalam masa
yang sama mendidik para sahabat. Sesungguhnya manhaj nabawi yang dibawa oleh Rasullullah
adalah panduan terbaik kepada ummah. Daripada hasil kajian ini adalah diharapkan generasi hari
ini khususnya guru mengikut jejak langkah Rasullullah s.a.w dalam menyampaikan ilmu yang
benar dan sahih sepertimana yang dibawa oleh baginda s.a.w.
Kata Kunci: pendekatan, kaedah, pendidikan Islam, zaman Rasullullah s.a.w.

PENDAHULUAN

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan lebih menarik dan berkesan sekiranya pendekatan
dan kaedah pengajaran dapat dibezakan dan diaplikasikan ketika mengajar. Namun masih ada di
kalangan guru yang masih keliru tentang maksud pendekatan dan maksud kaedah pengajaran.
Menurut Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkaitan
dengan proses p&p serta mempunyai unsur aksiomatik. Aksiomatik adalah kenyataan dianggap
benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan Jika kita menggunakan cara-cara
melaksanakan model, prinsip atau teori pembelajaran terhadap suatu pelajaran, maka model,
prinsip dan teori pembelajaran boleh dijadikan pendekatan dalam pelajaran yang berkenaan.
Manakala kaedah pula ia satu perancangan pengajaran yang teratur, kemas dan sistematik. Ia
merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan
mempunyai kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu
pelajaran.(Ahmad Mohd.Salleh,1997). Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) kaedah mengajar
ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan
Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk
mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi
mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Melihat kepada contoh-contoh yang
diutarakan oleh Ab. Halim Tamuri & kamarul Azmi (2007) Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok
Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh
Salahuddin (1987), ringkasnya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama seperti kaedah
kuliah, demonstrasi, simulasi, penemuan dan sebagainya.

Penulisan ini berfokuskan kepada pendekatan dan kaedah pendidikan zaman Rasullullah
dan seterusnya boleh diaplikasikan pada zaman sekarang. Perkaitan antara konsep pendekatan dan
kaedah dapat digambarkan melalui model di bawah:

PENDEKATAN

TEORI KAEDAH STRATEGI


PEMBELAJARAN PENGAJARAN

TEKNIK

Rajah 1: Model pengajaran dan pembelajaran (p&p)

Model ini menunjukkan pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran sebenarnya
memainkan peranan yang penting dalam penyampaian ilmu atau teori pengajaran kepada pelajar.
Ini adalah kerana pelajar adalah berbeza-beza potensi di antara satu sama lain dan memerlukan
pendekatan dan kaedah yang bersesuaian dengan tahap masing-masing. Dengan kata lain model ini
menjelaskan kepada kita bahawa setiap daripadanya adalah saling berkaitan untuk penyampaian
teori pembelajaran (ilmu) secara berkesan.

SOROTAN LITERATUR
Kajian Ahmad Yunus & Abd halim (2010) mendapati Guru Pendidikan Islam memiliki kefahaman
yang jelas tentang objektif pengajaran, menyampaikan pengajaran secara pedagogikal,melakukan
tindakan pengajaran secara sistematik dan melaksanakan refleksi dan penilaian untuk menimba
pengalaman baru. Kajian ini hanya berfokus kepada guru cemerlang pendidikan Islam dan
dilaksanakan di sekolah menengah. Manakala kajian Ghazali, Nik Mohd Rahimi & Parilah (2010)
mencadangkan agar pendekatan pengajaran yang digunakan perlu sesuai dengan latar belakang
pengalaman pelajar. Kajian ini meninjau sikap pelajar terhadap pembelajaran kemahiran lisan
bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang merangkumi dua aspek iaitu sikap
terhadap pengajaran bahasa dan sikap terhadap bahasa Arab.
Hasil kajian Siti Fatimah dan Ab. Halim Tamuri (2010) pula mendapati bahawa guru j-QAF
mempunyai persepsi yang tinggi terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran
secara umum dengan nilai purata min 4.00. Selain daripada kaedah pengajaran yang baik
kepimpinan guru pendidikan Islam juga mestilah berada pada tahap tinggi. Ini dapat dibuktikan
dalam kajian Syed Najmudin et al. (2009) mendapati tahap kepimpinan guru pendidikan Islam
MRSM berada pada tahap tinggi pada penilaian pelajar, kajian ini dijalankan di seluruh MRSM
yang melibatkan 1011 orang pelajar. Kesimpulannya kesemua kajian-kajian lepas menunjukkan
kepentingan kaedah dan pendekatan pengajaran yang digunakan mestilah yang betul dan sesuai
dengan pelajar yang diajar supaya kesan pengajaran akan lebih berkualiti di samping guru perlu
memiliki daya kepimpinan tahap tinggi dan menggunakan BBM sebagai alat bantu memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan.

Pendekatan Pendidikan Islam Zaman Rasullullah


Rasullullah s.a.w mempunyai kaedah yang utama, petunjuk dan contoh dalam menyampaikan
nasihat dan pengajaran. Kaedah itu bergantung kepada bagaimana keadaan masyarakat atau
individu dan persekitarannya. Menurut Depdikbud (1990:180) pendekatan ialah, “sebagai proses,
perbuatan, atau cara mendekati sesuatu.”Di antara pendekatan Pendidikan zaman Rasullullah ialah
:

1.0 Penyampaian Ilmu dari Sumber Yang Sahih


Ini adalah perkara yang terpenting yang perlu diberi perhatian oleh pendidik. Jika apa yang
disampaikan datang dari nas dan pemahaman yang sahih, maka baiklah natijahnya kepada
masyarakat, tetapi jika apa yang disampaikan itu bertentangan dengan prinsip syarak ia akan
memudaratkan umat.

Metodologi asas yang digunakan oleh Rasullullah s.a.w dalam mendidik umatnya adalah
menjadikan al-Quran sebagai rujukan utama dan hadis sebagai sumber rujukan selepas al-Quran.
Sumber utama yang digunakan oleh Rasullullah s.a.w dalam mendidik para sahabat adalah dengan
membaca ayat yang berkaitan dengan tajuk perbincangan (Kamarul Azmi & Ab Halim,2007).
Metodologi ini memberi tiga implikasi utama iaitu ayat al-Quran yang dibaca oleh Rasullullah
memberi kesan keyakinan terhadap segala penyampaian yang akan diutarakan selepas pembacaan
ayat tersebut, al-Quran juga mampu melembutkan hati dan jiwa pembaca serta proses
pembangunan insan akan lebih mudah diterapkan apabila jiwa dan hati seseorang dilembutkan
dengan ayat Allah s.w.t (Kamarul Azmi,2002:66). Bukti al-Quran dapat melembutkan hati manusia
sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah dengan firmannya :

َ ‫ث ِك َت ٰـ ً۬با ُّم َت َش ٰـ ِب ً۬ها هم َثان َِى َت ۡق َشعِرُّ م ِۡن ُه ُجلُو ُد ٱلهذ‬


ۡ‫ِين َي ۡخ َش ۡو َن َر هبہُمۡ ُث هم َتلِينُ ُجلُو ُدهُم‬ ِ ‫ٱَّلل ُ َن هز َل أَ ۡح َس َن ۡٱل َحدِي‬
‫ه‬
)٢٣ ‫ٱَّلل ُ ََ َما لَ ُه م ِۡن َهاد‬ ‫ُۡل ِِل ه‬
ۡ ‫ٱَّلل َي ۡہ ِد ِب ِه َمن َي َشا ء ُُۚ َو َمن ي‬ ِ‫ه‬ ‫َ ُه َد‬ ِ ‫َوقُلُو ُبهُمۡ إِلَ ٰى ذ ِۡك ِر ه‬
َ ِ‫ٱَّللۚ َذلل‬

Maksudnya: “Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang
bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya),
yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya
atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram;
kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran
dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk
dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang
peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah),
maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya”. (23)
(Al-Zumar 39:23)
Jesteru itu pendekatan penyampaian ilmu dari sumber yang sahih sepertimana zaman
rasullullah harus diaplikasi pada masakini yang mana guru khususnya guru pendidikan islam
sewajarnya menyampaikan ilmu kepada pelajar ilmu-ilmu yang benar-benar sahih sahaja. Jika
pelajar itu berpegang kepada ilmu yang tidak bersumberkan daripada sumber yang sahih maka
semestinya guru itu juga akan mendapat saham di akhirat iaitu dosa. Sebagai contoh ada di
kalangan ustaz-uztaz yang mengajar mengatakan sunat bersetubuh pada malam Jumaat, sedangkan
tiada nas yang sahih menyebutnya. Terdapat juga di kalangan ustaz-ustaz yang mengajar di kelas
ataupun di masjid jarang sekali kita mendengar mereka membaca hadis beserta statusnya. Jika
adapun jumlahnya agak sedikit.

Selain itu juga, Jabatan Agama Islam Negeri dengan kerjasama Jawatankuasa masjid perlu
peka dan teliti dalam memilih guru-guru yang mengajar di masjid-masjid dan surau-surau dan
hendaklah memastikan guru agama itu mengajar dari sumber yang sahih sahaja.

2.0 Ikhlas kerana Allah s.w.t


Tunjang segala amalan adalah berpunca daripada hati dan keikhlasan. Niat yang baik, ikhlas
disertai perbuatan yang disyariatkan Allah menjadi syarat penerimaan sesuatu amalan. Adalah
boleh dikatakan menjadi kewajipan setiap pendakwah, guru dan sesiapa sahaja yang
menyampaikan ilmu untuk mengikhlaskan niat mereka semasa menjalankan tugas sebagai
pendakwah. Rasullulah menekankan hal ini melalui hadis yang mahsyur dan sahih.

Maksudnya dari Umar Al-Khattab berkata, sabda Rasullulah yang bermaksud “Sesungguhnya
setiap amalan itu diukur dengan niat dan sesungguhnya individu itu mendapat apa yang
diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah mendapatkan dunia,atau mengahwini wanita yang
diingininya, Maka hijrahya itu adalah untuk apa yang dikejarnya”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jesteru itu pendekatan guru dalam penyampaian ilmu mestilah ikhlas sepertimana zaman
rasullullah. Pada masakini, guru pendidikan islam khususnya ramai yang mengajar di masjid dan
surau perlu ikhlas dalam menyampaikan ilmu tanpa mengejar atau memilih masjid dan surau yang
meletakkan imbuhan yang tinggi sekaligus meninggalkan jemaah masjid yang miskin yang juga
dahagakan ilmu. Hal ini akan menyebabkan ilmu itu hanya berkembang di persekitaran orang kaya
sahaja.

3.0 Komunikasi yang jelas dan mudah


Pendekatan Rasullullah melalui komunikasi yang jelas dan mudah membolehkan masyarakat cepat
memahami dan mendapat kefahaman yang baik daripada penerangan Rasullullah s.a.w. Tujuan
baginda s.a.w adalah untuk membangunkan semua golongan manusia mengikut pembangunan
insan yang dikehendakinya. Oleh itu dengan cara memilih jalan yang memudahkan mereka
mengikutinya akan menambah keberkesanan pengajaran baginda s.a.w. Ini adalah kerana manusia
berbeza dari segi tingkatan akal dan fizikalnya. Oleh yang demikian segala bentuk pendidikan,
pengajaran, bimbingan, nasihat dan sebagainya hendaklah disampaikan dengan kata-kata yang
mudah (Kamarul Azmi, 2002). Allah s.w.t sendiri memilih metodologi al-Quran yang
dipermudahkan dari segi bahasa, kaedah, teknik, dan lain-lain agar manusia dari pelbagai peringkat
dapat mengambil pengajaran daripadanya. Firman Allah :

َ َُ ‫َولَ َق ۡد َيس ۡهر َنا ۡٱلقُ ۡر‬


)٣٢ ‫ان ل ِِّلذ ۡك ِر ََ َه ۡل مِن ُّم هدك ًِ۬ر‬

Terjemahan : “Dan demi sesungguhnya kami mudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan
dan pengajaran , maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran
daripadanya?”.
(al-Qamar,54:32)
Oleh itu, pendekatan guru dalam penyampaian ilmu mestilah berkomunikasi dengan jelas dan
mudah sepertimana zaman rasullullah. Pada masa kini, guru pendidikan islam tidak lagi perlu
berkias-kias ketika mengajar contohnya dalam bab hukum jenayah dalam islam guru berkata, “Zina
itu berlaku apabila terbenam hasyafah ke dalam faraj” sebaliknya guru berkata, “Zina itu apabila
kepala zakar memasuki faraj wanita dan barulah disabitkan had zina”. Ini akan meyebabkan pelajar
generasi hari ni lebih mudah memahami apa yang diajar oleh guru.

4.0 Bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu


Amalan sesuatu kerja yang bersungguh-sungguh pastinya menjanjikan kejayaan di hujungnya. Ia
mestilah bergerak seiring dengan semangat keazaman yang kuat. Islam sendiri tidak ketinggalan
dalam menyeru umat supaya rajin dan bersungguh-sungguh. Ini bertepatan dengan hadis
Rasullullah s.a.w:
Maksudnya: Dari Aisyah beliau berkata :sabda nabi s.a.w “ Sesungguhnya Allah menyukai
seseorang hamba yang bersungguh-sungguh melakukan sesuatu pekerjaan”
(Riwayat Abu Ya`la)
Hadis di atas menyebut tentang kesungguhan yang dituntut dalam pekerjaan yang mana
tugas pendidik juga turut termasuk di dalamnya. Sebagai guru pendidikan Islam setiap kerja yang
dilakukan mestilah dilakukan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi supaya anak didiknya
berjaya dalam apa jua yang dipelajarinya. Rasullulah s.a.w telah dan pernah menunjukkan kepada
kita betapa baginda merupakan seorang terlalu mengambil berat dalam mendidik para sahabat.
Dalilnya kita boleh selusuri melalui hadis di bawah :

Maksudnya: Dari Abu Hurairah radiallahanhu berkata bahawa seorang lelaki berkata kepada
Rasullullah; “Wasiatkan sesuatu kepadaku”.Kata baginda s.a.w “Janganlah engkau marah”.
Baginda mengulangi kata-katanya sebanyak tiga kali.Kata baginda s.a.w lagi : “Janganlah
engkau marah”.

Para Ulama` mengatakan Rasullullah s.a.w mengulangi kata-katanya adalah kerana hendak
memahamkan sahabat tentang apa yang hendak diperkatakannya. Hal demikian tentunya
mempunyai manfaat kepada yang bertanya kerana pesanan Rasullullah s.a.w itu amat jelas kerana
diulang sebanyak tiga kali. Mesej lain yang jelas daripada hadis ini ialah kaedah mengulangi
sesuatu kata-kata itu ialah sebanyak tiga kali seperti yang dilakukan oleh Rasullullah s.a.w i.
(Riwayat Bukhari)
Jesteru itu pendekatan guru masakini, haruslah bersungguh-sungguh dalam penyampaian
ilmu sepertimana zaman rasullullah. Seseorang guru itu khususnya guru pendidikan Islam wajar
memastikan semangat dan kesungguhan ketika mengajar dikekalkan sama seperti mula mengajar
dahulu bahkan menambahbaik kaedah pengajaran sesuai dengan mengikut arus peredaran zaman
dan kepelbagaian pelajar. Oleh yang demikian, barulah setiap guru itu akan berasa puas dengan apa
yang diajarnya.

5.0 Tidak berkeras dalam mendidik.


Sifat Sabar penyayang, lemah-lembut dan hikmah merupakan elemen penting dalam pendekatan
dakwah Rasullullah s.a.w. Sekiranya maklumat yang ingin disampaikan itu sahih, tetapi kaedah
penyampaian yang digunakan tidak disertai dengan kesabaran dan hikmah akan menyebabkan
objektif dakwah sukar dicapai dan sasaran dakwah akan menjauhkan diri. Jesteru itu Allah
mentarbiah Baginda dalam al-Quran.

ۡ ‫عُُۡ َۡ ۡنہُمۡ َو‬


‫ٱس َت َۡۡ ِۡر‬ ۡ ََ َۖ
َ ‫ِ ََن ََُّۡوا م ِۡن َح ۡو ِل‬ ِ ‫ِيًّ ۡٱل َق ۡل‬ ‫نت ََ ا‬
َ ‫ًّا ََل‬ َ ‫ِنت لَهُمۡ ۖ َو َل ۡو ُك‬
َ ‫ٱَّلل ل‬ ِ ‫ََ ِب َما َر ۡح َم ً۬ة م َِّن ه‬
)١٥٩ ‫ِين‬ َ ‫ٱَّلل ُيحُِِّ ۡٱل ُم َت َو ِّكل‬
َ ‫ٱَّللۚ إِنه ه‬ َ ‫او ۡرهُمۡ َِى ۡٱۡلَ ۡم ِرۖ ََِِ َذا َۡ َز ۡم‬
ِ ‫ت ََ َت َو هك ۡل َۡلَى ه‬ ِ ‫لَهُمۡ َو َش‬
Maksudnya: “Maka kerana rahmat Allah jualah engkau (wahai Muhammad ) bersifat lemah
lembut terhadap mereka. Jika engkau berkeras dan kasar terhadap mereka nescaya mereka
menjauhkan diri darimu . Maka maafkanlah mereka ,mohonlah keampunan untuk mereka dan
berundinglah dengan mereka.”
(Surah ali Imran,3:159)

ii
Kata Hassan al-Basri : Inilah akhlak baginda s.a.w yang diutuskan oleh Allah s.w.t Sikap lemah
lembut baginda s.a.w ini wajar dicontohi oleh para pendakwah agar masyarakat boleh didekati
dengan penuh hikmah dan bijaksana. Bahkan mungkin menjadi satu kesilapan sekiranya dakwah
dilakukan dengan cara herdikan dan cacian membuta tuli.

Oleh yang demikian pendekatan guru kini haruslah mendidik secara berhikmah tanpa
menggunakan kekerasan dalam penyampaian ilmu sepertimana zaman Rasullullah. Ikon
penyampaian ilmu yang sesuai dengan jiwa remaja kini seperti Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don
menjadi daya tarikan minat di kalangan mat rempit, artis-artis dalam menimba ilmu agama.
Golongan seperti ini sepatutnya dibantu bukan disisihkan daripada masyarakat. Walaupun kita
tidak menyokong perbuatan maksiat yang mereka lakukan tetapi mereka harus diberi peluang
untuk berubah.
Kaedah Pendidikan Zaman Rasullullah
Rasullullah s.a.w selaku “Role Model”atau contoh ikutan terbaik merupakan seorang tokoh guru
yang telah banyak memperkenalkan kaedah-kaedah pendidikan. Menurut Al-Jumbalathi dan Abu
Futuh al-Tunisi (1973) mendefinisikan kaedah pendidikan sebagai cara yang diikuti oleh guru bagi
menyampaikan maklumat kepada pelajar. Di antara kaedah pendidikan Rasullullah s.a.w yang
mahsyur ialah :

1.0 Berkhutbah
Teknik syarahan atau khutbah merupakan teknik utama yang digunakan oleh Rasullullah s.a.w
dalam penyampaian dakwah baginda. Bahkan khutbah ini diwajibkan untuk setiap solat jumaat
agar nasihat dan ajaran baginda dapat disambung pula oleh umatnya sehingga ke hari kiamat. Ini
menunjukkan pendekatan berkhutbah merupakan teknik penting dalam menyampaikan ajaran
islam. Lazimnya teknik berkhutbah ini digabungkan dengan teknik dialog dan perbincangan selain
menggayakan teknik ini dengan penerapan nilai baik kepada para sahabat. Sebagai contoh, Abu
Hurairah r.a menyatakan bahawa pernah sekali Rasullullah berkhutbah kepada kami dengan
sabdanya ( al-Bukhari,1994:180/8):

Terjemahan : Abu Hurairah berkata, Rasullullah berkhutbah kepada kami dengan


sabdanya,”Wahai Manusia Allah mewajibkan kepada kamu mengerjakan Haji , tunaikanlah haji.”
Seseorang lelaki bertanya :”adakah setiap tahun ,wahai Rasullullah?”Baginda hanya diam sahaja
hingga lelaki tadi mengulanginya pertanyaannya sebanyak tiga kali. Rasullullah s.a.w pun
menjawab “ Jika aku katakan Ya,tentu ianya wajib dilakukan setiap tahun dan kamu mungkin
tidak mampu melakukannya.”Baginda bersabda lagi :” Tinggallah sesuatu yang aku tidak
galakkan kepada kamu. Kemusnahan umat yang terdahulu daripada kamu adalah kerana mereka
banyak bertanya dan tiada persefahaman dengan nabi mereka . Jadi apabila aku perintahkan
kepada kamu , lakukanlah sedaya kamu dan apabila aku melarang daripada melakukan sesuatu
tinggalkanlah.”
(al-Bukhari)
Manakala kaedah berkhutbah atau syarahan pada masakini popular digunakan oleh guru
pendidikan islam kerana ia mudah, jimatkan masa dan kos (Ab.Halim et al.2004). Ini termasuklah
semasa solat Jumaat. Khatib menyampaikan ilmu dengan berkhutbah tetapi di Malaysia jarang
sekali kita melihat Khatib benar-benar berkhutbah sebaliknya hanya membaca khutbah. Ada juga
di kalangan Khatib tidak menghayati apa yang dikhutbah contohya Khatib membaca khutbah
tentang bahaya merokok tetapi dalam masa yang sama khatib itu sendiri merupakan seorang
perokok. Hakikat ini meyebabkan ilmu yang disampaikan oleh khatib (guru) kepada jemaah
(pelajar) kurang berkesan.

2.0 Suruhan dan Tegahan


Pendekatan suruhan melakukan sesuatu seperti hadis yang berbunyi “Buatlah begini dan begitu”
menjadi keutamaan kepada Rasullulah s.a.w berbanding yang berbentuk tegahan seperti “Jangan
buat begini dan begitu” Pada kebiasaanya manusia lebih suka diberikan tunjuk ajar terhadap
sesuatu perkara berbanding menyalahkan apa yang mereka lakukan dalam perkara tersebut.
Menurut pendapat al-Nawawi (2003) perlu untuk menggunakan arahan suruhan daripada
tegahan dengan nisbah sekitar 7:3. Walaupun metodologi suruhan merupakan yang lebih disukai
berbanding tegahan, namun arahan berbentuk larangan perlu bagi memastikan keterangan bentuk
batasan ynag dilarang itu jelas arahannya ( Kamarul Azmi,2002).

Bertepatan dengan pendapat al-Nawawi kaedah suruhan perlu lebih diberi penekanan.
Manakala kaedah tegahan juga perlu diaplikasikan walaupun dengan nisbah yang rendah. Pada
masakini kaedah larangan berbentuk suruhan lebih disukai berbandaing larangan berbentuk
tegahan. Sebagai contoh kita perlu mengatakan, “Pakailah pakaian yang menutup aurat tentu awak
akan lebih cantik dan Allah pun suka” berbanding dengan mengatakan, “Janganlah pakai pakaian
yang tidak menutup aurat nanti awak akan dibakar dalam api neraka”. Pendekatan dakwah yang
bijaksana akan menyebabkabkan orang yang didakwah mudah didekati dan kita juga mudah
menyebarkan islam.

3.0 Isyarat dan Lakaran


Kaedah isyarat merupakan salah satu cara Rasullullah memberi kefahaman kepada para sahabat
ketika menyampaikan ilmu.(Ab.Halim Tamuri,2012). Sebagai contoh dalam teknik Isyarat baginda
membuat perbandingan tentang peri dekatnya hari Kiamat berbanding dengan jarak dia diutuskan
menjadi Rasul seperti mana yang dinyatakan dalam Hadis (al-Bukhari, 1994:244/7):
Maksud Hadis: Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya Rasullullah s.a.w
bersabda:”Jarak masa aku diutuskan dengan berlakunya hari kiamat adalah seperti dua jari
ini(iaitu jari telunjuk dan jari tengah).”
(al-Bukhari)
Teknik lakaran pula merupakan teknik yang digunakan oleh nabi sebagai simbol untuk
memberikan kefahaman terhadap sesuatu maksud. Sebagai contoh dalam menafsirkan wahyu Allah
S.W.T surah al-An`am ayat 53, Baginda melakarkan dahulu kepada para sahabatnya (Ibnu Kathir,
1993:181-182/2) sebagaimana yang diceritakan oleh Ibnu Mas`ud (Ahmad ,1994:4205):
Maksudnya: Rasullullah melakar dengan tangannya satu garis tegak dan bersabda,” Ini jalan Allah
yang lurus”.Kata Ibnu Mas`ud selepas itu Baginda melakarkan pula garis disebelah kanan dan
kiri garisan lurus itu kemudian bersabda,”Inilah jalan-jalan yang tidak terdapat sesuatu pun jalan
melainkan terdapat syaitan yang memanggil kepadanya.”Kemudian Rasullullah membaca ayat
yang berbunyi:

َ ‫ٲطى ُم ۡستَ ِق ً۬يما فَٱتَّ ِبعُوهُ َو ََ تَتَّ ِبعُوا لس بسب ََُ فَتَََ َّر‬
َُُِّۡۡ‫َ ِِ ُُۡۡ ََ ََ ِبيِِ ِِۚ ََٲسِ ُُۡۡ َوص َّٰٰ ُُۡ ِِ ِِ سَ َع‬ ِ ‫َوأَ َّن هَ ٰـ َذا‬
ِ ‫ص َر‬
)١٥٣( َ‫تَتَّقُون‬

Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka
hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam),
kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang
demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa”. (153)

(Al-An`am, 6:153,Ahmad)

Manakala kaedah isyarat dan lakaran pada masakini biasa digunakan ketika mengajar bab
Sirah yang mana ia digabungkan dengan kaedah peta konsep. Menurut abdul Rahim (2002)
penggunaan peta konsep akan meningkatkan kefahaman pelajar dan pelajar mudah mengingati
fakta. Sesuatu isi pengajaran juga boleh terbentuk melalui isyarat gambar dan menimnbulkan
makna yang tertentu terhadap pengajaran tersebut.

4.0 Soal Jawab


Kaedah soal jawab juga adalah penting dalam pembelajaran. Menyoal merupakan sebahagian
daripada interaksi P&P antara guru dan pelajar. Namun demikian strategi-strategi penyoalan masih
kurang difahami oleh kebanyakkan guru. Kaedah menyoal boleh juga digunakan dalam kaedah
membaca dan menulis.(Rashidi Azizan dan Abd Razak Habib,1995 ). Struktur kaedah tersebut
dapat dipetik daripada gambaran peristiwa soal jawab di antara Rasullullah dengan malaikat Jibril
a.s tentang persoalan iman, Islam dan ihsan.

Manakala kaedah soal jawab pada masakini merupakan kaedah yang terpenting dalam
menyampaikan isi pengajaran kerana ia melibatkan interaksi dua hala dan boleh menajamkan akal.
Di samping itu juga kaedah soal-jawab akan mewujudkan hubungan yang harmoni dalam proses
P&P dan ukhwah yang terbina di antara guru dan pelajar.

5.0 Kaedah Pandang Dengar (Audio Visual)


Kaedah ini dinyatakan dalam perisyiwa isra` dan Mikraj, seperti firman-Nya :

ً۬
َ ‫س ُۡب َح ٰـ َن ٱله ِذ ء أَ ۡس َر ٰ ِب َع ۡب ِد ِه لَ ۡيل م َِّن ۡٱل َم ۡس ِج ِد ۡٱل َح َر ِام إِلَى ۡٱل َم ۡس ِج ِد ۡٱۡلَ ۡق‬
‫صا ٱله ِذ َب ٰـ َر ۡك َنا َح ۡولَ ُه ِل ُن ِر َي ُه‬
)١ ‫م ِۡن َُا َي ٰـ ِت َناۚ ء إِ هن ُه ه َُو ٱل هسمِي ُُ ۡٱلبَصِ ي ُر‬

Maksudnya : Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari
dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya,
untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya
Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (1)

(Al-Israk, 17:1)

Rumusan yang kita boleh ambil dari ayat tersebut, Rasullulah telah dibawa berjalan dari Makkah
ke Baitul Maqdis pada suatu malam, diperlihatkan dan didedahkan dengan pelbagai peristiwa
sepanjang pengenbaraannya. Peristiwa-peristiwa itu berkait rapat dengan ilmu dan pendidikan yang
boleh mewujudkan insan yang bertakwa dan beriman. Jesteru itu, baginda bukan sahaja diisrak dan
dimikrajkan bahkan diperlihatkan pelbagai peristiwa menerusi penyaksiaan pancaindera yang
dinterpretasikan semula oleh Jibril a.s dengan kata lain ia adalah pengembaraan yang merangkumi
kisah-kisah serta gambaran yang menjelaskan kisah tersebutagar dapat menguatkan lagi daya
ingatan dan keyakinan Rasullullah. Kaedah ini dinamakan sebagai kaedah pandang dengar (audio
visual) dan kaedah pengenbaraan(rihlah). Hasil daripada kaedah yang disepadukan ini sungguh
berkesan dalam pengukuhan ilmu dan pembentukkan peribadi umat zaman Rasullullah.

Manakala kaedah pandang dengar pada masakini boleh kita praktikkan contohnya dalam
bab pengurusan jenazah. Kita tidak perlu menunggu kematian sebenar untuk mewujudkan suasana
yang realiti, bahkan hari ini pelbagai teknologi boleh digunakan untuk mengvisualkan isi
pengajaran dengan keadaan sebenar. Ini menyebabkan pelajar dapat belajar seolah-olah berada
dalam suasana yang sebenar ataupun disebut sebagai kontekstual.

Kesimpulan
Walaupun pelbagai cabaran yang perlu dihadapi para guru pendidikan Islam, harus bangun
menyahut cabaran ini demi menerapkan ilmu pengetahuan, ilmu akidah, ibadah dan akhlak. Ini
kerana konsep pendidikan dalam Islam adalah pembelajaran yang berterusan, dengan erti kata lain
guru sebagai pembimbing ke jalan hidup yang betul dan benar (Muhammad Uthman el-
Muhammady 2003). Kita boleh mengambil pendekatan dan kaedah pendidikan yang diajar pada
zaman Rasulullah s.a.w dalam mengembang dan menyebarkan ilmu pengetahuan pendidikan
Islam yang berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah sekaligus mengaplikasikannya pada masakini
demi kesejahteraan dan pembangunan diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Cadangan
Hakikatnya usaha untuk meningkatkan kompetensi kaedah pengajaran guru pendidikan islam dapat
direalisasikan melalui :

a. Membuka minda GPI supaya menggunakan kaedah pengajaran terkini walaupun selesa
dangan kaedah lama tetapi kurang berkesan.
b. Guru pendidikan Islam tidak terlalu bergantung sepenuhnya kepada peruntukkan
Kementerian Pelajaran untuk menaiktaraf kaedah P&P masing-masing sebaliknya mencari
alternatif lain seperti mengutip derma, menghadiri seminar,bengkel berkenaan kaedah
pengajaran terkini.
c. Kementerian Pelajaran Malaysia perlu membuat kursus “refreshment” untuk guru-guru
dalam memperkenalkan kaedah terkini sesuai dengan zaman. Setakat ini di Politeknik KPT
kursus Pedagogi diberikan kepada pensyarah yang tiada diploma pendidikan dan pensyarah
yang bertukar masuk ke Politeknik dari Kolej kominiti.
d. Membentangkan kertas kerja di seminar tentang pengajaran masakini menggunakan ICT
lebih berkesan berbanding kaedah Tradisional untuk mendapatkan peruntukkan lcd
projektor dan komputer riba.

RUJUKAN
Al-Quran al-Karim
Ab. Halim Tamuri, Muhamad Faiz Ismail & Kamarul Azmi Jasmi, (2012) A new
approach in Islamic education: mosque based teaching and learning. JIAE: Journal of
Islamic and Arabic Education, 4 (1): 1-12. ISSN 1985-6236.
Ab.Halim Tamuri & Khadijah Abdul Razak.(2003). Pengajaran Akhlak di Sekolah
Menengah: Persepsi pelajar. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 3) Perkaedahan
pengajaran Pendidikan Islam: Antara tradisi dan Inovasi.16 Oktober 2003 di Royal
Adelphi,Seremban. Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ab.Halim Tamuri & Nik Ahmad Rahimi Nik Yusoff.(2011).Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam.Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Abd Al-Rahman al-Nahlawi.(1979).Usul Al-Tarbiyyah Al-Islamiyyah. Cet.1.Damshiq : Dar
Al-Fikr.
Abd Raof Dalip.(1990). Dasar-dasar Pendidikan Islam Zaman Khulafa’ al- Rasyidin.
Petaling Jaya : Pustaka Jaya.
Abdul Halim Mohamad.(2003).Keberkesanan Pendidikan Islam di Peringkat Rendah dan
Pembentukan Peribadi Muslim. Dlm Suzalie Mohamad (pnyt)
Memahami Isu-isu Pendidikan Islam di Malaysia. Hlm.61-75 Kuala Lumpur: Istitut
Kefahaman Islam Malaysia.
Abdullah Ishak.(1989). Sejarah Perkembangan Pelajaran dan Pendidikan Islam.Selangor :
Al-Rahmaniah.
Ahmad Yunus Kasim & Ab. Halim Tamuri , (2010) Pengetahuan pedagogikal kandungan
(PPK) pengajaran akidah: kajian kes guru cemerlang Pendidikan Islam. JIAE: Journal of
Islamic and Arabic Education, 2 (2): 13-30. ISSN 1985-6236.
Adnan Yusof .(2004). Manual Kursus Pendedahan Kurikulum Semakan Pendidikan Islam
KBSR 2004. Kementerian Pelajaran Malaysia : Bahagian Dakwah dan Kepimpinan
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
Ahmad Mohd. Salleh ( 1997).Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi,Fajar
Bakti Sdn Bhd.
Ahmad Shalaby.(1976). Sejarah Pendidikan Islam. Terj.H Muchtar Jahja & M Sanusi Latief.
Singapura : Pustaka Nasional.
Akram Dahaman @ Dahlan, Mohd & Amani Dahaman @ Dahlan.(2009). “Pembangunan
Modal Insan dalam Perspektif Islam: Keseimbangan Antara Originality dan Kontinuiti”.
Kertas kerja dibentang dalam Seminar Pembangunan Modal Insan yang dianjurkan oleh
Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) Kelantan, Malaysia, pada tarikh 23-24 Mac.
Al-Faruqi.(1982). Islamisation of Knowledge. Washington : D.C. International Institut of
Islamic Tought.
Ali Al-Tantawi,(1970). Akhbar Umar Wa Akhbar Abd Allah bin Umar. Beirut : Dar al-Fikr.
Ashinida Aladdin, Afendi Hamat & Mohd. Shabri Yusof. (2004) Penggunaan
PBBK(Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa asing: satu tinjauan awal.GEMA: Online
Journal of Language Studies, 4 (1): 1-16. ISSN 1675-8021.
Asmawati Suhid . (2009). Pendidikan Akhlak dan Adab Islam: Konsep dan Amalan. Kuala
Lumpur: Utusan Publications dan Distribution, cetakan ke-1.
Atan Long (1981). Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Bajunid Omar Farouk (ed). (1994). Muslim Social Science in ASEAN.Kuala Lumpur :
Yayasan Penataraan Ilmu.
Burlian Somad .(1981). Beberapa Persoalan dalam Pendidikan Islam. Bandung : Al-Maarif.
Fadli abdullah & Md Sidin ahmad ishak. (2010). Pembangunan sektor animasi di Malaysia:
Pendidikan dan Latihan animasi di institusi Pengajian tinggi awam. Jurnal Pengajian
Media Malaysia Jilid 12 (2): 69–82.
Fariza Md. Sham. (2007). Program Dakwah Remaja : Kajian di Masjid Jamek, Kajang
Selangor.hlm.107-116.Peningkatan Kualiti Penyelidikan dalam Pengajian
Fatimah Abdullah et al.(2007). Kursus Khas Guru Pendidikan Islam Kementerian
Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia : Bahagian Dakwah
Ghazali Darusalam.(2004).Pedagogi Pendidikan Islam.Utusan Publication & Distributor Sdn
Bhd.
Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Parilah M. Shah, (2010) Sikap pelajar
terhadap pembelajaran kemahiran lisan Bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA
(UiTM). GEMA: Online Journal of Language Studies, 10 (2): 15-33. ISSN 1675-8021.
Hamdi Ishak, Ab. Halim Tamuri, Rosadah Abdul Majid & Safani Bari, (2012) Amalan
pengajaran guru dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di Sekolah
Kebangsaan Pendidikan Khas (masalah pendengaran). JIAE: Journal of Islamic and
Arabic Education, 2 (4): 11-24. ISSN 1985-6236.
Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam.
Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Kamarul Azmi, Ab Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah.(2011). Kajian Kes
Penggunaan Kaedah Pengajaran & Pembelajaran Guru Cemerlang Pendidikan Islam
Sekolah Bandar dan Luar Bandar : Satu Kajian Perbandingan. Jurnal Tekonologi (Sains
Sosial), Sept 2011:179-198.Universiti Teknologi Malaysia.
Mahfuzdh Shalahuddin (1987). Metodologi Pendidikan Islam. Surabaya: Bina Ilmu.
Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran mikro. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman.
Muhammad Uthman el-Muhammady.(2003). Peranan Kurikulum Pendidikan Islam di
Malaysia dalam Menjana Perpaduan Ummah. Hlm 41-60.Kuala Lumpur: Institut
Kefahaman Islam Malaysia.
Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib. (1995). Pengajaran dalam bilik darjah, kaedah &
strategi. Kajang: Masa Enterprise.
Rosnani Hashim. (2007). Liberalisasi pendidikan dan cabarannya dalam kontek pendidikan
Islam di Malaysia. Jurnal Pendidikan Islam, 12 (2): 19-40.
Siti Fatimah Ahmad & Ab.Halim Tamuri. (2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan
Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-QAF.
Journal of Islamic and Arabic Education 2(2): 53-64.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu pendidikan: pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann,
cet. 4.
Syed Najmuddin Syed Hassan, Ab. Halim Tamuri , Isahak Othaman & Mohd. Sabri
Mamat, (2009) Kajian persepsi pelajar terhadap tahap profesionalisme guru Pendidikan
Islam MRSM. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 1 (2): 31-50. ISSN 1985-
6236.
Umar, Azizi & Supyan Hussin. (2007). “Kekangan Kurikulum Diniah dalam Polisi
Pendidikan Kebangsaan Selepas Kemerdekaan: Suatu Tinjauan Awal di Sekolah Agama
Rakyat” dalam Mazlan Ibrahim & Kamarudin Salleh [eds]. Islam Pasca Kemerdekaan.
Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Catatan Hujung

i
Ibnu Hajar al-Asqalani.Ahmad Ali.Fath al-Bari syarh Sahih al-Bukhari. Beirut Dar Ma`rifah.1379 H.jilid 10hlm 519.
ii
Ibnu kathir.Ismail umar.Tafsir al-Quran al-Azim.Riyadh,Dar Tayibah.1420 H, cetakan ke-2,jld 2,hlm 148.

You might also like