You are on page 1of 2

KAEDAH IMAM

ABU HANIFAH

KAEDAH MUJADALAH
Digunakan ketika beliau berdepan dengan pelajarnya
yang dewasa. Beliau sama sekali tidak membenarkan
mereka bertaklid sahaja, sebaliknya dididik berfahaman
merdeka.

Pelajar bebas berfikir untuk memecahkan persoalan-


persoalan dan dibenarkan membantah pengajaran atau
pendapat Imam Abu Hanifah yang dianggap
bertentangan dengan wahyu Allah dan hadis
nabisources.

KAEDAH MENYELESAIKAN
MASALAH
digunakan oleh beliau ketika berhadapan dengan
golongan pembesar, ketua-ketua jabatan dan orang
yang datang menemui beliau dengan membawa
beberapa masalah atau persoalan untuk diselesaikan.

Sering kali timbul masalah-masalah baharu yang tidak


menemui hukum atau keputusan berdasarkan al-Quran
dan hadis berjaya beliau selesaikan berdasarkan
ijtihadnya.
.

KAEDAH NASIHAT
Imemberi ajaran dalam bentuk nasihatsecara langsung
kepada pelajarnya, sama ada yang berkaitan dengan
soal keagamaan, adatkekeluargaan, adab bergaul dan
sebagainya. Beliau telah membawa satu perlembagaan
tentang cara berbudi bahasa terhadap raja-raja dan
juga orang ramai. Beliau menunjukkan kepada
pelajarnya jalan bagi mendapat taufik dan kejayaan
dalam bidang ilmu pengetahuan dan pengajaran.

KAEDAH TELADAN YANG BAIK


Beliau menunjukkan contoh, sikap, tindakan serta tutur
kata yang baik, yang dapat dilihat dan dicontohi oleh
mereka. Secara tidak langsung, beliau mendidik
pelajarnya melalui contoh teladan baik yang beliau
tunjukkan kepada umum. Contohnya, beliau telah
menunjukkansatu ajaran melalui sikapnya yang tidak
menyukai atau tidak bekerjasama dalam hal rasuah,
ganjaran kebendaan dan sebagainya yang terlalu
berbentuk keduniaan.s.
KAEDAH
IMAM MALIK

KAEDAH SYARAHAN

merupakan kaedah yang paling banyak digunakan


oleh Imam Malik
dalam menyampaikan pengajaran. Majlis kuliah
beliau diadakan di Masjid Madinah dan di rumah
beliau sendiri. Dalam majlis tersebut, imam Malik
seorang sahaja yang menyampaikan ucapan dan
syarahan sementara orang lain mendengar dengan
penuh perhatian. Para pendengar tunduk dan
tenang mendengar pengajaran yang beliau
sampaikan.
Imam Malik mula menyampaikan kuliah atau
syarahan sejak berusia 17 tahun. Beliau
tidakmengajar melainkan setelah mendapat
pengakuan daripada 70 orang gurunya..

KAEDAH
MENYELESAIKAN
MASALAH
juga digunakan oleh imam Malik khususnya dalam
perkara yang
berkaitan dengan hukum. Setiap masalah yang
tidak dapat diselesaikan oleh pelajarnya
akandirujuk kepada beliau. Sepanjang hidup imam
Malik, beliau banyak dihujani dengan
bermacammacam masalah yang berkaitan dengan
hukum. Masalah yang dikemukakan kepada beliau
bukansahaja datang daripada penduduk sekitar
Madinah malahan daripada wilayah-wilayah yang
jauh.

Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, Imam Malik


tidak suka kepada masalah andaian atau khayalan
yakni masalah yang direka-reka dan tidak pernah
berlaku. Baliau akan menyelesaikan masalah yang
benar-benar berlaku dalam masyarakat atau
masalah yang waqi’i sahaja.

Imam Malik amat berhati-hati dalam


menyampaikan jawapan kepada masalah yang
dikemukakan. Beliau tidak akan menjawab sebelum
memikir dan mengkaji dengan mendalam.

You might also like