You are on page 1of 1

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan


pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk
pembelajaran dan tentang pembelajaran. PBD dapat membantu guru dalam mengesan
perkembangan murid secara menyeluruh,mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam
pembelajaran dan juga mengetahui keberkesanan pengajaran. Selain itu, guru juga dapat merancang
dan mengubah suai kaedah pengajaran serta mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta
merta. PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun. PBD
dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti pemerhatian, penulisan dan lisan.

Bagi saya,saya mengunakan ketiga-tiga pentaksiran. Namun, penilaian yang paling kerap saya
gunakan ialah penilaian secara lisan. Penilaian secara lisan ini melibatkan aktiviti mengumpul
maklumat semasa berlaku interaksi antara murid dengan guru dan murid dengan murid . Sebagai
contoh, latihan dari bacaan kuat,syrahan,perbahasan,bercerita ,hafazan dan sebagainya. Selain itu,
saya juga menilai murid melalui pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah
digunakan untuk merangsang murid berfikir. Saya memilih penilaian jenis ini bagi Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) kerana melalui penilaian ini, mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam
kemahiran mendengar dan bertutur .

Secara tiorinya penilaian lisan boleh dipelbagaikan, ia merangkumi soalan dan aktiviti yang
memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan instrumen tersebut saya
memastikan soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami
serta aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea dan pelbagai bentuk soalan seperti
soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir. Oleh sebab itu, saya
berpendapat, penilaian yang saya laksanakan di sekolah menepati keperluan PBD Pendidikan Islam
terkini kerana saya dapat menilai penguasaan murid secara menyeluruh bagi sesuatu tajuk yang
telah saya ajar.

You might also like