You are on page 1of 1

Mesyuarat yang baik ialah mesyuarat yang dirancang dengan teliti.

Hal ini melibatkan penentuan butiran


mesyuarat dan peranan peranan jawatankuasa pengurusan itu sendiri. Di dalam pengurusan
mesyuarat,terdapat tiga proses untuk mengendalikan mesyuarat iaitu pramesyuarat,pelaksanaan
mesyuarat dan pasca mesyuarat.

Sebelum sesebuah organisasi memulakan mesyuarat,terdapat beberapa persediaan yang perlu dibuat
seperti mengadakan perbincangan.Ini merupakan proses pramesyuarat. Dalam hal ini,setiausaha akan
berbincang dengan pengerusi mengenai beberapa perkara,antaranya menentukan tarikh untuk
melangsungkan mesyuarat,masa yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat,tempat yang selesa untuk
mengadakan mesyuarat dan agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Selain itu,juga setiausaha perlu memastikan persediaan kemudahan yang akan digunakan sebelum
memulakan mesyuarat.Antaranya seperti tempahan tempat atau lokasi untuk bermesyuarat.Pastikan
bilik yang ditempah berada dalam keadaan yang baik,kemas dan sedia untuk digunakan.Selain daripada
tempahan bilik,setiausaha perlu membuat tempahan jadual ringan. Selepas itu, setiausaha perlu
mengedar surat panggilan mesyuarat kepada ahli-ahli yang terlibat.

Dalam hal ini,setiausaha perlu memastikan ahli-ahli mesyuarat menerima surat jemputan dalam tempoh
10 hari sebelum mesyuarat. Bilangan ahli yang hadir mestilah sekurang-kurangnya ¾ daripada jumlah
ahli. Ketika mesyuarat berlangsung, pengerusi sebagai individu yang memainkan peranan utama dalam
sesuatu mesyuarat.

Individu-individu lain yang turut memainkan peranan penting semasa mesyuarat diadakan termasuk lah
seperti setiausaha, bendahari dan ahli mesyuarat.Ini adalah individu yang penting dalam sesebuah
organisasi yang ingin melaksanaan mesyuarat.Mesyuarat di mulakan berdasarkan beberapa agenda.
Yang pertama ucapan aluan pengerusi. Kedua, pengesahan minit mesyuarat yang lepas. Seterusnya,
membincangkan perkara-perkara berbangkit dan akhir sekali hal-hal lain.

Selepas mesyuarat selesai atau turut dikenali sebagai pasca mesyuarat, setiausaha perlu menyediakan
draf minit mesyuarat untuk kelulusan pengerusi.Draf ini ini hendaklah dikemukakan tidak lewat dari tiga
hari selepas tarikh mesyuarat diadakan.Selepas itu,minit mesyuarat yang telah diluluskan oleh pengerusi
hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli mesyuarat tidak lewat dari satu minggu selepas tarikh mesyuarat
diadakan.

You might also like