You are on page 1of 15

TANGGUNGJAWAB MAJLIS TERTINGGI

1. Menggubal dasar persatuan serta merancang stratergistratergi pelaksanaan dasar mengikut Perlembagaan Persatuan 2. Menyusun aktiviti-aktiviti persatuan dan mengawasi

serta menentukan bahawa perkara-perkara yang


dilakukan tidak bertentangan dengan perlembagaan persatuan

3. Sekiranya perkara-perkara yang berkenaan dengan

dasar dan pindaan Perlembagaan Majlis Tertinggi perlu


merujuk kepada Mesyuarat Agong Perwakilan untuk makluman dan kelulusan. 4. Mesyuarat hendaklah sekurang-kurangnya sekalli setahun dan notis makluman mesyuarat hendaklah dikeluarkan dalam tempoh 7 hari sebelum mesyuarat diadakan 5. NYDP dengan persetujuan YDP boleh memanggil ahliahlinya bermesyuarat sekiranya mustahak ( sekurangkurangnya 10 ahli)

6. Kuoram dianggap sah sekiranya dihadiri oleh daripada anggota majlis tertinggi 7. Majlis tertinggi boleh mengeluarkan arahan kepada Setiusaha Agung dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan hal ehwal persatuan 8. Majlis tertinggi boleh membentuk jawatankuasa-jawatankuasa kecil sekiranya perlu 9. Majlis tertinggi boleh memecat atau menggantung mana-mana anggota yang diputuskan oleh YDP atau Mesyuarat Agung Perwakilan sekiranya difikirkan betul demi kepentingan persatuan.

10. Keputusan Majlis Tertinggi mestilah dipatuhi oleh semua ahli persatuan kecuali sehingga ia dipinda oleh keputusan Mesyuarat Agung

Perwakilan

Fungsi ahli majlis tertinggi

Yang Dipertua
Menjadi pengerusi semua mesyuarat MT dan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tertinggi serta bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat tersebut. Mempunyai undi pemutus dan akan menandatangani minit setiap mesyuarat yang diluluskan

Akan bersama dengan Bendahari agung atau setiausaha agung diberi kuasa menandatangani cek-cek persatuan.

Timbalan Yang Dipertua

Menjalankan tugas Yang Dipertua pada masa ketiadaannya

Naib Yang Dipertua

Menjalankan tugas-tugas yang dipertua bagi aktiviti-aktiviti tertentu dari semasa ke semasa

Setiausaha Agung
Mengendalikan segala urusan Persatuan khasnya berkenaan dengan surat menyurat dan menyimpan semua buku, risalah, kertas dan minit mesyuarat
Menyimpan buku daftar ahlli dan pemegang-pemegang jawatan yang lengkap dan kemaskini

Menyediakan laporan tahunan untuk Mesyuarat Agung Perwakilan

Mengeluarkan notis-notis , memanggil mesyuaratmesyuarat dan mencatat minit-minit mesyuarat

Akan bersama-sama Yang Dipertua akan menandatangani semua cek bagi pihak Persatuan, semasa ketiadaan Bendahari Agung

Penolong Setiausaha

Membantu Setiausaha Agung dalam menjalankan kerjakerja da memangku jawatan itu semasa ketiadaannya

Bendahari Agung
Bertanggungjawab terhadap semua perkara kewangan persatuan Bertanggungjawab menyimpan akaun wang keluar masuk dan bertanggungjawab menyimpan semua rekod kewangan persatuan Bendahari agung bersama-sama Yang Dipertua diberi kuasa menandatangani semua cek bagi pihak persatuan

Bertanggungjawab menyediakan laporan akaun tahunan dan penyata kira-kira untuk diperiksa oleh pemeriksa kira-kira

Penolong Bendahari Agung

Akan membantu Bendahari Agung menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadannya

Ahli-ahli Majlis Tertinggi Biasa

Hendaklah menghadiri setiap mesyuarat persatuan serta merangcang strategistrategi pelaksanaan dasar mengikut Perlembagaan Persatuan

You might also like