You are on page 1of 2

KUIZ 4

Nama Dan No. Matriks : Khairul Azizam Bin Abd Maulud ( P103498 )

Subjek : Keselamatan Negara Di Era Globalisasi (SKGP5054) / Nama Pensyarah : Dr. Azmi Bin Aziz

Soalan 1

Keselamatan didefinisi semata-mata kepada pengertian ketenteraan dan keutamaan diberikaan


kepada isu-isu seperti berikut :-

a) “High Politics” - kerajaan gagal memberi perhatian kepada masalah


b) “Low Politics” - ekonomi, penderitaan manusia, kemiskinan & kegagalan mengatasi
masalah kemerosotan alam sekitar contohnya.

Soalan 2

Ancaman Keselamatan Bukan Tradisional dalam tahun 1980an, satu perluasan konsep
keselamatan meliputi pelbagai sektor dan berasaskan kepada beberapa kajian yang telah
diterbitkan sebelum ini.

Soalan 3

Konsep keselamatan telah mendapat banyak kritikan berikutan ianya dibentuk menurut konteks
tertentu dan pendekatan tradisional. Ianya ada kaitan dengan berakhirnya dengan Perang Dingin
antara Amerika Syarikat dan Rusia.

Soalan 4

Menurut Barry Buzan, Konsep Keselamatan merujuk kepada sektor-sektor seperti berikut :-

a) Ketenteraan;
b) Politikal;
c) Kemasyarakatan (Societal); dan
d) Alam sekitar (Enviromental).
KUIZ 4

Nama Dan No. Matriks : Khairul Azizam Bin Abd Maulud ( P103498 )

Subjek : Keselamatan Negara Di Era Globalisasi (SKGP5054) / Nama Pensyarah : Dr. Azmi Bin Aziz

Soalan 5

Menurut Buzan, Keselamatan Ekonomi mempunyai hubungkait bersifat tradisional antara


ekonomi dan keselamatan berikutan terdapatnya dimensi ekonomi yang boeh menjamin kejayaan
dalam memelihara keselamatan politik.

Soalan 6

Keselamatan Alam Sekitar amat penting sepertimana sektor ekonomi kerana ianya turut
tergolong dalam agenda keselamatan yang luas. Selain itu, turut terdapat kepercayaan bahawa
berpendapat alam sekitar dijadikan isu keselamatan penting kerana ianya merupakan langkah
bagi kelangsungan hidup manusia sejagat.

Soalan 7

Menurut Buzan, keselamatan alam sekitar didefinisikan sebagai pemeliharaan biosfera planet
dunia (planetary biosphere) sebagai sistem sokongan penting di mana kesemua perusahaan
ciptaan manusia mempunyai kebergantungan dengannya.

Soalan 8

Berikutan pada penghujung era perang dingin terdapat banyak konflik etnik yang berlaku dalam
banyak negara. Justeru itu, masayarakat global memberikan perhatian ke atas berlakunya
pencabulan hak asasi manusia dan pembunuhan beramai-ramai. Perkara ini telah membuatkan
fokus isu keselamatan daripada ketenteraan, negara dan perebutan kuasa dialihkan kepada isu
keselamatan berbentuk kemanusiaan.

You might also like