You are on page 1of 3

LATIHAN 1 -SYARIKAT

1. Syarikat ABC mempunyai baki dalam buku seperti yang berikut:-


Modal Syer Ekuiti RM 2 500 000
Pendapatan Tertahan RM 1 500 000

Urisniaga yang berikut telah berlaku dalam tahun 2014:-


Tarikh Urusniaga
4 Jan Menerbit 2 250 000 unit Syer Keutamaan 10% pada harga RM 1.00
sesyer.
17 Mei Membuat terbitan hak pada kadar 1:2 Syer Ekuiti yang dipegang pada
harga RM 1.10 sesyer. Semua syer telah dilanggan.
2 Julai Menebus Bon berjumlah RM 150 000 dengan menerbit 250 000 unit
Syer Ekuiti pada harga RM 1.05 sesyer.
31 Dis Memperoleh UB sebanyak RM 900 000. Lembaga pengarah
mengisytiharkan dividen kepada pemegang Syer Keutamaan untuk
tahun semasa pada 31 Dis 2014. Dividen sebanyak 5% sesyer juga
diisytihar untuk semua Syer Ekuiti.

DIKEHENDAKI;- Sediakan catatan jurnal untuk merekod urusniaga di atas.

2. (a) Jelaskan perkara yang berikut:-


- Syer keutamaan boleh tebus
- Syer keutamaan boleh tukar
- 2 fungsi rizab modal
- 2 fungsi rizab hasil

(b ) Bahagian ekuiti Penyata Kewangan Syarikat Istana Bhd. bagi tahun berakhir
31 Ogos 2021 adalah seperti yang berikut:-

Modal Diterbitkan dan Berbayar Penuh


3 500 unit Syer RM 105 000
800 000 unit Syer Ekuiti RM1 600 000
Pendapatan Tertahan RM1755 500
Urusniaga yang berlaku sepanjang tempoh perakaunan yang berakhir 31 Ogos 2021
adalah seperti yang berikut :-

Tarikh Urusniaga
1 Jan Menerbit 150 000 unit Syer Ekuiti pada harga RM 5 sesyer. Semua terbitan
telah dilanggan penuh.
28 Feb Mengisytihar dividen interim kepada pemegang Syer Keutamaan .
pemegang Syer Ekuiti menerima dividen RM 0.03 sesyer.
1 Mac Merekod pembayaran dividen.
3 Mac Menerbit 5 000 unit Syer Keutamaan pada harga terbitan RM 30 sesyer.
1 Julai Mengisytiharkan dan menerbit Syer Bonus pada kadar 4 :1.dengan harga
terbitan RM 5 sesyer.
31 Julai Terbitan Hak pada kadar 10:1 dengan harga RM 2.50 sesyer.

DIKEHENDAKI ;-
( i ) sediakan catatan jurnal bagi merekod urusniaga di atas.
( ii ) Penyata Kedudukan Kewangan (bahagian ekuiti sahaja) pada 31 Ogos 2021.

3. Petikan Penyata Kedudukan Kewangan Syarikat Puteri Bhd pada 31 Dis 2017 adalah
seperti yang berikut:-

Modal Diterbitkan dan Berbayar Penuh


15 000 unit Syer Keutamaan Kumalatif 6% RM 525 000
250 000 unit Syer Ekuiti RM 2 500 000
Pendapatan Tertahan RM 3 470 000
Jumlah ekuiti RM 6 495 000

Urusniaga yang melibatkan modal syer di sepanjang tahun 2018 adalah seperti yang
berikut:-

Tarikh Urusniaga
12 Jan Menerbit 5 000 unit Syer Keutamaan Kumalatif 6 % untuk
mendapatkan Tanah yang mempunyai nilai pasaran RM 250 000.
1 Mac Menerbitkan 65 000 unit Syer Ekuiti pada harga RM 13.00 sesyer
secara tunai.
30 Jun Mengisytiharkan Terbitan Hak pada kadar 10:1 kepada pemagang
Syer Ekuiti sedia ada pada harga RM 12.00 sesyer.
1 Sept Pemegang Syer Ekuiti melaksanakan Terbitan Hak.
1 Okt Menerbitkan 4 500 unit Syer Keutamaan Kumalatif 6 % pada harga
45.00 sesyer secara tunai.
31 Dis Mengisytiharkan dividen tunai kepada semua pemegang syer syarikat
berjumlah RM 180 000. Rekod syarikat menunjukkan syarikat itu
tidak membayar sebarang dividen tunai kepada pemegang syer untuk
tempoh perniagaan yang berlaku pada 31 Dis 2017.
31 Dis Mengisytiharkan 5% dividen syer untuk Syer Ekuiti yang dipegang
berdasarkan rekod pada 1 Dis 2018. Dividen syer akan diagihkan
pada 31 Jan 2019.

Pendapatan bersih syarikat bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2018 ialah RM
350 000.

DIKEHENDAKI ;-

( i ) Sediakan catatan jurnal bagi merekod urusniaga di atas.

(ii ) Hitung pengagihan dividen tunai kepada pemegang syer keutamaan dan
pemegang syer ekuiti .

(iii) Nyatakan perbezaan antara dividen Syer ekuiti dengan dividen syer keutamaan.

You might also like