You are on page 1of 4

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

PROGRAM IJAZAH SARJANAMUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN

EPPA3113 ISU TERPILIH DALAM PERAKAUNAN DAN PELAPORAN KEWANGAN

TUTORIAL 1 : PERAKAUNAN UNTUK PENGATURAN BERSAMA


SEMESTER I SESI 2019/2020

SOALAN 1:

ABC memperolehi 75% kepentingan dalam modal ekuiti OPQ. Untung tertahan OPQ pada tarikh
perolehan ialah RM2,000,000.

Pada 1/1/2018, ABC dan DEF membentuk pengaturan bersama, XYZ Sdn. Bhd. ABC dan DEF masing-
masing memegang 50% kepentingan ekuiti dalam XYZ dan perjanjian menyatakan bahawa kedua-dua
pengusaha mempunyai kawalan bersama ke atas aktiviti relevan XYZ.

Penyata kewangan bagi ketiga-tiga syarikat untuk tahun kewangan berakhir 31/12/2018 ialah:

PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF


UNTUK TAHUN BERAKHIR 31/12/2018
ABC OPQ XYZ
(RM‘000) (RM‘000) (RM‘000)
Jualan 20,000 10,000 20,000
Kos jualan (14,000) (6,000) (12,000)
Untung sebelum cukai 6,000 4,000 8,000
Cukai korporat (1,800) (1,200) (2,400)
Untung selepas cukai 4,200 2,800 5,600
Untung tertahan awal 12,800 6,200
Untung tertahan akhir 17,000 9,000 5,600

PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN


PADA 31/12/2018
ABC OPQ XYZ
(RM‘000) (RM‘000) (RM‘000)
Syer ekuiti RM1 sesyer 20,000 10,000 10,000
Untung tertahan 17,000 9,000 5,600
Pinjaman daripada ABC 4,000
37,000 19,000 19,600

1
Pelaburan dalam OPQ 10,000
Pelaburan dalam XYZ 5,000
Pinjaman kepada XYZ 4,000
Aset bersih 18,000 19,000 19,600
37,000 19,000 19,600

Maklumat Tambahan:

i) Sepanjang tahun berakhir 31 Disember 2018, ABC telah menjual barangniaga kepada XYZ
berjumlah RM4,000,000. Walau bagaimanapun, sejumlah RM1,000,000 berada dalam inventori
akhir XYZ pada tarikh penyediaan penyata kewangan. Margin untung ialah 40% dari harga
jualan. Abaikan kesan cukai.
ii) Pinjaman kepada XYZ dibuat pada 31 Disember 2018.

Dikehendaki :

1. Tentukan bentuk pengaturan bersama XYZ dan pengolahan perakaunan yang perlu dilakukan dalam
penyediaan penyata kewangan disatukan bagi Kumpulan ABC jika kontrak menyatakan bahawa:
a) ABC dan DEF mempunyai hak ke atas aset dan tanggungan ke atas liabiliti XYZ. Andaikan
peratusan kepentingan kedua-dua syarikat ke atas aset, liabiliti, hasil dan belanja ialah 50%
masing-masing.
b) ABC dan DEF mempunyai hak ke atas aset bersih XYZ.

2. Berdasarkan jawapan dalam 1 (a) dan 1 (b) di atas, sediakan penyata kewangan Kumpulan ABC
untuk tahun kewangan berakhir 31/12/2018.

SOALAN 2:

Berikut merupakan ringkasan penyata pendapatan Rustik Bhd., Merbau Sdn. Bhd. dan Gambir Sdn. Bhd.
untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018:

Penyata Pendapatan
Untuk Tahun Berakhir 31 Disember 2018
Rustik Merbau Gambir
RM (‘000) RM (‘000) RM (‘000)
Jualan 100,000 72,000 40,000
Kos jualan dan belanja operasi (57,050) (46,800) (23,950)
Untung kasar 42,950 25,200 16,050
Caj kewangan (3,000) (1,200) (50)
Hasil dividen 9,067 - -
Hasil faedah 50 - -
Keuntungan sebelum cukai 49,067 24,000 16,000
Cukai korporat (13,067) (6,480) (4,320)
Keuntungan selepas cukai 36,000 17,520 11,680

Kepentingan dalam Merbau


Rustik telah memperolehi 60% kepentingan dalam ekuiti Merbau pada 1 Januari 2016. Pada tarikh
tersebut, perolehan tertahan Merbau berjumlah RM16,000,000. Modal berbayar terdiri dari 50,000,000

2
unit saham biasa bernilai RM1.00 sesaham. Modal berbayar Merbau tidak mengalami sebarang
perubahan sejak tahun 2016.

Kepentingan dalam Gambir


Pada 1 Januari 2018, Rustik dan Sendayu telah memeterai satu pengaturan bersama menerusi penubuhan
entiti Gambir Sdn. Bhd. Modal berbayar Gambir berjumlah RM20,000,000 yang terdiri dari saham biasa
bernilai RM1.00 sesaham. Rustik dan Sendayu masing-masing memegang 50% kepentingan dalam ekuiti
Gambir dan perjanjian menyatakan bahawa kedua-dua pelabur mempunyai kawalan bersama ke atas
Gambir serta keputusan berkaitan dengan aktiviti relevan Gambir perlulah mendapat persetujuan kedua-
dua pelabur tersebut. Kontrak pengaturan menetapkan bahawa Rustik dan Sendayu mempunyai hak ke
atas aset bersih Gambir

Aset pada 31 Disember 2018:


Rustik Merbau Gambir
RM (‘000) RM (‘000) RM (‘000)
Hartanah, loji dan peralatan (bersih) 120,000 70,000 31,600
Pelaburan dalam Merbau (kos) 40,000 - -
Pelaburan dalam Gambir (kos) 10,000 - -
Aset semasa 132,000* 81,000 32,080
*remasuk pinjaman kepada Gambir

Liabiliti pada 31 Disember 2018:


Rustik Merbau Gambir
RM (‘000) RM (‘000) RM (‘000)
Liabiliti semasa 62,000 40,000 20,000*
Pinjaman jangka panjang 60,000 20,000 16,000
*termasuk pinjaman daripada Rustik

Maklumat tambahan:

1. Dalam tahun 2018, Rustik telah membeli barangniaga bernilai RM2,000,000 daripada Gambir. Pada
akhir tahun 2018, 25% daripada jumlah barangniaga yang dibeli masih belum terjual. Margin
keuntungan ialah 40% dari harga jualan. Abaikan kesan cukai.

2. Pada penghujung tahun 2018, Rustik telah memindahkan sebuah mesin yang berkos RM7,000,000
kepada Gambir pada harga RM8,000,000. Kumpulan menggunakan kaedah garis lurus untuk
menyusutnilaikan semua asetnya. Kadar susutnilai yang ditetapkan bagi mesin ialah 20% setahun.
Belanja susutnilai bagi tahun 2018 untuk mesin yang dipindahkan masih belum direkodkan. Abaikan
kesan cukai.

3. Pada 1 Oktober 2018, Rustik telah memberikan pinjaman berjumlah RM2,000,000 kepada Gambir.
Amaun pinjaman ini yang dikenakan faedah pada kadar 10% setahun dijangka akan dibayar balik
dalam tempoh 12 bulan. Rustik telah mengiktiraf faedah terakru untuk tahun 2018.

4. Perolehan tertahan

Rustik Merbau Gambir


3
RM (‘000) RM (‘000) RM (‘000)
Perolehan tertahan awal 60,000 31,480 -
Dividen dicadang 16,000 8,000 4,000
Perolehan tertahan akhir 80,000 41,000 7,680

5. Hasil dividen merupakan dividen belum terima dari Merbau dan Gambir.

6. Kadar cukai syarikat ialah 25%.

Dikehendaki:

a) Jelaskan kaedah yang perlu digunakan oleh Rustik bagi mengakaun kepentingannya dalam Gambir.
Nyatakan pertimbangan yang perlu dilakukan sebelum menentukan kaedah mengakaunkan pelaburan
tersebut dengan merujuk kepada piawaian perakaunan yang berkenaan.

b) Berdasarkan jawapan dalam (a) di atas, sediakan:

i) Jurnal pelarasan yang diperlukan bagi menyediakan penyata kewangan disatukan.

ii) Penyata Untung atau Rugi Disatukan bagi tahun berakhir 31 Disember 2018 dan Penyata
Kedudukan Kewangan Disatukan pada 31 Disember 2018.

You might also like