You are on page 1of 9

SULIT 3756 /1

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2022

PRINSIP PERAKAUNAN
3756/1
Kertas 1
November

1 Jam 15 Minit Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap

soalan, pilih satu jawapan sahaja.

4. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian

hitamkan jawapan yang baharu

_____________________________________________________________________________________
Kertas peperiksaan ini mengandungi 9 halaman bercetak

3756/1 © PP K1 Percubaan SPM - PPSMS - PPDS SULIT


SULIT 2 3756/1
1. Badan penggubal piawaian perakaunan di Malaysia ialah
A Malaysian Accounting Standards Board (MASB)
B Malaysian Institute of Accountants (MIA)
C Chartered Institute of Management Accountants (CIMA)
D Certified Practising Accountant (CPA)

2. Pernyataan di bawah berkaitan subbidang perakaunan.


Kerja-kerja pemeriksaan dokumen perniagaan dan rekod kewangan dilakukan
untuk mengesahkan rekod perakaunan adalah betul dan tepat.
Apakah subbidang tersebut?
A Percukaian
B Pengauditan
C Perakaunan Kewangan
D Perakaunan Pengurusan

3. Maklumat berikut menunjukkan ciri sebuah milikan perniagaan.


 Ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
 Liabiliti tidak terhad
Perniagaan manakah yang menepati ciri-ciri di atas?
A Iqraq Media Berhad
B Salon Kecantikan Mimi
C Syarikat Bersama Sdn. Bhd.
D Klinik Pergigian Lovely dan Shahirah

4. Nilai manakah yang menepati persamaan perakaunan?


Liabiliti Aset Modal
RM RM RM
A 2 000 8 000 10 000
B 11 000 5 000 6 000
C 4 000 12 000 16 000
D 4 000 16 000 12 000

5. Pada akhir tempoh perakaunan, buku perniagaan Hamizan Mini Market mempunyai baki seperti
berikut:
RM
Aset 50 000
Liabiliti 19 350
Berapakah modal awal jika perniagaan Hamizan Mini Market mengalami kerugian sebanyak
RM6 630?
A RM24 020
B RM30 650
C RM37 280
D RM62 720

6. Pilih padanan yang betul.


Akaun Jenis Akaun Baki
A Faedah Atas Pinjaman Aset Debit
B Komisen Belanja Kredit
C Belum Bayar Liabiliti Debit
D Faedah Atas Simpanan Tetap Hasil Kredit

3756/1 SULIT
SULIT 3 3756/1
7. Dokumen manakah merupakan sumber untuk merekodkan Jurnal Belian?
A Invois Salinan
B Invois Asal
C Nota Kredit
D Resit Rasmi

8. Kedai Alatan Elektrik Asmimi telah membeli barang berikut secara kredit pada 15 April 2021.
RM
30 unit kipas siling berharga RM120 seunit 50 unit 3 600
cerek berharga RM60 seunit 3 000
Jumlah 6 600
Diskaun niaga: 20%
Diskaun tunai: 10% 15 hari
Berapakah jumlah yang perlu dijelaskan oleh Kedai Alatan Elektrik Asmimi jika
pembayaran dibuat pada 25 April 2021?
A RM4 620
B RM4 752
C RM5 280
D RM5 940

9. Pilih padanan yang betul bagi dokumen dan urus niaganya.


Dokumen Urus Niaga
A Invois Belian secara kredit
B Bil tunai Penerimaan diskaun tunai
C Keratan cek Bukti penerimaan wang
D Nota debit Pulangan barang niaga

10. Urus niaga manakah yang direkod dalam Buku Tunai Runcit?
I. Bayar gaji pekerja
II. Upah mencuci pejabat
III. Sampul surat
IV. Belian alat pejabat
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

11. Urus niaga berikut berlaku dalam Shahira Enterprise.


Membeli barang niaga RM500 daripada Pembekal Sharifa
Apakah catatan bergu untuk urus niaga di atas?
Debit Kredit
A Shahira Enterprise Pembekal Sharifa
B Pembekal Sharifa Shahira Enterprise
C Belian Pembekal Sharifa
D Pembekal Sharifa Belian

3756/1 SULIT
SULIT 4 3756/1
12. Kedai Buku Fatihah mengambil inventori bukunya dan diserahkan kepada Tadika 5 Alpha untuk
promosi jualan.
Apakah catatan bergu yang terlibat bagi urus niaga tersebut?
Debit Kredit
A Ambilan Belian
B Promosi Belian
C Promosi Tadika 5 Alpha
D Ambilan Tadika 5 Alpha

13. Apakah tujuan utama diskaun tunai diberikan kepada pelanggan?


A Menggalakkan pembayaran hutang dengan segera.
B Mendorong pelanggan membeli dalam kuantiti yang banyak
C Mengelakkan pelanggan membuat pembelian secara kredit.
D Menyediakan kemudahan pembayaran hutang yang fleksibel.

14. Berikut ialah petikan kad inventori bagi seluar Panjang.


Masuk Keluar Baki
No.
Bil Tarikh Dokumen Kuantiti Harga Amaun Kuantiti Harga Amaun Kuantiti Harga Amaun
Dok
RM RM RM RM RM RM
Jan.1 80 20
1 8 Invois IN3 20
2 10 Nota NK6 20 X
Kredit
Berapakah X?
A RM1 200
B RM1 400
C RM1 600
D RM2 000

15. Maklumat berikut diperoleh daripada sebuah perniagaan.


RM
Untung kasar 6 000
Sewa dibayar 1 000
Inventori akhir 800
Kadar bayaran 600
Komisen diterima 300
Berapakah untung bersih?
A RM3 600
B RM3 900
C RM4 100
D RM4 700

16. Apakah butiran yang akan menyebabkan penambahan kos belian?


I. Angkutan masuk
II. Angkutan keluar
III. Duti atas belian
IV. Insurans
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

3756/1 SULIT
SULIT 5 3756/1
17. Maklumat berikut adalah kesan urus niaga terhadap Penyata Kedudukan Kewangan Perniagaan
Hamizan pada 30 Jun 2021
 Inventori berkurang RM5 000
 Akaun Belum Terima bertambah RM5 500
 Modal bertambah RM500
Urus niaga manakah yang menerangkan kesan berkenaan?
A Belian barang niaga secara tunai daripada pembekal Azam RM5 500
B Belian barang niaga RM5 000 secara kredit daripada Pembekal Ammar
C Jualan barang niaga berkos RM5 000 secara kredit kepada Amin pada harga RM5 500
D Jualan barang niaga berkos RM5 000 secara tunai kepada Amir pada harga RM5 500

18. Situasi berikut berlaku dalam Akaun Untung Rugi.


Belanja > Hasil
Kesan situasi tersebut akan menyebabkan perniagaan memperoleh
A rugi kasar C untung kasar
B rugi bersih D untung bersih

19. Petikan Penyata Kedudukan Kewangan berikut diperoleh daripada Aliya Enterprise.
Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2021
RM
Aset Semasa:
Gaji prabayar 750
Kadar bayaran belum bayar 250
Tolak Liabiliti Semasa:
Sewa belum bayar 350
Faedah diterima belum terperoleh 550

Butir manakah yang telah tersalah catat?


A Gaji prabayar
B Faedah diterima belum terperoleh
C Kadar bayaran belum bayar
D Sewa belum bayar

20. Kesilapan manakah yang tidak ketara dalam Imbangan Duga?


A Bayaran gaji RM600 secara tunai hanya direkodkan dalam Buku Tunai
B Diskaun diberi RM70 telah direkodkan dalam Akaun Diskaun Diterima
C Jualan secara kredit RM255 telah direkodkan dengan RM225 dalam Akaun Jualan
D Belian alatan pejabat RM500 dengan cek telah direkodkan dalam Akaun Belian

21. Pernyataan manakah yang menerangkan tentang tujuan analisis penyata kewangan?
A Membantu pihak pengurusan menilai prestasi perniagaan
B Membantu pihak bank membuat keputusan tentang pelaburan
C Membantu pihak pelabur membuat keputusan yang berkaitan dengan kemudahan
pembiayaan
D Membantu pihak pengurusan membuat belanjawan syarikat

22. Pernyataan manakah yang menerangkan maksud kadar pusing ganti inventori?
A Penjualan inventori dan perbelanjaan perniagaan
B Berapa kali inventori dinilai dalam satu tempoh perakaunan
C Berapa kali inventori digantikan dalam satu tempoh perakaunan
D Pusing ganti inventori yang tinggi dapat mengurangkan kos penyimpanan
3756/1 SULIT
SULIT 6 3756/1
23. Maklumat yang berikut diambil daripada buku Kedai Alatan Sukan Haziqah.
RM
Inventori pada 1 Julai 20X5 8 200
Inventori pada 30 Jun 20X6 7 800
Angkutan masuk 1 200
Pulangan belian 2 400
Jualan 88 000
Belian 67 680
Hitungkan margin untung kasar perniagaan tersebut
A 20% C 24%
B 23% D 32%

24. Maklumat yang berikut berkaitan dengan tokokan dua buah perniagaan.
Kedai Marsha Kedai Shaqerah
Tokokan
30% 50%
Apakah tafsiran yang betul bagi menggambarkan kedua-dua kedai tersebut?
A Kedai Marsha memperoleh kadar keberuntungan kasar lebih tinggi
B Harga jualan Kedai Shaqerah lebih tinggi berbanding Kedai Marsha
C Kedua-dua kedai mampu untuk meneruskan operasi perniagaan
D Pengurusan inventori Shaqerah lebih cekap berbanding Kedai Marsha

25. Maklumat yang berikut diambil daripada buku Firma Yusrina


RM
Akaun belum terima 25 000
Belian tunai 26 500
Belian kredit 92 000
Jualan kredit 34 200
Akaun belum bayar 20 500
Hitung tempoh pembayaran hutang Firma Yusrina.
A 63 hari C 120 hari
B 81 hari D 267 hari

26. Situasi rekod tak lengkap yang manakah boleh berlaku dalam sesebuah perniagaan?
A Tiada kawalan tunai dalam perniagaan
B Buku-buku akaun telah tercicir atau musnah
C Jumlah imbangan duga tidak dihitung dengan tepat
D Peniaga tidak merancang perbelanjaan dengan baik

27. Maklumat berikut diperoleh daripada buku Kedai Nadia, sebuah perniagaan yang tidak menyimpan rekod
yang lengkap.
Penyata Mengira Modal pada 1 Januari 2021
RM
P 45 500
Tolak Q 15 500
30 000
Apakah P dan Q?
A Hasil dan Belanja C Modal Akhir dan Modal Awal
B Aset dan Liabiliti D Aset Semasa dan Liabiliti Semasa

3756/1 SULIT
SULIT 7 3756/1
28. Maklumat berikut diambil daripada buku perniagaan kepunyaan Puan Muzahfina yang menyimpan
rekod tidak lengkap.
RM
Modal akhir 7 000
Ambilan 6 800
Modal awal 11 000
Modal tambahan 800
Berapakah keuntungan atau kerugian perniagaan tersebut?
A Untung bersih RM2 000
B Untung bersih RM12 000
C Rugi bersih RM2 000
D Rugi bersih RM12 000

29. Item manakah yang menambahkan nilai ekuiti pemilik?


A Belanja C Rugi bersih
B Ambilan D Modal tambahan

30. Apakah tujuan Penyata Penyesuaian Bank disediakan?


A Merekodkan baki Buku Tunai dan baki Penyata Bank
B Menyelaras baki Buku Tunai dan baki Penyata Bank
C Mengawal penerimaan dan pembayaran wang dengan cek
D Menentukan keupayaan bank mengawal aliran keluar masuk wang

31. Apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan?


A Satu sistem yang mengandungi prosedur untuk mengawal penerimaan dan pembayaran tunai
B Satu penyata yang digunakan untuk merekod urus niaga penerimaan dan pembayaran tunai
C Satu penyata yang disediakan untuk memastikan tunai perniagaan sentiasa mencukupi
D Satu anggaran penerimaan dan pembayaran tunai dalam sesuatu tempoh tertentu

32. Encik Shah bercadang memulakan projek ternakan ikan pada Januari 2021. Maklumat berikut diperoleh
daripada belanjawan tunai beliau.
RM
Modal:
Tunai di bank 50 000
Peralatan 20 000
Penerimaan 175 000
Pembayaran 83 000
Berapakah baki akhir bulan Januari 2021?
A RM92 000 C RM142 000
B RM12 200 D RM162 000

33. Akaun apakah yang disediakan untuk menunjukkan pembahagian untung atau rugi bagi setiap
pekongsi?
A Akaun Modal
B Akaun Semasa
C Akaun Untung Rugi
D Akaun Pengasingan Untung Rugi

3756/1 SULIT
SULIT 8 3756/1
34. Antara berikut, akaun yang manakah tidak akan dipindahkan ke Akaun Realisasi?
A Akaun Bank C Akaun kenderaan
B Akaun Inventori D Akaun Belum Terima

35. Berikut ialah catatan jurnal untuk merekod pembubaran perkongsian.


Jurnal Am
Tarikh Butir Debit Kredit
2017
Mei 31 Akaun Realisasi RM 1 200
Akaun Bank RM 1 200
( X )
Apakah X?
A Membayar kos pembubaran
B Membayar pinjaman perkongsian
C Menjelaskan hutang kepada Akaun Belum Bayar
D Menerima pembayaran daripada Akaun Belum Terima

36. Apakah bentuk keuntungan syarikat berhad yang akan diagihkan kepada pemegang syernya?
A Bonus C Komisen
B Faedah D Dividen

37. Apakah istilah yang digunakan untuk mewakili ekuiti pemilik bagi sebuah kelab dan persatuan?
A Lebihan
B Modal awal
C Modal akhir
D Dana terkumpul

38. Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Izat pada 31 Mei 2021.
RM
Sewa kilang 3 000
Gaji penyelia kilang 1 500
Kos berubah seunit 150
Harga jualan seunit 250
Berapakah titik pulang modal dalam unit bagi perniagaan berkenaan?
A 45 C 20
B 30 D 18

39. Pernyataan yang manakah menerangkan kos berubah?


A Belanja yang berkadar terus dengan perubahan volum pengeluaran
B Belanja yang berkadar songsang dengan perubahan volum pengeluaran
C Belanja yang tetap dan berubah mengikut perubahan volum pengeluaran
D Belanja yang tidak dipengaruhi oleh perubahan volum pengeluaran

3756/1 SULIT
SULIT 9 3756/1
40. Maklumat berikut diperoleh daripada buku perniagaan Kilang Roti Enak.

Penyata Kos Pengeluaran


bagi tahun berakhir 31 Mac 2021
RM
Kos V 20 000
Kos W 5 000
Kos Prima 25 000

Apakah Kos V dan Kos W?


Kos V Kos W
A Bahan mentah Overhed
B Buruh langsung Overhed
C Bahan mentah Buruh langsung
D Overhed Belanja langsung

Soalan tamat

3756/1 SULIT

You might also like