You are on page 1of 10

Bahagian A

Jawab semua soalan.

1. Antara yang berikut, yang manakah tujuan analisis Penyata Kewangan?


I Mengawal aktiviti perniagaan
II Merancang aktiviti perniagaan
III Menyediakan laporan kewangan
IV Mengetahui prestasi kewangan Akaun Belum Terima
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

2. Puan Belinda Lee memaklumkan firmanya akan memperoleh untung kasar sebanyak
40 sen bagi setiap RM1 jualan.
Apakah analisis nisbah yang digunakan oleh Puan Belinda Lee?
A Margin
B Tokokan
C Nisbah semasa
D Pulangan atas modal

3. Petikan Akaun Perdagangan berikut diambil daripada buku Perniagaan Naga Ria bagi
tahun berakhir 30 September 20X8.
RM RM
Jualan bersih 137 520
Tolak : Kos jualan
Inventori awal 18 250
Belian bersih 122 680
140 930
Tolak : Inventori akhir (26 330)
Kos jualan (114 600)
Untung kasar 22 920

Berapakah peratus untung kasar atas kos jualan?


A 16.67% C 18.69%
B 16.26% D 20%

4. Maklumat berikut diperoleh daripada Kedai Emas How Yuan.

RM
Inventori pada 1 Januari 20X8 7 124
Inventori pada 31 Disember 20X8 7 976
Kos Jualan 60 400
Untung kasar 20% atas perolehan

Berapakah untung kasar bagi tahun 20X8?


A RM12 080 C RM15 100
B RM12 932 D RM15 952

5. Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Alley


Tokokan 25%
Margin Untung Kasar 10%
2/11
Apakah tafsiran daripada maklumat tersebut?
A Setiap RM1 kos jualan, untung kasar ialah 25 sen
B Setiap RM1 kos jualan, untung kasar ialah 10 sen
C Setiap RM1 untung kasar, untung bersih ialah 25 sen
D Setiap RM1 untung kasar, untung bersih ialah 10 sen

6. Nisbah semasa Syarikat Milan ialah 1 : 2.


Apakah tindakan yang perlu diambil Syarikat Milan untuk memperbaiki tahap kecairan
tersebut?
I Menambahkan lagi inventori perniagaan
II Memanjangkan tempoh jualan kredit
III Menjual sebahagian Aset Bukan Semasa
IV Menggadaikan Aset Bukan Semasa kepada bank
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

7. Rajah berikut digunakan untuk mengukur kecairan sesuatu perniagaan.

Modal Kerja = P – Q

Ukuran Kecairan

Modal Kerja = P
Q

Apakah P dan Q?
P Q
A Aset Liabiliti
B Aset Semasa Liabiliti Semasa
C Aset Semasa Aset Bukan Semasa
D Aset Bukan Semasa Liabiliti Bukan Semasa

8. Jadual berikut diperoleh daripada Syarikat Dave dan Syarikat Ross yang
mengusahakan industri batik.

Syarikat Dave Syarikat Ross


Kadar pusing ganti stok
3 kali 4 kali

3/11
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang pengurusan inventori kedua-dua
syarikat tersebut?
I Jualan Syarikat Ross kurang laris berbanding dengan Syarikat Dave
II Syarikat Ross menanggung kos penyimpanan inventori yang lebih tinggi
berbanding Syarikat Dave
III Pengurusan inventori Syarikat Ross lebih efisien daripada Syarikat Dave
IV Syarikat Dave menukar inventori setiap 4 bulan sekali manakala Syarikat Ross
menukar inventori setiap 3 bulan sekali
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

9. Data berikut diperoleh daripada buku akaun Syarikat Zack bagi tahun berakhir 31
Disember 20X8.
RM
Inventori awal 18 750
Kos jualan 181 440
Kadar pusing ganti stok 8 kali

Berapakah nilai inventori akhir Syarikat Zack?


A RM3 930 C RM22 680
B RM22 680 D RM26 610

10. Apakah dokumen yang perlu dirujuk oleh pekongsi sekiranya tiada sebarang perjanjian
dibuat semasa menubuhkan perniagaan mereka?
A Ikatan Perkongsian
B Perjanjian Perkongsian
C Akta Perkongsian 1961
D Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

11. Pernyataan manakah yang menunjukkan ciri-ciri sebuah perniagaan perkongsian?


I Cukai dikenakan ke atas pendapatan perseorangan
II Keuntungan mesti diagihkan mengikut nisbah modal
III Liabiliti terhad kepada jumlah modal yang dilaburkan
IV Bilangan ahli maksimum 50 orang bagi perkhidmatan professional
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

12. Maklumat berikut diperoleh daripada Perkongsian Mona dan Moni.

Modal Mona pada 1 Januari 20X8 ialah RM30 000. Pada 1


Julai 20X8, Mona membawa masuk modal tambahan
sebanyak RM6 000. Faedah atas modal adalah 5% setahun.
Tahun kewangan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.

4/11
Berapakah faedah atas modal Mona?
A RM300 C RM1 650
B RM1 500 D RM1 800

13. Tan, Tahir dan Theeru adalah pekongsi dalam sebuah perniagaan perkongsian.
Berikut merupakan Perjanjian Perkongsian:-
 Faedah atas modal sebanyak 10% setahun dikenakan.
 Tan akan dibayar gaji RM500 sebulan.
Berapakah jumlah gaji yang akan dikreditkan ke Akaun Semasa Tan jika gaji sebanyak
RM4 200 telah dibayar kepadanya sepanjang tempoh perakaunan?
A RM500 C RM4 200
B RM1 800 D RM6 000

14. Maklumat yang berikut diperoleh daripada Akaun Semasa Zamir, salah seorang
pekongsi Perniagaan Perkongsian ZMR.
RM
Baki pada 1 Januari 20X8 2 080
Ambilan 4 800
Faedah atas ambilan 240
Faedah atas modal 3 360
Kongsi untung 9 600

Berapakah baki akhir akaun tersebut?


A RM14 800 C RM6 320
B RM10 000 D RM5 840

15. Apabila modal pekongsi direkodkan dengan kaedah modal tetap, apakah catatan bagi
kongsi untung pekongsi?
A Dikreditkan ke Akaun Modal
B Dikreditkan ke Akaun Semasa
C Didebitkan ke Akaun Semasa
D Didebitkan ke Akaun Modal

Bahagian B

1. Imbangan Duga berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Jane pada 31 Disember
2017.
Debit (RM) Kredit (RM)
Modal pada 1 Januari 2017 28 106
Belian dan Jualan 59 894 178 237
Pulangan 1 547 985
Gaji 45 482
5/11
Belanja Am 36 500
Insurans 854
Sewa 2 600
Kadar bayaran 1 654
Promosi 2 460
Belanja kenderaan 1 249
Hutang lapuk 384
Diskaun 244 132
Ambilan 6 000
Tunai 500
Bank 2 462
Akaun Belum Terima dan Akaun Belum Bayar 27 584 21 540
Inventori pada 1 Januari 2017 29 500
Lengkapan (Kos) 9 500
Susut nilai terkumpul lengkapan 3 400
Kenderaan 15 400
Susut nilai terkumpul kenderaan 5 240
Peruntukan hutang ragu 1 250
241 352 241 352
Maklumat Tambahan:
i. Inventori pada 31 Disember 2017 dinilai RM34 500 pada harga kos dan RM97 650
pada harga pasaran.
ii. Sewa dibayar setiap suku tahun. Sewa dibayar termasuk RM600 bagi suku tahun
berakhir 31 Januari 2018.
iii. Kadar bayaran belum bayar RM340.
iv. Hutang sebanyak RM664 dihapuskan sebagai hutang lapuk.
v. Peruntukan hutang ragu diselaraskan 5% atas baki penghutang.
vi. Sepanjang tahun kewangan, barang niaga telah diambil untuk tujuan berikut:
- Promosi RM750 - Kegunaan peribadi RM500
vii. Kadar susut nilai adalah seperti berikut:
- Lengkapan 15% setahun atas baki berkurangan
- kenderaan 20% setahun atas kos

Anda dikehendaki menyediakan:


(a) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2017
[13 markah]
(b) Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2017 [12 markah]
2.Maklumat berikut dipetik daripada rekod perakaunan dua buah perniagaan yang menjual
perabot bagi tahun berakhir 28 Februari 2018.

Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 28 Februari 2018
Sira Trading Mega Enterprise
RM RM
Jualan 139 825 148 950
Tolak : Kos Jualan 50 337 59 580
Untung Kasar 89 488 89 370
Tolak : Perbelanjaan 19 575 17 874
Untung Bersih 69 913 71 496

Penyata Kedudukan Kewangan pada 28 Februari 2018


6/11
Sira Trading Mega Enterprise
RM RM RM RM
Aset Bukan Semasa 248 897 257 356
Aset Semasa
Inventori 31 900 24 600
Akaun Belum Terima 5 800 8 200
Bank 13 100 9 600
50 800 42 400

Liabiliti Semasa
Akaun Belum Bayar 49 784 28 260
Modal Kerja 1 016 14 140
249 913 271 496
Dibiayai oleh:
Modal Awal 180 000 200 000
(+) Untung Bersih 69 913 71 496
Modal Akhir 249 913 271 496

Anda dikehendaki:
(a) Menghitung nisbah berikut bagi Sira Trading dan Mega Enterprise.
(Beri jawapan pada dua tempat perpuluhan)
(i)Margin untung kasar [4 markah]
(ii)Margin untung bersih [4 markah]
(iii)Pulangan atas modal [4 markah]
(iv)Nisbah semasa [4 markah]

(b) Nyatakan perniagaan yang menawarkan pelaburan terbaik.


Beri satu alasan. [2 markah]

(c)Perniagaan manakah yang mempunyai kedudukan kewangan yang stabil dalam


jangka masa pendek?
Beri satu alasan. [2 markah]
KERTAS JAWAPAN

NAMA : ……………………………………………………………………
TINGKATAN : ……………………………….

BAHAGIAN A:-

1)
2)
3)
4)
5)
6)

7/11
7)
8)
9)
10)
11)
12)
13)
14)
15)

BAHAGIAN B:-
Soalan 1
(a)

RM RM RM RM

Tolak :
Jualan bersih
Tolak : Kos Jualan

Tolak :

8/11
Tolak :

Untung Kasar
Tambah : Hasil

Tolak : Belanja

Untung Bersih

(b)

RM RM RM RM
Aset Bukan Semasa:-

Aset Semasa:-

Tolak :

9/11
Tolak : Liabiliti Semasa:-

Dibiayai oleh:-
Ekuiti Pemilik

Tambah :

Tolak :

Soalan 2

(a) (i)

(ii)

(iii)

10/11
(iv)

(b) _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

(c) _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

-SOALAN TAMAT-

11/11

You might also like