You are on page 1of 14

SULIT 1 3756/1

PPD Batu Pahat Johor 2016

1. Manakah pernyataan berikut merupakan ciri bagi Perniagaan Aini Beauty Saloon?

A. Liabiliti pemilik terhad


B. Modal disumbang oleh pemilik
C. Untung atau rugi dibahagi sama rata antara pemilik dan ahlinya
D. Dikenakan cukai atas pendapatan perniagaan

2. Maklumat berikut merujuk kepada Perniagaan Bena Budi Enterprise

Kerani telah merekodkan belian premis bernilai RM50 000 sebagai aset dalam
penyata kewangan tetapi belian sekotak kertas A4 tidak direkod sebagai aset dalam
penyata tersebut

Apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi oleh Perniagaan Bena Budi Enterprise?

A. Ketekalan
B. Kos Sejarah
C. Materialiti
D. Pemadanan

3. Manakah kumpulan item berikut merupakan liabiliti semasa?

A. Komisen diterima terdahulu , stok, tunai


B. Kadar bayaran terakru, bank, penghutang
C. Sewa diterima terakru, pemiutang, gaji terdahulu
D. Insuran terakru, pemiutang, komisen diterima terdahulu

4. Pembekal Jentayu menggunakan sistem kod yang berikut untuk membina carta
akaun dalam perakaunan berkomputer perniagaannya .

Kod Jenis Akaun


1 000 - 1 999 Akaun Aset
2 000 - 2 999 Akaun Liabiliti
3 000 - 3 999 Akaun Ekuiti Pemilik
4 000 - 4 999 Akaun Hasil
5 000 - 5 999 Akaun Belanja

Apakah nombor kod yang betul bagi faedah atas pinjaman?

A. 1 001
B. 2 001
C. 4 001
D. 5 001

[Lihat halaman sebelah


SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
SULIT 2 3756/1
PPD Batu Pahat Johor 2016

5. Antara yang berikut, manakah rumus persamaan perakaunan yang betul?

I Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik


II Aset = Liabiliti - Ekuiti Pemilik
III Aset = Liabiliti Modal - Hasil + Belanja
IV Aset = Liabiliti + Modal + Hasil - Belanja

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

6. Dokumen berikut diterima oleh Cik Anisha seorang kerani akaun.

MEMO

Kedai Perabot Iman Irzan

Tarikh : 20 Ogos 2016.

Peringatan :

Pemilik (Iman Irzan) telah mengeluarkan sebuah meja dan kerusi bernilai
RM250.00 untuk kegunaan anaknya.

(Ringgit Malaysia : Dua ratus lima puluh sahaja)

I.irzan
Pengurus

A. Dt Ambilan , Kt Belian
B. Dt Perabot , Kt Belian
C. Dt Perabot , Kt Ambilan
D. Dt Ambilan , Kt Perabot

7. Maklumat berikut diambil daripada perniagaan Firdaus Enterprise

Pemilik menghantar dokumen kepada pelanggannya untuk mengenakan


bayaran tambahan bagi pengangkutan.

Apakah dokumen tersebut ?

A. Nota Debit
B. Nota Kredit
C. Makluman Debit
D. Makluman Kredit

[Lihat halaman sebelah


SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
SULIT 3 3756/1
PPD Batu Pahat Johor 2016

8. Pada 30 Julai 2016, Puan Fazila membeli barang niaga berharga RM 600 secara kredit
dengan syarat 15% 10 hari, 10% 15 hari. Berapakah jumlah hutang yang perlu dibayar
pada 10 Ogos 2016?

A. RM 450
B. RM 510
C. RM 540
D. RM 600

9. Buku Tunai Runcit berikut diperoleh daripada Perniagaan Melor.

Tarikh Butir Folio Penerimaan Pembayaran Analisis Pembayaran


2016 RM RM Alat tulis Tambang
Jan 1 Bank 200
13 Kertas taip 60 60
20 Tambang teksi 36 36
200 96 60 36
31 Baki h/b 104
200 200

Berapakah bayaran balik yang diterima daripada juruwang mengikut Sistem Panjar?

A. RM 96
B. RM 104
C. RM 192
D. RM 200

10. Maklumat berikut berkaitan pembahagian lejar.

Lejar

X Y

Lejar Penghutang Lejar Pemiutang

Apakah X dan Y ?

X Y
A. Akaun Perorangan Akaun Bukan Perorangan
B. Akaun Bukan Perorangan Akaun Perorangan
C. Lejar Am Lejar Subsidiari
D. Lejar Subsidiari Lejar Am
[Lihat halaman sebelah
SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
SULIT 4 3756/1
PPD Batu Pahat Johor 2016

11. Jurnal Jualan berikut diperoleh daripada Kedai Dhia Camelia.

Jurnal Jualan
Tarikh Butir Jumlah
2016 RM
Jan 9 Cempaka Edlinis 1 200
20 Fatin Afiya 700
31 Akaun Jualan 1 900

Apakah catatan yang betul dalam Akaun Jualan?

A. Akaun Jualan
2016 RM
Jan 31 Cempaka Edlinis 1 200
Fatin Afiya 700

B. Akaun Jualan
2016 RM
Jan 31 Penghutang 1 900

C.
Akaun Jualan
2016 RM
Jan 31 Pelbagai Penghutang 1 900

D.
Akaun Jualan
2016 RM
Jan 31 Jualan 1 900

12. Akaun Kawalan Penghutang di bawah ini diperoleh daripada Perniagaan Edeyhely
Enterprise.

Akaun Kawalan Penghutang


2016 RM 2016 RM
Jan 1 Baki b/b 12 400 Jan 31 Pulangan Jualan 450
31 Jualan 76 210 Hutang lapuk 620
Diskaun diberi 410

Berapakah kutipan yang diperoleh daripada penghutang jika baki akhir akaun tersebut
berjumlah RM 21 800 ?

A. RM 65 330
B. RM 66 810
C. RM 87 130
D. RM 110 410

[Lihat halaman sebelah


SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
SULIT 5 3756/1
PPD Batu Pahat Johor 2016

13. Akaun Tunai yang berikut diambil daripada sebuah perniagaan.

Akaun Tunai
2016 RM 2016 RM
Jan 1 Baki b/b 3 700 Jan 3 Deposit telefon 120
6 Kelengkapan 432 16 Alat tulis 316
10 Jualan 158 18 Kadar bayaran 272
25 Zhen Guang 168
31 Baki h/b X
Y Z

Apakah X, Y dan Z ?

X Y Z
( RM ) ( RM ) ( RM )
A. 3414 4290 4290
B. 3131 4290 876
C. 3414 4290 4290
D. 3414 4290 876

14. Manakah pernyataan yang benar tentang Imbangan Duga?

I Menguji ketepatan catatan bergu


II Membetulkan kesilapan melalui jurnal khas
III Mempamerkan jumlah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik
IV Mengandungi senarai baki yang diambil daripada lejar

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

[Lihat halaman sebelah


SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
SULIT 6 3756/1
PPD Batu Pahat Johor 2016

15. Petikan Imbangan Duga berikut diambil daripada buku Perniagaan Hairanee
Enterprise pada 31 Disember 2015.

Imbangan Duga pada 31 Disember 2015


Butiran Debit (RM) Kredit (RM)
Belian dan Jualan 83 900 98 720

Catatan manakah betul dalam Akaun Perdagangan?

A. Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 (petikan)


RM RM
Belian 83 900 Jualan 98 720

B. Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 (petikan)


RM RM
Belian 98 720 Jualan 83 900

C. Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 (petikan)


RM RM
Jualan 83 900 Belian 98 720

D. Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 (petikan)


RM RM
Jualan 98 720 Belian 83 900

16. Di bahagian manakah kadar bayaran terakru direkodkan dalam kunci kira-kira?

A. Hasil
B. Belanja
C. Aset Semasa
D. Liabiliti Semasa

17. Berikut ialah petikan Imbangan Duga Syarikat Mahawangsa.


Imbangan Duga pada 31 Mei 2016
Debit Kredit
RM RM
Penghutang 4000
Peruntukan Hutang Ragu 200

Syarikat telah memutuskan bahawa 2% daripada penghutang sebagai peruntukan


hutang ragu.

Apakah kesan terhadap hasil atau belanja syarikat?

A. Hasil berkurang RM80


B. Hasil bertambah RM120
C. Belanja berkurang RM 80
D. Belanja bertambah RM120
[Lihat halaman sebelah
SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
SULIT 7 3756/1
PPD Batu Pahat Johor 2016

18. Pasangan akaun dan baki manakah yang betul?

A. Stok alat tulis baki kredit


B. Insurans terdahulu baki kredit
C. Angkutan keluar terakru baki debit
D. Komisen diterima terakru baki debit

19. Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Merah Jambu

RM
Untung Kasar 5 000
Stok Akhir 3 200
Gaji 1 250
Komisen Diterima 800
Alatan Pejabat 900

Berapakah jumlah Untung Bersih ?

A. RM 450
B. RM 1 350
C. RM 4 550
D. RM 5 800

20. Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Salloma Enterprise.

RM
Belian barang niaga 3 000
Belian Perabot 2 000
Pulangan jualan 550
Pulangan belian 450

Berapakah jumlah belian bersih?

A. RM 2 450
B. RM 2 550
C. RM 4 450
D. RM 4 550

[Lihat halaman sebelah


SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
SULIT 8 3756/1
PPD Batu Pahat Johor 2016

21. Catatan manakah yang betul untuk merekod komisen diterima terakru sebanyak RM280
dalam Kunci Kira-kira?

A. Kunci Kira-kira
RM
Aset Semasa
Komisen diterima terakru 280

B. Kunci Kira-kira
RM
Aset Bukan Semasa
Komisen diterima terakru 280

C. Kunci Kira-kira
RM
Liabiliti Semasa
Komisen diterima terakru 280

D. Kunci Kira-kira
RM
Liabiliti Bukan Semasa
Komisen diterima terakru 280

22. Apakah kepentingan mengawal tunai?

A. Untuk memastikan kecekapan pengurusan perniagaan


B. Untuk memastikan tunai yang banyak di dalam tangan
C. Untuk mengelakkan berlakunya kecurian dan kehilangan
D. Untuk memastikan tunai mencukupi untuk menampung kos peribadi

[Lihat halaman sebelah


SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
SULIT 9 3756/1
PPD Batu Pahat Johor 2016

23. Petikan Buku Tunai dan Penyata Bank berikut diperoleh daripada buku Perniagaan
Runcit Linda.

Buku Tunai (Ruangan Bank)________________________


2016 RM
Jan 6 Angkutan (No Cek 11011) 520

Penyata Bank (petikan)


Tarikh Butir No. cek Debit Kredit Baki
2016 RM RM RM
Jan 10 Cek 11011 250

Jumlah angkutan telah tersalah catat dalam buku tunai.


Apakah catatan yang perlu dilakukan dalam buku tunai untuk membetulkan
kesilapan itu?

A. Debit RM 250
B. Debit RM 270
C. Kredit RM 250
D. Kredit RM 270

24. Pengurus manakah yang bertanggungjawab dalam mengurus hal penggajian dalam
sesebuah organisasi?

A. Operasi
B. Kewangan
C. Pemasaran
D. Sumber manusia

25. Berikut adalah butiran sumber dan potongan gaji Puan Ieza, seorang pekerja di
Perniagaan Pak Ngah bagi bulan Julai 2016.

RM
Gaji pokok 5 000
Elaun perumahan 600
Elaun perjalanan 500
Caruman KWSP- majikan 732
Caruman KWSP- pekerja 671

Berapakah gaji bersihnya?


A. RM 4 697
B. RM 4 929
C. RM 5 368
D. RM 5 429

[Lihat halaman sebelah


SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
SULIT 10 3756/1
PPD Batu Pahat Johor 2016

26. Apakah sebab berlakunya perubahan bentuk pemilikan perniagaan daripada milikan
tunggal kepada perkongsian?

A. Memperoleh gaji daripada perkongsian


B. Mendapat kepakaran daripada seseorang
C. Memudahkan kawalan pengurusan perniagaan
D. Membolehkan aset peribadi dibawa ke dalam perniagaan

27. Maklumat berikut diperoleh daripada buku sebuah perkongsian.

RM
Jumlah aset: Kenderaan 45 000

Jumlah liabiliti :Pemiutang 8 400

Dalam proses pembubaran, semua aset dijual dengan harga RM 42 000. Belanja
realisasi RM 850, manakala pemiutang dijelaskan sepenuhnya.

Berapakah rugi realisasi?


A. RM 2 150
B. RM 3 850
C. RM 4 550
D. RM 5 400

28. Pernyataan manakah yang merupakan ciri-ciri Syarikat Sendirian Berhad?

A. Sekurang-kurangnya dua orang ahli dan tiada had maksimum


B. Pindahan saham boleh dibuat secara bebas di bursa saham melalui broker saham
C. Pemilikan saham adalah terbuka kepada orang ramai yang berkeupayaan membeli
saham
D. Laporan Kewangan perlu dibentang dan diluluskan dalam mesyuarat agung
tahunan syarikat

29. Antara berikut, manakah yang akan direkod di sebelah kredit dalam akaun
penerimaan dan pembayaran sesebuah kelab?

A. Yuran masuk
B. Surat khabar
C. Sewaan loker
D. Penghutang

[Lihat halaman sebelah


SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
SULIT 11 3756/1
PPD Batu Pahat Johor 2016

30. Maklumat yang berikut diperoleh daripada Akaun Penerimaan dan Pembayaran sebuah
kelab renang bagi tahun berakhir 31 Disember 2015:

RM
Yuran 2014 170
Yuran 2015 2 880
Yuran 2016 200

Maklumat tambahan :
i.) Yuran tertunggak pada 1 Januari 2015 ialah RM 190. Yuran yang tertunggak
bagi tahun 2014 hendaklah dihapuskira sebagai yuran lapuk
ii.) Yuran tertunggak pada 31 Disember 2015 ialah RM 230

Hitung yuran yang akan dipindahkan ke Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan.

A. RM 2 390
B. RM 2 920
C. RM 3 090
D. RM 3 110

31. Maklumat berikut diperoleh daripada buku Kelab Sukan Taman Megah pada 1
Julai 2016.

RM
Yuran terdahulu 660
Yuran tertunggak 470
Alatan sukan 2 800
Bank 8 990
Bangunan Kelab 34 000
Majalah terakru 50

Berapakah dana terkumpul pada 1 Julai 2016?

A. RM 45 550
B, RM 45 920
C. RM 46 930
D. RM 46 970

32. Situasi rekod tak lengkap manakah yang boleh berlaku dalam sesebuah perniagaan?

A. Imbangan Duga yang tidak seimbang


B. Peniaga tidak merancang perbelanjaan
C. Tiada kawalan tunai dalam perniagaan
D. Rekod perakaunan telah tercicir dan musnah

[Lihat halaman sebelah


SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
SULIT 12 3756/1
PPD Batu Pahat Johor 2016

33. Apakah kesan yang wujud akibat rekod perniagaan yang tidak lengkap?

I Kesilapan akaun tidak mudah dikesan


II Sukar mentaksir kedudukan kewangan
III Mudah mengawal perbelanjaan perniagaan
IV Untung atau rugi dapat ditaksir dengan tepat

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

34. Penyata di bawah ini digunakan oleh Puan Sitiwangsa, seorang peruncit yang
mengamalkan rekod tak lengkap untuk menghitung modal.

Penyata Mengira Modal pada 31 Disember 2015

RM
P 45 700
Tolak : Q 11 900
33 800

Manakah pasangan butiran P dan Q yang betul?

P Q
A. Hasil Belanja
B. Aset Liabiliti
C. Modal Akhir Modal Awal
D. Aset Semasa Liabiliti Semasa

35. Pernyataan manakah yang menerangkan kos berubah ?

A. Kos overhed ialah kos berubah


B. Kos yang malar walaupun tiada pengeluaran
C. Kos yang berkadaran dengan tingkat pengeluaran
D. Kos yang berubah dalam jangka pendek sahaja

36. Yang manakah bukan kos overhed kilang ?

A. Bahan bakar kilang


B. Gaji penyelia kilang
C. Belanja alat-alat kecil
D. Gaji operator pengeluaran

[Lihat halaman sebelah


SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
SULIT 13 3756/1
PPD Batu Pahat Johor 2016

37. Maklumat berikut diperoleh daripada Kilang Sinar Terus

Butiran RM
Bahan langsung 8500
Buruh langsung 3500
Overhead 5500
Kerja dalam proses awal 4000
Kerja dalam proses akhir 1000

Hitung kos pengeluaran

A. RM 25 000
B. RM 20 500
C. RM 19 500
D. RM 14 500

38. Apakah yang dimaksudkan dengan tokokan ?

A. Peratus untung bersih atas jualan bersih


B. Peratus untung kasar atas jualan bersih
C. Peratus untung bersih atas kos jualan
D. Peratus untung kasar atas kos jualan

39. Data yang berikut diambil daripada buku Perniagaan Wong.

Butiran RM
Modal 90 000
Jualan 108 000
Belanja 15 390
Untung kasar 28 350

Hitung margin untung bersih?

A. 12%
B. 15%
C. 10%
D. 16%

[Lihat halaman sebelah


SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
SULIT 14 3756/1
PPD Batu Pahat Johor 2016

40. Jadual di bawah ini berkaitan dengan modal dilaburkan dan kadar pulangan atas modal
bagi empat buah firma.

Modal dilaburkan Kadar pulangan atas modal


Firma (RM) (%)

Budi 50 000 9
Bakti 60 000 5
Berkat 48 000 8
Damai 62 000 7

Firma manakah yang memperoleh untung bersih yang paling tinggi ?

A. Firma Budi
B. Firma Bakti
C. Firma Berkat
D. Firma Damai

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah


SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online

You might also like