You are on page 1of 10

SULIT 1 3756/2

3756/2
Prinsip
Perakaunan
Kertas 2
September
2 1 jam
2

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA


CAWANGAN MELAKA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TINGKATAN LIMA


TAHUN 2016

PRINSIP PERAKAUNAN
Kertas 2
Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.


2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan dalam Bahagian B.

3. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan
dalam kurungan
4. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, batalkan dengan kemas jawapan yang
telah dibuat. Kemudian tulis jawapan yang baru.
5. Kekemasan dan ketepatan akan dipertimbangkan dalam pemberian markah.
6. Tunjukkan kerja mengira. Ini membantu anda mendapatkan markah.
7. Mulakan jawapan bagi setiap soalan pada helaian yang baru.
8. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan.
9. Semua kertas jawapan anda hendaklah diserahkan pada akhir peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

3756/2 SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
SULIT 2 3756/2

Bahagian A
[60 markah]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1 (a) Jelaskan dua ciri perniagaan milikan tunggal.


[2 markah]

(b) Berdasarkan dokumen di bawah, tunjukkan nilai yang terlibat dalam jadual persamaan
perakaunan Perniagaan Elektrik Ramli.

ASAL INVOIS INV456

Kedai Perabot Asiah


No 26, Jalan Cheng Utama,
76643 Melaka
Tel : 06 732980
Tarikh : 12 Mei 2016

Kepada: PERNIAGAAN ELEKTRIK RAMLI


LOT 65, JALAN BACHANG
75400 MELAKA

HARGA JUMLAH
BIL KUANTITI BUTIR SEUNIT
(RM) (RM)

1 2 Rak pameran 550 1 100

JUMLAH 1 100

(Ringgit Malaysia: Satu Ribu Satu Ratus sahaja)


ASIAH
Pengurus

Jadual persamaan perakaunan


Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik

[2 markah]

3756/2 SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
SULIT 3 3756/2

(c) Maklumat berikut diperoleh daripada Kilang Jati Asli.

Memuaskan/
Belanjawan Sebenar Varian
Tidak
(RM) (RM) (RM)
Memuaskan

Jumlah
165 000 186 000
Pembayaran

Anda dikehendaki melengkapkan jadual tersebut. [2 markah]

(d) Encik David bekerja sebagai pegawai eksekutif pemasaran.


Maklumat di bawah ini berkaitan dengan pendapatan beliau pada bulan Jun 2016.

RM
Gaji 4 000
Potongan cukai berjadual 90

Maklumat tambahan:
(i) Caruman KWSP pekerja ialah 11%
(ii) Bayaran balik pinjaman setiap bulan RM700

Hitung gaji bersih Encik David. [2 markah]

(e) Rekod urus niaga berikut yang melibatkan pembubaran perkongsian pada 31 Julai 2016 ke
dalam Jurnal Am.

Pekongsi Syifah telah mengambil alih stok sebanyak RM9 600

Tarikh Butir Debit Kredit

[2 markah]

3756/2 [Lihat sebelah


SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
SULIT 4 3756/2

2 Berikut ialah Kunci kira-kira Nurul Hanisah Enterprise, peniaga menjual pakaian di Batu
Berendam, Melaka pada 31 Disember 2014.

Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2014


Aset Ekuiti Pemilik dan Liabiliti
Kenderaan 13 500 Modal 19 250
Alatan pejabat 7 500 (+) Untung bersih 4 000
(-) susut nilai terkumpul Modal akhir 23 250
Alatan pejabat 750 6 750
Stok 8 940 Pemiutang 5 710
Bank 8 770 Pinjaman bank 10 000
Tunai 1 000

38 960 38 960

Ringkasan Buku Tunai bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 menunjukkan butir-butir
berikut:
Buku Tunai
Diskaun Diskaun
Tunai Bank Tunai Bank
diberi Diterima
Baki b/b 1 000 8 770 Alatan pejabat 1 500
Jualan 14 760 24 895 Rosli Trading 425 16 100
Komisen 285 Belian 6 675
Gaji 3780
Belanja am 890
Faedah pinjaman 600
Sewa 6 500
Ambilan 950
Pinjaman bank 2 000
Baki h/b 4 930 5 785
Maklumat tambahan:
(i) Susut nilai tahunan bagi aset adalah seperti berikut:
Kenderaan disusutnilaikan 10% atas kos.
Alatan pejabat disusutnilaikan 10% mengikut kaedah baki berkurangan.
(ii) Kadar faedah atas pinjaman ialah 8% setahun berdasarkan baki awal tahun.
(iii) Sewa kedai ialah RM500 sebulan.
(iv) Baki pemiutang pada 31 Disember 2015 ialah RM3 595.
(v) Stok pada 31 Disember 2015 dinilaikan pada harga kos dan harga pasaran seperti berikut:
Item stok Nilai kos Nilai pasaran
Stok (Kemeja T) 3 500 2 200
Stok ( Baju Tshirt) 1 055 3 000
Stok (Track suit) 2 950 2 800

3756/2 SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
SULIT 5 3756/2

vi) Dokumen berikut ditemui oleh Nurul Hanisah dan masih belum direkod dalam buku
perakaunan

ASAL INVOIS INV2040

GALERI SUKAN JOHAN


75500 Jasin
Melaka
Kepada: 21.12.2015

NURUL HANISAH ENTERPRISE


13, Jalan Jati 1,
75350 Melaka.

Kuantiti Butir Harga seunit Jumlah


50 helai Kemeja T (panjang) 22.00 1 100
30 helai Baju Tshirt 20.00 600
10 pasang Track suit 180.00 1 800
3 500
Tolak diskaun niaga 20% 700
Jumlah 2 800
Ringgit: Dua ribu lapan ratus sahaja.

Nurul Hanisah Johan


Penerima Pengurus
Dokumen 1

MEMO

NURUL HANISAH ENTERPRISE


13, Jalan Jati 1
75350 Batu Berendam
25.12.2015
PERINGATAN:
Cik Soleha,
Saya telah membawa masuk perabot yang bernilai RM3 000 untuk
kegunaan pejabat

Nurul Hanisah
(Pengurus)
Dokumen 2

Anda dikehendaki menyediakan:


(a) Akaun Kawalan Pemiutang [3 markah]
(b) Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 [9 markah]
(c) Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2015 (dengan menunjukkan modal kerja) [13 markah]
3756/2 [Lihat sebelah
SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
SULIT 6 3756/2

3. Della, Linda dan Maria adalah rakan kongsi dalam Perkongsian DELIMA yang
beroperasi di Banda Hilir Melaka. Berikut adalah maklumat kewangan yang diperoleh
bagi tahun perakaunan berakhir pada 31 Disember 2015.

RM
Modal (1 Januari 2015):
Della 30 000
Linda 60 000
Maria 35 000
Ambilan:
Della (1 Januari 2015) 2 000
Linda (1 Julai 2015) 4 200
Akaun Semasa:
Della 850 (kt)
Linda 2 300 (dt)
Maria 3 790 (kt)
Pinjaman Della 6 000
Faedah pinjaman Della 600
Gaji Maria 1 060
Untung bersih 41 400

Maklumat tambahan:
(i) Hutang lapuk sebanyak RM450 telah dihapuskira. Perkara ini belum direkod.
(ii) Kadar bayaran terakru RM250
(iii) Komisen diterima terdahulu RM170
(iv) Perkongsian membuat pinjaman daripada Della pada 1 Januari 2015. Faedah atas
pinjaman sebanyak 8% setahun.
(v) Pada 1 Oktober 2015 Della membawa masuk sebuah komputer bernilai
RM4 000 ke dalam perniagaan.
(vi) Ikatan Perjanjian Perkongsian menyatakan syarat berikut:
(a) Faedah atas ambilan dikenakan 6% setahun.
(b) Faedah atas modal 4% setahun dan dibayar atas baki modal pada akhir tahun
kewangan.
(c) Gaji tahunan Maria RM1 800
(d) Bonus dibayar kepada Della dan Linda masing-masing berjumlah RM1 050.
(e) Untung atau rugi dikongsi antara Della, Linda dan Maria mengikut nisbah
1:2:1.

Anda dikehendaki menyediakan:


(a) Penyata Pelarasan Untung Bersih bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 [5 markah]
(b) Penyata Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2015
[9 markah]
(c) Akaun Semasa pekongsi (bentuk beruangan) [9 markah]
(d) Berikan dua perkara yang terkandung dalam Akta Perkongsian 1961 [2 markah]

3756/2 SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
SULIT 7 3756/2

Bahagian B
[40 markah]

Jawab dua soalan sahaja.

4 Maklumat berikut diperoleh daripada Kelab Belia Air Tawar (KBAT) yang telah
ditubuhkan pada tahun 2014 di Cheng Melaka.

1 Jan 2015 31 Dis 2015


RM RM
Bangunan kelab ( kos ) 100 000 100 000
Lekapan dan lengkapan - 9 000
Stok kafetaria 3 200 2 400
Penghutang kafetaria 2 000 2 600
Yuran terdahulu 400 1 200
Yuran tertunggak 1 300 1 500
Kadar bayaran terakru 200 400
Susut nilai terkumpul bangunan kelab 20 000 ?
Bank 42 000 ?

Penerimaan dan pembayaran melalui akaun bank kelab bagi tahun 2015:
Penerimaan:
RM
Yuran ahli 55 000
Yuran masuk 2 000
Derma untuk membina gelanggang futsal 7 000
Jualan kafetaria 14 600
Sewa kanopi 1 500
Yuran pertandingan permainan rakyat 6 000
Penghutang kafetaria 3 500

Pembayaran:
RM
Upah pekerja kafetaria 1 500
Akhbar dan majalah 250
Insurans kelab 2 400
Kadar bayaran 1 600
Hadiah pertandingan permainan rakyat 3 600
Belian kafetaria 5 500
Lekapan dan lengkapan 9 000
Kursus motivasi 3 600

3756/2 [Lihat sebelah


SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
SULIT 8 3756/2

Maklumat tambahan:

(i) Yuran lapuk adalah sebanyak RM750


(ii) Sewa kanopi berjumlah RM500 masih belum diterima
(iii) Susutnilai bangunan dikira menggunakan kaedah baki berkurangan 20% setahun

Anda dikehendaki menyediakan:


(a) Akaun yuran ahli [3 markah]
(b) Penyata Mengira Dana Terkumpul pada 1 Januari 2015 [3 markah]
(c) Akaun Perdagangan Kafetaria bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 [3 markah]
(d) Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2015
[9 markah]
(e) Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2015 dengan menunjukkan bahagian dana
terkumpul sahaja [2 markah]

3756/2 SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
SULIT 9 3756/2

5 Butiran berikut diperoleh daripada Iris Collection Sdn. Bhd. sebuah kilang yang
mengeluarkan pakaian pada 30 Jun 2016.

1 Julai 2015 30 Jun 2016


RM RM
Stok bahan langsung 2 210 1 980
Stok barang siap 5 420 4 850
Alat-alat kecil 220 750
Kerja dalam proses:
Bahan langsung 720 680
Buruh langsung 600 590
Kos overhed 510 500
Belian bahan langsung 21 820
Duti atas belian bahan langsung 560
Paten menggunakan jenama John Master 2 000
Gaji pengurus kilang 4 600
Gaji pengurus pemasaran 5 500
Belanja am kilang 250
Belanja am pejabat 200
Sewa bangunan 3 000
Insurans 1 600
Kadar bayaran 1 800
Operator pengeluaran 2 000
Angkutan keluar kilang 500
Bahan api kilang 3 500
Loji dan mesin 100 000
Belian alat-alat kecil 1 300
Angkutan masuk bahan langsung 500

Maklumat tambahan :
(i) Loji dan mesin baru RM18 000 dibeli pada 1 Januari 2016 belum direkodkan.
(ii) Loji dan mesin disusutnilaikan 10% setahun atas kos.
(iii) Kadar bayaran untuk kilang 60% dan pejabat 40%.
(iv) Insurans hendaklah dibahagikan antara kilang dan pejabat dengan nisbah 3:2.
(v) 70% daripada sewa bangunan untuk kilang dan bakinya untuk pejabat.
(vi) Satu nota debit untuk caj angkutan belian bahan langsung bernilai RM80 belum
direkodkan.
(vii) Gaji operator pengeluaran RM400 tersalah rekod ke dalam gaji pengurus
pemasaran.

Anda dikehendaki :
(a) menyediakan Penyata Kos Pengeluaran bagi tahun berakhir 30 Jun 2016. [17 markah]

(b) menghitung Titik Pulang Modal dalam unit jika harga jualan seunit pakaian RM26 dan
kos berubah seunit pakaian RM21. [3 markah]
3756/2 [Lihat sebelah
SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
SULIT 10 3756/2

6 a. Hellofon Bhd telah ditubuhkan pada 01 Julai 2012 dengan modal nominal yang
terdiri daripada 3 000 000 unit 8% saham keutamaan bernilai RM2 sesaham dan
5 000 000 unit saham biasa bernilai RM1 sesaham. Pada 05 Julai 2012 syarikat
telah menerbitkan sebanyak 2 000 000 unit 8% saham keutamaan dan separuh
saham biasa pada nilai par. Semua saham yang diterbitkan telah dilanggan dan
dibayar sepenuhnya pada 01 Ogos 2012.

Berikut adalah keuntungan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2013
hingga 2015

TAHUN KEUNTUNGAN YANG


DIAGIHKAN (RM)
2013 350 000
2014 280 000
2015 460 000

Anda dikehendaki:
(i) menghitung
a. Modal dibenarkan
b. Modal berbayar
[4 markah]
(ii) menyediakan
a. Akaun Bank
b. Akaun Permohonan Saham Keutamaan
c. Akaun Modal Saham Keutamaan
[4 markah]
(iii) mengira dividen saham keutamaan dan saham biasa bagi tahun 2013, 2014
dan 2015.
[6 markah]

6 (b) Hellofon Bhd telah mengesan kesilapan-kesilapan yang berikut:

(i) Pulangan jualan oleh Ricky Telco RM200 telah didebitkan dalam akaun
Ricky Telco dan dikreditkan dalam Akaun Pulangan Jualan.
(ii) Ambilan stok RM880 untuk tujuan promosi belum direkodkan dalam mana-
mana buku.
(iii) Sewa diterima dengan cek berjumlah RM185 tersilap rekod sebagai RM285
dalam kedua-dua akaun.
Anda dikehendaki membetulkan kesilapan-kesilapan tersebut dalam Jurnal Am
(Keterangan tidak diperlukan)
[6 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

3756/2 SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online

You might also like