You are on page 1of 17

MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5

TAHUN 2015

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

PRINSIP PERAKAUNAN

Kertas 1

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA MODUL INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang
disediakan.

4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baharu.

5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulatur saintifik yang tidak boleh diprogramkan.

Kertas soalan ini mengandungi 17 halaman bercetak

Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online


1 Apakah konsep yang sesuai bagi situasi di bawah?

Seorang kerani akaun merekod hanya jangkaan kerugian sahaja


dalam penyata kewangan.

A Ketekalan
B Konservatisme
C Entiti berasingan
D Usaha berterusan

2 Berikut adalah perbincangan antara beberapa orang pekerja:

Ooooo…
Liabiliti perniagaan terhad, ahli pula tiada
had maksimum, modal diperoleh daripada
terbitan saham.

Apakah jenis perniagaan yang menepati ciri-ciri perniagaan di atas?

A Klinik Aroon dan Aziz


B Syarikat Krabbi Sdn. Bhd.
C Serambi Wawasan Berhad
D Anjung Sultanah Enterprise

2
Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online
3 Berikut disenaraikan pengguna-pengguna Penyata Kewangan bagi sesebuah
perniagaan. Manakah pengguna dalaman Penyata Kewangan?

A Bank
B Pemiutang
C Pihak pengurusan
D Pesaing perniagaan

4 Manakah antara berikut merupakan hutang perniagaan kepada pemilik perniagaan?

A Ekuiti pemilik
B Belanja
C Liabiliti
D Hasil

5 Melati Enterprise menggunakan sistem kod untuk membina carta akaun dalam
perakaunan berkomputer.

Kod Jenis Akaun


1 000 – 1 999 Akaun hasil
2 000 – 2 999 Akaun belanja
3 000 – 3 999 Akaun aset
4 000 – 4 999 Akaun liabiliti

Apakah kod yang betul bagi Akaun Faedah Atas Simpanan?

A 1 500
B 2 500
C 3 500
D 4 500

3
Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online
6 Akaun kontra merupakan satu akaun yang akan mengurangkan nilai akaun induknya.
Apakah akaun kontra bagi aset semasa ?

A Ambilan
B Penghutang
C Susut nilai terkumpul
D Peruntukan hutang ragu

Soalan 7 hingga 8 adalah berdasarkan kepada dokumen di bawah.

Salinan No. 1980


Resit Rasmi
Jauhari Enterprise
2543 Jalan Bayu,
05460 Alor Setar, Kedah
Tarikh:30 April 2015
Diterima daripada : Kedai Alma

Ringgit Malaysia : Lapan Ratus Lima Puluh Lima Sahaja.

Untuk bayaran : Menjelaskan invois (tolak diskaun RM145)

RM855 Jauhar
Tunai/No. Cek Pengurus

7 Apakah kegunaan dokumen di atas?

A Menambah amaun dalam invois


B Mengurangkan amaun dalam invois
C Bukti akuan penerimaan tunai atau cek
D Membuat pesanan barang niaga secara rasmi

8 Akaun apakah yang digunakan oleh Kedai Alma untuk merekod diskaun di atas?

A Diskaun tunai
B Diskaun diberi
C Diskaun niaga
D Diskaun diterima

4
Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online
9 Jurnal Am berikut diperoleh daripada Kedai Yakin.

JURNAL AM
Tarikh Butiran Folio Debit Kredit
Ogos 3 Perabot 2000
Kedai Perabot Hebat 2000
( X )

Apakah keterangan yang sesuai di X?

A Beli perabot secara tunai


B Beli perabot secara kredit
C Menjual perabot secara kredit
D Membawa masuk perabot kedalam perniagaan

10 Berikut ialah urus niaga dan jurnal khas yang digunakan untuk merekod urus niaga.
Pilih pasangan yang betul.

Urusniaga Jurnal
A Terima invois daripada penjual kerana membeli aset untuk
Jurnal Belian
kegunaan perniagaan.
B Keluarkan nota debit kepada pelanggan kerana invois
Jurnal Jualan
terkurang caj.
C Pulangkan barang niaga yang rosak dan terima Nota Kredit
Jurnal Pulangan
daripada penjual. Jualan
D Keluarkan Nota Kredit kepada pelanggan kerana
Jurnal Pulangan
pemulangan barang rosak. Belian

5
Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online
11 Urus niaga berikut diperoleh daripada Perniagaan Shafiq Khaleed.

Jualan tunai dibankkan

Apakah catatan bergu bagi urus niaga di atas?

Akaun didebitkan Akaun dikreditkan


A Jualan Tunai
B Jualan Bank
C Tunai Jualan
D Bank Jualan

12 Perniagaan Izz membayar sewa secara tunai kepada Majlis Bandaraya Alor Setar.
Apakah catatan bergu bagi urus niaga di atas dalam buku akaun Perniagaan Izz?

Debit Kredit
A Sewa Tunai
B Majlis Bandaraya Alor Setar Tunai
C Tunai Majlis Bandaraya Alor Setar
D Tunai Sewa

6
Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online
13 Urusniaga berikut diambil daripada Kedai Izzat Mazmi.

Jan 15 Deposit tunai ke dalam bank

Nyatakan catatan yang direkod dalam Buku Tunai

BUKU TUNAI

A Tarikh Butiran Tunai Bank Tarikh Butiran Tunai Bank


Jan 15 Tunai 350 Jan 15 Bank 350

BUKU TUNAI

B Tarikh Butiran Tunai Bank Tarikh Butiran Tunai Bank


Jan 15 Bank 350 Jan 15 Tunai 350

BUKU TUNAI
C Tarikh Butiran Tunai Bank Tarikh Butiran Tunai Bank
Jan 15 Bank 350 Jan 15 Tunai 350

BUKU TUNAI

D Tarikh Butiran Tunai Bank Tarikh Butiran Tunai Bank


Jan 15 Tunai 350 Jan 15 Bank 350

14 Pilih pengelasan akaun yang betul.

Akaun Nyata Akaun Nominal


I Alat Pejabat Insurans
II Bank Jualan
III Premis Kenderaan
IV Penghutang Pemiutang

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

7
Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online
15 Angkutan masuk dan angkutan keluar disenaraikan di sebelah debit dalam Imbangan
Duga. Kenapa?

A Angkutan masuk dan angkutan keluar ialah aset


B Angkutan masuk dan angkutan keluar ialah belanja
C Angkutan masuk ialah aset dan angkutan keluar ialah belanja
D Angkutan masuk ialah belanja dan angkutan keluar ialah aset

16 Petikan Imbangan Duga di bawah mempunyai satu kesilapan merekod.

Imbangan Duga pada 31 Mei 2015(Petikan)


Debit(RM) Kredit(RM)
Modal 54 650
Bank 18 900
Stok awal 26 430
Belian 37 710

Apakah kesilapan tersebut?

A Bank
B Modal
C Belian
D Stok awal

17 Antara berikut, yang manakah dicatat sebagai hasil dalam penyata pendapatan?

A Dividen belum terima


B Faedah atas pinjaman
C Bayaran oleh penghutang
D Pengurangan peruntukan hutang ragu

8
Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online
18 Pada 1 Januari 2011, Kamala Berhad telah membeli sebuah mesin fotostat bernilai
RM7 000. Nilai buku mesin fotostat tersebut pada 31 Disember 2014 ialah RM4 200.
Mesin fotostat tersebut disusut nilai menggunakan kaedah garis lurus. Hitung susut
nilai bagi tahun 2014.

A RM2 800

B RM2 100

C RM1 400

D RM700

19 Kedai Jazlina menyewa premis dengan sewa bulanan RM1 200 bermula 1 April 2014 .
Bagi tempoh kewangan berakhir 31 Disember 2014, perniagaan telah membayar sewa
berjumlah RM15 000.
Apakah catatan yang perlu dibuat di Kunci kira-kira pada 31 Disember 2014?

A Sewa terakru RM600


B Sewa terakru RM4 200
C Sewa terdahulu RM600
D Sewa terdahulu RM4 200

20 Pada 1 Julai 2013, sebuah komputer RM6 500 telah dibeli oleh perniagaan Danial. Susut
nilai komputer ialah 10% setahun mengikut kaedah garis lurus. Komputer tersebut telah
dijual pada 1 Januari 2015. Berapakah harga jualan bagi komputer tersebut jika
perniagaan memperoleh untung pelupusan sebanyak RM150?

A RM5 375
B RM5 675
C RM5 700
D RM6 000

9
Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online
21 Maklumat di bawah menunjukkan baki aset dan liabiliti Kedai Alia pada 31 Mac 2015.

RM
Perabot 26 000
Stok 12 000
Penghutang 6 000
Bank 20 000
Insurans terdahulu 2 000
Pemiutang 8 000
Pinjaman (matang 30 April 2016) 28 000

Berapakah modal kerja?

A RM58 000

B RM32 000

C RM30 000

D RM4 000

22 Maklumat berikut diperoleh daripada belanjawan tunai Perniagaan Aiman


bagi empat bulan berakhir 31 Mac 2015.

Bulan Belian (RM)


Disember 15 000
Januari 20 000
Februari 35 000
Mac 40 000

Maklumat tambahan:
i) 20% daripada belian adalah secara tunai.
ii) Perniagaan menerima tempoh kredit 2 bulan.

Kira bayaran kepada pemiutang bagi bulan Mac.

A RM32 000
B RM28 000
C RM16 000
D RM8 000

10
Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online
23 Butiran X telah dicatat di sebelah debit Penyata Bank tetapi belum direkodkan di
Buku Tunai. Apakah butiran X?

A Dividen

B Caj bank

C Cek belum dikemukakan

D Deposit belum dikreditkan

24 Petikan berikut diambil daripada Buku Tunai Syarikat Afiq Sdn. Bhd.

Buku Tunai(Ruangan Bank)

2015 RM 2015 No.cek RM

Jan1 Baki b/b 1 250 Jan 2 Syarikat Zahari 114561 1 789

5 Alisa 1 589 5 Komisen 114562 1 562

10 Salina Enterprise 560 8 Kadar bayaran 114563 900

22 Jualan 6 500 12 Faris 114564 9 000

Maklumat tambahan:
Cek yang diterima pada 5 Januari 2015 dipulangkan oleh bank dengan tanda "Rujuk
penyuruh bayar"

Bagaimanakah kesilapan di atas dibetulkan dalam Buku Tunai terselaras?

A Debit RM1 589


B Kredit RM1 589
C Debit RM1 562
D Kredit RM1 562

11
Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online
25 Kenapakah kawalan dalam penggajian penting bagi sesebuah organisasi?

I Merancang jadual masa bekerja dengan menggunakan kad perakam waktu


II Memastikan tiada penyelewangan dalam sistem pembayaran gaji pekerja
III Berupaya meningkatkan produktiviti pekerja dalam sesebuah organisasi
IV Merancang latihan kemahiran untuk meningkatkan produktiviti pekerja

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

26 Antara berikut, yang manakah merupakan potongan wajib bagi pekerja swasta?

A Pinjaman perumahan
B Bantuan Sara Hidup
C Caruman PERKESO
D Imbuhan Tetap Khidmat Awam

27 Semua butiran berikut terlibat dalam penyediaan Akaun Pengasingan Untung rugi kecuali

A Gaji pekongsi
B Faedah atas modal
C Faedah atas ambilan
D Faedah atas pinjaman pekongsi

12
Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online
28 Perkongsian HAPE dibubarkan pada 31 Mac 2015 dengan persetujuan perkongsinya
iaitu Hayat dan Pae. Mereka berkongsi untung rugi mengikut nisbah 2:1. Berikut ialah
Akaun Realisasi perkongsian tersebut.

Akaun Realisasi
RM RM
Kenderaan 50 000 Bank 8 000
Lengkapan 2 000 Modal Pae 25 000
Stok 5 700 Diskaun diterima 200
Penghutang 4 000
Belanja Realisasi 300

Berapakah untung atau rugi realisasi Pae?

A Rugi realisasi RM9 600


B Rugi realisasi RM19 200
C Untung realisasi RM9 600
D Untung realisasi RM19 200

29 Achik dan Boboi bersetuju membubarkan perkongsian CIBOI pada 30 Jun 2015. Berikut
ialah perbualan antara Achik dan Boboi.

Achik : Boboi, tolong dulukan wang kau untuk bayar pemiutang RM5 480.
Pemiutang dah setuju terima RM5 200 jika dapat diselesaikan hari ini.
Boboi : Ok Achik, saya akan selesaikan hutang perniagaan kita hari ini juga.
Achik :

Apakah catatan yang digunakan untuk merekod penyelesaian hutang tersebut?

Debit Kredit
A Pemiutang RM5 480 Modal Boboi RM5 480
Pemiutang RM5 200
B Modal Boboi RM5 480
Realisasi RM280
C Pemiutang RM5 200 Modal Boboi RM5 200
Modal Boboi RM5 200
D Pemiutang RM5 480
Realisasi RM280

13
Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online
30 Penawaran saham oleh sesebuah syarikat berhad dilakukan melalui suatu dokumen
pelawaan. Apakah dokumen tersebut?

A Prospektus
B Tataurus Syarikat
C Tatawujud Syarikat
D Sijil Perakuan Pemerbadanan Syarikat

31 Modal berdaftar SPK Berhad terdiri daripada :


10 000 000 unit saham biasa bernilai RM0.50 sesaham dan
2 000 000 unit 5% saham keutamaan bernilai RM2.50 sesaham.
Syarikat menerbitkan 2 000 000 unit saham biasa dan semua saham keutamaan pada
nilai tara.
Berapakah modal dibenarkan?

A RM1 250 000


B RM5 250 000
C RM6 000 000
D RM10 000 000

32 Antara berikut, penyataan yang manakah benar tentang dividen saham biasa?

A Dividen dibayar sebelum keuntungan sebenar syarikat diketahui.


B Kadar dividen ditentukan berdasarkan keuntungan syarikat.
C Dividen dibayar berdasarkan modal dibenarkan.
D Layak menerima tunggakan dividen

33 Urus niaga manakah yang merupakan pendapatan modal bagi Kelab Renang Sg. Petani?

A Derma membina kolam renang


B Bayaran sewa kolam renang
C Yuran pertandingan renang
D Keuntungan aktiviti kelab

14
Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online
34 Maklumat berikut diambil daripada buku Kelab Taman Ria pada 1 Januari 2015.

RM
Rumah kelab 118 800
Perabot Kelab 22 000
Deposit Elektrik 200
Yuran belum diterima 780
Yuran terima terdahulu 560

Hitungkan dana terkumpul Kelab Taman Ria pada 1 Januari 2015.

A RM142 140
B RM141 220
C RM141 020
D RM140 580

35 Maklumat berikut diberi oleh Encik Ryan, pemilik Tunas Enterprise.

o Modal 1 Julai 2014 ialah


RM18 000.
o Modal 30 Jun 2015 ialah
RM25 600.
o Pemilik membeli perabot perniagaan
menggunakan wang sendiri RM2 000
pada 1 Mac 2015.
o Pemilik mengambil barangniaga bernilai
RM1 500 pada tahun tersebut.

Berdasarkan maklumat di atas, berapakah untung Perniagaan Ryan pada 30 Jun 2015?

A RM11 100
B RM7 600
C RM7 100
D RM6 100

15
Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online
36 Apakah rumus bagi kos prima?

A Kos bahan langsung + kos buruh langsung + kos overhed


B Kos bahan langsung + kos buruh langsung – kos overhed
C Kos bahan langsung + kos buruh langsung + belanja langsung
D Kos bahan langsung + kos buruh langsung – belanja langsung

37 Maklumat berikut di ambil daripada buku perakaunan Kilang Rakyat pada 30 Jun 2015.

Kos bahan langsung RM83 660


Kos buruh langsung RM35 000
Kos overhed RM20 700
Kerja dalam proses awal RM8 000
Kerja dalam proses akhir RM5 400

Maklumat tambahan :
i) Belanja angkutan bernilai RM5 020 bagi pembelian bahan langsung belum
direkodkan.

Hitung Kos Pengeluaran Kilang Rakyat pada 30 Jun 2015.

A RM146 980
B RM136 940
C RM100 560
D RM97 960

16
Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online
38 Pernyataan manakah yang menerangkan maksud titik pulang modal?

I Jumlah hasil sama dengan jumlah kos


II Jumlah hasil lebih daripada jumlah kos
III Unit jualan untuk mendapat keuntungan
IV Unit jualan yang tidak mendapat sebarang keuntungan atau kerugian

A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

39 Berikut adalah nisbah keberuntungan kecuali

A Margin
B Tokokan
C Pulangan atas modal
D Kadar pusing ganti stok

40 Berikut adalah petikan yang diambil daripada Kedai Buku Mesra Jaya.

Stok purata RM8 500


Untung bersih RM15 000
Belanja perniagaan RM10 000

Berapakah nilai kos jualan jika kadar pusing ganti stok firma ialah 3 kali.

A RM44 000
B RM33 500
C RM25 500
D RM25 000

KERTAS SOALAN TAMAT

17
Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online

You might also like