You are on page 1of 14

Free online tuition @ SPM MALAYSIA

FREE ONLINE TUITION

SPM MALAYSIA

PRINSIP PERAKAUNAN
TINGKATAN 4

CHAPTER 2
KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN
PERAKAUNAN

1
FORM 4_CHAPTER 2_PRINSIP PERAKAUNAN
2.1 Komponen Penyata Pendapatan dan Penyata Kedudukan Kewangan
Penyata Pendapatan Penyata Kedudukan Kewangan
Komponen  Hasil  Aset
 Belanja  Liabiliti
 Ekuiti Pemilik
Fungsi Menentukan keuntungan atau kerugian Memastikan kedudukan kewangan
perniagaan dalam tempoh kewangan sesuatu perniagaan pada tarikh
tertentu tertentu

1. Kelaskan butir-butir berikut sama ada ia adalah komponen Penyata Pendapatan atau Penyata
Kedudukan Kewangan. Tandakan dengan ( ✓ ) pada lajur yang berkenaan.
2.2 Item Setiap Komponen Penyata Pendapatan dan Penyata Kedudukan Kewangan

A. ASET
1. Aset merupakan harta yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan dan digunakan untuk
menjalankan perniagaan.
2. Aset perniagaan boleh dikelaskan kepada dua jenis, iaitu:

B. LIABILITI
1. Liabiliti merupakan tanggungan atau hutang pihak perniagaan kepada pihak luar yang perlu
dijelaskan.
2. Tanggungan perniagaan ini wujud kerana:
a. pihak perniagaan membeli stok barang niaga daripada pembekal;
b. membeli aset bukan semasa;
c. memperoleh pinjaman daripada pihak luar seperti bank.
3. Liabiliti perniagaan boleh dikelaskan kepada dua jenis, iaitu:

C. EKUITI PEMILIK
1. Ekuiti pemilik merupakan hutang pihak perniagaan kepada pemiliknya.
2. Ekuiti pemilik bagi sesebuah perniagaan terdiri daripada:
D. HASIL
1. Hasil merupakan pendapatan perniagaan berbentuk wang yang diterima atau yang akan
diterima oleh perniagaan pada suatu tarikh yang akan datang.
2. Hasil yang diterima oleh sesebuah perniagaan dapat dikelaskan kepada dua jenis iaitu:

E. BELANJA
1. Belanja ialah kos barangan atau perkhidmatan yang digunakan dalam proses memperoleh
hasil sama ada yang telah dibayar atau yang akan dibayar.
1. Kenal pasti sama ada item berikut ialah aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil atau belanja dengan
menandakan (✓) pada kolum yang berkenaan
2. Pilih pengelasan yang betul.

3. Lengkapkan rajah berikut:


2.3 Persamaan Perakaunan
A. PERSAMAAN PERAKAUNAN TANPA MENGAMBIL KIRA HASIL DAN BELANJA
1. Persamaan perakaunan boleh dinyatakan seperti rumus yang berikut.

Aset = Liabiliti + Ekuiti pemilik

20X3
Mac 1 Pemilik memasukkan RM80 000 ke dalam Akaun Bank sebagai modal permulaan.
2 Kedai Kasut Setia membeli lengkapan bernilai RM10 000 dengan cek.
3 Belian barang niaga berjumlah RM5 000 daripada Pembekal Juta.
10 Kedai Kasut Setia membayar hutang Pembekal Juta bernilai RM3 000 dengan cek.
20 Kedai Kasut Setia menerima pinjaman bank RM20 000 daripada Bank Global
Berhad.
22 Pemilik membawa masuk lengkapan dari rumah bernilai RM1 500 untuk kegunaan
perniagaan.
26 Pemilik mengambil barang niaga bernilai RM200 untuk kegunaan peribadi.

Sediakan jadual analisis kesan urus niaga (Persamaan Perakaunan)


B. PERSAMAAN PERAKAUNAN DENGAN MENGAMBIL KIRA HASIL DAN
BELANJA

1. Persamaan perakaunan boleh diperluaskan seperti yang ditunjukkan di bawah ini.

2. CONTOH
Baki-baki yang berikut diambil daripada buku-buku Perniagaan HZA pada 30 Jun 20X2.

Urus niaga yang berikut berlaku sepanjang bulan Julai 20X2.


Jun 2 Jualan stok berkos RM2 500 dengan tunai pada harga RM2 900.
2 Bayar insurans berjumlah RM820 dengan cek.
10 Jualan stok berkos RM3 700 secara kredit kepada Kedai Rahim pada harga RM4
300.
15 Terima komisen RM250 secara tunai.

Berdasarkan maklumat di atas, sediakan jadual analisis kesan urus niaga dan Kunci Kira-kira.

You might also like