You are on page 1of 2

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 6 : Perakaunan Liabiliti

BAB 6 : PERAKAUNAN LIABILITI

Soalan 1

Pada 1 Jun 2002, Perniagaan Dickson (PD), telah membuat pinjaman RM 140,000 daripada bank
dengan menandatangani Nota Belum Bayar, 6-bulan, 12%.

DIKEHENDAKI :

i. Sediakan catatan jurnal pada 1 Jun 2002.

ii. Sediakan catatan pelarasan pada 30 Jun 2002.

iii. Sediakan catatan pada tarikh Nota Belum Bayar tersebut matang. (Andaikan catatan
pelarasan telah dibuat setiap bulan).

Soalan 2

Syarikat Zeen telah membeli sebuah peralatan berharga RM 60,000 daripada Syarikat Nong dan
mengeluarkan satu nota 6% bertempoh 30 hari pada 10 Mac 1999. Pada 9 April 1999, Syarikat
Zeen membuat penjelasan untuk nota tersebut bersama dengan faedah yang dikenakan.

DIKEHENDAKI :

Sediakan catatan jurnal untuk merekod semua urusniaga di atas ke dalam buku Syarikat Zeen.

Soalan 3

Berikut adalah dua (2) situasi yang berbeza :

i. Pada 1 Januari 2000, Syarikat Young telah mengeluarkan bon bernilai par RM 90,000,
12% untuk tempoh 10 tahun.

ii. Pada 1 Mac 2000, Syarikat Merak telah mengeluarkan bon bernilai par RM 72,000, 10%
untuk tempoh 10 tahun.
Pembayaran faedah dibuat dua kali setahun pada 1 Januri dan 1 Julai.

DIKEHENDAKI :

Sediakan catatan jurnal bagi merekod penerbitan bon, pembayaran faedah pada 1 Julai dan
faedah terakru pada 31 Disember 2000 bagi kedua-dua jenis bon.

Soalan 4

Pada 30 November 1998, Perniagaan ZZ membuat pinjaman berjumlah RM 50,000 dengan kadar
faedah 8% setahun untuk tempoh 4 tahun.

Dengan mengandaikan kadar faedah tahunan dikira berdasarkan nilai pokok pinjaman, sediakan
catatan jurnal untuk merekodkan urusniaga pada 30 November 1998. Catatan pelarasan untuk
faedah tahunan dan pembayaran balik pinjaman beserta faedah pada tarikh matang.

171
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 6 : Perakaunan Liabiliti

Soalan 5

Berikut adalah maklumat yang diperolehi daripada sebuah syarikat untuk tahun 1999 dan 2000.

1999

Mac 6
Membuat pinjaman dengan Bumiputera Commerce Bank RM 40,000 untuk 60 hari pada kadar
faedah 9%. Satu nota telah ditandatangani.

Mei 5
Membayar Bumiputera Commerce Bank amaun yang dipinjam pada Mac 6.

November 16
Membuat pinjaman dengan Bumiputera Commerce Bank dengan menandatangani Nota Belum
Bayar berjumlah RM 5,000 untuk 90 hari dengan kadar faedah 8%.

Disember 31
Membuat pelarasan untuk faedah yang belum bayar.

2000

Februari 14
Membayar Bumiputera Commerce Bank amaun yang dihutang pada November 16, 1999.

DIKEHENDAKI :

Sediakan catatan jurnal am untuk merekod semua urusniaga di atas.

Soalan 6

Zado Bhd. menjual kereta permainan dengan memberi waranti 75 hari untuk keluaran yang rosak.
Berdasarkan pengalaman lepas, 5% dari unit dijual akan rosak dalam jangkamasa waranti. Harga
jualan seunit ialah RM 20. Kos pembaikan untuk unit yang rosak adalah RM 5 untuk buruh dan
RM 3 untuk alat ganti. Maklumat unit dijual dan unit rosak adalah seperti berikut :

Bulan Unit Jualan Unit rosak sebelum 31 Disember


November 30,000 600
Disember 32,000 400

DIKEHENDAKI :

a. Sediakan pengiraan untuk anggaran Liabiliti waranti/jaminan pada`31 Disember untuk unit
jualan bulan November dan Disember.

b. Sediakan catatan jurnal untuk merekod anggaran liabiliti jaminan dan kos sebenar yang
terlibat untuk 1,000 unit yang dipulangkan.

c. Andaikan di dalam bulan Januari tahun berikutnya, sebanyak 350 unit dipulangkan dalam
jangkamasa jaminan. Sediakan catatan untuk merekod kos pembaikan.

172

You might also like