You are on page 1of 2

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 1: Pengenalan Kepada Perakaunan

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

Soalan 1

Pengguna maklumat perakaunan terdiri daripada pengguna dalaman dan pengguna luaran.
Nyatakan dua pengguna luaran dan jelaskan kepentingan maklumat perakaunan kepada
pengguna-pengguna tersebut.

Soalan 2

Aiman pemilik perniagaan Kafe Siber. Perniagaannya telah menunjukkan perkembangan dan
kemajuan. Aiman bercadang untuk mengubah bentuk perniagaannya daripada perniagaan tunggal
kepada syarikat. Bincangkan kebaikan yang akan dinikmati oleh Aiman jika beliau membentuk
sebuah syarikat.

Soalan 3

Berikan tiga perbezaan di antara perkongsian dengan syarikat.

Soalan 4

Objektif laporan penyata kewangan adalah menghubungkan maklumat perakaunan kepada


pengguna. Anda dikehendaki kenalpasti dua kumpulan pengguna dan terangkan bagaimana
maklumat perakaunan berguna kepada mereka.

Soalan 5

Berikan EMPAT perbezaan di antara perniagaan tunggal dengan perniagaan jenis syarikat.

Soalan 6
Nyatakan sama ada kenyataan-kenyataan di bawah Benar atau Salah.

a. Jika terdapat dua atau lebih pemilik, sesebuah perniagaan itu perlu berbentuk
perkongsian
b. Dalam perniagaan milikan tunggal, pemilik dan perniagaan adalah secara
perundangan adalah merupakan satu entiti
c. Perniagaan milikan tunggal dan pemiliknya mewakili satu entiti perakaunan
yang sama
d. Mana-mana dua individu boleh, secara lisannya menubuhkan sebuah syarikat

e. Pemilik syarikat tidak bertanggung jawab, secara undang-undang di atas


hutang syarikat
f. Dalam pekongsian, rakan-rakan kongsi dan perniagaan adalah secara
perundangannya adalah satu entiti yang sama
g. Kesemua rakan kongsi dalam sebuah perkongsian perlu mengagihkan
keuntungan yang diperolehi secara sama rata
h. Milikan dalam perniagaan syarikat adalah dibuktikan dengan sijil saham
i. Agihan perolehan (keuntungan) kepada pemegang saham dikenali sebagai
liabiliti
j. Perkara-perkara yang termasuk di dalam penyata kewangan ialah aset, liabiliti,
ekuiti pemilik, penerimaan & pembayaran tunai

9
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 1: Pengenalan Kepada Perakaunan

Soalan 7

a. Siapakah pengguna-pengguna maklumat perakaunan ? Jelaskan tujuan penggunaan


maklumat perakaunan.

b. Perakaunan dapat dipecahkan kepada dua bidang iaitu perakaunan kewangan dan
perakaunan pengurusan. Secara ringkas huraikan ciri-ciri perbezaan di antara bidang-
bidang tersebut.

Soalan 8

Nyatakan 3 ciri bagi setiap jenis pemilikan perniagaan.

Soalan 9

Berikan dua contoh untuk setiap yang berikut.

a. Perniagaan Perkhidmatan
b. Perniagaan Perkhidmatan Profesional
c. Perniagaan Pembarangan
d. Perniagaan Perkilangan

Soalan 10

Apakah yang dimaksudkan dengan liabiliti tidak terhad ? Huraikan.

10

You might also like