You are on page 1of 4

ASSIGNMENT 1 SPM 2010 PRINSIP PERAKAUNAN FORM 5 SEKOLAH MENENGAH ISLAM IQKL SOALAN 1 Gah, Goh dan Gih

merupakan pekongsi bagi Syarikat Perkongsian Wiramas yang menjalankan kegiatan pemborongan barang-barang runcit. Mereka telah memulakan operasi pada 1 Januari 2003. Berikut adalah Imbangan Duga yang telah diambil pada 31 Disember 2009: RM Modal : Gah Goh Gih Akaun Semasa : Gah Goh Gih Ambilan : Gah Goh Gih Premis Peralatan (Kos: RM 15000) Stok pada 1 Januari 2009 Belian Pulangan Cukai belian Jualan Gaji Air dan Elektrik Insurans Belanja Am Hutang Lapuk Penghutang dan Pemiutang Peruntukan Hutang Ragu Pinjaman Gih Belanja Telefon Bank Tunai RM 45000 35000 20000 1218 756 19767 28156 10721 92200 10500 12190 112500 210 1250 7200 4630 2960 710 1240 17270

660

480 189600

10460 1140 15000 4190

250 430 322844

322844

Gah, Goh dan Gih berkongsi untung dan rugi mengikut nisbah 2:2:1. Persetujuan berikut telah dibuat semasa perkongsian mereka ditubuhkan. Antara perjanjian lain yang telah dimeterai bersama adalah: i) ii) Gaji sebanyak RM 4800 setahun diberi kepada Goh Goh juga diberi bonus sebanyak 10% atas segala untung bersih yang melebihi RM 50000 setahun iii) Faedah sebanyak 10% setahun diberi untuk modal.

Maklumat tambahan: i) Insurans telah terlebih bayar pada tahun ini sebanyak RM 620, manakala sebanyak RM 430 masih lagi tertangguh bagi belanja air dan elektrik. ii) Bank memberitahu terdapat sekeping cek tak layan bernilai RM 530 yang telah diterima daripada penghutang. Urusniaga ini belum dicatat dalam mana-mana buku. iii) Peruntukan hutang ragu hendaklah diselaraskan kepada 5% atas penghutang bersih. iv) v) vi) Peralatan disusutnilaikan pada kadar 10% atas kos setahun Pinjaman daripada Gih diambil pada 1 Mac 2009 Stok telah dinilai semula pada 31 Disember 2009 berjumlah RM 14220.

Anda dikehendaki: a) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi untuk tahun berakhir 31 Disember 2009 b) Akaun Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2009. c) Kunci Kira-Kira pada tarikh tersebut.

SOALAN 2

Berikut adalah Kunci Kira-Kira Izam, Zamri dan Rizal pada 31 Mac 2010 Kunci Kira-Kira pada 31 Mac 2010 RM RM Akaun Modal : Izam 22 000 Zamri 11 000 33 000 Liabiliti Bukan Semasa Pinjaman atas gadai Janji 3 000 8 000 Liabiliti Semasa 2 800 Pemiutang 1 000 14 800 47 800

Aset Bukan Semasa Harta benda milik bebas Kenderaan Aset Semasa Stok Penghutang Bank Akaun Modal : Rizal

RM 7 000 4 000

RM

11 000 18 800

18 000

47 800

Mereka membahagikan untung dan rugi mengikut nisbah 1/2:1/3:1/6. Mereka telah mengambil keputusan untuk membubarkan perkongsian itu pada tarikh yang disebutkan di atas. Semasa pembubaran, Harta benda milik bebas telah direalisasikan dengan nilai RM 22 600. Hutang lapuk dan diskaun diberikan ialah sebanyak RM 1 000. Stok telah dijual dengan harga RM 2 400 dan kenderaan RM 10 300. Pinjaman atas gadai janji telah dijelaskan sepenuhnya. Pemiutang juga telah member diskaun sebanyak RM 200. Kos perundangan pembubaran adalah RM 600 dan telah dijelaskan sepenuhnya. Setelah selesai merealisasikan aset dan liabilti telah dijelaskan, satu tuntutan telah di buat kepada Rizal bagi jumlah yang dihutangnya kepada syarikat. Rizal telah berjaya membayar hutangnya. Proses pembubaran telah selesai sepenuhnya pada 15 April 2010. Anda dikehendaki menyediakan akaun-akaun yang sesuai dalam proses pembubaran.

SOALAN 3 Dr. Fong, seorang doktor, telah membuat rancangan untuk membuka sebuah klinik perubatan pada 1 Januari 2010 dengan modal sebanyak RM 50 000, kenderaan kecemasan, RM 80 000, Lekapan dan Lengkapan, RM 15 000. Anggaran pendapatan dan perbelanjaan adalah seperti berikut: i) Beliau ingin mendapatkan pinjaman bank sebanyak RM 24 000 (dengan kadar faedah sebanyak 10% setahun). Beliau telah memohon pinjaman tersebut pada 27 Januari 2010 di Maybank Berhad Anggaran pembayaran klinik pada bulan Januari adalah seperti berikut: a) Pemiutang bekalan ubat = RM 4 400 dan meningkat sebanyak 15% pada bulan-bulan berikutnya. b) Belanjan air dan letrik = RM 260 dan meningkat sebanyak 10% pada bulanbulan selepasnya c) Perbelanjaan Am = RM 650, meningkat pada Februari 5%, menurun pada mac 10% dan meningkat 10% pada April d) Gaji pembantu klinik = RM 2 000 dan kekal untuk bulan seterusnya e) Belian alat dan perubatan = RM 38 900. Pembelian kedua berjumlah RM 10 500. Pembelian ini dilakukan 2 bulan sekali. f) Sewa premis = RM 1 800 sebulan Permohonan pinjaman Dr. Fong telah diluluskan pada 5 Februari 2010. Pinjaman dan faedah dibayar balik secara ansuran mulai bulan Mac 2010. Tempoh pinjaman bank ialah setahun. Anggaran penerimaan daripada perkhidmatan ialah RM 7 500 sebulan pada Januari dan dijangka bertambah 20% setiap bulan yang berikutnya. Penerimaan daripada jualan ubat pada Januari pula ialah RM 5 000 dan dijangka bertambah 5% pada bulan-bulan berikutnya Kenderaan ini telah disusutnilaikan 10% setahun atas kos, manakala Lekapan dan lengkapan disusutnilaikan sebanyak 5% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.

ii)

iii)

iv)

v)

vi)

Anda dikehendaki menyediakan Belanjawan Tunai bagi Klinik Dr. Fong bagi empat bulan berakhir 30 April 2010

You might also like