You are on page 1of 1

Yang Berhormat,

Ustaz Shaharizukimain Bin Abd Kadir,

Ahli Parlimen Setiu,

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Setiu,

Bandar Permaisuri,

22100 Setiu, Terengganu. 13 November 2021

Yang Berhormat,

MEMOHON SUMBANGAN DANA BAGI PROGRAM SUMBANGAN KEBAJIKAN DALAM TALIAN

Dengan segala hormatnya, perkara diatas dirujuk.

2. Untuk makluman Yang Berhormat, seramai 12 orang pelajar University Kolej Bestari yang
mengambil subjek Pengurusan Khidmat Masyarakat (MPU3412) akan mengadakan program
sumbangan kebajikan secara dalam talian untuk melengkapkan komponen kerja kursus bagi
subjek ini. Program kebajikan ini dianjurkan bertujuan untuk memberi hasil yang bermanfaat dan
bagi mendidik pelajar agar saling mengingati hidup dalam komuniti masyarakat serta dapat
memberi impak yang positif kepada komuniti yang menerima. Program ini akan diadakan seperti
ketetapan berikut:

Tarikh : 12 Disember 2021

Tempat : Madrasah Al-Ikhlas, Setiu Terengganu

3. Sehubungan dengan itu, pihak kamu berbesar hati sekiranya pihak Yang Berhormat dapat
menghulurkan sumbangan bagi menampung perbelanjaan program ini. Sumbangan boleh
disalurkan melalui keterangan berikut:

NAMA BENDAHARI : NUR BATRISYIA WADIAH BINTI MUSTAFA KAMAL

NO. AKAUN BANK : 7625637767 (CIMB)

Segala kerjasama dan sumbangan daripada pihak Yang Berhormat amat kami hargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Di sini juga kami telah lampirkan kertas kerja bagi
program kebajikan tersebut.

Yang Benar,

(NUR AIN AMALIEN BINTI MOHD AZIHAN)


Ketua Ahli Jawatankuasa Sumbangan & Dana,
Program Sumbangan Kebajikan.

You might also like