You are on page 1of 7

PENYATA PEMBELAAN

1. Defendan mengakui segala isi kandungan di dalam Perenggan 1 ,2


dan 3 dalam Penyata Tuntutan.

2. Defendan merujuk kepada Perenggan 4 Penyata Tuntutan dan


menegaskan bahawa beliau telah mendiami tanah tersebut sejak
tahun 1997 dan lain-lain penyataan di dalam perenggan tersebut
adalah dipersetujui.

3. Defendan menafikan kandungan di dalam Perenggan 5 dan 6 Penyata


Tuntutan dan mengehendaki Plaintif- Plaintif membuktikannya di
bawah dasar bukti yang jelas dan kukuh di mahkamah kelak.

4. Defendan menegaskan bahawa beliau tidak menduduki tanah


tersebut secara haram tetapi mengatakan sedemikian :-

a) Pemilk berdaftar tanah tersebut yang terdahulu adalah


Encik Yan ( selepas ini dikenali sebagai mendiang Si Mati)
iaitu bapa kepada Plaintif-Plaintif dalam tindakan ini.

b) Mendiang Si mati dan bapa Defendan adalah dua beradik


(adik dan abang).

c) Si Mati telah meninggal dunia pada tahun 2014 manakala


Bapa Defendan telah meninggal dunia pada tahun 2015.

d) Kesemua Plaintif-Plaintif telah menjadi pemilik berdaftar


tanah ini pada 12/6/2015.
e) Defendan pada tahun 1997 setelah mendapat persetujuan
dan/atau kebenaran daripada mendiang si Mati iaitu
bapa kepada Plaintif-Plaintif untuk membina sebuah
rumah diatas bahagian tanah milik mendiang Si Mati
(selepas ini dikenali sebagai rumah tersebut).

f) Defendan telah mengeluarkan perbelanjaan serta kos


yang berjumlah RM 250,000.00 untuk membina rumah
tersebut diatas tanah tersebut.

g) Defendan telah mendiami rumah tersebut tanpa sebarang


gangguan daripada tuan tanah terdahulu mahupun
Plaintif-Plaintif dari tahun 1997 sehingga Defendan
menerima Notis Tuntutan daripada peguamcara Plaintif-
Plaintif untuk mengosongkan tanah tersebut.

5. Defendan memplidkan bahawa sepanjang masa material kesemua


Plaintif-Plaintif mengetahui dan/atau mempunyai pengetahuan
bahawa Defendan telah membina rumah tersebut di atas tanah
tersebut selepas mendapatkan persetujuan dan/atau kebenaran
daripada mendiang Si Mati iaitu bapa kepada Plaintif-Plaintif.

6. Selanjutnya Defendan menegaskan bahawa berdasarkan kepada


perkara-perkara tersebut diatas, Beliau mempunyai ekuiti untuk
menetap di atas tanah tersebut dari segi (Proprietary Estoppel) dan
defendan bukanlah seorang yang mendudukan tanah tersebut secara
haram.
7. Defendan mengakui bahawa beliau ada menerima Notis Tuntutan
bertarikh 7/6/2019 tetapi menegaskan bahawa beliau tidak perlu
mematuhinya berpandukan alasan-alasan tersebut di atas.

8. Defendan menafikan kandungan di dalam Perenggan 9,10,11 dan 12


Penyata Tuntutan serta setiap butir-butir kerugian Plaintiff-
Plaintiff menurut Penyata Tuntutan dan memerlukan Plaintiff-
Plaintiff membuktikannya di bawah dasar bukti yang jelas dan
kukuh.

9. Kecuali sebagaimana yang diakaui dengan nyata terdahulu


daripada ini, Defendan menafikan setiap dan tiap-tiap penyataan
yang terkandung dalam Penyata Tuntutan ini seolah-oleh ianya
dinyatakan di dalam ini dan di sangkal dengan khusus.

10. Dengan itu, Defendan memohon agar tuntutan Plaintif-plaintif


terhadap defendan ditolak dengan kos.

Bertarikh pada 14hb Oktober 2019

..............................................................
Peguamcara bagi pihak Defendan
Penyata Pembelaan Ini Difailkan Oleh Tetuan Devandran & Co No. 12b
Tingkat Atas, Lorong Seruling, Kompleks Pknps, 01000 Kangar, Perlis. TEL:
04 –976 5535 FAX: 04 – 976 4573 E-MAIL: Devandranco@Yahoo.Com.My

11. Defendan menafikan kandungan Perenggan 3 Penyata Tuntutan


dan memerlukan Pihak Plaintif membuktikannya di bawah dasar
bukti yang jelas dan kukuh.

12. Defendan menafikan kandungan Perenggan 4 Penyata Tuntutan


dan memerlukan Pihak Plaintif perlu membuktikannya di bawah
dasar bukti yang jelas dan kukuh kerana Defendan berpendapat
bahawa tanah tersebut adalah tanah yang diusaha sama oleh bapa
Defendan dan Plaintiff ketika mereka masih hidup dan Defendan
juga telah tinggal di atas tanah tersebut sejak dari beliau lahir.

13. Hal ini kerana,bapa Plaintiff telah menyatakan bahawa diatas


tanah tersebut terdapat bahagian tanah/rumah milik bapa
Defendan. Oleh itu, mempunyai hak ke atas tanah milikan
bersama tersebut justeru nama Defendan sebagai waris perlu
dimasukkan ke dalam geran milikkan tersebut ketika mendapat
hakmilik dari bapa Plaintiff.

14. Defendan menafikan kandungan Perenggan 5 Penyata Tuntutan ,


dan memerlukan Pihak Plaintif membuktikannya di bawah dasar
bukti yang jelas dan kukuh.

15. Secara alternatifnya, sekiranya tanah tersebut di atas ini adalah


sebuh tanah usahasama di antara bapa pihak plaintiff dan
defendan. Maka defendan sebagai waris juga mempunyai hak dan
ekuiti ke atas tanah dan rumah tersebut.

16. Defendan mengatakan bahawa tanah yang didiami dan diduduki


oleh defendan adalah tanah milik mendiang bapa defendan.
Mendiang bapa plaintiff semasa beliau masih hidup telah
membuat permohonan pemilikan tanah ke Pejabat Tanah & Galian
Perlis 21/7/1973.

17. Di dalam permohonan mendiang bapa plaintiff, beliau telah


menyatakan di atas tersebut terdapat bahagian tanah dan rumah
milik abangnya iaitu bapa defendan, Soom Boon A/L Endin Wan
sejak dari tahun 1968. Oleh yang demikian, Defendan sebagai
waris mempunyai hak ke atas tanah milikan bersama tersebut.

18. Defendan mengakui segala isi kandungan di dalam Perenggan 6,7 dan
8 dalam penyata tuntutan.

19. Defendan menafikan kandungan Perenggan 9 Penyata Tuntutan ,


hal ini kerena Defendan telah cuba untuk berbincang perkara ini
dengan Plaintiff Pertama kerana ini melibatkan keluarga. Namun
pihak plaintiff gagal untuk memberi kerjasama.

20. Defendan menafikan kandungan Perenggan 10 Penyata Tuntutan


dan memerlukan Pihak Plaintif membuktikannya di bawah dasar
bukti yang jelas dan kukuh.

21. Defendan menafikan kandungan Perenggan 11 Penyata Tuntutan


dan memerlukan Pihak Plaintif membuktikannya di bawah dasar
bukti yang jelas dan kukuh.

22. Defendan menafikan kandungan Perenggan 11,12 dan 13 Penyata


Tuntutan . Hal ini kerana, tidak kesemua plaintiff bersetuju untuk
memulakan tindakan ini terhadap defendan dan memerlukan
Pihak Plaintif membuktikannya di bawah dasar bukti yang jelas
dan kukuh

23. Defendan menafikan kandungan setiap Butir-Butir Kerugian


Pihak Plaintiff menurut Penyata Tuntutan dan memerlukan Pihak
Plaintiff membuktikannya di bawah dasar bukti yang jelas dan
kukuh.

24. Kecuali sebagaimana yang diakaui dengan nyata terdahulu


daripada ini, Defendan menafikan setiap dan tiap-tiap penyataan
yang terkandung dalam Penyata Tuntutan ini seolah-oleh ianya
dinyatakan di dalam ini dan di sangkal dengan khusus.

25. Dengan itu, Defendan memohon agar tuntutan pihak plaintif


terhadap defendan ditolak dengan kos.
Bertarikh pada September 2019

..............................................................
Peguamcara bagi pihak Defendan

Penyata Pembelaan Ini Difailkan Oleh Tetuan Devandran & Co No. 12b
Tingkat Atas, Lorong Seruling, Kompleks Pknps, 01000 Kangar, Perlis. TEL:
04 –976 5535 FAX: 04 – 976 4573 E-MAIL: Devandranco@Yahoo.Com.My

You might also like