You are on page 1of 8

PENGENALAN

Kepimpinan membawa maksud satu proses yang dilakukan oleh seseorang


pengurus dalam usaha mencapai matlamat yang telah ditetapkan.Keperluan kuasa kepada
pengurus adalah membolehkan pengurus mengarah, memujuk, danmemaksa pekerja
melakukan sesuatu sebagaimana yang dikehendaki. Membolehkan pengurus mengagihkan
tugas dan tanggungjawab. Membolehkan pengurus membuat keputusan terutama dalam
aspek pengambilan dan pengrekrutan, menentukan siapa yang layak untuk dinaikkan
pangkat, diambil tindakan disiplin atau dipecat daripada organisasi.
Maksud kuasa menurut McShane,Von Glinow (2009) kuasa adalah keupayaan
seseorang, pasukan atau organisasi untuk mempengaruhi orang lain, bukan bertindak
mengubah sikap atau kelakuan seseorang. Seseorang atau kumpulan percaya dengan
sumber nilai kuasa tersebut. Menurut Max Weber pula kuasa di sebut sebagai satu peluang
yang akan membolehkan seseorang atau sebilangan orang untuk menggunakan kelebihan
yang ada pada diri sendiri untuk bertindak sebagaimana yang dikehendaki walaupun
terpaksa menghadapi pertentangan daripada mereka yang terlibat.
Definisi politik organsasi pula adalah proses hubungan antara kuasa dan pengaruh
membabitkan individu-individu dan kelompok-kelompok tertentu sama ada di peringkat
dalamanatau luaran persekitaran organisasi (Eran Vigoda,1998). Selain itu, merujuk kepada
pengaruh aktiviti-aktiviti dan taktik-taktik yang dilakukan oleh ahli-ahli organisasi dalam
usaha untuk memenuhi dan mencapai kepentingan dan matlamat mereka di tempat kerja.
JENIS-JENIS KUASA DALAM PETIKAN
1. Kuasa Sah
Kuasa yang diperoleh dari hak formal seseorang ekoran daripada jawatan atau peranan
kuasa seseorang dalam hierarki organisasi.
Ketua Bahagian Sumber Manusia mempunyai kuasa disebabkan jawatan yang
dipegang. Encik Razman dinaikkan pangkat daripada Eksekutif Sumber Manusia kepada
Ketua Bahagian Sumber Manusia kerana pengalaman beliau yang lama, banyak, dan
berguna serta kelulusan yang diperolehi.
2. Kuasa Ganjaran
Keupayaan pengurus untuk memberi ganjaran atau peneguhan positif kepada
seseorang pekerja.Pengarah boleh menggunakan ganjaran ekstrinsik (kewangan) dan
intrinsik (bukan kewangan) untuk mengawal staf bawah kelolaannya. Contohnya Encik
Razman telah menaikkan pangkat pekerjanya kerana beliau berpuas hati dengan
pencapaian kerjanya. Ganjaran adalah setimpal dengan sumbangan yang telah
diberikan oleh pekerjanya, bermakna jika ianya bernilai dan kadar ganjaran juga berbeza
antara mereka yang berprestasi rendah dengan yang berprestasi tinggi.
3. Kuasa Paksaan
Kuasa yang berasaskan kebolehan mempengaruhi, menghukum dan memaksa ke atas
penerima pengaruh kerana tidak memenuhi kehendak yang telah ditetapkan. Hukuman
mungkin dalam bentuk teguran, potongan gaji, pemindahan atu dibuang daripada
organisasi.
Encik Faisal mengenakan tindakan pengukuhan secara negatif terhadap pekerjanya iaitu
menahan kenaikan gaji, dan tidak meluluskan pemberian bonus kerana beliau ingin
memastikan kerja yang dijalankan mesti mengikut kehendak beliau.
4.Kuasa Kepakaran
Kuasa yang berasaskan kepada pemahaman persepsi atau mempercayai bahawa
individu mempunyai suatu kepakaran yang relevan atau pengetahuan khusus.Pengaruh
yang digunakan akibat dari kemahiran, kecekapan yang istimewa atau pengetahuan
yang dimiliki oleh seseorang individu dalam organisasi. Kuasa itu dimiliki sama ada pada
Pengarah, Ketua jabatan atau staf di sesebuah organisasi. Oleh kerana pekerjaan
semakin khusus,seseorang itu lebih bergantung kepada pihak yang mahir untuk
mencapai sasaran.
KUASA HUKUMAN BOLEH MEMBERI KESAN POSITIF KEPADA ORGANISASI
Kuasa hukuman juga melibatkan manipulasi oleh ketua dalam memenuhi
kepentingan dan kehendaknya di mana ketua menghukum ahli apabila ahli tersebut gagal
menurut kehendak dan kemahuan ketua. Hukuman itu mampu melibatkan tugasan diluar
bidang kerja, pemerhatian yang ketat,melaksanakan undang-undang organisasi yang ketat,
digantung kerja tanpa gaji, atau pun mungkin juga dibuang kerja (French dan Raven,1959).
Kuasa ini berasaskan ketakutan di mana pekerja akan menurut perintah sesuatu arahan
kerana takut ketuanya akan menyekat kenaikan pangkat atau kemungkinan disingkirkan
daripada jawatannya.
Sebaiknya kuasa hukuman ini tidak dilaksanakan kecuali apabila keadaan
memerlukan.Kuasa ini adalah kuasa negatif yang dimiliki oleh seseorang pemimpin.
Pemimpin sebegini memberi kongkongan kepada pekerja, menimbulkan kesakitan kepada
pekerja,hukuman, dan menahan keistimewaan yang dinikmati oleh pekerja. Kuasa
hukuman ini sukar diaplikasikan dan cenderung menghasilkan kesan yang tidak diingini. Jika
kuasa ini tidak dikawal penggunaannya dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya
pemberontakan, sabotaj, berpura-pura, mengabaikan tanggungjawab, kesediaan untuk
bertindak balas, gelisah, bimbang, marah, rasa geram dan terpaksa mengiyakan segala
arahan dan larangan.
Contohnya,Encik Faisal merupakan Ketua Bahagian Pengurusan Sistem Maklumat
yang telah lama berkhidmat sejak tahun 1992. Beliau tidak popular di kalangan pekerjanya
disebabkan oleh tindakan memulaukan kakitangannya yang tidak mahu bekerjasama
dengan beliau. Ada kakitangan yang ditahan kenaikan gaji, dan tidak diluluskan pemberian
bonus. Semua ini dilakukan oleh beliau semata-mata kerana beliau ingin memastikan kerja
yang dijalankan mesti mengikut kehendak beliau. Oleh itu, beliau telah menjalankan tugas
menggunakan kuasa hukuman.
Dalam organisasi, kadang-kala penggunaan kuasa hukuman wajar dilakukan bagi
mengelakkan atau menghalang tingkah laku pekerja yang jelas boleh menjejaskan aktiviti
organisasi,seperti aktiviti yang menyalahi undang-undang,mencuri,mencabul peraturan
keselamatan, tingkah laku yang tidak mempeulikan orang lain, dan ingkar langsung pada
permintaan yang sah. Dengan mengeluarkan surat amaran atau peringatan ke atas pekerja
yang bermasalah, diharapkan satu perubahan yang positif dapat dilihat terhadap pekerja
tersebut.
Kuasa hukuman dirasakan tidak mungkin dapat menghasilkan komitmen tetapi
apabila digunakan secara berkemahiran, mungkin ada harapan ia menghasilkan kepatuhan
KESAN POSITIF DAN NEGATIF POLITIK DALAM ORGANISASI KE ATAS PEKERJA
Kesan positif politik dalam organisasi ke atas pekerja ialah dapat menunjukkan
bahawa individu akan dihargai jika berkaitan dengan kejayaan organisasi. Sebagai contoh,
organisasi mungkin akan berjaya dengan strategi yang baik reputasi yang tinggi. Aktiviti
politik yang membantu organisasi akhirnya memberi manfaat kepada semua orang dari
perspektif pengurusan.Selain itu,kekuatan budaya yang wujud dalam sesebuah organisasi
adalah hasil perkembangan dan penerapan aspek tersebut kepada satu kelompok. Di
samping itu,kesan positif penglibatan seorang pekerja dalam perlakuan politik juga
berpunca daripada keperluan kuasa yang tinggi,autonomi, perlindungan dan keperluan
status. Secara umum, tahap penglibatan individu ke dalam perlakuan politik adalah
bergantung kepada keperluan dan kecenderungan yang tinggi terhadap kejayaan sesuatu
matlamat yang ingin dicapai. Seterusnya, seorang pekerja akan mengawasi diri sendiri.
Seorang individu tersebut akan bijak untuk berubah pada masa-masa tertentu untuk
menyesuaikan diri dengan keadaan semasa dn mengelak dari terancam. Tujuan
perubahan dan penyesuaian tingkahlaku dapat menimbulkan reaksi positif daripada pihak
lain.Mereka mampu mengawal diri dengan baik, komunikasi dengan berkesan dengan
pelbagai peringkat atau pihak dalam organisasi yang akan memberi kesan positif terhadap
pekerja mahupun dalam seseuah organisasi tersebut. Seterusnya, taktik politik dalam
menyemai tanggapan yang menguntungkan mampu menanam tanggapan positif dikalangan
ahli organisasi. Persaingan juga akan meningkatkan lagi sikap professional di kalangan
pekerja dalam organisasi.
Manakala, kesan negatif politik dalam organisasi ke atas pekerja ialah individu akan
menggunakan manfaat politik untuk kepentingan mereka sendiri, dan bukannya untuk
kepentingan organisasi. Selain itu, pengurus yang memiliki keinginan yang tinggi akan
bersikap pragmatik, dan yakin tujuan boelh menghalalkan cara. Dalam hal ini, ia akan
memberi kesan yang negatif kerana seorang pengurus akan memperalatkan orang lain dan
membelakangkan moral dan etika untuk mencapai kepentingannya. Mereka yang
berfahaman demikian merasakan tindakan mereka tidak salah asalkan mencapai
kepentingan peribadi mereka. Di samping itu, kekaburan menyebabkan matlamat dan misi
organisasi tidak jelas. Politik dalam organisasi akan berkembang dalam keadaan yang kabur
dan tidak menentu yang akan memberi kesan negative terhadap pekerja dalam sesebuah
organisasi tersebut. Seterusnya, kesan negatif politik dalam organisasi dipengaruhi oleh
persaingan terutamanya dalam mencapai matlamat,kepentingan dan keperluan. Dalam
setiap persaingan,seorang pekerja akan cuba untuk mengatasi lawan bagi memastikan
matlamat tercapai.Oleh itu,proses ini akan mempengaruhi politik sesebuah organisasi.

Setelah itu, hieraki dan peringkat boleh mempengaruhi kesan negatif politik dalam
organisasi ke atas pekerja. Peringkat dalam organisasi dapat dilihat melalui penyaluran dan
menyampaian maklumat dari pihak atasan kepada pihak bahawan. Sebarang gangguan
seperti maklumat tidak jelas, keliru atau lewat menyebabkan timbul masalah dalam
kekeliruan yang merupakan faktor kewujudan politik organisasi. Akhir sekali, kesan negatif
politik dalam organisasi ke atas pekerja ialah pekerja akan cenderung untuk menyalah dan
menyerang orang lain jika berlaku sebarang kegagalan, kesilapan dan ketidak mampuan
untuk bersaing. Pola-pola politik organisasi yang cenderung untuk mencetuskan konflik
interpersonal dan interkelompok.
CARA ORGANISASI MEMBANTU PEKERJA MENGELAKKAN POLITIK DI TEMPAT

KERJA

Pengurus merupakan faktor menyumbang kepada keharmonian tempat bekerja.

Oleh itu, pengurusan adalah penting bagi membantu mengatasi keadaan ini. Terdapat 3

cara yang boleh dilakukan oleh organisasi bagi menghindari gejala ini seperti memberi

pengiktirafan kepada pekerja berdasarkan pencapaian pekerjaan mereka bukan kerana hal-

hal peribadi. Pegawai atasan perlu bertindak adil dan memberi peluang kepada anggota

yang betul-betul berkelayakan untuk mendapat kenaikan pangkat ataupun apa-apa

kelebihan dari pihak organisasi. Kebanyakan kejadian politik pejabat disebabkan oleh faktor

dalaman seperti gaya pengurusan, keadaan tempat kerja, cara individu atau kumpulan kerja

dan polisi organisasi. Oleh itu, pihak pengurusan harus lebih peka dan memantau gejala ini

melalui menyediakan ruang aduan bagi setiap kakitangan. Perkara ini oleh membantu pihak

pengurusan sumber manusia mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di dalam organisasi

dan menyelesaikannya melalui pemberian kaunseling kepada mangsa dan pemangsa

kepada gejala ini. Selain itu, mangsa pula haruslah berani dan mengambil inisiatif sendiri

untuk berjumpa pihak pengurusan atau HR. Pilihan ini mempunyai beberapa keterbatasan,

terutama jika rakan kerja yang terlibat mendapat sokongan dari orang atasannya. Jika

pekerja mempunyai bukti yang mereka telah dianiaya,jangan keberatan untuk bertemu

pihak pengurusan. Pencegahan haruslah bermula dari diri sendiri terlebih dahulu. Akhir

sekali, elakkan dari terlibat sama di dalam menyebarkan gossip ataupun fitnah kepada

pekerja lain.Pekerja juga harus berusaha sendiri untuk memperoleh kejayaan dan

mendapat pengiktirafan dari organisasi tanpa bergantung kepada kuasa yang ada pada

sesetengah pegawai atasan.


NASIHAT KEPADA ENCIK RAHMAN

Encik Rahman perlu memberikan ulasan prestasi yang kerap dan tepat. Seorang

pekerja wajar mengetahui bagaimana keadaannya, termasuk perkara-perkara yang beliau

mahir dan tempat-tempat di mana dia kekurangan. Beliau harus memberikan ulasan prestasi

sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Selain itu, Encik Rahman perlu bertanya apa

yang beliau perlukan untuk menjalankan tugasnya dengan lebih baik kepada Encik Faisal

bagi menepati kehendak beliau. Ini juga dapat mengeratkan hubungan antara beliau dengan

Encik Faisal. Seterusnya, fokus pada kekuatan pekerja. Tentukan kekuatan Encik Rahman

dan berikan setiap tugas yang sesuai dengan set kemahirannya. Sekiranya dia harus

menghabiskan terlalu banyak masa untuk belajar melakukan sesuatu, ia akan

mengurangkan produktiviti. Seterusnya, Encik Rahman haruslah berkumpul secara sosial

dengan semua jabatan. Ini mungkin sesuatu yang sederhana seperti biskut atau bagel di

ruang rehat atau pesta acara khas. Sebagai pekerja terikat pada tahap yang lebih peribadi,

beliau merasakan rasa tanggungjawab yang lebih besar pada tahap profesional juga.

Apabila pekerja memahami tempatnya sebagai bahagian keseluruhan, dia dapat bekerja

dengan lebih berkesan. Di samping itu, Encik Rahman harus membuka talian komunikasi

antara beliau dengan Encik Faisal. Beliau harus bebas untuk bercakap dengan Encik Faisal

mengenai kebimbangan atau apa yang menghalangnya. Encik Rahman juga tidak

sepatutnya mempertikaikan polisi baru yang dicadangkan oleh Encik Faisal. Akhir sekali,

gaji ialah faktor utama menarik pekerja yang lebih berkualiti tinggi. Sesetengah manusia

amat gemar untuk bertukar kerja. Mereka bertukar-tukar kerja kerana ingin memajukan

kerjayanya, atau untuk menambahkan kemahiran, atau sudah bosan dengan pekerjaan

terdahulu dan seribu satu macam alasan. Walau bagaimanapun, gaji ialah faktor utama

menarik pekerja yang lebih berkualiti tinggi. Encik Faisal sepatutnya tidak boleh menyekat

pemberian bonus kepada Encik Rahman, atas sebab peribadi. Pekerja dapat menilai

ganjaran yang patut diterima olehnya dengan membuat perbandingan diantara satu firma

dengan firma yang lain. Apabila dia merasa berlakunya ketidakadilan, maka terdoronglah ia

untuk berhijrah ke firma lain.


PENUTUP

Politik pejabat boleh membuat kehidupan sukar bagi semua orang.Melalui kesabaran,

pemerhatian dan membuat pilihan yang lebih baik, bukan sahaja mungkin untuk terus hidup,

tetapi juga mengalahkan pengaruh negatif dan juga mengubah cara bekerja dalam

sesebuah organisasi.Pengurus dan pekerja perlu mempunyai kemahiran dan kebolehan

untuk mencapai matlamat politik dan organisasi.Pengurusan politik organisasi yang baik

dapat mengelakkan berlakunya ketegangan dan konflik yang boleh menjejaskan prestasi

dan produktiviti organisasi. Perundingan dan tolak ansur penting untuk menghasilkan win-

win situation.Selain itu,penghargaan juga perlu di berikan kepada kakitangan di dalam

sesebuah organisasi. la menjadi rangsangan yang amat berguna untuk meningkatkan

prestasi individu, prestasi kumpulan dan prestasi organisasi. Penghargaan boleh dijadikan

sebagai motivator terhadap pekerja.Faedah-faedah yang disumbangkan oleh sistem

penghargaan di dalam sesebuah organisasi adalah nyata. Justifikasinya, individu yang

memilki kuasa dan pandai bermain politik dalam organisasi mampu menguasai persekitaran

tempat kerja itu sendiri. Individu yang ingin berjaya perlu bijak menggunakan peluang yang

ada,cuba bersaing dengan cara yang sihat, bertindak secara proaktif untuk memastikan diri

setaraf dengan kehendak dan keperluan masa kini. Terpulanglah kepada seseorang itu

bagaimana ia memainkan peranan dan tanggungjawabnya terhadap organisasi tersebut

asalkan tidak menyalahi etika dan perundangan di Malaysia.

You might also like