You are on page 1of 4

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

BPMN3123
ETIKA PENGURUSAN

TARIKH :
SOALAN

Sebagai salah seorang pihak pengurusan syarikat, justifikasi dan huraian anda terhadap
tindakan perhentian pekerja oleh MAS.

JAWAPAN

PENGENALAN

Pekerja merupakan aset yang sangat berharga kepada organisasi. Tetapi dengan menganggap
mereka ialah sebahagian daripada tanggungan kewangan organisasi perniagaan, kadangkala
menyebabkan nilai-nilai kemanusiaan diabaikan. Jika dilihat daripada kaca mata sejarah,
penggunaan hamba sahaya sebagai pekerja ialah satu kegiatan yang sangat tidak
berperikemanusiaan. Oleh itu, dalam Islam amalan ini telah dapat dibenteras secara beransur-
ansur. Walau bagaimanapun, amalan ini masih lagi dipraktikkan di beberapa negara dunia
ketiga, walaupun dengan senario yang agak berbeza. Contohnya, ada kanak-kanak yang
dijual oleh ibu bapanya sebagai hamba atau pekerja untuk menebus hutang yang telah dibuat.
Itu ialah satu contoh kes yang agak keterlaluan, tetapi masih berlaku. Adalah agak sukar
untuk memenuhi kesemua tuntutan yang dibuat oleh pekerja terhadap majikan. Tetapi ini
merupakan satu tanggungjawab bagi majikan yang beretika untuk memberikan hak-hak
mereka sebagai pekerja.

ISU PEMBUANGAN PEKERJA DAN DISKRIMINASI

Amalan diskriminasi juga sering berlaku dalam pembuangan pekerja berasaskan ras atau
jantina. Pertamanya, bentuk diskriminasi yang wujud di tempat kerja ialah diskriminasi
antara gender. Perkataan diskrimnasi menurut kamus dewan ialah perlakuan membezakan-
bezakan warna kulit, keturunan dan sebagainya. Asal perkataan diskriminate membawa
pengertian membezakan antara satu objek dengan yang lain, secara umumnya ialah bermoral
dan ia tidak semestinya sesuatu aktiviti yang salah. Perkataan diskriminasi dalam penggunaan
moden ini sering diertikan sebagai sesuatu yang tidak bermoral dan merujuk kepada tindakan
salah yang dilakukan secara tidak sah ke atas pekerja yang tidak berdasarkan merit individu
tetapi berasaskan sikap prejudis. Diskriminasi dalam pekerjaan ialah membuat sesuatu
keputusan yang merugikan pekerja. Pekerja tersebut tergolong dalam sesuatu kumpulan dan
keputusan tersebut adalah berdasarkan sikap prejudis terhadap kumpulan tersebut. Terdapat
tiga elemen asas yang terlibat dalam diskriminasi pekerjaan. Pertama ialah membuat
keputusan terhadap seorang atau lebih pekerja tanpa berasaskan merit individu seperti
kebolehan dalam melaksanakan pekerjaan atau tugasan yang diberi, kekananan atau apa-apa
kelayakan yang telah ditetapkan. Kedua ialah keputusan yang dibuat berasaskan kepada sikap
prejudis terhadap gender, ras, atau berasaskan sikap tidak adil ke atas ahli sesuatu kumpulan.
Ketiga ialah, keputusan yang mempunyai kesan yang tidak baik atau merbahaya atau kesan
negatif ke atas pekerja, boleh jadi memberi kesan terhadap pekerjaan mereka, peluang
kenaikan pangkat ataupun ganjaran yang diterima.

BENTUK-BENTUK DISKRIMINASI

Terdapat beberapa bentuk diskriminasi iaiatu yang pertama, tindakan diskriminasi ini
mungkin hasil daripada perbuatan yang tidak diinstitusikan oleh individu yang sengaja
melakukan atas dasar prajudis secara peribadi. Kedua, tindakan diskriminasi ini mungkin
hasil daripada tindakan rutin yang diinstitusikan oleh satu kumpulan, yang secara sengaja
mendiskriminasi tanpa sikap prejudis secara peribadi. Ketiga, tindakan diskriminasi yang
tidak diinstitusikan oleh seorang individu yang tanpa disengajakan dan tanpa disedari telah
mendiskriminasikan seseorang mengikut amalan tradisi stereotaip masyarakatnya. Keempat
ialah tindakan diskriminasi merupakan sebahagian daripada rutin amalan organisasi korporat
atau kumpulan yang tanpa disengajakan telah diinstitusi melalui prosedur dan praktis yang
mendiskriminasikan kaum wanita atau golongan minoriti.

ETIKA DAN DISKRIMINASI

Diskriminasi merupakan sesuatu yang salah dan tidak beretika. Adakah amalan yang
dilakukan oleh masyarakat dan organisasi seperti berlaku perbezaan purata pendapatan dan
status kedudukan mengikut gender dan juga golongan minoriti merupakan satu kesalahan?
Jika benar, bagaimanakah untuk kita mengubah situasi ini? Perbahasan berkenaan dengan
diskriminasi ini boleh kita bahagikan kepada tiga bentuk, iaitu pandangan utilitarian,
pandangan hak asasi dan pandangan keadilan.

PANDANGAN UTILITARAN

Menurut falsafah utilitarian yang mengatakan sesuatu keputusan yang dibuat itu adalah
bergantung kepada hasil yang diperolehi daripada pelaksanaannya. Jika lebih ramai yang
mendapat manfaat daripada tindakan yang dibuat, berbanding dengan mereka yang terjejas
kerana tindakan tersebut, maka ianya dianggap sebagai beretika. Dalam hal ini ahli ekonomi
lebih cenderung untuk mengatakan bahawa amalan diskriminasi adalah tidak beretika kerana
akan menyebabkan tidak efisien dari sudut ekonomi. Produktiviti bagi sesebuah perniagaan
tersebut dan ekonomi secara keseluruhannya ditentukan oleh kesesuaian pemohon pekerjaan
dengan bidang yang ingin diceburinya.

PANDANGAN HAK ASASI (RIGHTS VIEW)

Pandangan hak asasi ialah sesuatu keputusan mestilah berdasarkan kepada hormat-
menghormati dan melindungi hak-hak asasi seseorang individu. Oleh itu, asas kepada
penentangan terhadap diskriminasi ini ialah kerana ianya melanggar hak-hak asasi individu.
Menurut teori Kantian, mereka berpegang kepada pendapat bahawa manusia patut
diperlakukan sebagai “hasil” bukannya sebagai “alat” semata-mata. Ini bermakna, sekurang-
kurangnya setiap individu mempunyai hak asasi untuk dianggap sebagai insan yang bebas
sama seperti insan lain. Setiap individu mempunyai tanggungjawab moral untuk menganggap
setiap individu sebagai bebas dan setara (equal). Kita dapati bahawa, diskriminasi ini
melanggar hak-hak asasi individu kerana menganggap satu golongan adalah melebihi
golongan yang lain. Satu lagi hujahnya ialah, diskriminasi ini menyebabkan golongan yang
didiskriminasikan itu diletakkan di tempat yang lebih rendah dari sudut ekonomi dan sosial.

PANDANGAN KEADILAN (JUSTICE)

Diskriminasi juga dianggap sebagai melanggar prinsip-prinsip keadilan. Menurut pandangan


keadilan, pengurus mesti berlaku adil apabila membuat keputusan dalam perniagaannya.
Prinsip asas bagi pandangan ini ialah setiap individu perlu dilayan dan diperlakukan seadil-
adilnya, dengan memberikan peluang-peluang yang sama rata. Oleh itu, amalan diskriminasi
melanggar prinsip ini.

RUMUSAN

Dapat disimpulkan bahawa etika pekerjaan dalam persekitaran dalaman organisasi adalah
sangat penting bagi memastikan wujud satu suasana yang harmoni bagi mengizinkan aktiviti-
aktiviti di tempat kerja berjalan dengan lancar dan berkesan. Tanggungjawab sebagai pemilik
perniagaan tidak akan habis dengan hanya mensasarkan kepada keuntungan sematamata
tanpa mengambil kira kepentingan pihak-pihak lain dalam organisasi tersebut.
Tanggungjawab sosial perlu seimbang dengan kepentingan semua pihak. Pekerja merupakan
anggota organisasi yang perlu diberikan perhatian khusus kerana mereka terlibat dengan
beberapa isu etika yang penting seperti amalan diskriminasi dan juga pemberhentian pekerja
di tempat kerja. Pihak pengurusan perlu menangani isu ini dengan bijak, beretika dan
menurut kehendak-kehendak peraturan dan perundangan.

You might also like