You are on page 1of 3

Dalam pelaksanaan gerak kerja Kokurikulum, kita tidak dapat

elak pertembungan gender antara guru penasihat, jurulatih


dan sesama pelajar. Sebagai Penyelaras, guru penasihat atau
jurulatih, apakah peranan dan langkah-langkah yang perlu
diambil supaya isu gender tidak menjadi isu sensitiviti?

Saya amat bersetuju dengan pernyataan bahawa kita tidak dapat mengelakkan
berlakunya pertembungan gender antara guru penasihat, jurulatih dan sesama
pelajar semasa melaksanakan gerak kerja kokurikulum. Kokurikulum sangat sensitif
terutama isu kesetaraan jantina yang berasal dari prasangka stereotaip murid lelaki
dan murid perempuan sering timbul. Kebiasaannya, dipercayai bahawa kanak-kanak
lelaki lebih baik dalam latihan fizikal daripada kanak-kanak perempuan.

Walau bagaimanapun, peranan dan langkah-langkah perlu diambil agar isu


gender ini tidak menjadi sensitiviti. Misalnya dalam beberapa unit kokurikulum seperti
bola sepak, bola keranjang, sukan olahraga dan sebagainya, murid wanita
dikecualikan. Streotaip pencapaian lelaki lebih baik daripada perempuan dalam
bidang sukan dan permainan telah lama wujud dan sehingga kini masih menjadi isu
sensitif. Siapakah yang perlu mengambil peranan dan menyusun langkah-langkah
itu? Tanggungjawab ini sudah tentu perlu digalas oleh penyelaras, guru penasihat
atau jurulatih sesebuah persatuan. Berikut merupakan peranan dan tanggungjawab
penyelaras, guru penasihat atau jurulatih bagi memastikan gender bukan lagi satu
isu sensitif.

Peranan penyelaras, guru penasihat dan jurulatih bagi memastikan isu gender
bukan lagi isu sensitiviti.
1. Memastikan unit kokurikulum mempunyai perlembagaan yang wajib dipatuhi oleh
semua ahlinya.
2. Mengawal setiap perjumpaan atau kegiatan dan menentukan perjumpaan atau
kegiatan itu sihat dan tidak menyalahi undang-undang.
3. Menyemai semangat kokurikulum dalam kalangan pelajar.
4. Memastikan undang-undang berkaitan unit beruniform dan persatuan dipatuhi.
5. Memastikan tiada unsur subversif tersebar dalam kalangan ahli.
Langkah-langkah yang perlu diambil oleh penyelaras, guru penasihat dan
jurulatih bagi memastikan isu gender bukan lagi isu sensitiviti.
1. Membina nilai-nilai yang diperlukan, seperti semangat kumpulan dan semangat
kesukanan serta kesedaran sosial. Menekankan sikap dan nilai yang
mempromosikan kesetaraan gender. Penyelaras, guru penasihat atau jurulatih perlu
sentiasa memberikan nasihat dan motivasi serta penekanan kepada semua ahli
kokurikulum setiap kali perjumpaan agar tidak membezakan peranan dan
sumbangan antara lelaki dan perempuan. Apabila sikap dan nilai itu tertanam dalam
diri setiap ahli, maka isu gender tidak akan menjadi satu isu sensitiviti lagi.
2. Buang stereotaip berdasarkan jantina yang menyumbang ke arah mengekalkan
ketaksamaan gender. Penyelaras, guru penasihat mahupun jurulatih perlu
menerangkan kepada semua ahli mengenai Jadual 2 & 3 Akta Pembangunan Sukan
1997 yang menjamin penglibatan hak wanita dalam mana-mana aktiviti badan sukan,
yang jelas menolak diskriminasi terhadap sesiapa sahaja termasuk dari aspek
gender. Ini bermakna ahi mana-mana kokurikulum tidak boleh mendiskriminasikan
sesiapa pun semata-mata kerana dia seorang lelaki atau perempuan. Penyelaras,
guru penasihat dan jurulatih perlu memastikan isu gender ini dihentikan sepenuhnya.
3. Memastikan semua ahli unit kokurikulum mematuhi Perkara 8 (1) dalam
Perlembagaan Persekutuan iaitu “semua orang adalah sama rata di sisi undang-
undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.”
Semua orang tidak mengira gender berhak dilindungi secara sama rata dan
diperlakukan adil mengikut undang-undang di Malaysia.
4. Mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku salah laku seksual. Selain daripada
diskriminasi jantina dalam aktiviti kokurikulum, isu gender ini juga tidak asing dengan
gangguan seksual. Gangguan ini datang pelbagai bentuk seperti lisan, isyarat badan,
visual, psikologi dan fizikal. Tindakan tegas berbentuk hukuman seperti denda,
berbincang dengan ibu bapa, gantung sekolah malah hukuman penjara atau pusat
pemulihan perlu sekiranya berlakunya jenayah seksual. Penyelaras, guru penasihat
atau jurulatih juga perlu memastikan etika pemakaian dipatuhi iaitu tidak memakai
pakaian menjolok mata, melarang murid berdua-duaan ditempat sunyi, mengelakkan
murid berlainan jantina bergaul senda dalam bentuk fizikal.
5. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan murid-murid di
sekolah. Kebanyakan aktiviti yang dilakukan dalam kokurikulum adalah berlandaskan
gerak kerja berkumpulan. Ini akan membina kemahiran berinteraksi dalam kalangan
murid dan juga mengeratkan perhubungan antara mereka. Kesinambungan daripada
itu juga pergaulan dalam kalangan pelajar dan melahirkan pelajar yang ramah serta
berhemah tanpa adanya isu sentiviti melibatkan gender.
6. Memastikan tidak ada unsur pilih kasih dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan .
Terdapat isu dimana segelintir jurulatih atau guru penasihat memperuntukkan aktiviti
hanya untuk murid lelaki sahaja kerana beranggapan lelaki lebih berjaya dan
menguntungkan. Sehinggakan bilangan penyertaan murid perempuan dihadkan.
Contohnya, penyertaan dalam pertandingan sukan dan permainan lebih kepada
murid lelaki dan kurangnya pernyertaan murid perempuan.

Isu gender dalam kokurikulum amat kerap disentuh dan dibincangkan. Isu ini menjadi
isu yang sensitif dan menyentuh hak wanita daripada pelbagai sudut. Antara isu
gender yang hangat diperkatakan ialah gangguan seksual, pilih kasih dan
penyertaan dalam aktiviti kokurikulum sama ada kelab, unit beruniform, dan
persatuan. Justeru peranan aktif dan langah-langkah yang berkesan perlu
dilaksanakan oleh penyelaras, guru penasihat dan jurulatih bagi memastikan dalam
kokurikulum sekolah tidak berlakunya isu gender ini.

You might also like