You are on page 1of 18

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

JTW 104 PENGANTAR PENGURUSAN

TUGASAN
MUHAMMED HILME BIN MAT
NAMA
HASSAN
NO. MATRIK JG/10908/19
NO. KP 950323-03-5953
PUSAT WILAYAH KOTA BHARU
DISEDIAKAN DR. NASINA MAT DESA
UNTUK
tugasan104@gmail.com
EMEL

**Mohon gunakan cover tugasan ini sahaja untuk tugasan anda (gantian peperiksaan akhir).
Situasi A

Rakan serumah anda, Maria, sering menceritakan kepada anda mengenai Anna. Anna

ialah seorang pengurus di tempat Maria bekerja. Menurut Maria, Anna ialah seorang

pengurus yang digemari dan sangat popular dalam kalangan kakitangannya. Maria

sangat mengagumi Anna dan ingin menjadi seperti Anna.

Soalan 1 :

Berdasarkan kepada situasi A, terangkan jenis kuasa yang dipunyai oleh Anna.

Kenapa?

Jawapan :

Pemimpin yang mempunyai ciri-ciri yang menarik perhatian orang lain . Orang ramai

sanggup mengikut arahannya disebabkan rasa hormat dan ingin mencontohinya.

Umumnya pengurus atau pemimpin yang memiliki kuasa ini berupaya menyebabkan

pekerja rasa dihargai dan diterima, membuatkan pekerja merasa mereka juga penting,

membuatkan pekerja menyukainya, dan menyebabkan pekerja merasakan mereka

bernilai kepada organisasi.

Kuasa rujukan ialah kuasa yang berasaskan B kepada K. Identifikasi ini berkait dengan

perasaan penerimaan peribadi ataupun persetujuan. Apabila K ialah individu yang

menarik perhatian B, maka B mempunyai keinginan berhubungan lebih rapat dengan K.

B mengikut atau pun mengekalkan apa yang dilakukan oleh K. Ini termasuklah gelagat,

sikap, tingkah laku dan kepercayaannya walaupun mungkin B tidak menyedari tentang

2
kuasa rujukan ini. Ini bermakna, lebih kuat indentifikasi B kepada K, maka lebih

besarlah kuasa rujukan K dan B (French dan Raven,1959)

Cara yang biasa digunakan bagi mempraktikkan kuasa rujukan adalah dengan

menanyakan individu sasaran dengan siapakah ia berhubungan dalam melaksanakan

perbuatan. Kadang-kadang perlu memohan daripada perhubungan dengan rayuan

peribadi dengan cara bergantung pada sokongan individu itu.

Rayuan peribadi berguna apabila dapat menunjukkan permintaan itu penting kerana

permintaan yang penting kepada ketua menghasilkan komitmen pekerja. Kuasa rujukan

dapat ditunjukkan melalui model peranan seperti kecantikan, personaliti, kedudukan,

kemasyhuran, dan kegagahan.

Seseorang pemimpin yang memiliki ciri kuasa tarikan ini, lazimnya disukai dan

disanjungi oleh pengikut atau surbodinatnya. Oleh kerana pekerja bawahan cenderung

meniru atau mencontohi ketua mereka, ini membuatkan mereka dengan rela hati

mengikut perintah dan terasa senang berurusan dengan seseorang pemimpin.

Justeru itu individu ini perlu menyediakan set tingkah laku dan memainkan peranan

yang sesuai. Mereka perlu melaksanakan tugasan dengan tanggung jawab dan

berdedikasi serta mengelakkan tingkah laku yang tidak wajar (Yukl, 1989).

Sebagai contoh, selain menjadi pengurus, Anna juga mempunyai wajah yang cantik,

mudah mesra tetapi tegas, tidak sombong, dan suka membantu kakitangan

bawahannya yang memerlukan bantuan. Oleh itu, Anna akan memperoleh kuasa

rujukan disebabkan oleh kedudukan beliau, rupa paras, dan juga kemasyhurannya

dalam profesion yang diceburinya.

3
Situasi B

Encik Ali ialah seorang ketua Jabatan Pemasaran Kad Kredit di Bank Kaya Bhd. Salah

seorang pekerja yang bekerja di Jabatan tersebut ialah Encik Kumaran. Encik Kumaran

adalah pekerja yang rajin dan menunjukkan prestasi yang cemerlang setiap tahun.

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, Encik Kumaran sering datang lewat ke pejabat dan

sering mengambil cuti kecemasan. Encik Ali berasa tidak senang dengan situasi ini.

Beliau telah memberikan surat amaran kepada Encik Kumaran.

Soalan 2:

Berdasarkan situasi B, terangkan jenis kuasa yang dipunyai oleh Encik Ali.

Kenapa?

Jawapan : Kuasa Sah

Jenis kuasa yang terdapat pada Encik Ali ada dua iaitu , kuasa sah dan kuasa

paksaan.

Kuasa sah atau kuasa legitimasi wujud kerana kedudukan rasmi seseorang dalam

sesebuah organisasi . Kadangkala kuasa sah ini juga bergantung kepada hubungan

yang dijalin di antara subordinat dengan pemimpin. Walau bagaimanapun, kuasa ini

mungkin dibatasi oleh sesetengah perjanjian yang formal.

Contohnya, apabila seseorang subordinat enggan melakukan sesuatu kerja yang lebih

dari yang diklasifikasikan. Oleh itu, pendekatan seperti “Buat juga, sebab saya adalah

bos.” ini tidak patut dilakukan kerana ini akan mengurangkan daya kepemimpinan

4
seseorang pemimpin. Umumnya seseorang memiliki kuasa sah jika berupaya

membuatkan orang lain mempunyai komitmen untuk melakukan sesuatu.

Kuasa sah berasal daripada nilai dalaman B dengan mengakui K mempunyai hak

kewajaran atau secara perundangannya boleh menggunakan pengaruhnya terhadap B

dalam lingkungan tugas yang telah diberikan, dan B perlu menerima arahan atau

pengaruh K. Oleh itu, kuasa sah melibatkan kod atau piawai yang diterima oleh individu

secara baik di mana pemimpin dapat menunjukkan kuasanya (French dan Raven,

1959). Ia juga seperti satu autoriti formal (Thaimhain dan Gemmill, 1974).

Kuasa sah merupakan kuasa kedudukan, iaitu kuasa rasmi yang diperoleh oleh

seseorang daripada autoriti pihak atasan melalui penyerahan kuasa yang memberikan

ia satu kedudukan dalam organisasi. Kuasa ini akan dimiliki oleh beliau sehinggalah

beliau meninggalkan perkhidmatan atau menjawat jawatan lain.

Sebagai contoh, Encik Ali ialah seorang Pegawai Pemasaran Kad Kredit di Bank Kaya

Bhd. Beliau mula memegang jawatan ini sejak tahun 2015. Pada tahun 2020, beliau

telah dinaikkan pangkat menjadi Ketua Jabatan menggantikan Encik Aliff. Oleh itu,

kuasa sah yang ada pada Encik Ali sebagai Pegawai Pemasaran ialah dari tahun 2015

hingga tahun 2020, dan kuasa sah Encik Aliff sebagai Ketua Jabatan pula telah

berpindah kepada Encik Ali pada tahun 2020.

5
Mereka menerima kuasa ini kerana mereka rasa boleh melakukannya untuk

memelihara kekemasan pengendalian organisasi. Seseorang pemimpin yang memiliki

kuasa sah yang tinggi dapat mempengaruhi orang lain dengan mudah kerana mereka

merasakan yang ia mempunyai hak untuk berbuat demikian dan bersesuaian dengan

kedudukannya dalam organisasi.

Autoriti ditunjukkan melalui permintaan yang sah adalah sama ada secara lisan atau

pun dalam bentuk tulisan. Penggunaan kuasa sah secara sopan adalah lebih efektif

daripada penggunaan kuasa sah yang angkuh kerana penggunaan kuasa secara sopan

tidak menekankan jurang status atau menandakan pergantungan pekerja bawahan

pada ketuanya. Penggunaan kuasa sah secara sopan tidak bermakna seseorang ketua

itu perlu merayu atau pun seolah-olah meminta maaf atas penggunaan kuasa itu.

Permintaan perlu dibuat dengan dengan tegas dan berkeyakinan. Tetapi dalam

sesetengah keadaan seperti kecemasan, adalah lebih penting bersikap asertif daripada

sopan. Arahan yang tepat oleh ketua dalam intonasi suara arahan adalah perlu bagi

mengejutkan pekerja bawahan untuk bertindak serta-merta dalam keadaan kecemasan

itu. Dalam keadaan ini, pekerja mengaitkan keyakinan dan arahan tepat dengan

kepakaran pengetahuan dan juga autoriti (Yukl,1989).

Kepatuhan daripada permintaan cenderung terjadi apabila permintaan itu dianggap

sebahagian daripada skop autoriti ketua. Isu-isu yang terlibat dalam penggunaan kuasa

sah ini biasanya berkait dengan permintaan yang tidak biasa dan permintaan yang

dibuat bagi individu diluar rangkaian autoriti seseorang ketua. Kuasa sah dapat

dibuktikan dengan merujuk dokumen bertulis seperti peraturan, polisi, piagam, kontrak

6
pelan, atau pun deskripsi tugas (Yulk,1989). Permintaan perlu dibuat dengan jelas, cara

yang tepat, menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh sasaran.

Apabila mesej yang disampaikan kompleks, adalah lebih baik mesej itu dihantar melalui

secara bertulis atau pun dalam bentuk kedua- duanya sekali iaitu secara lisan dan

bertulis. Permintaan secara lisan hendaklah dibuat secara terus kepada sasaran

daripada menggunakan individu perantaraan seperti rakan sejawat sasaran. Ini kerana

apabila sasaran diberitahu supaya melakukan perkara yang luar biasa atau pun tidak

disenangi pekerja bawahan atau pun yang lebih tinggi, dikhuatiri menyebabkan rasa

geram atau pun ragu sama ada permintaan itu datang daripada ketuanya atau bukan.

Selain daripada itu, dengan menggunakan perantaraan dalam menyampaikan mesej

secara lisan boleh meningkatkan kemungkinan berlaku kerosakan mesej dan

menggunakan peluang agen atau ketua melihat sama ada mesej yang disampaikan

diterima, difahami, atau pun sebaliknya oleh sasaran. Penting juga bagi seseorang

ketua mengelakkan daripada berlakunya pertentangan sasaran dalam menjalankan

arahan atau permintaan sah. Ini kerana, autoriti seorang ketua dilihat oleh pekerja-

pekerja lain dan kebarangkalian berlaku penolakan pada masa hadapan bertambah.

Ada masanya pekerja menangguhkan kepatuhan pada permintaan itu kerana mereka

hendak menguji sama ada ketuanya serius atau pun tidak dengan permintaan atau

arahan itu. Apabila ketua tidak membuat tindakan susulan pada permintaan awal bagi

melihat kemungkinan kepatuhan, pekerja pasti cenderung membuat kesimpulan

berkenaan permintaan tersebut yang mungkin diabaikan. Apabila berlaku penentangan,

7
ketua perlu bersemuka dengan sasaran bagi mencari penyebab berlakunya

penentangan. Dengan memahami pemikiran, kebimbangan, atau pun bantahan

daripada sasaran, ia dapat membantu ketua menentukan kesesuaian penggunaan

taktik komunikasi yang lain seperti pembujukan rasional (Yukl, 1989).

Jawapan : Kuasa Paksaan

Kuasa ini berpunca daripada kawalan seseorang pemimpin melalui hukuman atau

menolak pemberian ganjaran kepada subordinat . Selalunya, pemimpin merupakan

orang yang menurunkan pangkat, mengurangkan gaji, menangguhkan bayaran ataupun

mengugut subordinat kerana pencapaian mereka yang kurang memuaskan. Pada

zaman sekarang, kuasa paksaan lebih difokuskan kepada aspek psikologi dan emosi.

Walaupun undang-undang menghadkan kebolehan seseorang pemimpin menggunakan

kuasa paksaan, ia masih sering digunakan dalam kebanyakan organisasi. Namun

demikian, menggunakan hukuman untuk mendapat kepatuhan daripada subordinat

akan mendatangkan kesan negatif. Subordinat mungkin berdendam terhadap si

penghukum. Lama-kelamaan, jurang akan menjadi semakin besar di antara pemimpin

dan subordinat. Fenomena ini sudah tentu akan mengurangkan dedikasi seseorang

subordinat terhadap organisasinya.

Kuasa paksaan juga melibatkan manipulasi oleh K dalam memenuhi kepentingan dan

kehendaknya di mana K menghukum B apabila B gagal menurut kehendak dan

kemahuan K. Hukuman itu mampu melibatkan tugasan diluar bidang kerja, pemerhatian

yang ketat, melaksanakan undang-undang organisasi yang ketat, digantung kerja tanpa

8
gaji, atau pun mungkin juga dibuang kerja (French dan Raven, 1959). Kuasa ini

berasaskan ketakutan di mana pekerja akan menurut perintah sesuatu arahan kerana

takut ketuanya akan menyekat kenaikan pangkat atau kemungkinan disingkirkan

daripada jawatannya.

Sebaiknya kuasa paksaan ini tidak dilaksanakan kecuali apabila keadaan memerlukan.

Kuasa ini adalah kuasa negatif yang dimiliki oleh seseorang pemimpin. Pemimpin

sebegini memberi kongkongan kepada pekerja, menimbulkan kesakitan kepada

pekerja, hukuman, dan menahan keistimewaan yang dinikmati oleh pekerja. Kuasa

paksaan ini sukar diaplikasikan dan cenderung menghasilkan kesan yang tidak diingini.

Jika kuasa ini tidak dikawal penggunaannya dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya

pemberontakan, sabotaj, berpura-pura, mengabaikan tanggung jawab, kesediaan untuk

bertindak balas, gelisah, bimbang, marah, rasa geram dan terpaksa mengiyakan segala

arahan dan larangan.

Sebagai contoh, Encik Ali ialah seorang ketua Jabatan Pemasaran Kad Kredit di Bank

Kaya Bhd. Beliau tidak popular di kalangan pekerjanya disebabkan oleh tindakan

memulaukan kakitangannya yang tidak mahu bekerjasama dengan beliau. Salah

seorang pekerja yang bekerja di Jabatan tersebut ialah Encik Kumaran. Encik Kumaran

adalah pekerja yang rajin dan menunjukkan prestasi yang cemerlang setiap tahun.

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, Encik Kumaran sering datang lewat ke pejabat dan

sering mengambil cuti kecemasan. Encik Ali telah memberikan surat amaran kepada

Encik Kumaran. Semua ini dilakukan oleh beliau semata-mata kerana beliau ingin

memastikan kerja yang dijalankan mesti mengikut kehendak beliau. Oleh itu beliau

telah menjalankan tugas menggunakan kuasa paksaan.

9
Dalam organisasi, kadang-kala penggunaan kuasa paksaan wajar dilakukan bagi

mengelakkan atau menghalang tingkah laku pekerja yang jelas boleh menjejaskan

aktiviti organisasi, seperti aktiviti yang menyalahi undang-undang, mencuri, mencabul

peraturan keselamatan, tingkah laku yang tidak mempedulikan orang lain, dan ingkar

langsung pada permintaan yang sah. Dengan mengeluarkan surat amaran atau

peringatan ke atas pekerja yang bermasalah, diharapkan satu perubahan yang positif

dapat dilihat terhadap pekerja tersebut.

Kuasa paksaan dirasakan tidak mungkin dapat menghasilkan komitmen tetapi apabila

digunakan secara berkemahiran, mungkin ada harapan ia menghasilkan kepatuhan

bukannya tentangan. Penggunaan kuasa hukuman pada pekerja bawahan biasanya

melibatkan perbincangan berkaitan dengan meningkatkan disiplin (Yukl, 1989).

10
Soalan 3

Dengan menggunakan organisasi anda sendiri, bincangkan LIMA (5) halangan

komunikasi yang berlaku dalam sesebuah organisasi. Berikan contoh untuk

setiap satu.

Jawapan :

Sejak dilahirkan manusia mempelajari cara-cara untuk berkomunikasi dengan

persekitarannya. Pelbagai cara digunakan bagi memastikan proses komunikasi dapat

dilakukan. Komunikasi adalah proses dimana manusia menghantar dan menerima

mesej, proses dimana manusia berkongsi atau bertukar-tukar idea, maklumat dan

perasaan, proses interaksi antara manusia , dimana orang ramai bertutur dan bertukar-

tukar pendapat, gerak, isyarat atau simbol, dengan tujuan untuk memberi dan bertukar-

tukar maklumat atau mengubah keadaan fizikal atau mental mereka. Menurut Howard

H. Dean, komunikasi adalah pelbagai cara untuk menyampaikan fikiran dan perasaan

kepada khalayak ramai dan juga penerimaan fikiran dan perasaan dari orang lain. Satu

proses untuk menyampaikan dan menerima idea-idea dan perasaan dengan tujuan

untuk menukar perilaku orang ramai (Everett M. Rogers). Komunikasi adalah

penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat atau pendapat atau idea dengan

tulisan, percakapan atau imej visual atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga unsur

tersebut supaya bahan yang dikomunikasikan difahami dengan jelas oleh sesiapa yang

terlibat (Sillars )

11
Komunikasi adalah kata-kata yang mempunyai kuasa ‘magic’ atau sakti. Ia boleh

membawa kegembiraan yang agung atau keputusan yang mendalam. Ia berupaya

menimbulkan emosi yang mendalam dan menggerakkan tindakan manusia. (Sigmund

Freud). Terdapat tiga elemen komunikasi iaitu penghantar, penerima dan saluran atau

medium. Komunikasi berkesan apabila mesej yang disampaikan difahami dengan tepat

dan jelas oleh penerima, makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar

dan penerima, perubahan yang berlaku (sekiranya dikehendaki) akibat mesej adalah

seperti perubahan yang dikehendaki pengguna dan mesej yang disampaikan

mempunyai unsur kos-efektif. Selain itu, komunikasi dikatakan berkesan apabila dapat

menimbulkan minat orang yang mendengar.

Terdapat beberapa halangan dalam komunikasi yang menyebabkan komunikasi

tersebut kurang berkesan, antaranya adalah pemahaman yang berbeza, maklumat

yang tidak mencukupi, semantik iaitu perkataan yang berlapis atau berbagai makna

(selalunya kiasan), punca yang diragukan (gosip), keadaan sekeliling yang tidak sesuai

seperti bising dan sebagainya, leka memikirkan sesuatu, sekatan emosi (tidak mampu

meluahkan apa yang difikirkan), kejadian yang baru berlaku (trauma), kurang minat dan

prasangka. Halangan komunikasi bukan sahaja wujud di dalam diri individu tetapi dalam

organisasi juga.

Halangan komunikasi pertama di dalam organisasi berlaku disebabkan oleh perbezaan

kuasa dan status. Dalam bentuk komunikasi ke atas, pekerja mungkin rasa berat untuk

menyuarakan pendapat atau ketidak puas hati terhadap sesuatu perkara kerana

12
mereka rasa rendah diri. Pekerja rasa mereka perlu menapis dahulu apa-apa yang

hendak disampaikan kepada pihak atasan. Ini dapat dilihat dalam sebuah organisasi

perkilangan, seorang penyelia hanya menyampaikan tentang kelicinan pekerja di

bawahnya dan menyimpan tentang masalah yang timbul. Sebagai contoh, mencipta

satu suasana terbuka dan saling mempercayai. Dengan cara ini ia akan menggalakkan

warga organisasi berkomunikasi dengan jujur dan terbuka sesama mereka.

Seterusnya, halangan komunikasi kedua ialah masalah jabatan. Setiap jabatan

mempunyai masalah, tetapi di antara satu jabatan ahli-ahlinya tidak memahami

masalah tersebut kerana masingmasing mempunyai matlamat dan objektif yang

berbeza. Maka sekiranya wujudnya perbincangan, masing-masing akan menyatakan

bahawa jabatan beliau yang perlu dititikberatkan. Oleh itu proses komunikasi tidak akan

berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, Wujudkan saluran komunikasi secara formal,

dari semua arah. Elakkan dari wujudnya grapevine yang boleh membawa keburukan

kepada organisasi.

Selain itu, masalah komunikasi ketiga ialah kekurangan saluran formal di dalam

organisasi. Apabila saluran formal berkurangan di dalam organisasi maka halangan

mungkin timbul dalam proses komunikasi. Ini dapat di lihat bagaimana sesebuah

organisasi yang tidak menyediakan ruang untuk pekerja menyampaikan masalah

mereka, maka huru haralah organisasi tersebut. Oleh itu setiap organisasi perlu

menyediakan saluran komunikasi yang cukup yang boleh merangkumi pergerakan ke

atas, ke bawah dan mendatar bagi membolehkan para pekerjanya berkomunikasi

13
dengan berkesan. Sebagai contoh, organisasi perlu memastikan bahawa saluran

komunikasi yang bersesuai perlu diperbanyakkan.

Masalah komunikasi keempat ialah masalah semantik. Apa yang dimaksudkan dengan

semantik adalah maksud sesuatu perkataan dan cara ia digunakan. Kesilapan memilih

perkataan akan menjadikan proses komunikasi tidak berkesan. Ini kerana perkataan

mempunyai pelbagai makna yang berbeza. Penerima mungkin mentafsirkan perkataan

yang terkandung di dalam mesej yang diterima berbeza dari maksud yang cuba di

sampaikan oleh si pengirim. Maksud sesuatu perkataan amat berbeza dari segi budaya,

dialek, umur serta pendidikan seseorang itu. Contohnya perkataan “selalu” memberi

makna yang berbeza bagi penduduk Pantai Timur dan penduduk Pantai Barat.

Pengirim dan penerima sepatutnya berusaha mempunyai persefahaman dalam

masalah bahasa dan simbol. Sebagai contoh, seorang pengurus syarikat tidak

sepatutnya menggunakan perkataan kasar atau perkataan yang dapat menguris

perasaan pekerja- pekerja di dalam mesyuarat atau semasa berbual kosong dengan

pekerja.

Masalah komunikasi kelima ialah emosi atau persepsi individu. Ia berlaku ketika atau

semasa proses komunikasi itu berlaku. Di mana individu biasanya akan menerima

mesej dan memahaminya dari apa yang dilihat dan didengar sahaja mengikut

keperluan, kehendak, emosi, latar belakang dan ciri-ciri yang berkaitan dengan individu

tersebut. Di sini kita boleh lihat, bagaimana seorang pekerja yang bersemangat untuk

bertanya masalah kerja tetapi, sebaliknya berlaku. Maka proses komunikasi yang

14
dilakukan oleh pengurus tersebut tidak kesampaian. Sebagai contoh, perlu ada

kemahiran mendengar dengan aktif, empati. Pekerja hendaklah seringkali menyoal dan

pengurus juga hendaklah menyoal pekerja tersebut untuk menunjukkan beliau

menumpukan perhatian terhadap apa yang dipelajari dan memahami masalah tersebut.

15
Soalan 4

Jelaskan dengan menggunakan contoh diri anda sendiri :

Keputusan berprogram dan tidak berprogram

Jawapan:

Kebanyakan keputusan selalunya terdiri daripada dua kategori iaitu keputusan

berprogram (Programmed Decisions) dan keputusan tidak berprogram (Non

Programmed Decisions).

Keputusan yang pertama ialah keputusan berprogram. Keputusan yang dibuat dalam

situasi yang kerap berlaku di mana garis panduan boleh disediakan untuk

menyelesaikan pada masa hadapan. Selalunya rutin, berulang, dan berstruktur dengan

menggunakan peraturan yang ditetapkan.

Apabila pengurus membuat keputusan bagi perkara rutin dan berulangkali. Keputusan-

keputusan yang dibuat juga adalah bagi masalah yang mudah untuk diselesaikan.

Pengurus hanya mengikut panduan-panduan yang disediakan dalam organisasi dalam

menyelesaikan masalah tersebut. Keputusan ini juga membolehkan pengurus membuat

keputusan yang sama bagi masalah yang sama.

Sebagai contoh, setiap akhir bulan unit akaun akan menyediakan penyata kewangan

dan membuat penutupan akaun pada hujung bulan untuk dihantar kepada Jabatan

Kewangan.

16
Keputusan kedua ialah keputusan tidak berprogram. Keputusan yang dibuat dalam

situasi yang unik, tidak pasti dan tiada struktur yang mempunyai implikasi penting

kepada organisasi. Kadangkala peraturan yang tidak ditetapkan tidak boleh dipakai.

Keputusan ini selalunya dibuat bagi mengatasi masalah besar dan jarang berlaku.

Keputusan ini juga membabitkan fakta-fakta yang tidak diketahui dan dibuat bagi masa-

masa yang tertentu sahaja. Pengurus yang terpaksa membuat keputusan ini memerlu

perhatian yang penuh dan serius dan mengambil kira banyak faktor sebelum

mengambil satu-satu keputusan.

Sebagai contoh, pihak Jabatan Operasi Perbankan (JOP) mengeluarkan pekeliling

serta merta setiap Jabatan di setiap negeri membantu untuk melancarkan program

Mikro Prihatin yang dilaksanakan pada bulan April 2020 untuk membantu keusahawan

yang terjejas disebabkan Covid-19.

17
Rujukan

AL. Ramaiah. 1999. Kepimpinan pendidikan. Cabaran masa kini. Selangor. IBS Buku

Sdn. Bhd.

Rahim Abdullah. 2001. Asas pengurusan. Kuala Lumpur. Utusan Publications &

Distributions Sdn. Bhd.

Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Md. Yadi Said. 2005. Anda berkuasa apabila...?

Selangor. PTS Millennia Sdn. Bhd.

Jaafar Muhamad. 2001. Kelakuan organisasi. Edisi keempat. Kuala Lumpur. Leeds

Publications.

Ab. Aziz Yusof. 2003. Gelagat organisasi. Teori, isu dan aplikasi. Selangor. Prentice

Hall. 19

18

You might also like