You are on page 1of 1

Jelaskan lima jenis kuasa pemimpin dalam sesebuah syarikat.

(20m)
Lima jenis kuasa pemimpin dalam sesebuah syarikat.

1. Kuasa sah
- Iaitu kuasa yang diperolehi daripada sesuatu jawatan yang disandang.
- Seseorang tersebut mampu mengarah, menyelaras dan mengawal pekerja dalam
melaksanakan tugas dalam organisasi.
- Contohnya, kuasa daripada pegawai eksekutif (CEO) mengarah pengurus
pertengahan dan bawahan melaksanakan sesuatu tugas.

2. Kuasa Ganjaran
- Iaitu kebolehan seseorang pemimpin menawarkan sesuatu benda yang berharga
kepada pekerjanya.
- Ganjaran ini boleh diberikan dalam bentuk wang atau bukan bentuk wang.
- Tujuan ganjaran ini diberikan kepada pekerja adalah untuk meningkatkan
produktiviti seseorang pekerja dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan
dengan bersungguh-sungguh.
- Contoh ganjaran seperti. Peluang kenaikan pangkat, kenaikan gaji dan kenaikan
elaun
3. Kuasa Desakan
- Iaitu kuasa seseorang pemimpin mengambil tindakan yang negatif terhadap
pekerja yang tidak berdisplin dan tidak melaksanakan tugas yang diberikan dalam
masa yang ditetapkan.
- Agar pekerja berasa takut terhadap denda atau tindakan yang selanjutnya akan
diambil, lalu mereka akan lebih serius dalam melaksanakan kerja.
- Sebagai contoh, pegawai eksekutif mengambil tindakan gantung kerja terhadap
pekerja yang sering lewat sampai ke tempat kerja.

4. Kuasa Rujukan
- Iaitu kuasa yang dimiliki oleh seseorang pengurus dengan adanya ciri atau gaya
kepimpinan yang kuat dalam diri sendiri.
- Mampu mempengaruhi orang lain untuk menjadi pengikutnya
- Sanggup mendengar dan mengikut arahan yang diberikan dalam melaksanakan
sesuatu tugas yang diberikan.

5. Kuasa Kepakaran
- Iaitu kuasa yang dimiliki oleh seseorang pengurus daripada pengetahuan dan
kemahiran yang tersendiri dalam bidang tertentu.
- Dapat mempengaruhi pekerja lain untuk belajar daripadanya.
- Sebagai contoh, Ali mempunyai kemahiran membaiki telefon pintar yang tinggi
dan menyebabkan pekerja yang lain ingin belajar cara membaiki telefon bimbit
yang rumit itu dengan Ali.

You might also like