You are on page 1of 33

Biodata Tokoh: Tun Dr.

Mahathir Mohamad
Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada
pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah
bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor
Setar, Kedah.
Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir
memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua
tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang
kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior
Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.
Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan
biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII
College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun
dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat
tentang kebajikan pelajar-pelajar lain.
Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University
of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya
dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954,
Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi
memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi,
Jitra dan Perlis.
Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti
Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene
berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang
terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai
suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata
iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani),
Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.
Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr. Mahathir dengan bantuan dan
kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di
Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri
Kedah. Selain daripada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk
beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat.
Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam
bentuk rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena 'C.H.E Det'
antara tahun 1946-1950. Penulisan merupakan satu dari minat Dr. Mahathir hinggalah ke hari ini.
Pada tahun 1945, semasa beliau masih dibangku sekolah, Dr. Mahathir telah menjadi penyunting
Darulaman, majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sebagai
penyunting sebuah majalah yang diterbitkan oleh kolej perubatan di mana beliau menuntut.
Kegigihan dan semangat untuk menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan
beliau menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku "Dilema Melayu" yang

diterbitkan dalam tahun 1970.


Selain daripada menulis, Dr. Mahathir juga merupakan seorang yang rajin membaca dan
berpegang tuguh kepada prinsip bahawa pembelajaran adalah proses seumur hidup. Tuntutan
profesional dan politik juga tidak menghalang beliau untuk menjadikan seni pertukangan kayu
sebagai satu hobi. Dr. Mahathir dikenali sebagai seorang yang kreatif dan pernah mengikuti
kursus pertukangan kayu di Great Britain untuk mempertingkatkan tahap kemahiran beliau.
Dalam tahun 1989, berdasarkan minat yang berterusan dalam bidang ini, Dr. Mahathir telah
dianugerahkan Honorary Freedom of the Worshipful Company of Carpenters oleh British
Carpenters Society.
Penglibatan Dr. Mahathir di dalam arena politik tidak begitu ketara dalam tahun-tahun 1950an
disebabkan beliau masih menuntut di Universiti. Walau bagaimanapun, beliau terus menulis esei
dan komentar mengenai isu-isu sosio-politik negara di akhbar The Straits Times. Perletakan
jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan Dr. Mahathir bergiat
semula didalam bidang politik. Beliau telah dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri
tahun 1959, tetapi menolaknya.
Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Dr.Mahathir diberi kepercayaan menjadi calon dan
seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan. Bermula
dari sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan senario politik negara.
Selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun 1964, Dr. Mahathir dilantik sebagai Ahli
Parlimen. Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pilihan raya umum berikutnya iaitu pada tahun
1969.
Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan membolehkan beliau
dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama tahun 1968, Ahli Majlis
Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, Member Of the University Court and University
of Malaya council serta Chairman of the National University Council pada tahun 1974. Dr.
Mahathir dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan jawatan ini untuk
membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang mana beliau menang
tanpa bertanding.
Berikutan daripada pilihanraya itu, Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Sebagai
Menteri Pelajaran, langkah pertama dalam perancangan beliau adalah mengubah polisi
pendidikan negara supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke arah menghapuskan
kemiskinan dan mewujudkan keadilan untuk semua dan memastikan semua individu diberi
peluang membaiki taraf hidup mereka. Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran, beliau
mengekalkan pembaharuan seperti peluang yang lebih kepada anak Melayu melanjutkan
pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria
kemasukan ke pusat-pusat tersebut, mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah
Sains Mara (MRSM).
Beliau juga bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 yang
ditentang oleh ahli akademik dan mereka yang terlibat dengan pendidikan. Akan tetapi sebagai
seorang yang berdisplin dan tegas beliau berjaya melenyapkan kritikan terhadap polisi-polisi
pendidikan. Kini semua pusat pengajian tinggi diuruskan di bawah Panduan Kementerian
Pendidikan.

Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agong
UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun 1975 telah menyumbang kepada
kejayaan politik beliau.
Berikutan kembalinya Tun Abdul Razak ke Rahmatullah dan perlantikan Tun Hussein Onn
sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan Presiden UMNO, Dr. Mahathir telah dilantik
menjadi Timbalan Perdana Menteri dimasa yang sama menjadi Timbalan Presiden Parti.
Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir berpindah ke Kementerian Perdagangan dan
Industri dalam tahun 1978. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet
dimana beliau tidak putus-putus menggalakkan perdagangan dan pelaburan asing.
Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihanraya umum tahun 1978 telah membolehkan beliau
mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti. Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan
perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir
telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun.
Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling lama
memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.
Sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan pentadbiran tertinggi negara, banyak kemajuan
dan pembangunan yang telah beliau rancang dan laksanakan. Walaupun kadangkala cetusan idea
dan wawasan beliau kurang difahami, namun hakikatnya beliau merupakan seorang yang
berpandangan jauh dan terkehadapan, malah lebih jauh daripada pemikiran orang Melayu
khususnya.
Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individu
yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang
dikeluarkan oleh majalah tersebut.
Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu berada dalam kegawatan
manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negara-negara di
Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.
Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar
Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan
dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya, Malaysia
adalah satu-satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut
tanpa perlu 'mengikat diri' kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku
kepada negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji
tindakan yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara.
Kedudukan beliau sebagai Chief Executive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat
dengan visi yang beliau rancang dan sasarkan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas
negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan
perindustrian. Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia, sektor
ekonomi negara pada ketika itu banyak bergantung kepada bahan komoditi utama seperti getah,
kelapa sawit, timah dan industri petroleum yang masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan.

Memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,
maka pada awal tahun 1980-an Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan
kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi.
Keputusan yang beliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan tahun 1980-an, harga bahanbahan komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan harga matawang
Yen yang menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa tahun.
Kini, kebergantungan ekonomi negara terhadap bidang perindustrian begitu ketara apabila sektor
perkilangan membentuk 30% daripada asas ekonomi negara manakala sektor pertanian menurun
kepada 8% sahaja berbanding 23% kira-kira 22 tahun lalu.
Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana
Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang
saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan bebebanan kewangan
dan kerajaan. Dimasa pentadbirannya banyak syarikat-syarikat utiliti seperti Lembaga Letrik
Negara, Jabatan Telekom dan sebagainya, telah disenaraikan sebagai korporat awam.
Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara.
Di antara langkah-langkah lain, ialah peningkatan pembagunan industri berat dan yang penting
juga pertukaran teknologi asing kepada teknokrat Malaysia. Salah satu kejayaan didalam gerakan
ini ialah penubuhan industri otomatif negara, yang menunjukkan kereta-kereta dan motosikal
nasional adalah yang terlaris di Malaysia. Persyarikatan juga bertujuan menjana kerjasama dan
bekerja sebagai rakan kongsi antara sektor awam. Dr. Mahathir juga meningkatkan penyertaan
bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan
Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham
Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB.
Dalam usaha melakar nama negara di arena antarabangsa, pelbagai projek gergasi telah
diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Antara yang terawal ketika beliau baru memegang jawatan
sebagai Perdana Menteri ialah projek pengeluaran kereta proton melalui HICOM (Heavy
Industries Corporation of Malaysia).
Walaupun projek beliau ini dianggap agak keterlaluan memandangkan negara ketika itu masih
muda dalam projek pembuatan kereta nasional namun negara kita boleh berbangga kerana projek
ini begitu berjaya sehingga mampu bersaing dengan pengeluar kereta lain di seluruh dunia.
Sebagai orang yang memegang tampuk tertinggi pengurusan negara, masalah kewangan sering
menjadi perhatian beliau dan antara tugas penting beliau adalah memastikan perbelanjaan
kewangan negara berada dalam keadaan terkawal.
Dasar penswastaan negara ialah contoh pengurusan kewangan beliau yang agak
memberangsangkan walaupun mencetus kontroversi di awal perlaksanaannya. Dasar yang
diperkenalkan di penghujung tahun 1980-an ini bertujuan mengurangkan perbelanjaan oleh pihak
kerajaan di samping memberi perkhidmatan yang lebih baik.
Walau banyak pihak mempersoalkan dasar ini, disebabkan terdapat tuduhan berlaku sikap pilih
kasih terhadap syarikat yang ditawarkan projek-projek kerajaan, namun lebih ramai orang dapat
menikmati hasil yang lebih baik daripada dasar yang dibuat ini.

Selain itu, dasar ini juga membawa perubahan yang sangat besar terutamanya dalam bidang
teknologi kerana pihak-pihak yang terbabit perlu mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi
untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan murah tetapi bermutu tinggi.
Kebijaksanaan Tun Dr. Mahathir dalam mengurus 'perniagaan' sememangnya sesuatu yang
semula jadi kerana beliau pernah menjadi usahawan muda di Pekan Rabu, Alor Setar semasa
masih berada di alam persekolahan.
Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) yang beliau cetus ialah
Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). Projek ini ilhamkan dan
direalisasikan memandangkan Dr. Mahathir telah sedar akan peri pentingnya teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan.
Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa beliau menjadi 'CEO' Malaysia
antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Jalil,
Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij, Formula One dan
Menara Berkembar Petronas.
Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara
sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang
ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini
disegani dunia.
Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke
persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial.
Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan
Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah
diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di
mana sahaja.
Sumber: Buku Majlis Konvokesyen Khas Sempena Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor
Falsafah (Pengurusan Pembangunan) Kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan
Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Kerja Sosial) kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Siti
Hasmah binti Mohd Ali.

Biodata Tun Abdul Razak


Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
Perdana Menteri Malaysia Kedua (1970-1976)
Bapa Pembangunan Malaysia
Era
Tun Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti
memerintah, Parti Perikatan. Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana
perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik.
Tun Abdul Razak dikenali sebagai Bapa Pembangunan bagi menghargai segala sumbangannya di
dalam pembangunan kebangsaan dan luar bandar.
Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan seorang negarawan yang telah mengabadikan
kehidupannya untuk kemakmuran dan kemajuan rakyat serta negara Malaysia. Allahyaraham
Tun Abdul Razak Dato' Hussein lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia oleh rakyat
yang menyanjunginya yang juga mengenali beliau sebagai Tun Razak. Allahyaraham Tun Abdul
Razak Dato' Hussein dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada tanggal 11 Mac 1922.
Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib
dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berkhidmat
menggantikan Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj untuk menjadi Perdana
Menteri Malaysia yang kedua. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meninggal dunia
sewaktu masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada 14 Januari 1976
Asal Usul
Pendidikan awal Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein di Sekolah Melayu Kampung
Jambu Langgar memberikan kesedaran tentang kehidupan masyarakat Melayu yang dirundung
masalah kemiskinan. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein terpaksa berulang-alik ke
sekolah yang jaraknya lebih kurang 4 batu dari rumahnya.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meneruskan pendidikan di Maktab Melayu Kuala
Kangsar (MCKK) dan kemudiannya di Raffles Kolej, Singapura. Perang Dunia ke 2
menyebabkan pendidikan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein terpaksa dihentikan
buat sementara waktu. Lantaran itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menyertai
Angkatan 136 (Force 136), sebuah unit elit tentera bersekutu yang dipayung terjunkan ke Malaya
untuk mensabotaj tentera Jepun, dan menjawat jawatan sebagai Kapten Pasukan Wataniah ketika
Jepun menyerah.
Pada tahun 1947, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dikurniakan biasiswa oleh
Kerajaan Kolonial sebagai balasan jasa-jasanya untuk melanjutkan pengajian di bidang undangundang di England. Pada tahun 1950, beliau menerima Degree of an Utter Barrister daripada
Lincoln's Inn dan menjadi seorang peguam yang berkaliber pada tahun 1950. Sewaktu di
England, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang `King's Scolar'.
Semasa menuntut lagi, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah menunjukkan
kebolehannya untuk memimpin dan meraih sokongan orang lain. Beliau telah menubuhkan
Malayan Forum yang dipengaruhi oleh Parti Buruh British dengan tujuan untuk memberi
kesedaran politik kepada anak-anak Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, beliau juga

menganggotai Persatuan Fabian dan Malayan Student's Union.


Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sememangnya seorang yang cerdas, dalam masa
18 bulan sahaja Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menamatkan pengajian undangundangnya dan dalam masa yang sama Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein aktif
sebagai pemimpin pelajar serta menubuhkan 'Forum Tanah Melayu', sebuah persatuan yang
menyemaikan semangat Kemerdekaan Tanah Melayu.
Di England jugalah Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berkenalan dengan
Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dan mereka menjadi rakan karib.
Sekembalinya dari England, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menggantikan
bapanya yang telah meninggal dunia sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar. Pada masa yang
sama, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memulakan perkhidmatan dalam Malay
Civil Service. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mula melibatkan diri dalam politik
tanah air pada tahun 1950 apabila Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai
Ketua Pemuda UMNO setelah hanya empat bulan menyertainya.
Pada tahun 1951 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Timbalan Yang
DiPertua UMNO. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein bertanggungjawab membawa
Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj menjadi pemimpin tertinggi Umno dengan
mengenepikan dirinya sendiri.
Kerjaya perkhidmatan awam Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein bermula pada tahun
1952 dengan perlantikannya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Pada Februari 1955
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik sebagai Menteri Besar Pahang. Pada Jun
1955 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengorbankan jawatannya dalam kerajaan
dan bertanding dalam Pilihan raya Persekutuan atas tiket Perikatan. Berkat sokongan
masyarakat, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memenangi kerusi Majlis Undangan
Persekutuan Kawasan Semantan.
Kemenangan Perikatan menampilkan penglibatannya dalam kabinet apabila Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein dilantik sebagai Menteri Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu pada
9 Ogos 1955. Sumbangannya yang terpenting sebagai Menteri Pelajaran ialah memperkenalkan
'Penyata Razak' yang intipatinya ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama dalam usaha mewujudkan sebuah bangsa yang bersatu padu. Allahyaraham Tun Abdul
Razak Dato' Hussein mengahwini Toh Puan Rahah dan anak sulung Allahyaraham Tun Abdul
Razak Dato' Hussein ialah Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Peranan Dan Sumbangan
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berperanan dalam membentukkan Malaysia
sebagai sebuah negara yang dihormati di peringkat antarabangsa. Khidmat dan bakti kepada
masyarakat dan negara diberi keutamaan. Tindakan pertama Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein sebagai Menteri Pelajaran adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah yang
mengamalkan dasar pecah dan perintah.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mendapati sekolah-sekolah Melayu serta sekolahsekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diberi sebarang kelebihan. Hasil usaha Tun Abdul
Razak, melalui Penyata Razak 1956, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berjaya
menyatupadukan sistem pelajaran untuk membina satu bangsa yang bersatu padu dengan

harapan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan menjadi bahasa penghantar utama.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merupakan salah seorang ahli Parti
Perikatan yang telah ke London bersama rombongan kemerdekaan dan pulang membawa
kejayaan.
Apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein memegang portfolio Kementerian Pertahanan pula pada tahun 1957. Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein membawa perubahan kepada Angkatan Tentera dengan
melengkapkannya dengan senjata yang moden dan cekap. Sebagai Menteri Pertahanan,
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein yang mempunyai pengalaman dalam peperangan
gerila dan mengenali taktik pengganas komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis dengan
jayanya sehingga 'darurat', iaitu satu tempoh 12 tahun memerangi pengganas komunis
disytiharkan tamat pada tahun 1960. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga
melancarkan Relawan Rakyat (RELA) dan skim Rukun Tentera untuk menjamin keselamatan
rakyat.
Setelah berjaya menangani 'masalah perang dengan komunis' ketika darurat, Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein kemudiannya diberikan satu tugas yang lebih penting iaitu 'mengisi
keamanan dengan pembangunan' apabila dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Selama 10 tahun memegang potfolio itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah
berjaya membasmi buta huruf di kalangan tiga juta rakyat.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merangka program pembangunan luar
bandar dengan menangani masalah kemiskinan apabila menitik beratkan penambahan prasarana
asas luar bandar serta mempertingkatkan produktiviti pertanian. Sebanyak tiga juta ekar padi,
kelapa dan pelbagai tanaman lain diberikan kemudahan tali air manakala 800 000 ekar hutan
telah dibuka untuk pembangunan. Kejayaan yang dicapainya termasuk merangka satu dasar
pembangunan yang meliputi setiap keperluan negara, yang dikenali sebagai 'Buku Merah'.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga bertanggungjawab menubuhkan Barisan
Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan. Beliau
telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk membentuk ketahanan
nasional melalui kestabilan politik.
Di arena antarabangsa
Di arena antarabangsa, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga adalah orangnya
yang bertanggungjawab berunding dengan Indonesia untuk menamatkan 'konfrantasi' yang
dilancarkan oleh negara itu ke atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI).
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok
1966 dan Rundingan Manila 1963. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga telah
mengadakan beberapa lawatan keamanan ke negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.
Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya umum.
Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat diisytiharkan seluruh negara.
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran kerajaan.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik oleh Allahyaraham Tunku Abdul Rahman
Putera Al-Haj sebagai Pengarah MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam
berjaya dipulihkan.

Membangunkan Malaysia
Walau bagaimanapun, sumbangan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein yang paling
penting adalah ke arah pembangunan Malaysia. Tujuan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein adalah untuk menghapuskan kemiskinan, kejahilan dan penyakit. Dengan itu,
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang
mencartakan pembangunan negara secara berperingkat melalui Rancangan-Rancangan Malaysia
dari 1970 hingga 1990. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sedar masyarakat Melayu
jauh ketinggalan dalam kemajuan sosio-ekonomi. Oleh itu Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein berupaya meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar melalui Rancangan Buku
Hijau (1974) serta pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA. Rancangan-rancangan ini
benar-benar membantu masyarakat Melayu memutuskan rantaian kemiskinan.
Pada 22 September 1970, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengangkat sumpah
sebagai Perdana Menteri yang kedua setelah Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj
dengan rela hati meletakkan jawatan ekoran tekanan politik dari dalaman UMNO sendiri. Pada
tahun 1971 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Presiden UMNO
dalam Perhimpunan Agung UMNO ke 22. Iltizam utamanya sebagai Perdana Menteri ialah
menangani ke peringkat akar umbi sebab-musabah yang menyumbang kepada rusuhan kaum.
Ada dua sebab utama yang menjadi punca ketegangan kaum iaitu kemiskinan orang-orang
Melayu serta rapuhnya perpaduan kaum. Menyedari hakikat ini, Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukun negara.
'Dasar Ekonomi Baru' (DEB) yang dilancarkan pada 21 Jun 1970 adalah satu falsafah
pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan
ekonomi dengan menjadikan matlamat utamanya:
? Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
? Menghapuskan identifikasi kegiatan ekonomi berdasarkan kaum.
Di era Tun Abdul Razaklah bermulanya pelan pembangunan yang menyeluruh dan sistematik
yang dikenali dengan 'Rancangan Pembangunan Malaysia' lima tahun yang bermula dengan
Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua. Meskipun telah wujud rancangan sebegini sebelum era
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein namun matlamat dan perlaksanaannya tidak
secara kolektif dan pragmatik. Tradisi ini diteruskan sehingga ke hari ini dengan Rancangan
Malaysia ke-7 yang dilancarkan pada tahun lalu.
Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua merupakan pemangkin Dasar Ekonomi Baru (DEB).
DEB mempunyai kerangka waktu 20 tahun dari 1970-1990 merumuskan bahawa ekuiti
bumiputera dalam negara harus mencapai 30% di akhir tempoh itu.
Antara institiusi yang paling penting hasil dari DEB ialah ' Federal Land Develoment Authority'
(FELDA), suatu badan yang membuka tanah dan mengagihkannya kepada rakyat untuk tujuan
pembagunan. Program ini sehingga hari ini dikenali sebagai program reformasi tanah yang
paling besar dan berjaya di dunia dan seterusnya menjadikan Malaysia pengeluar terbesar getah
dan minyak kelapa sawit.
Pemimpin yang berjiwa rakyat
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein gemar melawat ke kampung-kampung dan
meninjau sendiri permasalahan yang rakyat alami. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein berjaya menghidupkan semangat bergotong-royong dan mengurangkan budaya kolonial
di kalangan pentadbir Melayu.
Dalam memupuk perpaduan antara kaum, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah
melancarkan 'Rukunegara' pada 31 Ogos 1970. Rukunegara merupakan ideologi kebangsaan
yang mengandungi hasrat murni ke arah membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia
yang demokratik, adil, saksama, liberal dan progresif.
Era kepimpinan adalah era revolusi mental yang menampilkan falsafah budaya, sosial, politik
dan ekonomi negara dirumus semulakan secara komprehensif dan pragmatik.
Di bawah pentadbiran Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Malaysia melalui satu
proses transformasi yang besar sehingga makna Kemerdekaan benar-benar dapat dirasai. Gelaran
'Bapa Pembangunan' memang bertepatan buatnya kerana Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Husseinlah yang bertanggungjawab meletakkan batu asas kepada pembangunan yang kita amati
hari ini.
Keistimewaan
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang peka terhadap
masalah-masalah yang dialami rakyat negara ini. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
seorang pemimpin yang mencintai keamanan dan pembangunan. Kepimpinan Tun Abdul
Razaklah yang mengasaskan perancangan yang sistematik dan teliti melalui sistem `Bilik
Gerakan'.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang tokoh tanah air yang telah
berbakti dalam bidang pendidikan, pembangunan, pertahanan dan sosio ekonomi. Pelbagai
kurniaan dan darjah kebesaran dicurahkan kepada Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
di dalam dan luar negara sebagai tanda aprisiasi perkhidmatan Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein kepada pembangunan bangsa dan negara sehingga menyandang gelaran Bapa
Pembangunan Malaysia.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London
kerana penyakit leukemia dan digantikan oleh Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa besar dan
seorang negarawan yang ulung dan setia. Rakyat Malaysia haruslah berbangga kerana negara
melahirkan seorang pemimpin sepertinya yang berjaya mengisi Kemerdekaan dengan
pembangunan yang sejati. Allahyaraham Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah
disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Pemergian Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein merupakan satu kehilangan besar bagi seluruh rakyat Malaysia.

Biodata Tokoh: Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj


Biodata Tokoh: Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj

Nama :
Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
Lahir :
08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda).
Pendidikan :
1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.
Kerjaya :
1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan
Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden
Mahkamah Session Selangor.
1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.
1956 - Rombongan Merdeka ke London.
1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.
1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.
1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.
1970 - Bersara dari Politik.
06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas pemergian
Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah
disemadikan di Makam Di Raja Langgar.
Home Biodata Biodata Tan Sri Muhyiddin B Mohd Yassin

Biodata Tan Sri Muhyiddin B Mohd Yassin


Rabu, Ogos 12, 2009

Nama : Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin


Gelaran: Y.B. Tan Sri Dato'
Jawatan : Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Kawasan : Ahli Parlimen Pagoh
Biodata Peribadi
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dilahirkan pada 15 Mei 1947 di Muar. Beliau mendapat
pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail di Muar.
Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi
Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).
Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (1970) dan
kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974). Pengalaman sebagai penjawat awam
digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Antara tahun 1974
hingga tahun 1978, Y.B. Tan Sri Dato' telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates
Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Perjawatan, Pengarah Urusan Sri Saujana Berhad serta Pengarah
Syarikat Equity Mal Sdn Bhd.

Y.B. Tan Sri Dato' kini mengetuai UMNO Bahagian Pagoh iaitu jawatan yang beliau pegang
sejak April 1985 lagi. Sebelum itu beliau telah dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian
Pagoh pada tahun 1976. Dari situ karier politiknya terus berkembang apabila beliau dilantik
menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia (1982). Pada tahun 1985, buat pertama kalinya, Y.B.
Tan Sri Dato' Muhyiddin dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Jawatan ini digunakan
sepenuhnya untuk menabur bakti dan kemudiannya menjadi tokoh yang dipilih menduduki
kerusi Naib Presiden bermula September 1993 sehinggalah ke hari ini.
Y.B. Tan Sri Dato' pertama kalinya dipilih menjadi wakil rakyat apabila beliau memenangi
kawasan Parlimen Pagoh pada pilihan raya tahun 1978. Beliau yang berjaya mempertahankan
kerusi parlimen berkenaan pada pilihan raya umum pada tahun 1982 telah dilantik menjadi
Menteri Besar Johor selepas Pilihan Raya Umum ke-7 apabila memenangi kerusi Dewan
Undangan Negeri kawasan Bukit Serampang. Di bawah kepimpinan beliau, negeri Johor terus
berkembang pesat dan menjadi antara negeri yang termaju di Malaysia.
Y.B. Tan Sri Dato' juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri
pada tahun 1981, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada tahun 1982 dan Menteri Belia
dan Sukan selepas Pilihan Raya Umum ke-9 iaitu pada Mei 1995. Empat tahun kemudian, beliau
dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mulai bulan
Disember 1999. Pada bulan Januari 2004, beliau diberi kepercayaan mengetuai Kementerian
Pertanian berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-11, beliau dilantik semula menjadi Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani yang fungsinya ditambah bagi memajukan sektor pertanian dan industri yang
berkaitan agar lebih berdaya saing. Oleh itu, beliau bertekad untuk membalas kepercayaan
Y.A.B. Perdana Menteri dengan meletakkan sektor pertanian di tahap yang sepatutnya dengan
menumpukan usaha menjadikannya satu sektor yang moden, dinamik, dan mampu membawa
perolehan yang besar kepada negara. Di samping itu, beliau terus memberi perkhidmatan yang
terbaik kepada penduduk Pagoh agar rakyat hidup selesa dan bebas dari kemiskinan melalui
program pembangunan pertanian yang dijalankan di situ. Selepas Pilihan Raya ke-12, beliau
dilantik menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Selain itu, Y.B. Tan Sri juga banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Beliau pernah
dilantik menjadi Yang DiPertua Royal Johor Country Club dan Persatuan Bola Sepak Negeri
Johor (1986-1995) serta Presiden Persatuan Kanak-Kanak Spastik negeri Johor selama 10 tahun
(1986-1996). Y.B. Tan Sri Dato' Muhyiddin telah mendirikan rumahtangga pada 1972. Hasil
daripada perkongsian hidup beliau bersama Puan Sri Hajjah Norainee Abd. Rahman, mereka
dikurniakan empat orang cahaya mata. Pada masa lapang, YB Tan Sri Dato' gemar bermain golf
dan badminton.
Anugerah

* 2007-Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP), Dato Seri


* 1991-Seri Paduka Mahkota Johor (SMPJ), Dato'
* 1988- Panglima Setia Mahkota (PSM), Tan Sri
* 1980-Setia Mahkota Johor (SMJ)
* 1879-Bintang Sultan Ismail (BSI)
* 1974-Pingat Ibrahim Sultan (PIS)

Y.A.B Tun Hussein bin Dato' Onn (1976-1981)

Tun Hussein Onn dilahirkan pada 12hb. Februari, 1922 di Johor


Bahru. Beliau adalah anak sulung Datuk Onn bin Ja'afar dan Datin Halimah binti Hussein yang
mempunyai lapan orang anak. Beliau mendapat didikan awal di Singapura dan pelajaran
menengahnya di English College, Johor Bahru. Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau
berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor. Pada awal tahun 1941,
beliau dihantar ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942.
Selepas itu beliau menyertai Regiment Hydrabad Ke 19 di India.
Apabila perang dunia kedua meletus, beliau berkhidmat di Timur Tengah. Setelah peperangan
tamat beliau dihantar ke India di Bahagian Perisik Tentera di Markas Tentera, New Delhi.
Memandangkan kepada pengalamannya yang luas, pihak British melantiknya menjadi jurulatih
di Pusat Rekrut dan Latihan Polis Malaysia di Rawalpindi. Ketika itu beliau berpangkat Kapten.
Beliau pulang ke Malaya pada tahun 1945 dan bertugas sebagai Komanden Polis Depot, Johor
Bahru. Selepas enam bulan di dalam perkhidmatan tentera di Malaya, beliau memasuki
Perkhidmatan Pentadbiran Melayu sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Daerah Segamat dan
kemudian sebagai Pegawai Daerah di Kuala Selangor dan Kelang. Ketika itu British sedang
mengemukakan rancangan Malayan Union dan Datuk Onn sendiri memainkan peranan penting
menentang Malayan Union dengan menubuhkan UMNO.
Berjuang di samping bapanya, Hussein Onn telah meletakkan jawatannya sebagai Pegawai
Daerah untuk turut serta dalam kegiatan politik UMNO. Datuk Onn telah memberikannya tugas
sebagai Ketua Pemuda UMNO yang dikenali sebagai Perikatan Pemuda UMNO dan seterusnya
dalam tahun 1950 beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO dan bertugas sepenuh

masa. Beliau juga telah dilantik menjadi Ahli Majlis Undangan Negeri Johor dan Majlis
Undangan Persekutuan.
Semasa darurat beliau dilantik menjadi Pegawai Penjaga Pasukan Kawalan Kampung di Johor.
Tun Hussein keluar dari UMNO mengikut bapanya, setelah tercetus satu krisis dalam parti pada
bulan Ogos 1951. Seterusnya Datuk Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya, malangnya
parti itu tidak mendapat sambutan. Sewaktu bersara dari politik, beliau telah pergi ke London
untuk belajar undang-undang di Lincoln's Inn, England dan telah lulus sebagai seorang peguam
pada tahun 1958.
Pada tahun 1968 atas desakan Tun Abdul Razak, Hussein Onn kembali menyertai UMNO. Pada
bulan Jun 1969 beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, dan dalam tahun
yang sama beliau telah memenangi pilihanraya umum di kawasan Parlimen Johor Bahru Timur,
dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 22 September, 1970. Sebagai Menteri Pelajaran
beliau telah menghadapi beberapa isu penting yang berkaitan dengan pelajaran, termasuk
mengenai masalah keciciran di kalangan penuntut-penuntut sekolah. Pada masa ini juga satu
perjanjian antara Malaysia dan Indonesia mengenai sistem ejaan baru telah diadakan di Kuala
Lumpur. Pada tahun 1972, Tun Hussein telah dipilih sebagai salah seorang Naib Presiden
UMNO.
Pada 13 Ogos 1973 pula, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan
tempat Tun Dr. Ismail yang telah meninggal dunia. Beliau juga menjawat jawatan Menteri
Kewangan dan Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam. Pada 14 Januari 1976, Tun Hussein
Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-3 menggantikan Tun Abdul Razak yang juga
telah meninggal dunia. Berikutnya, beliau mengumumkan satu Kabinet baru yang agak
memeranjatkan, di mana peluang-peluang yang luas diberi kepada tokoh-tokoh muda dalam
UMNO untuk memegang jawatan-jawatan penting. Beliau telah memilih Datuk Seri Dr.
Mahathir Mohamad sebagaiTimbalannya.
Dalam soal luar negeri, seperti juga dengan pemimpin-pemimpin sebelumnya, Tun Hussein Onn
terus mengadakan perhubungan yang baik antara Malaysia dengan negara-negara luar
termasuklah negara- negara barat dan lain-lain anggota ASEAN. Pada akhir tahun 1977, krisis
melanda Kerajaan Kelantan, berikutan dengan penyingkiran Datuk Haji Mohamad Nasir sebagai
Menteri Besar Kelantan. UMNO telah menunjukkan jalan-jalan kepada PAS bagaimana
menyelesaikan krisis itu tetapi tidak dihiraukan oleh pucuk pimpinan PAS. Kerana krisis itu
mungkin membawa kepada keadaan huru hara, Tun Hussein Onn telah mengistiharkan darurat di
negeri tersebut. Dalam bulan Mac 1978, satu pilihanraya diadakan bagi Negeri Kelantan, yang
mengembalikan kerajaan Barisan Nasional setelah 18 tahun berada di tangan parti pembangkang.
Dalam pilihanraya umum yang diadakan pada tahun 1978, Barisan Nasional yang bermanifesto
"A man whom you can trust" (Tun Hussein) telah beroleh kejayaan yang cemerlang dengan 131
kerusi daripada jumlah 154 kerusi Parlimen, di samping menguasai semua kerajaan-kerajaan
Negeri. Dalam pergerakan UMNO, Tun Hussein Onn berusaha sedaya upaya bagi mengekalkan
perpaduan di kalangan ahli-ahli dan pemimpin- pemimpin supaya parti dapat menghadapi
cabaran-cabaran yang timbul. Selaku seorang yang tegas pendiriannya, telah mengambil
beberapa tindakan bagi menghapuskan perbuatan rasuah dalam Kerajaan ataupun parti. Di
samping itu beliau telah menerima desakan dari ahli-ahli supaya menghapuskan elemen-elemen
yang disyaki terlibat dalam kegiatan-kegiatan pro-Komunis.

Y.A.B Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi (2003-April 2009)

Tun Abdullah Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana


Menteri Malaysia yang ke-lima pada 31 Oktober 2003.
Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis,
Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah
Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Beliau
kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah
Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1964.
Tun Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Beliau mula bergerak aktif dalam
arena politik setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978
dan beliau berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut sehingga kini. Beliau
adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981. Tun Abdullah dipilih sebagai Naib
Presiden UMNO pada tahun 1984 hingga 1990, dan dipilih semula memegang
jawatan berkenaan pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Tun
Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003. Beliau
dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang pada tahun
1999.
Tun Abdullah pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam beberapa
kementerian. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah

Persekutuan (1978-80), Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (198081), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84), Menteri Pelajaran (1984-86) dan
Menteri Pertahanan (1986-87) . Pada 15 Mac 1991, beliau dilantik sebagai Menteri
Luar sehingga Februari 1999 dan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan
Menteri Dalam Negeri pada Februari 1999.
Tun Abdullah berkahwin dengan Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood dan mereka
dikurniakan dua cahaya mata.

Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz

Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul
Aziz dilahirkan 27 Ogos 1947 yang merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku
Aziz dan Sharifah Azah Aziz, adalah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor
Bank Negara Malaysia. Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu
berkuasa di Malaysia.
Beliau dilahirkan di Johor Bahru dan mendapat pendidikan awal di Sekolah
Menengah Assunta, Petaling Jaya pada 1958. Pada tahun 1970, beliau menerima
Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal kemudain
melanjutkan pengajian sarjana dan doktor falsafah dalam bidang kewangan dan
ekonomi antarabangsa pada 1978.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan
Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training &
Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai
Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.
PAda tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara
Malaysia. Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank

Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian
pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh
dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd
dari tahun 1998 - 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah
Nasional Bhd sejak tahun 2004.

YM. Profesor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz

YM. Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku
Abdul Hamid merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam
bidang pendidikan dan seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea
kepada agama, bangsa dan negara. Beliau juga memenangi Hadiah Budaya Asia
Fukuoka IV 1993
Beliau dilahirkan di London pada 28 Januari 1922, merupakan keturunan diraja
Johor. Bapanya Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid merupakan seorang
Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor (JVC). Ibunya bernama
Hamidah bte Abdullah.
Beliau telah berkahwin dengan Azah Aziz telah dikurniakan seorang anak
perempuan iaitu Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar, Gabenor Bank Negara
Malaysia sekarang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat,
kemudian menyambung pengajiannya di Raffles College kemudiannya Universiti
Malaya Singapura dan mendapat ijazah pada 1951.

Kemudian pada 1964, beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang
ekonomi di Waseda University, Tokyo. Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor
(JCS) pada 1951, kemudian sebagai Pensyarah Ekonomi di Universiti Malaya
Singapura (1952-1961). Pada tahun 1961-1965, beliau telah dilantik sebagai
Professor dan Dekan di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya,Kuala Lumpur.
Kemudian dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya dari 1968 hingga 1988.
Beliau merupakan Naib Canselor Universiti Malaya paling lama berkhidmat dengan
universiti tersebut kira-kira 20 tahun. Beliau yang dianugerahkan gelaran Professor
Diraja pada 17 Jun 1978, juga merupakan pengasas gerakan koperasi dan Yang
Dipertua ANGKASA sejak ditubuhkan pada 1971. Pada 1997, beliau telah
dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang DiPertuan Agong. Beliau juga merupakan Pengerusi Cosmopoint.
Beliau juga menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama Anugerah
Melayu Terbilang sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC) 11 Mei 2005. Antara sumbangan utama Ungku Aziz kepada
negara ialah: Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu bumiputera menikmati
agihan kekayaan negara serta Majlis Perundingan Ekonomi Negara(Mapen) II.
Pencetus idea penubuhan
- Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LTH)
- Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad(Angkasa)
- Universiti Malaya
- Akademi Islam
- Pusat Asasi Sains
- Pekanbuku.

Tun Abdul Ghafar bin Baba

Tun Abdul Ghafar bin Baba (18 Februari 1925 - 23 April


2006) merupakan Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Abdul Ghafar bin Baba mula memegang
jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 7 Mei 1986 sehingga 15 Oktober 1993.
Beliau dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan awal
di Sekolah Melayu Kuala Pilah dan dan Sekolah Melayu Tangga Batu, Melaka.
Kemudian beliau menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris (kini
Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim. Beliau memulakan kerjaya
sebagai seorang guru sebelum beralih sepenuhnya kepada kerjaya politiknya.
Tun Ghafar Baba mula mengorak langkah untuk memperjuangkan nasib bangsa dan
negara Malaysia, apabila melibatkan diri dalam politik pada tahun 1940 dengan
menyertai Kesatuan Melayu Muda (KMM) di Melaka ketika berusia 15 tahun.

Kira-kira 11 tahun kemudian, bintang politik beliau semakin terserlah apabila


memegang beberapa jawatan seperti Pengerusi UMNO Melaka, Pegawai Penerangan
UMNO Malaya, Setiausaha Agung Barisan Nasional dan menjadi Naib Presiden
UMNO.
Beliau mula terbabit secara sepenuh masa dalam politik dengan bertanding di
kawasan Dewan Undangan Negeri Melaka Luar pada pilihan raya umum pertama
1955.Kawasan pilihan raya terakhir yang diwakilinya ialah kawasan Parlimen Batu
Berendam di Melaka yang dimenanginya pada pilihan raya umum 1999.
Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun
1959 hingga tahun 1963 dan merupakan antara kepimpinan UMNO yang telah
berkhidmat di bawah 4 Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul
Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir.
Ghafar Baba pernah menjadi pengerusi MARA dari 1 September 1967 hingga 31
Otober 1971 dan merupakan pengasas Kolej MARA yang kini sebagai Universiti
Teknologi Mara (UiTM).Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah
Utusan Melayu (M) Bhd selama 10 tahun bermula 1 September 1976.
Ghafar merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang diberi kepercayaan
menerajui MCA sebagai pemangku presiden selama 10 bulan ketika parti
berasaskan kaum Cina itu dilanda krisis akibat perebutan kuasa antara presidennya
ketika itu, Tan Koon Swan dan bekas presiden Tan Sri Dr Neo Yee Pan.

Tokoh Negara
Tun Dr. Ismail

Ismail bin Dato Abdul Rahman telah dilahirkan di Johor


Bahru pada 4 November 1915. Bapanya Abdul Rahman bin Mohamed Yassin adalah
bekas pegawai perkhidmatan awam kerajaan Johor pernah menyandang jawatan
Presiden Pertama Dewan Negeri iaitu jawatan tertinggi dalam Kerajaan Johor.
Ibunya, Zaharah binti Abu Bakar meninggal dunia sewaktu Tun Dr. Ismail berumur
sembilan tahun. Beliau mempunyai lapan orang adik beradik.
Beliau telah berkahwin dengan Toh Puan Norashikin binti Dato Mohd. Seth dan
mempunyai enam orang anak, empat lelaki dan dua perempuan. Tun Dr. Ismail
adalah peminat sukan. Di antara sukan yang digemari ialah golf, ragbi, tenis,
badminton, tinju dan bola sepak. Tun juga mempunyai minat dalam bidang
fotografi, pengemar lagu-lagu Melayu Asli, suka mengumpul barang-barang antik

seperti paip dan pemetik api serta bercucuk tanam pelbagai jenis pokok bunga dan
buah-buahan di persekitaran rumahnya.
Tun Dr. Ismail telah belajar di Sekolah English College, Johor Bahru dan kemudian
menyambung pelajaran ke Maktab Perubatan, King Edward VII College of Medicine,
Singapura pada tahun 1935 hingga 1937 dan selepas itu melanjutkan pelajarannya
ke Australia. Beliau telah mendapat Ijazah Perubatan dari Universiti Melbourne,
Australia dalam tahun 1945 dan merupakan anak Melayu pertama yang lulus dari
Universiti tersebut. Setelah kembali ke Tanah Air beliau telah membuka klinik
perubatan sendiri yang dinamakan Tawakkal dari tahun 1947 hingga 1952 di
samping bekerja secara sambilan di Hospital Besar, Johor Bahru.
Pada tahun 1953, beliau mula melibatkan diri sepenuh masa dalam
memperjuangkan kemerdekaan tanah air melalui UMNO yang dipimpin oleh Y.T.M
Tunku Abdul Rahman Putra. Sebelum itu, Dr. Ismail pernah dilantik sebagai ahli
Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Johor dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam
tahun 1948. Pada tahun 1953, beliau telah menyandang jawatan Menteri Hasil Bumi
hingga tahun 1955. Setahun kemudian beliau dilantik menjadi Menteri Perdagangan
dan Perindustrian yang pertama. Beliau juga terlibat dalam rombongan Ketua
Menteri, Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra ke London pada 18 Januari hingga 8
Februari 1956 kerana rundingan mengenai Kemerdekaan.
Setelah mencapai kemerdekaan, Dr. Ismail dilantik sebagai Duta Besar Persekutuan
Tanah Melayu yang pertama ke Washington di samping menjadi Wakil Tetap di
Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada bulan September 1957 beliau hadir di Persidangan
Bangsa-Bangsa Bersatu setelah Malaya di terima sebagai anggota pertubuhan itu.
Memandangkan pengalaman beliau di arena antarabangsa, pada tahun 1959 beliau
dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri. Pada tahun 1960 pula beliau dilantik
menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan tiga bulan selepas itu ditugaskan
menjalankan kerja-kerja sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Pada tahun 1967, Tun Dr. Ismail mengambil keputusan meletakkan jawatan kerana
kesihatan sering terganggu disebabkan penyakit jantung. Walau bagaimanapun
beliau telah kembali berkhidmat pada bulan Mei 1969. Beliau telah dilantik menjadi
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Dengan tindakan yang tegas beliau berjaya
memulihkan keamanan dalam negara pada masa trajedi 13 Mei 1969. Setelah Y.T.M
Tunku Abdul Rahman bersara pada tahun 1970, Allahyarham Tun Razak telah
dilantik menjadi Perdana Menteri. Tun Razak telah melantik Tun Dr. Ismail sebagai
timbalannya di samping menyandang jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan
Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.
Tun Dr. Ismail terkenal di kalangan pemimpin kerajaan dan antarabangsa kerana
kebijaksanaannya dalam berhujah serta idea-idea yang membina dan bernas. Beliau
adalah orang yang mula-mula menganjurkan Dasar Berkecuali Asia Tenggara. Ketika
menyandang jawatan Menteri Kehakiman beliau telah menghadiri Persidangan
Menteri-Menteri Kehakiman Komanwel di Australia dan Persidangan Keamanan

Dunia melalui undang-undang di Washington pada tahun 1965. Beliau juga telah
mewakili Malaysia di upacara perlantikan Presiden Filipina dalam bulan Disember
1965. Dalam tahun 1964, berikutan tindakan Indonesia melancarkan konfrantasi
terhadap Malaysia Tun Dr. Ismail telah diutus ke New York sebagai ketua rombongan
untuk membentangkan perkara Malaysia/Indonesia dalam Majlis Keselamatan pada
5 November 1964.
Tun Dr. Ismail pernah memangku jawatan Perdana Menteri ketika Y.T.M Tunku Abdul
Rahman dan Tun Abdul Razak berada di luar negara. Kali terakhir memangku ketika
Allahyarham Tun Abdul Razak berada di Kanada bagi menyertai persidangan KetuaKetua Kerajaan Negara-Negara Komanwel. Beliau telah menghembuskan nafas
terakhir pada 2 Ogos 1973 dalam usia 57 tahun di rumahnya. Beliau telah
menerima pelbagai anugerah samaada dari dalam atau luar negara kerana
kecemerlangan menjalankan tugas dan tanggungjawab. Antaranya Darjah Panglima
Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1959. Majlis Senat
Universiti Malaya turut memperingati dan menghargai jasa beliau dengan
mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang pada 13 Jun 1964.
Seterusnya pada bulan Oktober 1965, beliau menerima Darjah Kebesaran Vietnam
iaitu Vietnam National Order Grand Officer dan dalam bulan yang sama dikurniakan
anugerah Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) daripada Sultan Johor.
Pada bulan April tahun 1966 beliau telah di anugerahkan pingat Seri Setia Mahkota
(SSM) yang membawa gelaran Tun. Ketokohan Tun juga mendapat penghargaan
kerajaan Indonesia apabila dikurniakan Bintang Republik Indonesia Kelas Dua.
Penghargaan ini diperolehi ketika Presiden Suharto melawat Malaysia pada tahun
1970. Dalam Konvensyen Pertama Universiti Sains Malaysia pada 9 Januari 1973 Tun
Dr. Ismail telah menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang. Sebagai
menghargai jasa-jasa Tun Dr. Ismail terhadap negara dan bangsa jenazah beliau
telah disemadikan di Makam Pahlawan Negara di Masjid Negara atas kehendak Tun
Abdul Razak. Beliau merupakan pemimpin pertama dikebumikan di makam
tersebut. Tugas rasmi yang terakhir dilakukannya adalah merasmikan Perayaan Jubli
Perak Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 2 Ogos 1973.
Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia (http://sejarahmalaysia.pnm.my)

Tun Tan Sri (Dr.) Fatimah

Yang Amat Berbahagia Tun Tan Sri (Dr.) Fatimah telah


dilahirkan pada 25 Disember 1924 di Parit Kurma, Muar, Johor. Beliau telah
mendirikan rumah tangga dengan Tan Sri Abdul Kadir Yusof (Allahyarham) dan
mereka mempunyai enam orang anak. Beliau merupakan wanita petama dilantik
Menteri Kabinet, iaitu Menteri Kebajikan Am Malaysia. Jawatan itu telah dipegang
dari 20 Mei 1969 hingga akhir Februari 1973. Beliau menerima pendidikan awal di
Sekolah Melayu Lelaki Parit Kurma, Muar, kerana pada masa itu belum ada sekolah
untuk murid perempuan di kampung tersebut. Beliau kemudiannya menyambung
pelajaran ke Sekolah Melayu perempuan Mersing dan telah belajar bahasa Inggeris
di sekolah malam dengan guru Sekolah Convent Johor Bahru.
Tun Fatimah mula menunjukkan minat terhadap kerja-kerja kebajikan sejak di
bangku sekolah lagi. Semasa bersekolah, beliau seorang murid yang aktif dan
pernah menjadi Ketua Darjah dan Ketua Kumpulan Murid Perempuan, Ketua
Kumpulan (murid perempuan) kegiatan berkebun sayur, Ketua Murid Sekolah
Melayu Perempuan Mersing dan ketua rombongan pasukan senaman ke
pertandingan senaman sekolah-sekolah negeri Johor di Sekolah Air Molek. Tun
Fatimah telah memulakan kerjaya politiknya dengan menyertai UMNO pada tahun
1947, ketika berusia 21 tahun. Beliau menganggotai Pergerakan Kaum Ibu (UMNO)
Cawangan Kampung Nong Chik, Johor Bahru, dan memegang jawatan sebagai
Bendahari.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Kaum Ibu Cawangan Johor
Bahru. Pada tahun 1956, setelah mengikut suaminya ke Perak, Tun Fatimah telah
dipilih menjadi Ketua Pergerakan Kaum Ibu Negeri Perak dan dalam masa yang
sama, memegang jawatan Ketua Bahagian Ipoh. Dalam tahun itu juga, beliau telah
dilantik Ketua Pergerakan Kaum Ibu Malaya, menggantikan tempat Puan Khadijah
Sidek. Semasa memimpin Pergerakan Kaum Ibu UMNO, beliau berjaya membawa
wanita-wanita muda melibatkan diri dalam bidang politik dan sekaligus menyertai
UMNO.
Pada tahun 1959, beliau sekali lagi berpindah mengikut suaminya yang bertugas
dalam pekhidmatan kerajaan ke Kedah. Di sana, pada tahun yang sama, beliau

telah dipilih menjadi calon pilihanraya bagi kawasan Jitra-Padang Terap.


Kemenangan pada tahun 1959 diulangi sebanyak dua kali lagi menjadikan beliau
ahli Parlimen bagi kawasan tersebut tiga kali berturut-turut. Pada 20 Mei 1969,
beliau telah dilantik Menteri Kebajikan Am, wanita pertama menjawat jawatan
menteri. Beliau memegang jawatan tersebut selama empat tahun sehingga besara
pada bulan Februari 1973. Selain bidang politik, Tun Fatimah juga aktif dalam
pergerakan sosial terutamnya dalam pertubuah wanita.
Pada tahun 1962, sebagai Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO dan bersama-sama
beberapa orang pemimpin wanita lain, beliau telah memulakan perayaan Hari
Wanita pada 25 Ogos. Perayaan tersebut disambut sehingga hari ini. Setahun
selepas pelancaran Hari Wanita, diputuskan supaya sebuah badan gabungan
pertubuhan-pertubuhan wanita ditubuhkan, antara lain, menjadi urusetia perayaan
Hari Wanita di samping menangani pesoalan-persoalan wanita semasa. Badan
tersebut diberi nama Majlis Kebangsaan Petubuhan-pertubuhan Wanita atau
National Council of Womens Organisations (NCWO).
Tun Fatimah telah dipilih sebagai Timbalan yang Dipertua bagi penggal petama
(1962-65). Beliau kemudiannya dilantik Yang Dipertua dan menerajui NCWO selama
24 tahun sehingga bersara daripada jawatan pada tahun 1989. Beliau juga telah
menjadi Ahli Jawatankuasa Lembaga Loteri Kebajikan Masyarakat, Ahli Majlis
Universiti Malaya, Ahli Jawatankuasa Hospital Assunta, Ahli Jawatakuasa Sekolah
Latihan Wanita Ipoh, Ahli Jawatankuasa Perikatan Peringkat Malaya dan Ahli
Jawatankuasa Majlis Pepaduan Kebangsaan Malaysia. Beliau juga pernah dilantik
Naib Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah. Sebagai Ketua Pergerakan Kaum Ibu
UMNO, dengan sedirinya beliau menjadi Naib Yang Dipetua UMNO Malaysia dan
menduduki kerusi di Jawatankuasa Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Ahli
Jawatankuasa Kewangan UMNO dan Ahli Jawatankuasa Politik.
Selaku pemimpin wanita Melayu pertama menjadi Menteri, Tun Fatimah seringkali
diundang memberi ucapan dan ceramah dalam seminar-seminar, forum dan
persidangan-persidangan yang dianjurkan oleh pelbagai pertubuhan, baik di dalam
mahupun di luar negara. Antara mesyuarat dan persidangan yang pernah
dihadirinya ialah Perjumpaan Wanita Antarabangsa dalam tahun 1965 di Tehran.
Pada tahun 1963, beliau telah membuat lawatan sambil belajar selama dua bulan
ke Amerika Syarikat dan sebagai Menterei Kebajikan Am, beliau telah membuat
lawatan ke negara-negara jiran, misalnya ke Indonesia. Sebagai Presiden NCWO
juga, beliau telah mengikuti beberapa persidangan wanita antarabangsa.
Pada 31 Ogos 1958, beliau telah dianugerahi bintang Panglima Mangku Negara
(P.M.N) oleh Sri Paduka Baginda Yang Di-Petuan Agong yang membawa gelaran Tan
Sri. Universiti-universiti tempatan juga telah memberi penghormatan kepada beliau
seperti Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang oleh Universiti Malaya pada tahun
1975 dan Ijazah Kehormat Doktor Pendidkan oleh UTM pada tahun 2000. Sebelum
itu, pada tahun 1995, UTM telah melantik beliau sebagai Pro-Canselor. Pada tahun
2003, beliau telah dikurniai darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (S.S.M) oleh Seri

Paduka Baginda Yang Di-Petuan Agong yang membawa gelaran Tun.


Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia (http://sejarahmalaysia.pnm.my)

Mat Kilau
15 Jul

Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau adalah
Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun
1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan
berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai Dikir
Pahang.Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga
sentiasa menjadi juara di kampung beliau. Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat
Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud,
Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang
anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu
kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain,
bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan
parang. Mat Kilau banyak menuntut ilmu batin dan kepahlawanan hinggakan boleh
menghilangkan diri. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri
iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji
Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan
sebagai Mufti Negeri Pahang.

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah
menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai
cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh
Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford
mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini
membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari
masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan
amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui
namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat
Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang
diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan Ketua Pendehaka,
iaitu Dato Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The
Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan
akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah
mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah. Dengan
tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895,
maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya
berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh
Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.
Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau
mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di
Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat
beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang
kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya
yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah
bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat
Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar. Pada
hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk
bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya
mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai
sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu
dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa
Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6
Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah
empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kialu meninggal
dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. Beliau tidak sempat
menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.

Tok Janggut
PENGENALAN
Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok
Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada ialah seorang penentang
penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak
British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang
menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.

Biografi ringkas
Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok Janggut dikatakan ada
pertalian dengan Sultan Muhammad IV dimana bonda baginda diriwayatkan adalah adik beradik
ayah atau ibu Tok Janggut. Ada riwayat mennyatakan bahawa beliau adalah anak muridTok Ku
Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan
Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi
pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan
tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:

cukai tanah

cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun

cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun

kelapa sebanyak 3 sen setandan

sireh sebanyak 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik
Latiff, menggantikan Engku Besar. Engku Besar ialah cucu kepada Tengku Sri Maharaja Long
Seri Ibni Long Gafar Limbat yang memperoleh kuasa mentadbir kawasan timur Kelantan secara
turun temurun. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang
berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal
pengutipan cukai. Semua orang termasuk Sultan dan pembesar diwajibkan membayar cukai
tanah. Dikatakan Sultan Kelantan mempunyai 3000 ekar tanah dan para pembesarnya
mempunyai sekurang-kurangnya beratus-ratus ekar tanah. Keadaan ini juga tidak menyenangkan
Sultan.
Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak
dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan
pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan
Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh
Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut
Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.
Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik
Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu
Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25
Mei 1915di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.
Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap
Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh.
Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat
beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum
dikebumikan di Pasir Pekan. Pihak perisikan Inggeris mengesyaki bahawa terdapat kerabat diraja
dan orang besar Kelantan dalam membantu pemberontakan Tok Janggut. Antaranya ialah Tengku
Chik Penambang (Tengku Panglima Raja) dan Tengku Abdul Jafar Ibni Sultan Muhammad II
(Tengku Petra Dalam Kebun) Tengku Abdul Jafar sebelumnya memakai gelaran Tengku
Temenggong Kelantan dan melarikan diri ke Pattani apabila dinafikan hak menaiki takhta
Kelantan
.
Perjuagan Tok Janggut ini juga sebenarnya adalah datangnya dari semangat pahlawan-pahlawan
Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya. Ke semua
pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi ke Terengganu, Kelantan dan Siam apabila pada ketika
itu British telah mempengaruhi Kerajaan Pahang agar memusuhi mereka. Kerana tidak mahu
bertempur dengan bangsa sendiri dan tidak mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka
melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan seterusnya Siam.

Dato Khoo Kay Kim

Professor Emeritus Tan Sri Dato` Dr. Khoo Kay Kim (Lahir: Mac 28 1937) ialah seorang ahli
sejarahwan terkemuka di Malaysia dan mendapat kehormatan Emeritus dari Universiti Malaya.
Beliau dilahirkan di Kampar, Perak, Malaysia.
Semasa zaman persekolahannya, beliau pernah menghadiri sekolah Inggeris di sebelah pagi dan
sekolah Cina di sebelah petang. Pada tahun 1960, beliau memperolehi ijazah B.A. (hons) dalam
bidang sejarah daripada Universiti Malaya, Singapura. Seterusnya, pada tahun 1967, beliau
mendapat ijazah sarjana M.A. Sejarah daripada Universiti Malaya, Singapura dan Ph.D. Sejarah
daripada Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1974. Profil kariernya bermula di
Universiti Malaya, Kuala Lumpur hingga ke hari ini. Dari tahun 1964 hingga tahun 1966, beliau
memulakan kariernya sebagai seorang Tutor. Seterusnya, dari tahun 1966 hingga tahun 1967,
beliau menjawat jawatan Pembantu Pensyarah (sementara) dan akhirnya menjadi Pembantu
Pensyarah dari tahun 1967 hingga Julai tahun 1968. Beliau dilantik sebagai seorang Professor
pada tahun 1974. Dari bulan Mei tahun 1973 hingga tahun 1975, beliau telah dilantik sebagai
Pemangku Ketua Jabatan Sejarah dan kemudiannya sebagai Professor Jabatan Sejarah pada
bulan May tahun 1975. Beliau telah dianugerahkan J.S.M Johan Setia Mahkota pada bulan Jun

tahun 1983 dan pada bulan April tahun 1987, beliau dianugerahkan D.P.M.P Darjah Paduka
Mahkota Perak yang membawa gelaran Dato
Diantara karya penulisannya adalah Tranformasi & Demokrasi yang diterbitkan oleh Pelanduk
Publications dalam tahun 1971 dan Biografi Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah yang
diterbitkan dalam tahun 1992. Beliau juga terlibat di dalam organisasi sukarelawan iaitu sebagai
Penasihat, Alumni Malaysian University of Southern California (MUSCA) pada 4 September
tahun 1995. Antara lain penglibatan beliau termasuk menjadi hakim padang dan balapan di
Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP) pada tahun 1964 dan juga sebagai Pengarah, Pusat
Sukan (Universiti Malaysia) pada bulan April tahun 1995. Sebagai ahli akademik yang terkenal,
Professor Khoo telah menulis beberapa buku berkenaan sejarah yang diguna pakai oleh muridmurid sekolah hari ini.

You might also like