You are on page 1of 2

-Kepentingan makan makanan berkhasiat

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya
sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan
peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.
Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah
kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang
berkhasiat. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi.
Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar
dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang
tidak teratur memburukkan kesihatan.
-Mempraktikkan amalan pemakanan yang betul
Cara hidup yang tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan
makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh membawa kepada masalah
kegemukan. Makanan bergoreng juga boleh menyumbang kepada pengumpulan lemak
dalam badan. Justeru itu, kita hendaklah makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber
protein yang lain seperti ikan. Penggunaan minyak dikurangkan dan mempelbagaikan
masakan dengan cara mengukus, membakar atau merebus.

-Merancang satu gizi seimbang


Adalah merupakan satu keperluan bagi setiap individu dalam merancang pemakanan
seimbang dengan menggunakan senarai kalori makanan yang kita makan seharian. Sebagai
contohnya, wanita dewasa memerlukan 1600-2000 kalori sehari manakala lelaki dewasa pula
memerlukan sehingga 2000-2500 kalori sehari.

Keperluan kalori juga adalah bergantung kepada beberapa faktor lain seperti jantina, umur,
saiz badan, jenis pekerjaan, iklim dan keadaan kesihatan. Manakala setiap 8000 kalori yang
lebih atau terkumpul pula akan menaikkan 1kg berat badan anda. Di bawah ini, disenaraikan
kalori-kalori mengikut makanan harian kita.

-Mewajarkan pengagihan makanan kepada yang kurang benasib baik/memerlukan


Kita wajar mengagihkan makanan kepada orang yang kurang bernasib baik dan
memerlukan.Antara kebaikan yang kita dapat apabila kita mengagihkan makanan kepada
yang memerlukan ialah kita dapat mengurangkan penderitaan yang dialami oleh mereka
dan kita juga dapat mengeratkan silaturahim.Jika kita tidak mengagihkan makanan
kepada yang memerlukan kita akan mendapat kemurkaan daripada Allah S.W.T.
-Mengaitkan adab makan yang menepati sensiviti dan kepercayaan agama
Bagi penganut agama Islam diharamkan memakan daging babi dan meminum arak. Makan
makanan yang halal dan bersih sangat-sangat penting bagi setiap orang Muslim . Makanan
yang halal tidak saja bermaksud, daging dari binatang yang halal dimakan, tetapi juga
mencakupi keseluruhan proses penyediaan makanan tersebut, seperti penggunaan peralatan
yang bersih dari segi Islam dan juga proses penyembelihan mengikut kaedah Islam.
Agama Buddha sekeras-kerasnya melarang pengikutnya untuk makan daging binatang, hasil
laut, burung dan kehidupan-kehidupan yang lain. Mengikut agama Buddha setiap benda yang
bernyawa ada hak untuk hidup di dunia ini dan manusia tidak boleh membunuh atau
mencederakan sesebuah kehidupan yang lain untuk memuaskan keperluannya. Mengikut
ajaran agama Buddha apabila seorang manusia membunuh seekor binatang, dia akan
dilahirkan kembali sebagai binatang tersebut.
Kebanyakan orang menganggap dan mempercayai bahawa lembu tidak dimakan oleh
penganut agama Hindu dan berbangsa India kerana lembu dianggap salah satu Tuhan mereka.

You might also like