You are on page 1of 9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOH PUAN DATUK PATINGGI

HAJJAH NORMAH

KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB PETANQUE


SMK TPDPH NORMAH

Disediakan Oleh:

ROSLAN BIN TAFA


1.0. SEJARAH PERMAINAN PETANQUE

Petanque dikesan kewujudannya sejak 900 sm apabila satu set bola dan jek ditemui di makam
orang Mesir Purba tahun 7000 s. m. Kemudian sukan ini dimainkan oleh oleh orang Rom dan
Greek. Dikaji bahawa orang Rom orang yang pertama memainkannya di Marseilles 2600 s.m.
yang lalu.

Pada zaman pertengahan sukan ini sangat popular sehingga dilarang kerana sesuatu sebab
yang tidak diketahui. Pa kurun ke 17 bangsawan Perancis menjadikan permainan ini sebagai
permainan bangsawan dan Raja Louis XIV Perancis telah memperkenalkan permainan petanq
kepada 14 mata kiraannya. Semasa perang Napoleon menggunakan peluru marian sebagai
bola permainan.

Sejarah moden sukan ini bermula di Clotat Perancis pada tahun 1910 apabila seorang yang
cacat daripada kemalangan telah membaling bola petanq tepat ke sasaran dengan keadaan
berdiri . Menakjubkan. Kemudian permainan ini cukup popular ke tanah jajahan Perancis di
Afrika, Pasifik Selatan dan Eropah Barat, Thailand, Vietnam , Jepun dll.

1.1. Sejarah Petanque di Malaysia

Di Malaysia sukan ini diperkenalkan oleh Prof Diraja Ungku Abdul Aziz ( Naib
Canselor UM) dan YDP Angkasa pada tahun 1989. Pada tahun 1990 upacara permainan ini
telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Najib Tun Razak ( ketika itu Menteri Belia dan
Sukan Malaysia ) pada 22 Mac 1990 di Padang Jalan Timur , petaling Jaya sebagai salah satu
acara sukan negara. Sehingga kini sukan ini terus diangkat martabatnya ke peringkat
kebangsaan oleh ANGKASA. ANGKASA telah menganjurkan pertandingan petanq antara
koperasi sekolah setiap tahun sejak 1995 lagi.

2.0. PERALATAN PERMAINAN PETANQUE

Perlatan yang digunakan ialah:

 Bola/boule. Bola petanque mempunyai dua jenis iaitu tournament boule dan training
boule. Dua bola ini mempunyai perbezaannya tersendiri. Training boule tidak boleh
dibawa untuk kejohanan. Hanya digunakan untuk latihan sahaja. Tourrnament boule pula
bola digunakan dalam kejohanan. Tiga perkara yang perlu ada yang diukir pada
tournament boule ialah saiz, jenama, nombor siri dan berat bola.

Gambar ciri-ciri tournament boule

 Jack. Bola kecil


Jack

 Pita Pengukur. Permainan petanque memerlukan pIta pengukur yang bertujuan


mengukur bola/boule yang hampir sama jaraknya.

4.0 GELANGGANG PETANQUE

Pembinaan gelanggang petanque hendaklah di atas permukaan yang mendatar dan lebih tinggi
dari aras laut. Selain daripada dapat menjimatkan kos pembinaan, kawasan yang tinggi dan
keras memudahkan kita membina gelanggang. Untuk menentukan arah jalur gelanggang
hendaklah dalam anggaran 90 darjah dari arah matahari naik dan turun. Ketebalan quary dust
tidak melebihi 2”. Ketebalan batu ¾” bergantung kepada permukaan, untuk mendapatkan
level permukaan (ketebalan cadangan 2 – 3 inci). Ketebalan kasaran bergantung kepada
permukaan untuk mendapatkan level permukaan. Untuk menjadikan gelanggang yang kita
bina lebih mencabar pemain, dicadangkan agar kita menaburkan batu kasar di permukaan
gelanggang (chipping). Walau bagaimanapun chipping ini jangan diletakkan terlalu banyak
kerana ini akan merosakkan bola petanque.

5.0. CARA PERMAINAN PETANQUE DIMAINKAN

 Permainan petanque dimainkan dengan cara mengira bola yang paling hampir dengan
jack (bola kecil).
 Permainan akan tamat dengan mana-mana pemain mendapat mata 13 atau tempoh masa
yang ditetapkan mengikut kejohanan yang dianjurkan.

 Pemainanan petanque dimainkan mengikut kategori secara perseorangan, regu dan


bertiga.

 Bilangan bola untuk sesuatu kategori adalah seperti berikut:

 Perseorangan: 3 biji bola seorang

 Regu : Setiap pasangan memegang 3 biji bola. Jadi regu mempunyai 6 biji
bola.

 Bertiga : setiap seorang pemain perlu memgegang 2 biji bola. Jadi 6 biji bola
akan digunakan bagi pasangan bertiga.

 Balingan jack akan dilakukan secara undian kedua-kedua pasukan. Pemain yang
membaling jack perlu mengikut jarak minimum 6 Meter dan maksimum 10 Meter.

 Jack yang dibaling mestilah tidak kurang daripada 1 meter daripada kawasan sempadan
gelanggang.

 Pemain mestilah berada dalam bulatan yang dibuat atau gelung yang disediakan.

 Pemain lawan yang tidak berada dalam bulatan mestilah berada di belakang pemain
dengan jarak 1 Meter.

 Mata dikira dengan membilang jumlah bola yang berhampiran dengan jack.

 Jika berlaku jarak yang hampir sama antara kedua pasukan, maka pemain perlu
mengukur jarak tersebut menggunakan pita pengukur. Seandainya masih tidak ada
penyelesaian untuk mengukur jarak tersebut, pemain boleh memanggil arbiter (pengadil)
untuk mengukur jarak tersebut.

 Mana-mana pasukan yang berjaya mencapai 13 atau mendahului selepas masa tamat
dikira pemenang.

6.0. OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB PETANQUE.

1. Memperkenalkan permainan petanque kepada warga sekolah.

2. Mengasah bakat pemain yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
3. Menjadikan permainan petanque sebagai aktiviti kokurikulum.

4. Menjadikan SMK TPDPH NORMAH sebagai pusat petanque daerah DARO

7.0 MATLAMAT.

a) Mengembangkan pengetahuan pengurusan kokurikulum di peringkat sekolah.


b) Melahirkan warga Normah yang sihat dan cergas serta melahirkan sifat keyakinan,
fokus dan mempunyai visi dan misi serta berdisiplin.
c) Mencungkil bakat para guru , staf Normah dan juga murid-murid Ppki ,Tingkatan 1
hingga Tingkatan 6.

7.0 Rasional.

a) Kita mempunyai guru ,akp dan murid-murid yang berminat serta berkebolehan dalam
sukan ini.
b) Memiliki tempat untuk berlatih yang sangat sesuai untuk warga Normah.
c) Sukan ini mampu memberi peluang kepada guru pelatih untuk mewakili sekolah
sama ada di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.

8.0 KUMPULAN SASARAN

a) Guru SMK NORMAH


b) AKP
c) Murid-murid dari PPKI HINGGA TINGKATAN 6

9.0 AHLI JAWATAN KUASA (AJK)


Pengerusi : En Rahman bin Wahed ( Penolong Kanan 1)

Naib Pengerusi: En. Ibrahim Bin Maknun ( PK Kokurikulum)

GURU PENASIHAT:ROSLAN BIN TAFA

NUR ASYURA BINTI IBRAHIM

Pengerusi : Muhammad Danish Haiqal Bin Soffahasbidillah (1E)

Naib Pengerusi : Abang Muhamad Daniel Bin Abang Shamsure (1C)

Setiausaha : Nur Hafizah binti Nasir (1D)

Penolong Setiausaha:Kharulnizam bin Ishak ( 1C)

Bendahari : Elly Rindiani Binti Abdullah (1C)

Penolong Bendahari:Farhan Nizan Bin Juli (1C)

Ketua AJK : Mohd Edrie Rizal bin Mohammad (1F)

Ahli AJK :Haiqal Bin Abu Soffian (1C)

: Nur Hasyiqqin Binti Mahri (1C)

Haziefheild Hardie Bin Abdullah (1D)

Erfa Najiha Binti Affendi (1C)

Farrah Atiqah Azhirah Binti Jamil (1c)

PENUTUP

Adalah diharapkan dengan adanya kelab petanque ini dapat menaikkan nama sekolah
dan dapat memberikan pendedahan kepada murid dan guru-guru mengenai permainan ini.
Diharapkan juga agar penubuhan ini dapat menjadikan SMK TPDPH Normah sekolah
menengah yang bernaung di bawah Persatuan Petanque Malaysia (PPM). Besarlah hati saya
agar ;kertas kerja ini dapat diluluskan agar perjalanan kelab lebih mudah dan berjalan dengan
lancar. Sekian, Terima kasih.
Disediakan Oleh:

(Roslan Bin Tafa)

DISEMAK OLEH:

(Encik Ibrahim Bin Maknun)

GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM,

SMK TPDPH NORMAH

Disahkan Oleh:

(EN Rahman Bin wahed)

Penolong Kanan 1,

SMK TPDPH NORMAH

You might also like