You are on page 1of 38

Soalan 3d.

Kesalahan Istilah dan Tatabahasa

MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN TATABAHASA

A. Kesalahan istilah:
Kesalahan istilah bermaksud kesalahan penggunaan kata iaitu penggunaan
perkataan yang tidak sesuai dengan kehendak ayat atau situasi.

Contoh 1:
Salah : Kakaknya bekerja sebagai pragawati di Syarikat Penerbangan Malaysia
dan sering ke luar negara.
Betul: Kakaknya bekerja sebagai pramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia
dan sering ke luar negara.

Contoh 2:
Salah: Ibu mencuci ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.
Betul: Ibu menyiang ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.

B. Kesalahan tatabahasa:
Kesalahan tatabahasa bermaksud semua bentuk kesalahan dalam pembinaan
ayat yang gramatis. Kesalahan ini melibatkan kesalahan hukum tatabahasa.

Contoh 1:
Salah: Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang sekali di Semenanjung
Malaysia.

Betul:Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia.

Contoh 2:
Salah: Azim diberi masa dua setengah jam untuk sampai ke tempat
pertandingan itu.
Betul: Azim diberi masa dua jam setengah untuk sampai ke tempat
pertandingan itu.
LATIHAN
KENALPASTI KESALAHAN ISTILAH DAN TATABAHASA DALAM AYAT BERIKUT:

1. Modul kenegaraan yang diimplikasikan dalam Program Latihan Khidmat


Negara adalah untuk memperluas pengetahuan para pelatih-pelatih tentang
kenegaraan dan meningkatkan perasaan cinta akan negara.

(Kesalahan istilah/kata)- diimplikasikan (implikasi) bermaksud kesan/akibat


SEPATUTNYA diaplikasikan (digunakan)
(Kesalahan tatabahasa)- para pelatih-pelatih (para> kata bilangan tak tentu
yang membawa maksud banyak) SEPATUTNYA para pelatih atau pelatih-pelatih.

2.Tuan Haji Samsudin ialah orang yang pertama mendahului penternakan udang
galah di kawasan itu kerana beliau berani menghadapi risiko yang bakal beliau
tempuhi.

(Kesalahan kata) - mendahului SEPATUTNYA mempelopori (orang yang mula-


mula)
(Kesalahan tatabahasa) - beliau tempuhi SEPATUTNYA ditempuhi oleh beliau
(ayat pasif ke-3)

3.Selain daripada mengikis sikap mementingkan diri sendiri, aktiviti gotong-


royong juga memperkukuh silaturahim.

(Kesalahan kata) - memperkukuh SEPATUTNYA mengeratkan.


(Kesalahan tatabahasa) - Selain daripada (penggunaan dua kata sendi serentak)
SEPATUTNYA selain.
MEMBETULKAN EJAAN DAN IMBUHAN [soalan 3 (c)]

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu semula
tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

*"Highlight" di bawah setiap soalan untuk memaparkan jawapannya

1. Sistem pemasaran merupakan suatu aspek yang sanggat penting dalam


melarisi buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sanggat = sangat, melarisi = melariskan
2. Tekanan merupa masaalah yang sering dialami oleh semua lapisan
masyarakat tidak kira golongan muda mahupun golongan tua.
Merupa = merupakan, masaalah = masalah
3. Sarap yang dibuang ke dalam longkang boleh menyekat longkang dan
saliran lain sekaligus menyebab air tidak dapat mengalir dengan lancar.
Sekaligus = sekali gus, menyebab = menyebabkan
4. Misi utama penubuhan Kursi Pengajian Melayu adalah untuk meningkat
kesedaran masyarakat dunia terhadap kebudayaan melayu.
Meningkat = meningkatkan, melayu = Melayu
5. Perkembangan Teknoloji Maklumat telah menghasilkan berbagai-bagai
perisian yang diciptakan khusus untuk membantu pengguna dalam memudah
kerja serta mendapatkan hasil yang berkualiti.
Teknoloji = teknologi, memudah = memudahkan
6. Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perunding dan
khidmat nasihat yang meliputi peluang penerbitan, panduan penulisan buku,
hakcipta dan royalti, penyediaan manuskrip, dan proses penerbitan.
Perunding = perundingan, hakcipta = hak cipta
7. Semasa menanti adik di rawat kerana ketulangan, ibu tertidur berbantal
lengan.
Di rawat = dirawat, berbantal = berbantalkan
8. Amalan dan corak permakanan manusia senentiasa berubah mengikut
peredaran masa.
Permakanan = pemakanan, senentiasa = senantiasa
9. Ayer kelapa tua, jika dibuang dengan banyaknya ke dalam parit atau
sungai, dapat mendatang mudarat kepada hidupan air.
Ayer = air, mendatang = mendatangkan
10. Segala perkara yang mencemarkan harmoni dan kesejahteraan dapat
dicegah dengan semangat kerja sama dan keprihatinan sesama jiran.
Harmoni = keharmonian, kerja sama = kerjasama
11. Golongan pesakit keronik kebiasaannya beusaha untuk mendapatkan
bantuan daripada orang ramai melalui media elektronik atau media cetak.
Keronik = kronik, beusaha = berusaha
12. Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah berkenan untuk
menyempurnakan pelancar model baharu Proton Persona di ibu negara baru-
baru ini.
DiPertuan = di-Pertuan, pelancar = pelancaran
13. Sesi motivasi diri dan persiapan di ambang periksa telah disampaikan oleh
Dr. Ismail Zain, pakar motivasi terkenal dan penasihat Potal Pendidikan Utusan.
Periksa = peperiksaan, Potal = Portal
14. Program Rangkaian Sekolah Malaysia Asean yang dilancar oleh Menteri
Pelajaran Malaysia bertujuan untuk mengeratkan hubungan persahabatan dalam
kalangan negara Asean, kususnya di peringkat sekolah.
Dilancar = dilancarkan, kususnya = khususnya
15. Guru dan anggota kumpulan sokongan (AKS) yang berhidmat di sekolah
pedalaman akan nikmati dua elaun sekali gus, iaitu Elaun Khas Mengikut Lokasi
dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) dan Elaun Balik ke Kampung (EBK) mulai bulan
Jun 2007.
Berhidmat = berkhidmat, nikmati = menikmati
16. Perpustakaan elektrunik ialah perpustakaan alternatif yang dapat
menyedia maklumat dalam program pendidikan jarak jauh.
Elektrunik = elektronik, menyedia = menyediakan
17. Encik Hilmi tidak mensiakan peluang kemasan yang ditawarkan oleh
majikannya agar beliau melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah lanjutan.
Mensiakan = mensia-siakan, kemasan = keemasan
18. Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab telah dikenalpasti sebagai
punca utama tercetusnya kerisis pencemaran sungai di negara ini.
Dikenalpasti = dikenal pasti, kerisis = krisis
19. Amalan Gaya Hidup Sihat merupakan selogan untuk meningkatkan tarat
kesihatan rakyat di menyeluruh negara ini.
Selogan = slogan, menyeluruh = seluruh
20. Kejayaan kita dalam bidang sains dan teknoloji bergantung pada mampuan
kita menguasainya.
Teknoloji = teknologi, mampuan = kemampuan
21. Masyarakat penyayang dapat diwujud jika kita berjaya memupok semangat
kejiranan supaya kesejahteraan sosial terjamin.
Diwujud = diwujudkan, memupok = memupuk
22. Pemasukan secara bertali arus pendatang asing ke negara ini jika tidak
dikawal akan mendatangkan masaalah sosial yang kronik.
Pemasukan = kemasukan, masaalah = masalah
23. Kita tidak buleh mementingkan pangkat dan kedudukan sehingga sanggup
memperlekehkan orang lain sampai menjejaskan maruahnya.
Buleh = boleh, memperlekeh = memperlekehkan
24. Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan populasi
spesis laut itu kian berada dalam keadaan genting.
Taksuban = ketaksuban, spesis = spesies
25. Setiap pelajar mempunyai kebolehan yag berbedza dan mereka
memerlukan masa untuk menguasai perkara yang mempelajari.
Berbedza = berbeza, mempelajari = dipelajari
26. Buku kerja itu diterbitkan oleh penerbitan swasta untuk kemudahan
pelajar membuat latehan supaya dapat menguasai sesuatu tajuk yang sudah
dipelajari.
Penerbitan = penerbit, latehan = latihan
27. Sayugia diingatkan bahawa penderaan dan penyisihan pelajar yang
bermasalah tidak membantukan pihak sekolah mengatasi masalah disiplin dalam
kalangan pelajar.
Sayugia = seyogia, membantukan = membantu
28. Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan
memahamkan kandungan al-Quran.
Balagah = balaghah, memahamkan = memahami
29. Setiausaha-setiausaha jabatan kerajaan di daerah itu sedang
menghadirkan jamuan tahunan anjoran kerajaan negeri.
Menghadirkan = menghadiri, anjoran = anjuran
30. Perbincangan dalam kertas kerja ini bertujuan untuk mengenengahkan
fungsi penggunaan kamus dalam kalangan pelajar di bangku sekulah rendah.
Mengenengahkan = mengetengahkan, sekulah = sekolah
hasa.
Setiap pelajar-pelajar = setiap pelajar, di mana = yang
MEMBETULKAN KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH ATAU TATABAHASA
[soalan 3(d)]

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu dengan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur
dan maksud asalnya.

*"highlight" di bawah setiap soalan untuk melihat jawapannya

1. Mereka tidak dapat memasuki bangunan itu kerana penjaga yang


bertugas di luar bangunan itu tidak memberikan kebenaran pada mereka.
Penjaga = pengawal, pada = kepada
2. Setiap pelajar-pelajar yang mengikuti seminar itu diminta mengecamkan
struktur ayat di mana menyalahi hukum tatabahasa.
Setiap pelajar-pelajar = setiap pelajar,mengecamkan=mengenalpasti
3. Oleh kerana tilam itu lembap, penolong rumah saya telah menjemurnya.
Oleh kerana = oleh sebab, penolong = pembantu
4. Minyak masak yang berbau hapak itu telah ayah buang.
Hapak = tengik, telah ayah buang = dibuang oleh ayah
5. Jika sekiranya saudara tidak faham akan perkara ini, silalah berkata
kepada saya sekarang.
Jika sekiranya = Jika/sekiranya, berkata = bersuara
6. Tidak saja di negara kita, tetapi juga di luar negara kebebasan bersuara
sepenuhnya tidak dilakukan.
Tidak sahaja = bukan sahaja, dilakukan = diamalkan
7. Dia menyelak saku seluarnya sebab mengambil kunci kereta.
Menyelak = menyeluk, sebab = untuk
8. Banyak pepohon yang teduh ditanam di kiri kanan lebuh raya.
Banyak pepohon = banyak pohoh/pepohon, teduh = rendang
9. Untuk mengelakkan kecelaruan makanan, berhati-hati malah makan di
gerai makanan.
Kecelaruan = keracunan, malah = ketika
10. Encil Lee berjanji akan memberikan upahan yang setimpal sebagai insentif
pada para pekerjanya untuk meningkatkan produktiviti syarikat.
Upahan = ganjaran, pada = kepada
11. sejak dari semalam aku asyik teringat akan orang tuaku di halaman,
kata Naim.
Sejak dari = sejak/dari, di halaman = di kampung
12. Masalah yang dihadapi oleh para-para pelajar haruslah kita basmikan
dengan segera.
Para-para pelajar = para pelajar/pelajar-pelajar, basmikan = atasi
13. Selepas menghentak beras itu, kakak saya telah mengayak beras tepung
tersebut sebelum dibuat kuih.
Menghentak = menumbuk, beras tepung = tepung beras
14. Dalam mesyuarat itu mereka membincangkan lain-lain perkara selain
masalah disiplin sekolah.
Lain-lain perkara = perkara-perkara lain, pelajar = sekolah
15. Bas ekspres itu terperosok ke dalam gaung sebab brek bas itu mengalami
kerosakan.
Terperosok = terjunam, sebab = kerana

16. Naim bersandar pada sebatang pokok yang rendang, namun adiknya Nana
keletihan tidur di sisinya.
Namun = sementara , keletihan tidur = tidur keletihan
17. Semangat inilah yang mendorong kami sehingga tiba di hujung yang
tertinggi sekali di semenanjung Malaysia.
Hujung = puncak, tertinggi sekali = tertinggi/tinggi sekali
18. Awan terapung begitu dekat dengan kami nyaris-nyaris dapat dicapai
dengan tangan.
Yang, nyaris-nyaris = seakan-akan
19. Ada pekerja-pekerja warga asing yang tidak mempunyai pasport, tetapi
pada masa yang sama mereka mempunyai kad kredit Malaysia.
Pekerja-pekerja = pekerja, kad kredit = kad pengenalan
20. Kemampuan negara untuk bersaing peringkat antarabangsa bergantung
kepada sejumlah faktor tertentu.
Di peringkat, kepada = pada
21. Kesilapan seorang jurugegas di dalam tugas mereka bentuk jambatan akan
menyebabkan jambatan runtuh.
Jurugegas = jurutera, di dalam = dalam
22. Di hari Sabtu yang lalu, jurugambar profesional itu memberikan
penerangan tentang cara-cara mengambil gambar dengan menggunakan teknik
terbaru.
Di = pada, terbaru = terbaharu
23. Perusahaan petroleum di Malaysia menawarkan peluang terbaik golongan
muda yang ingin mencari pekerjaan yang menarik dan memuaskan.
Perusahaan = industri, golongan = bagi golongan
24. Bahaya yang paling kerap dikaitkan dengan penggunaan komputer peribadi
adalah kesan buruk yang disebabkan oleh radiatornya.
Adalah = ialah, radiatornya = radiasinya
25. Banyak faktor lain perlu dikuasai untuk membolehkan seseorang itu
berjaya dalam kerjaya yang akan diceburi sesuai dengan pengembangan dunia
tanpa sempadan.
Perlu = yang perlu, pengembangan = perkembangan
26. Isu perlanggaran disiplin di dalam kalangan pelajar sekolah sering
mendapat perhatian daripada masyarakat.
Perlanggaran = pelanggaran, di dalam = dalam
27. Selain daripada itu, bilangan orang yang menghirup sakit kerongkong
semakin bertambahsebagai akibat cuaca panas.
Selain daripada itu = selain itu, menghirup = menghidap
28. Demam denggi adalah sejenis penyakit berbahaya yang disebabkan oleh
jangkitan virus denggi yang disebarkan oleh nyamuk Tiruk betina.
Adalah = ialah, tiruk = aedes
29. Di antara kesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar
sekolah ialah sesetengahnya menggunakan alat komunikasi itu untuk
mengirimkan saluran pesanan ringkas (SMS) berantai.
Di antara = antara, SMS = khidmat pesanan ringkas
30. Apa yang penting ialah masalah pelajar dapat diselesaikan secara yang
berhemah supaya mereka dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya
kepada pelajaran demi untuk masa depan mereka, tanya Puan Yie Hann.
Demi untuk masa depan mereka = demi masa depan mereka, tanya = kata

SOALAN LATIHAN PERIBAHASA SPM

Peribahasa Latihan 1
Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah. Anda
hanya perlu menulis peribahasa yang berkenaan sahaja.
(i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan
kemampuan diri.
____________________________________________________________________
_
(ii) Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas.
____________________________________________________________________
(iii) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.

Peribahasa - Latihan 2
Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah.
(i) Perkara yang menjadi bahan percakapan orang.
____________________________________________________________________
___
(ii) Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa.
____________________________________________________________________
____
(iii) Keadaan hidup seseorang yang sangat daif.

Peribahasa - Latihan 3
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa
yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan
tersebut.
Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan
yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah
telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini
dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa
sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan
orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah.
Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah
terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.

Peribahasa - Latihan 4
Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu
peribahasa yang menggambarkan setiap situasi tersebut.
(i) Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia
belajar setiap hari dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau
dapat menguasai pelajaran setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.
____________________________________________________________________
___
(ii) Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran
lelaki yang mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang
negeri.
____________________________________________________________________
___
(iii) Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk
jawatan yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang
dijawat sekarang kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat
pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia ada.

____________________________________________________________________
____

Peribahasa - Latihan 5
Lengkapkan peribahasa yang berikut.
(i) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
_____________________________________________________________

(ii) Banyak udang, banyak garam


_________________________________________

(iii) Lain hulu lain parang


__________________________________________________

(iv) Asal kapas menjadi benang, dari benang menjadi kain


________________________________________________________________

(v) Tak tumbuh tak melata


_________________________________________________

(vi) Ada ubi ada


batas______________________________________________________

Peribahasa - Latihan 6
Berdasarkan pernyataan berikut, nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi
setiap situasi di bawah.
(i) Sikap tergesa-gesa pasti mengundang mala petaka jika tidak berhati-hati
ketika berada di jalan raya. Ingatan inilah yang perlu disematkan dalam minda
para pemandu, penunggang dan pengguna jalan raya.

____________________________________________________________________
__
(ii) Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak wajar dimanfaatkan sebaik-
baiknya dengan cara menyimpannya di dalam bank untuk masa depan mereka.
Amalan menabung merupakan satu tindakan yang baik dan mengajar seseorang
berjimat cermat.
____________________________________________________________________
____
(iii) Aktiviti bergotong-royong yang dilakukan oleh. penduduk kampung tersebut
berjaya menarik penyertaan lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur.
Aktiviti seumpama ini merupakan satu titik permulaan bagi menyemai nilai
murni di samping dapat mengukuhkan hubungan semangat kejiranan sesama
mereka.

Peribahasa - Latihan 7
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa
yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.
Pada hakikatnya, semua pelajar tidak kira Cina, Melayu atau India mampu
meraih kecemerlangan jika ada kesungguhan. Hal itulah yang dibuktikan oleh
seorang anak muda dari kampung yang berjaya menempatkan dirinya dengan
pelajar bukan Melayu pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru
ini. Menurut beliau, faktor cemburu melihat rakan sebaya yang lain berjaya
dengan cemerlang menambah tekadnya untuk terus bersaing dalam bidang
akademik. Baginya kalau orang lain boleh berjaya, mengapa kita tidak boleh
berjaya. Oleh itu, beliau sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dengan
berkorban masa dan tenaga serta menguruskan masa dengan terancang. Berkat
kesungguhannya, beliau berjaya memperoleh kejayaan dan bercadang
melanjutkan pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi.

Peribahasa - Latihan 8
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang
sesuai dengan setiap situasi tersebut.
(i) Kehidupan Pak Ali sebagai penarik beca roda tiga di bandar itu amat daif,
lebih-lebih lagi orang ramai semakin kurang menggunakan perkhidmatannya.
Namun, dia enggan mencari kerja lain dan tidak yakin boleh membuat kerja
lain.
____________________________________________________________________
___
(ii) Abu sentiasa berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaannya.
Dia memulakan perniagaan dengan menjual majalah dan surat khabar,
kemudian menjual buku-buku dan alat tulis. Kini, kedai Abu semakin banyak
menjual barang untuk keperluan harian masyarakat di tempatnya.
____________________________________________________________________
__
(iii) Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang
simpanannya telah habis dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk
berjimat cermat.

Peribahasa - Latihan 9
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa
yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.
Sepuluh tahun lalu, Ahmad meninggalkan kampung halaman kerana kehidupan
yang susah dan berlaku perselisihan dengan adik-beradiknya. Kini dia di
perantauan dan dapat menikmati hidup yang agak selesa. Tetapi ingatan kepada
kampung halaman masih membara. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke
kampung dan menetap di sana. Dia meminta maaf daripada adik-beradiknya di
kampung atas kesalahannya yang lalu. Kini hubungannya dengan adik-beradik
semakin mesra.
____________________________________________________________________
______

____________________________________________________________________
______

____________________________________________________________________
______

Peribahasa - Latihan 10
Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan menggunakan peribahasa
yang sesuai.

i. Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar
raya di Kuala Lumpur, iaitu pada awal tahun 1990. Namun kini, dengan berkat
usahanya yang gigih, beliau telah menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya
sendiri. Beliau percaya bahawa .....

____________________________________________________________________
____
ii. Sejak tahun 1995, sedikit demi sedikit Ahmad mengusahakan keropok
lekornya sendiri secara kecil-kecilan. "....., biarlah aku mulakan dengan modal
yang sedikit," bisik Ahmad.

____________________________________________________________________
____
iii. Pada peringkat awal Fatimah membuka gerai menjual pisang goreng di
simpang tiga jalan yang agak sepi. Apabila melihat kejayaannya, ramai insan
lain mula menceburkan diri dalam lapangan tersebut. Kini, gerai di kawasan
itu .....

____________________________________________________________________
_____
JAWAPAN PERIBAHASA
Peribahasa 1
(i) Ukur baju di badan sendiri.
(ii) Bagai telur di hujung tanduk.
(iii) Bagai mencurahkan air ke daun keladi.
Peribahasa - Latihan 2
(i) Buah mulut.
(ii) Menang jadi arang, kalah jadi abu.
(iii) Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Peribahasa - Latihan 3
i. Harapkan pagar, pagar makan padi / biar pecah diperut, jangan pecah
dimulut / mulut tempayan.
ii. Rambut sama hitam, hati lain-lain.
iii. Nasi sudah menjadi bubur / sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna
Peribahasa - Latihan 4
(i) -belakang parang kalau diasah lagikan tajam
(ii) -biduk lalu kiambang bertaut
(iii) -yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran/ mendengar guruh di
langit, air di tempayan dicurahkan
Peribahasa - Latihan 5
(i) -bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
(ii) -banyak orang, banyak ragam
(iii) -lain dahulu, lain sekarang
(iv) -barang yang lepas jangan dikenang, sudah menjadi hak orang lain
(v) -tak sungguh, orang tak kata
(v) -ada budi boleh dibalas
Peribahasa - Latihan 6
(i) Biar lambat asalkan selamat / pandu cermat jiwa selamat.
(ii) Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
(iii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Peribahasa - Latihan 7
(i) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
(ii) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih / jika tidak dipecah ruyung di
manakan dapat sagunya
(iii) Rajin dan usaha tangga kejayaan / di mana ada kemahuan di situ ada
kejayaan
Peribahasa - Latihan 8
(i) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
(i) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
(iii) Sudah terhantuk baru tengadah
Peribahasa - Latihan 9
(i) Bumi mana yang tidak ditimpa hujan

(ii) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di
negeri sendiri
(iii) Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Peribahasa - Latihan 10
i. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
ii. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
iii. Bak cendawan tumbuh selepas hujan.
STRATEGI MENJAWAB RUMUSAN

PETIKAN 1

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran dan cara-
cara memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap
lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti.
Semngat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman
dan harmoni.

Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku
pada diri kita terlbih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan
petolongan pada saat kita ditimpa bencana. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan
sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. Jiran yang berbeza latar belakang pekerjaan,
pendidikan, agama dan budaya akan memberikan manfaat yangbbesar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki
pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu
padu mampu menjamin keselamatan setempat daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan
dadah dan budaya samseng.

Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan
semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-
kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak
berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat
seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Jiran
yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat
menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat. Rahsia kejayaan program ini terletak
pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.
Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada
dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan
dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat
tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan,
maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan
perpecahan.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan
kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat
meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kejiranan, Cara Kekalkan


Hubungan Baik, oleh Ahmad Tarmizi Zakaria,
Utusan Malaysia, Jun 2003)

A: STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSURAT

STRATEGI 1:

Baca dan fahamkan petikan rumusan yang diberi sekurang-kurangnya 2 kali,


- Bacaan kali pertama untuk dapatkan gambaran keseluruhan petikan.
(masa dicadangkan 2 minit)
- Bacaan kali kedua untuk dapatkan pemahaman.
(masa dicadangkan 5 minit)

STRATEGI 2:

Tentukan kata tugas dalam soalan (Fokus 1 dan Fokus 2) dan gariskan
perkataan-perkataan tersebut.
Fokus 1 = Isi tersurat
Fokus 2 = Isi tersirat

Sebagai contoh dalam petikan contoh 1 Fokus 1 iaitu faedah-faedah hidup berjiran merupakan fokus untuk
isi tersurat manakala Fokus 2 iaitu cara-cara memupuk semangat kejiranan pula merupakan fokus untuk isi
tersirat.

CONTOH 1

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang
faedah-faedah hidup berjiran [ISI TERSURAT] dan cara-cara memupuk
semangat kejiranan. [ISI TERSIRAT] Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

STRATEGI 3:

Baca perenggan 1 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1.
Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemamtapan dan keutuhan hubungan dalam
setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat
yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam (menjana
kehidupan setempat yang aman dan harmoni). [ISI 1]
Baca perenggan 2 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu
faedah-faedah hidup berjiran.

Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang
berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling
(mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana) [ISI 2]. Pertolongan seperti inilah yang
amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara.
(Jiran yang berbeza latar belakang) pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan (memberikan manfaat
yang besar kepada kita) [ISI 3]. Hal ini kerana (mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh
kita kongsi bersama-sama). Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu (mampu menjamin
keselamatan setempat) [ISI 4] daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan
budaya samseng.

Baca perenggan 3 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu
faedah-faedah hidup berjiran.

(Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah) [ISI
5] dengan semangat kerjasama dan keperihatinan seama jiran. (Gejala sosial) seperti khalwat, penderaan
kanak-kanak dan kes-kes jenayah (dapat dibendung) [ISI 6] jika jiran memainkan peranan dan mengambil
inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak
menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang
buruk, bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama
dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya (dapat menjana program yang menyumbang
kebajikan kepada masyarakat setempat).[ISI 7] Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan
dan persefahaman yang mantap sesama jiran.

Baca perenggan 4 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu
faedah-faedah hidup berjiran.

Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan
berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.
(Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran). [ISI 8] Jiran yang baik ialah jiran yang
berjaya (memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama
mereka). [ISI 9] Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan
yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

Baca perenggan 5 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu
faedah-faedah hidup berjiran.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam
(menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara) [ISI 10] Hanya negara yang makmur dan
sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan
datang.

STRATEGI 4:
Senaraikan Fokus 1 (isi-isi tersurat) yang terdapat dalam petikan tersebut dan
kira jumlah perkataannya.

Isi-isi Tersurat : faedah-faedah hidup berjiran

- Dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni [ 8 ]


- Mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana. [ 8 ]
- Jiran yang berbeza latar belakang memberikan manfaat yang besar kepada
kita. [ 11 ]
Atau
- Dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka [ 8 ]
- Mampu menjamin keselamatan setempat. [ 4 ]
- Dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan
kesejahteraan masyarakat. [ 9 ]
- Gejala sosial dapat dibendung. [4 ]
- Dapat menjana program yang menyumbang kabijakan kepada masyarakat
setempat. [ 9 ]
- Melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 4 ]
- Memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan
perkongsian pintar sesama mereka. [ 11 ]
- Menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. [ 6 ]

STRATEGI 5:

Tulis isi-isi tersurat tersebut menjadi sebuah perenggan yang lengkap.

PERINGATAN:
- Maksimum isi untuk fokus 1 ialah 6 isi. Oleh itu anda tidak perlu memasukkan kesemua isi
kerana jumlah perkataan yang agak terhad.
Adalah dicadangkan jumlah perkataan untuk fokus 1 ialah 60 65 patah perkataan.
- Anda perlu menulis kata tugas untuk Fokus 1 dalam ayat pertama perenggan isi tersurat.

CONTOH:

Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.
Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan
dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, dapat
membendung gejala sosial serta melahirkan perpaduan sesama jiran.
[ 46 patah perkataan ]

B : STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSIRAT

STRATEGI:

- Isi tersirat dibina berdasarkan Fokus 2 soalan. Isi ini tidak terdapat dalam petikan yang
diberikan. Contoh dalam Petikan 1 Fokus 2 ialah: cara-cara memupuk semangat kejiranan.
- Isi tersirat dibina melalui tafsiran dan analisis yang mendalam berdasarkan isi tersurat dan
Fokus 2 dalam arahan soalan.
- Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan sekurang-kurangnya 2 isi tersirat.
- Kata tugas untuk Fokus 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan isi tersirat.

STRATEGI 1:

Kenal pasti dan senaraikan isi tersirat berdasarkan fokus 2 iaitu cara-cara
memupuk semangat kejiranan.

ISI-ISI TERSIRAT:

- Mengadakan majlis gotong royong / aktiviti kemasyarakatan / bersedia


memberi pertolongan / tolong menolong [ konsep: bekerjasama ]

- Mengadakan rumah terbuka / majlis keraian / ziarah menziarahi / perihatin


atau ambil berat hal ehwal jiran / bertanya kabar / pelihara hubungan
kejiranan / bertegur sapa / saling mengenali [ konsep : Interaksi tidak formal ]

- Membuat rondaan bersama pada waktu malam / rukun tetangga.

- Mengadakan tabung kebajikan / kursus/ kempen kejiranan / tabung khairat.

- Mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat / tubuhkan sektor rukun


tetangga / persatuan belia / JKKK [ Konsep : Interaksi formal ]

- Mengadakan hari keluarga / sukaneka / riadah / pertandingan

- Mengikis sikap negatif dalam diri individu / jangan mementingkan diri / tidak
sombong / berbaik sangka dengan jiran .

STRATEGI 2:

Membina perenggan isi tersirat.

CONTOH PERENGGAN ISI TERSIRAT

Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-royong dan
mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu
memupuk semangat kejiranan.
[ 23 patah perkataan ]

C : STRATEGI MENGHASILKAN PENDAHULUAN RUMUSAN

STRATEGI :

- Fahami maksud keseluruhan petikan yang diberikan.


- Kenal pasti Fokus 1 petikan tersebut kerana berdasarkan Fokus 1 itulah
penfahuluan rumusan karangan dapat kita hasilkan.
- Anda perlu melakukan pengubahsuaian supaya ayat yang anda bina itu
menjadi ayat anda sendiri.
- Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja.
- Mulakan ayat pendahuluan dengan ; Petikan membincangkan /
membicarakan .

CONTOH PENDAHULUAN:

Fokus 1 : Faedah-faedah hidup berjiran

Pendahuluan:

Petikan membincangkan peranan jiran dalam kehidupan bermasyarakat di negara kita.

atau

Petikan membincangkan kebaikan / kepentingan / kelebihan / manfaat / hidup


berjiran dalam masyarakat

D : STRATEGI MENGHASILKAN KESIMPULAN RUMUSAN

- Kaji semula fokus soalan sama ada Fokus 1 dan Fokus 2.


- Kesimpulan rumusan hendaklah berdasarkan fokus soalan tersebut.
- Kesimpulan merupakan cadangan / harapan anda terhadap fokus tersebut
berserta kesan atau akibat cadangan / harapan tersebut.
- Anda juga perlu menghubungkan antara cadangan / harapan dengan kesan
atau akibat cadangan dengan menggunakan kata hubung, agar, supaya,
demi.
- Gunakan penanda wacana atau rangkai kata, frasa yang menunjukkan
bahawa ayat tersebut merupakan ayat kesimpulan.
- Contoh : Kesimpulannya, .Justeru,

CONTOH KESIMPULAN:

Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang


sejahtera dapat diwujudkan

Atau

Justeru, semua pihak perlu menjalankan tanggung jawab mereka dalam


masyarakat dengan berkesan agar sebuah komuniti yang sejahtera dapat
diwujudkan.

CONTOH PETIKAN RUMUSAN YANG LENGKAP

Petikan membincangkan kebaikan hidup berjiran dalan sesebuah masyarakat.

Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain
mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan
kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, serta dapat
membendung gejala sosial dan melahirkan perpaduan sesama jiran. Hidup berjiran juga dapat mencegah
perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.
Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-royong dan
mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu
memupuk semangat kejiranan.

Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan.
[ 100 patah perkataan
UNGKAPAN MENARIK DALAM KARANGAN

UNGKAPAN MENARIK DALAM KARANGAN RESPONS TERBUKA


PENDAHULUAN

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir di segenap empat penjuru
negara ini tentang isu usaha ibu bapa untuk memastikan anak-anak berjaya
dalam kehidupan. Isu tersebut semakin mendapat perhatian dalam kalangan
masyarakat dan tokoh ilmuan negara baik di warung-warung kopi mahupun di
Dewan Parlimen

Dari segi konsepsinya, kejadian tanah runtuh ialah kejadian yang berlaku akibat
daripada gelongsoran tanah di lereng-lereng bukit. Implikasinya, fenomena ini
boleh menyebabkan kerosakan harta benda dan boleh meragut nyawa pengguna
jalan raya mahupun penduduk yang berdekatan. Persoalan yang bermain dalam
kotak fikiran kita ialah mengapakah fenomena ini boleh berlaku dan siapakah
yang patut dipersalahkan? Oleh itu, cara membalas jasa ibu bapa yang
mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan secara terperinci demi manfaat
semua.

Pada era globalisasi ini, amalan berjimat cermat amat digalakkan dalam
kehidupan. Isu ini sering diperkatakan. Amalan ini sering menjadi buah mulut
dalam kalangan masyarakat. Dari segi istilah, amalan berjimat cermat adalah
berbelanja secara berhemah dengan berhati-hati dan bukan secara boros

Dari segi konsepnya ,amalan berjimat cermat boleh ditakrifkan sebagai amalan
membelanjakan wang secara berhemah dan merangka perbelanjaan barang
sebelum membeli . Biasanya ,amalan ini dilakukan oleh masyarakat yang
dilabelkan sebagai pengguna yang bijak dan berhemah ketika membeli
barang .Pengguna yang bijak boleh diaforismekan seperti alah membeli menang
memakai.

Tetapi malangnya , masyarakat zaman kini terlalu obsess dengan barangan


import yang mahal harganya walaupun cukai yang tinggi telah dikenakan oleh
pihak yang berkuasa . Sedar atau tidak ,sebenarnya barangan buatan tempatan
adalah sama kualiti dengan barangan import

Pada era modenisasi ini, Malaysia semakin gah menempa nama di persada dunia
kerana peningkatan ekonomi yang maju. Hal ini kerana, industri pelancongan
telah menjadi peneraju utama yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi
negara ini.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa melalui industri pelancongan telah


menaikkan taraf ekonomi negara. Persoalan yang bermain dalam kotak minda
sanubari kita ialah siapakah yang memainkan peranan penting untuk
memajukan industri pelancongan ini?

KESAN / IMPLIKASI /IMPAK


Makanan tradisional yang bebas daripada bahan kimia bukan sahaja lebih sihat,
malah dapat memperkukuh silaturahim dan ukhuwah antara golongan tua
dengan yang muda.

Menurut Dato Misbun Sidek, negara Malaysia akan ketandusan atlit-atlit yang
berbakat jika tidak dicari dan dilatih dari usia yang muda. Ungkapan ini dapat
membuktikan bahawa industri sukan negara memang memerlukan pelapis dalam
bidang sukan dunia. Oleh itu, menjadi pasukan pelapis kepada negara adalah
penting untuk kejayaan industri sukan negara.
Sudah terang lagi bersuluh, program 1 Murid 1 Sukan yang diuar-uarkan oleh
Perdana Menteri yang ke-6 iaitu Dato Seri Najib Bin Abdul Razak mampu
memupuk semangat juang yang tinggi dalam kalangan murid sekolah

Pada era globalisasi ini, masalah sosial semakin meningkat seperti cendawan
tumbuh selepas hujan. Berdasarkan laporan daripada pihak kerajaan, terdapat
sebanyak 60 peratus daripada kalangan remaja terlibat dalam masalah sosial.

Masalah yang semakin meruncing ini amat menyedihkan para ibu bapa. Sebagai
anak yang bertanggungjawab, kita tidak seharusnya terlibat dalam sebarang
gejala sosial, pastilah ibu bapa kita akan berasa sedih dan kecewa atas
perlakuan kita

Dasar kerajaan yang mewajibkan program 1 Murid 1 Sukan di setiap sekolah


bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam tetapi jika dikaji, tanpa dasar-dasar
seperti ini masa yang diibaratkan seperti emas hanya terbiar dan tidak
dimanfaatkan dengan sebaiknya. Natijahnya, kita khususnya golongan remaja
akan berpeleseran di kaki-kaki lima pusat beli belah dan akan terdedah dengan
pelbagai gejala sosial yang tidak memberi manfaat dalam kehidupan

Menurut pakar motivasi, melalui penglibatan sukan dalam kalangan murid-


murid dapat memupuk semangat juang untuk negara kerana di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan. Sekiranya tiada program seperti ini, sikap juang
murid-murid untuk negara akan pudar dari lubuk hati mereka.

Sebagai tamsilnya, ketika membeli atau memilih barang yang hendak dibeli,
kita perlu mengetahui isi kandungan dan sumber barang tersebut sebelum
membelinya. Masyarakat juga dapat hidup dengan lebih kondusif.

Menurut Tun Dr Mahathir , amalan berjimat-cermat ini adalah satu cara bagi
memastikan pembangunan negara terus pesat membangun. Hal ini boleh
dianalogikan seperti sampan yang bergerak dengan bantuan enjin bot .
Sekiranya , semua pengguna di Malaysia bersama-sama membuat keputusan
dengan membeli barangan buatan tempatan , maka secara tidak langsung dapat
meningkatkan permintaan terhadap barangan tempatan sekali gus dapat
menstabilkan kewangan negara .
Dari sudut kodifikasi yang berrbeza , mInhaj yang berkesan untuk menangani
berjimat-cermat ialah menabung . Dengan menabung kita dapat menyimpan
wang untuk masa hadapan jikalau mempunyai masalah kecemasan.

Disebabkan itu amalan menabung sangat penting bagi setiap individu . Hal ini
bertepatan dengan aforisme sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit . Hal ini
boleh dianalogikan sebagai tanah yang bertimbun . Menurut pandangan tokoh
Tun Dr Mahathir, wang daripada tabungan juga boleh digunakan untuk masa
hadapan , seperti melanjutkan pelajaran ke luar negara

Pada realitinya,memang tidak dapat dinafikan bahawa membantu seseorang


ketika merupakan kepentingan utama amalan berjimat-cermat yang semakin
kerap menjadi polemik masyarakat di negara ini.Menelusuri maslahat ini,dapat
kita saksikan bahawa pada era langit terbuka ini,kebanyakan penduduk di dunia
lebih gemar hidup secara berjiran dan bermasyarakat. Bertepatan dengan
aforisme lain padang lain belalang, lain orang lain ragam.Hal ini kerana, setiap
hamba Allah yang hidup di dunia ini pastinya akan diuji dengan pelbagai
masalah kehidupan

Oleh itu, apabila terdapat jiran yang menemui jalan buntu dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi, kita sebagai individu yang terhampir
haruslah menjadi wahana bagi mereka melepaskan diri dari kepompong masalah
yang menyelubungi kehidupan mereka agar mereka tidak menjadi seperti duduk
dalam duri. Pada saat-saat genting seperti ini, wang simpanan yang disimpan
seharusnya digunakan bagi membantu mereka seperti peribahasa Melayu,berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sesungguhnya terbuktilah bahawa amalan
berjimat-cermat dapat diimplimentasikan dalam usaha untuk membantu orang
lain.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
PERANAN IBU BAPA
Dengan menunjukkan contoh yang baik, ibu bapa merupakan suri teladan yang
terdekat dalam membentuk institusi keluarga yang utuh. Anak-anak juga
memainkan peranan penting dalam membentuk peranan penting dalam
membentuk institusi keluarga yang kukuh. Hal ini boleh dianalogikan seperti,
tentera semut bekerjasama mengumpul makanan. Hal ini juga bertepatan
dengan aforisme, bagai aur dengan tebing.

Ibu bapa yang bertanggunjawab tidak seharusnya leka dan bersikap bena tak
bena dalam menerapkan akhlak terpuji dalam diri anak-anak.

Memetik wasitah nirmala seterusnya,ibu bapa haruslah menyediakan makanan


yang berkhasiat dan seimbang dapat membantu pembesaran anak-anak dengan
sempurna. Natijahnya,tubuh anak-anak yang sihat dapat membantu menjamin
keluarga bahagia.Amsalnya, ibu bapa perlu menyediakan sarapan yang
bercoklat untuk anak-anak mendapat tenaga di pagi hari.
Dari sudut kodifikasi yang berbeza,semua ahli keluarga perlu menjaga
kebersihan tempat tinggal agar persekitaran tempat tinggal bersih dan ceria.
Hal ini kerana,persekitaran tempat tinggal yang bersih dan ceria dapat
menenangkan fikiran

Anak-anak yang mempunyai peribadi yang mulia dan berbudi pekerti yang tinggi
dapat memenuhi tuntutan sebuah keluarga yang bahagia . Natijahnya , anak-
anak yang soleh dan solehah dapat menjaga nama baik keluarga di samping
melahirkan generasi yang cemerlang dan sifar jenayah .

Keluarga terdekat perlulah mengadakan rumah terbuka pada hari-hari tertentu


untuk mngeratkan hubungan kekeluargaan yang kita tidak kenal . Aktiviti
kunjung-mengunjung ke rumah saudara-mara juga dapat membina keluarga
harmoni terutamanya pada musim perayaan.
Ibu bapa tidak seharusnya cepat berputus asa malah meneruskan usahanya
sedikit demi sedikit tanpa sebarang rungutan di hadapan anak-anak yang kian
membesar dan memahami.Sekiranya ibu bapa berjaya melaksanakan usaha
sedemikian,nescaya apabila anak-anak sudah bergelar remaja mereka akan
lebih memahami soal semangat patriotik dan akan menghormatinya.

Sebagai ibu bapa lagi lebai lagi berjanggut harus memikirkan langkah yang perlu
di pragmatik lagi sistematik yang boleh dilakukan untuk menggalakkan anak-
anak mempunyai masa depan yang cerah dan berjaya dalam kehidupan

Ibu bapa merupakan penjaga kita dalam kehidupan sejak kita kecil lagi dan
merupakan watak terpenting bagi memuliakan kehidupan kita. Ibu bapa
memastikan bahawa anak-anaknya mendapat keperluan kehidupan yang
sempurna serta peluang mendapat pendidikan

Sejak zaman nenek moyang kita lagi, mereka sudahpun mengenali peribahasa
dan juga terkenal dengan ahli-ahli falsafah yang ternama. Ahli-ahli falsafah
atau saintis yang ternama seperti Hippocrates, Aristotle dan Plato merupakan
orang yang amat berilmu dan berperanan penting dalam memajukan sesebuah
tamadun.

Justeru, sudah terang lagi bersuluh bahawa ilmu pengetahuan tidak kurang
pentingnya dalam menjamin masa depan yang gilang-gemilang. Justifikasinya,
ibu bapa haruslah menggalakkan anak mereka bergaul dengan orang yang
berilmu.

Pada realitinya , memang tidak dapat dinafikan bahawa membeli bahan bacaan
yang berbentuk ilmiah dan dijadikan sebagai hadiah ialah prakarsa utama yang
dapat menggalakkan anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah di negara
kita kita . Dalam konteks ini , anak-anak akan berasa teruja dan dapat
meningkatkan keinginan anak anak untuk membaca apabila ibu bapa
menghadiahkan bahan bacaan kepada mereka.

Jika ditelusuri secara mendalam antara usaha lain yang boleh


diimplementasikan ialah ibu bapa menggalakkan anak-anak menyertai sesuatu
aktiviti bersifat ilmiah seperti diskusi ilmiah tentang sesebuah buku yang
baharu diterbitkan. Hal ini kerana, anak-anak berpeluang untuk berkongsi idea
antara satu sama lain melalui diskusi yang diadakan. Tambahan pula, mereka
dapat memperoleh informasi baharu dan pengetahuan terkini.
Oleh itu, tiada penyakit yang tiada penawarnya maka usaha yang konkrit
,sistematik dan pragmatik seyogia dilakukan oleh anak-anak agar harapan yang
diinginkan oleh ibu bapa dapat dicapai dengan jayanya.

Sebagai ibu bapa yang lebai lagi berjanggut, mereka haruslah membuka mata
mereka dan menyedari bahawa mereka adalah khalifah Allah yang paling
penting dalam kehidupan anak-anak supaya mereka berjaya dalam kehidupan di
dunia dan di akhirat. Ibu bapa haruslah berganding bahu dalam mendidik anak-
anak mereka. Sebagai langkah pertama dan langkah utama, ibu bapa mestilah
memastikan anak-anak mereka berusaha untuk mencapai keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan

Langkah lain yang tidak boleh dikesampingkan ialah ibu bapa perlulah berdoa
menadah tangan dan memohon kepada Allah S.W.T supaya anak- anak mereka
mempunyai peribadi yang terpuji. Sesungguhnya doa ibu bapa tiada hijabnya
dengan Allah dan doa ibu adalah lebih diterima kerana ibu memiliki sifat
penyayang yang sangat banyak maka doa orang yang penyayang tidak sia-sia.
William Shakespeare turut berkata, jangan kamu berhenti dari melakukan
usaha yang mulia selagi kamu belum kecapi hasilnya.

Dengan ini, ibu bapa perlu menjadi tulang belakang anak-anak bagi
merealisasikan impian anak-anak untuk cemerlang dalam hidup.

Oleh itu, ibu bapa perlu memberikan penegasan kepada anak anak mereka
untuk menunaikan solat lima waktu , mengaji dan memberi didikan fardu ain
bagi membendung anak anak terjebak dengan perkara yang sia sia .
Natijahnya , remaja tidak akan terpesong dari landasan yang betul

Selain itu, anak-anak akan lebih cenderung untuk mencontohi perilaku ibu bapa
umpama peribahasa Melayu, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jika ibu bapa
tersebut mengamalkan sifat tersebut, maka anak-anak akan mengikut jejak
langkah mereka. Sifat anak-anak ini akan dapat diwarisi oleh generasi
seterusnya menjadikan amalan ini tidak lenyap ditelan zaman dan tak lapuk dek
hujan tak lekang dek panas.

Jika ditelusuri secara mendalam, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak agar
menyahut kempen yang dianjurkan oleh kerajaan. Langkah ini perlu
diimplementasikan kerana pada zaman kontemporari ini mahaen terlalu
memandang enteng terhadap penjagaan alam sekitar. Natijahnya, generasi
muda akan datang tidak lagi dapat merasai dan melihat keindahan alam sekitar
yang tuhan kurniaka

REMAJA/GENERASI MUDA
Remaja seperti saya memainkan peranan penting untuk mengembalikan zaman
kegemilangan untuk warisan rakyat Malaysia supaya tinggalan nenek moyang
kita sentiasa subur dalam sanubari kita.

Dengan menghadiri perjumpaan dan belajar bermain permainan seperti congkak


dan gasing, kita dapat mengetahui betapa halusnya dan tingginya tahap
pemikiran nenek moyang kita yang mewariskan permainan ini kepada kita. Oleh
hal yang demikian, warisan bangsa ini dapat diturunkan dari satu generasi
kepada satu generasi.

Jika dilihat dari sudut lain, pantang larang ini sebenarnya mendisiplinkan diri
kita selain dapat menglakkan anak gadis daripada terjerumus dalam kebejatan
sosial. Oleh sebab itu, warisan rakyat Malaysia yang juga amalan nenek moyang
harus dijadikan tunjang kehidupan agar kita berjati diri teguh untuk menangkis
segala godaan anasir yang jahat

Jika kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu warisan ini tenggelam dalam arus
perdana ini, ke mana akan kita gapai kehidupan sebenar? Apakah erti sebenar
kehidupan ini jika kita hanya mampu merosakkan yang baik dan membinasakan
yang murni?

Sebagai remaja yang lagi lebai lagi berjanggut,kita seharusnya menghargai


tokoh-tokoh pejuangan kemerdekaan yang telah sanggup berkorban nyawa demi
negara tercinta daripada terus menjadi hamba abdi penjajah yang rakus dengan
kuasa dan tamak haloba dengan cara melawat ke tempat bersejarah
Ramai anak muda dalam kalangan kita yang semakin menghiraukan dan
memandang remeh soal patriotik dan hanya memejam mata,memekakkan
telinga,menongkatkan dagu, tidak menghiraukan apa-apa yang dilaksanakan
oleh kerajaan sejurus menjadikan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan
tersebut sebagaia mainan semata-mata.

Anak-anak patut rajin bergaul dengan orang yang berilmu untuk meluaskan ilmu
pengetahuan diri. Hal ini kerana, ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar
bertanya dan akal yang suka berfikir. Melalui pergaulan, kita boleh mendapat
maklumat dari mulut orang lain dan juga boleh mempelajari cara pergaulan
yang baik. Pengalaman yang diperolehi oleh orang lain juga dapat menjadi
panduan dalam kehidupan kita

Kejayaan memerlukan pengorbanan yang besar daripada kita dan jalan yang
kita harus lalui untuk kejayaan pastinya dipenuhi dengan halangan dan unsur-
unsur negatif yang boleh mematahkan semangat kita. Walaupun begitu, jika
kita berusaha untuk menempuhi segala halangan dan cabaran yang menanti,
pastinya kita mendapat kejayaan yang dikejari itu.
Dengan kejayaan kita dalam peperiksaan pastinya akan lupa segala kesakitan
yang dilalui selepas mengukir senyuman manis di atas muka ibu bapa kita.

Langkah yang lebih efisien lagi pragmatik yang harus diamalkan oleh anak-anak
agar terus berjaya dalam kehidupan ialah menghormati orang yang lebih tua
terutamnya ibu bapa dan guru. Seyogianya, sikap menghormati orang yang lebih
tua sudah sepatutnya disemai dalam setiap individu.
Untuk menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat kita perlulah
menghormati orang yang memanifestasikan kita selama sembilan bulan. Ibu dan
bapa adalah orang yang paling berharap untuk kita sebagai anak yang berjaya di
dunia dan di akhirat. Hati dan naluri seorang ibu mudah rapuh dan terasa, maka
kita perlulah menghormati dan mendengar setiap nasihat yang diberi.

Dari sudut kodifikasinya yang berbeza, sebagai seorang pelajar kita perlu
mendapat restu seorang guru supaya ilmu yang dibekalkan direstui oleh seorang
yang bergelar guru. Setiap apayang diberikan oleh guru itu adalah ilmu agar
anak didiknya terus berjaya. Maka untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya
kita perlulah menghormati guru itu
Memetik wasitah nirmala seterusnya, membaca dapat menjamin keberkesanan
dalam melahirkan masyarakat yang kreatif lagi inovatif. Individu yang telah
tersemat dengan kepelbagaian kreativiti dan inovatif yang tinggi akan sentiasa
berusaha untuk menghasilkan produk atau ciptaan baru berpandukan kepadatan
idea yang datangnya daripada membaca.

Hal ini kerana dengan aktiviti membaca yang dijadikan amalan ini akan
memberi kesinambungan idea yang tidak putus-putus. Sebenarnya, masyarakat
telah pun mendapat pendedahan secara meluas bermulanya di peringkat
sekolah lagi.
Melalui membaca bahan ilmiah , kita tidak akan menjadi seperti katak di bawah
tempurung yakni tidak mengetahui sebarang perkembangan mahupun
pengajaran . Membaca juga dapat membentuk sahsiah diri yang terpuji dan
tinggi dalam kalangan marhaen.
Sebagai deduksinya, kita hendaklah mengimplementasian pendekatan dalam
bentuk indoktrinasi kepada ibu bapa supaya harapannya itu tercapai. Kita
sebagai anak-anak haruslah sentiasa menghargai jasa ibu bapa dan
menghormati setiap keputusan yang telah ditetapkan sama ada keputusan itu
bercanggah dengan apa yang kita cadangkan kerana syurga itu di bawah telapak
kaki ibu.

Selain mendapat keputusan yang sangat cemerlang umpama bulan jatuh ke


riba, beliau turut mempunyai nilai-nilai murni lain yang boleh dicontohi oleh
semua pelajar berkat asuhan dan didikan kedua ibu bapanya. Kepatuhan kepada
agama tidak akan sama sekali melahirkan remaja yang kurang sopan dan tidak
berakhlak malah mereka yang patuh akan agama tidak akan menjadi orang yang
mundur. Einstein pernah berkata, agama tanpa ilmu itu lumpuh, ilmu tanpa
agama itu buta. Oleh itu, terbuktilah bahawa didikan agama yang mencukupi
mampu melahirkan remaja yang bersahsiah mulia.

Menurut Dato Dr Hj Fadzillah Kamsah , pengurusan masa merupakan perkara


yang harus dipandang serius dan seterusnya harus dimanfaatkan dengan sebaik
mungkin . Sekiranya , remaja gagal menguruskan masa dengan baik , maka
wujudlah kera kena belacan , sejajar dengan perlakuannya . Hal ini boleh
dianalogikan seperti kaca yang jatuh berderai . Sesungguhnya , amatlah rugi
kehidupan seseorang remaja sekiranya membiarkan masa yang bernilai ibarat
emas berlian berlalu dengan begitu sahaja tanpa disedari

PIHAK SEKOLAH
Dari sudut kodifikasi yang berbeza, organisasi pendidikan merupakan satu
organisasi yang terpenting dalam sesebuah negara. Hal ini bukan sahaja sebagai
indikator pada tahap pembangunan negara, malah akan menjadi indikator hala
tuju negara pada masa akan datang.Umumnya organisasi pendidikan seperti
sekolah merupakan entiti yang unik kerana mampu menghadapi pelbagai
cabaran dan perubahan dalam menyelesaikan masalah disiplin

Pendidikan yang utuh lagi mapan haruslah dipraktikkan dalam diri remaja
bermulanya daripada insan yang bergelar pendidik. Sekiranya pendidikan
memberikan kesan yang mendalam kepada anak-anak remaja maka golongan
perokok di negara kita dapat dikurangkan.

.Hatta , kempen secara berterusan terutamanya pada peringkat institusi


pendidikan merupakan salah satu modus operanda yang efisien dalam
menangani tabiat merokok. Hal ini kerana, melalui kempen di sekolah dan
institusi pendidikan dilihat mampu menyalurkan maklumat secara berterusan
kepada pelajar dan masyarakat. Di sekolah misalnya, penerapan kempen
bahana merokok bukan sahaja diadakan secara formal tetapi juga melalui
kempen serampang dua mata yang merentas kurikulum dalam bilik darjah.

Perkara ini amat penting kerana dilihat mampu mengurangkan tabiat merokok
dalam kalangan pelajar dan masyarakat madani kini melalui pengajaran
berkesan. Uswahnya, melalui mata pelajaran Sains pelbagai impak daripada
tabiat merokok dapat diketaahui oleh pelajar. Kempen Tak Nak Merokok melalui
media massa pada tahun 2010 telah berjaya meningkatkan kesedaran orang
ramai.

Menurut Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, guru-guru turut
memikul tanggungjawab untuk menanamkan sikap suka menabung dalam
kalangan murid yang bakal menjadi pemimpin negara kelak melalui
pembelajaran di dalam kelas ataupun di luar waktu persekolahan. Oleh itu,
individu yang mengamalkan amalan berjimat cermat mampu memupuk sikap
suka menabung.

Dengan pengimplementasian pakej sebegini golongan remaja akan berminat


untuk bersukan serta melakukan aktiviti yang sihat.Hal ini seterusnya memberi
impak positif kepada negara kita sendiri yang mana dapat memanifestasikan
pertambahan ekonomi melalui sukan yang mempunyai swadaya.Justfikasinya
dengan tanggungjawab terhadap terhadap peranan dimainkan negara kita
mampu duduk sama rendah,berdiri sama tinggi tidak kira melalui kesukanan
malah juga kesihatan.

Sudah terang lagi bersuluh, akhlak yang baik perlu ditanam di dalam kalbu
setiap manusia terutamanya golongan pelajar. Sehubungan dengan itu, setiap
pelajar atau murid haruslah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang
dijalankan di sekolah. Justeru, ibu bapa dan guru perlu bersinergi untuk
menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti sukan. Ibarat kata pepatah,
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Kita perlu bersinergi untuk mengasah bakat murid-murid yang dianugerahkan


oleh Allah untuk menajamkan bakat yang sedia ada.
Sekiranya semua pelajar berintegriti dalam menyiapkan tugasan serta
memahami tanggunjawab diri, maka elemen kasih sayang antara guru dan
murid semakin terpaut erat. Guru ialah insan yang perlu kita letakkan pada
darjat yang tinggi. Guru banyak berkorban masa dan tenaga mendidik kita
sehingga berjaya

Usaha untuk mendapat ilmu pengetahuan dan pendidikan yang banyak dapat
memberi bantuan besar untuk saya berjaya pada masa depan. Pendidikan yang
tinggi dapat membantu saya bersaing untuk mendapat pekerjaan yang gaji
tinggi. Oleh itu, saya harus rajin belajar dengan bersungguh-sungguh serta
melakukan perkara dengan penuh semangat ketekunan, kegigihan, kecekalan,
dedikasi dan berdaya maju.

Aktiviti yang berfaedah boleh dianalogikan seperti lampu jalan yang menerangi
jalan raya. Implikasinya, melalui aktiviti yang diwajibkan setiap murid di
sekolah akan lebih membantu murid dari segi rohani mahupun jasmani. Dalam
masa yang sama, murid dapat memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang
bermanfaat

Tuntasnya , sudah terang lagi bersuluh , peranan pihak sekolah tidak terkecuali
dalam memupuk minat bersukan dalam kalangan golongan yang berdarah baru
setompok pinang sekarang . Pihak sekolah seharusnya mengadakan pelbagai
aktiviti dan program berteraskan sukan yang melibatkan semua pelajar tanpa
membenarkan seorang pun terkecuali

Statistik terkini jelas memaparkan sebahagian daripada remaja yang merupakan


pelapis negara ini tidak berminat untuk menyertai apa apa aktiviti sukan yang
dijalankan. ,Sukan merupakan satu aktiviti yang mampu memberi seribu satu
manfaat kepada individu yang melibatkan diri mereka dalam aktiviti tersebut .

Kementerian Pelajaran Malaysia juga menyarankan pihak sekolah mengadakan


aktiviti ilmiah seperti resensi buku murid-murid dan guru. Sekiranya hal ini
dilaksanakan dengan penuh jaya, sudah pastilah sikap membaca dalam kalangan
anak-anak dapat diterapkan ke dalam sanubari mereka, bak kata pepatah
membaca itu jambatan ilmu.

Oleh itu, Konsep Sekolah Penyayang yang berteraskan budaya kemesraan dan
kasih sayang antara guru dan murid sewajarnya diterapkan di setiap sekolah.
Rentetan itu, murid akan lebih menghargai setiap ilmu yang dititiskan oleh
guru. Malahan, terdapat pelbagai variasi uslub dan minhaj boleh diswadaya bagi
menghargai golongan guru. Hal ini kerana, guru sentiasa menganggap murid
sebagai benih yang baik dilemparkan ke darat menjadi permata yakut yang
bersinar cemerlang, dilemparkan ke laut menjadi pulau penuh khazanah.
Jika ditelusuri secara mendalam, didikan agama merupakan usaha yang
dominan dalam memastikan anak-anak berjaya dalam kehidupan.
Agama memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak tidak akan
terpesong ke lembah hina. Agama merupakan lampu suluh yang menerangi jalan
anak-anak ke arah masa depan yang cerah.

50,000 satu angka yang sangat besar sekali. Dengan angka sebesar itu, kita
boleh memanfaatkan dengan pelbagai perkara yang diingini. Malangnya, angka
sebesar itu sangat digeruni dan ditakuti setiap golongan marhaen. Mengikut
kajian yang telah dilakukan pada akhir tahun 2011, 50,000 orang setiap hari di
seantera dunia mati disebabkan pelbagai penyakit. Hal ini mungkin
memeranjatkan semua orang akan fakta yang telah dinyatakan oleh salah satu
universiti di Amerika Syarikat.

KERAJAAN/PIHAK BERKUASA
Jika ditelusuri secara mendalam peranan yang boleh dimainkan oleh pihak
kerajaan untuk memajukan industri pelancongan ialah kerajaan haruslah
mengadakan pelbagai promosi kepada pelancong. Hal ini kerana untuk menarik
minat pelancong untuk melancong ke negara ini.

Menurut Tan Sri Mustafa Jabar,tidak ada satu bangsa pun di dunia ini yang
mencapai kemajuan dengan hanya bermodalkan kata-kata,sebaliknya bangsa
yang maju ialah mereka yang gigih berusaha.Sekiranya kata-kata hikmat ini
disematkan dalam diri setiap golongan marhaen di Malaysia,tidak industri
mustahil pelancongan Malaysia akan menjadi tumpuan seantero dunia.

Antara langkah yang efektif lagi pragmatik yang boleh dilakukan ialah pihak
kerajaan boleh mengadakan promosi tentang keunikan dan keindahan flora dan
fauna yang terdapat di Malaysia ke segenap pelosok dunia.Dengan adanya
promosi sebegini,industri pelancongan akan menjadi tarikan kepada penduduk
di luar negara untuk melawat Malaysia.

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi setiap manusia,menyukai sesuatu yang


murah tetapi mempunyai kualiti yang tinggi . Begitu juga dengan para
pelancong yang sering keluar masuk ke Malaysia silih berganti. Jadi agensi-
agensi pelancongan di Malaysia bolehlah mengadakan pakej-pakej menarik
supaya pelancong berminat untuk berkongsi peluang keemasan sebegini kepada
kawan-kawan mahupun kaum keluarga. Hal ini seterusnya akan memberi impak
positif kepada negara kita sendiri yang dapat memanifestasikan pertambahan
ekonomi yang mempunyai swadaya.

MASYARAKAT
Sikap bagai enau melepaskan pucuk masing-masing haruslah dielakkan
masyarakat dalam memajukan industri pelancongan.Seperti yang diketahui
umum,tarikan sesuatu negara itu berpandukan kepada keindahan budi bahasa
yang diamalkan oleh rakyat negara tersebut.Bertepatan dengan
filsafat,kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan bukan kepada
wajah dan pakaian.

Sudah terang lagi bersuluh,masyarakat haruslah membuka langkah untuk


memajukan industri pelancongan dengan menyaambut pelancong dengan
bersopan. Perilaku yang sopan akan memberikan mereka tanggapan pertama
mengenai keperibadian rakyat sesebuah negara yang membuatkan mereka
berasa selesa dan berminat untuk melancong lagi ke negara tersebut

Kita harus mencontohi sifat-sifat tokoh terdahulu dan mempraktikkannya bagi


menjana idea membangunkan Malaysia sejajar dengan hasrat 1
Malaysia.Sesungguhnya,kita mampu tenggelam sama basah timbul sama hanyut
seiringan dengan negara maju yang lain.Surah Al-Alaq ada menyatakan, bacalah
dengan nama Tuhanmu, wahai Muhammad.

Hal ini menunjukkan akan kepentingan ilmu dari buaian hingga ke liang
lahad.Oleh itu,kita perlu membaca bagi meningkatkan ilmu
pengetahuan.Natijahnya,ilmu yang diperoleh dapat menjadi pemangkin untuk
membangunkan negara tercinta
Dalam menjayakan prakarsa pragmatik ini,semua pihak haruslah sebulat suara
berganding bahu bergerak sederap seia sekata dalam menerapkan rasa cinta
akan negara dalam diri setiap individu

Tambahan pula, bukan sahaja ibu bapa yang memainkan peranan penting dalam
memupuk budaya membaca malahan semua pihak seharusnya berganding bahu
dalam merealisasikan budaya membaca sebagai satu budaya dalam kehidupan
seharian.

Sudah terang lagi bersuluh, membaca dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.


Kecermelangan pembangunan negara bermula dengan permata negara yang
dinamik
Di samping itu, peningkatan ilmu pengetahuan dapat memajukan diri kita.
Masyarakat yang lebih berdaya maju akan berusaha untuk mendapatkan ilmu
yang terbaik tanpa mengenepikan kepentingan orang lain dan boleh membantu
orang lain bagi menyelesaikan masalah.

Hal ini bertepatan dengan kata-kata Francis Barchan bahawa ilmu ialah kuasa.
Menurut Dato Dr. Fadzillah Kamsah, membaca merupakan jambatan ilmu yang
perlu diterokai dan dicari. Oleh itu, tabiat membaca perlu diperkasakan agara
peningkatan kualiti wacana nasional dapat dilestarikan.

Dalam mengejar wawasan 2020, semua rakyat perlu memahami amalan


membaca supaya amalan ini mampu menjadi amalan turun temurun. Jika kita
halusi dengan lebih terperinci, negara-negara moden seperti Jepun
mengamalkan amalan membaca yang sangat penting dalam diri setiap penghuni
yang berada dalam negara tersebut. Hal ini disebabkan mereka mengamalkan
amalan membaca dalam kehidupan seharian

Selain itu, harapan Perdana Menteri dapat direalisasikan apabila melihat anak-
anak didik cemerlang yang kaya dengan ilmu intelek dapat dilahirkan. Lantaran
itu, sudah tentu Malaysia mempunyai lapisan generasi yang berkualiti dan
berilmu pengetahuan yang dapat memartabatkan negara kita. Generasi ini akan
membawa Malaysia memacu ke hadapan untuk mencapai kejayaan yang
setanding dengan negara lain ibarat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
Sesungguhnya, membaca buku ilmiah membawa banyak maslahat yang positif
dan tidak merugikan sesiapa.

PENUTUP
Akhirul kalam, kita haruslah pandai dalam berjimat cermat. Hal ini kerana,
amalan berjimat cermat itu amat penting untuk menjamin kewangan kita pada
masa hadapan. Oleh itu, kita haruslah mempraktikkan amalan ini sejak dari
azali lagi. Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang
kemudian.

Sebagai pengitlakannya, amalan membaca dapat memberi manfaat yang


berguna kepada setiap individu tidak kira golongan tua mahupun golongan
muda. Sekiranya semua pihak tidak memekakkan telinga, tidak hanya
membisukan mulut, membutakan mata mereka, maka negara akan berdiri
standing dengan negara moden pada masa ini. Dalam mengejar wawasan 2020,
semua rakyat perlu memahami amalan membaca supaya amalan ini mampu
menjadi amalan turun temurun.
Menggorak langkah berjalan pulang,
Mawar disisip hiasan dara,
Membaca amalan cemerlang terbilang,
Mencorak ke arah kemajuan negara.

Oleh itu , kita perlulah meneruskan amalan ini hingga ke generasi seterusnya
yang bakal menaikan negara kita pada masa hadapan kelak .
Seorang badut melompat lompat
Disimbah air bajunya basah
Kita perlu berjimat cermat
Agar hidup tidak bermasalah .

Sebagai deduksinya,kita hendaklah melaksanakan pendekatan dalam bentuk


indoktrinasi kepada pelancong-pelancong luar supaya Malaysia menjadi tempat
yang terbaik untuk mereka lawati dan mesra kunjungi.Seyogia marhaen
Malaysia hendaklah mengamalkan sifat altruisme untuk menjadikan Malaysia
sebagai negara yang memorabilia kepada setiap pelancong.Peranan setiap
lapisan masyarakat perlu di pertingkat dan diperkuat.Kita perlu mengorak
langkah sederap untuk menjadikan nama Malaysia akan menjadi bualan di
setiap pelosok dunia.

Prakarsa yang dilakukan bersifat pragmatik dan tidak bersifat impulsif kerana
setiap pelancong mempunyai pelbagai ragam yang perlu di hadapi oleh kita.Kita
perlu bijaksana dalam melangkah untuk menghadapi semua ini.Seumpama kata
Elbert Hubbard, kebijaksaan ialah keupayaan untuk bertindak pada masa yang
benar-benar tepat. Jika kita tersalah langkah,kita ibarat menconteng arang ke
muka sendiri. Janganlah kita hanya melepaskan batuk di tangga dalam
menaikkan air muka Malaysia kerana jatuh bangun Malaysia terletak di tangan
kita.
MEMBETULKAN EJAAN DAN IMBUHAN [soalan 3 (c)]
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud
asalnya.

1. Sistem pemasaran merupakan suatu aspek yang sanggat penting dalam melarisi buku-buku
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ejaan : _________________________- _________________________Imbuhan : _____________________________ -
_______________________________
2. Tekanan merupa masaalah yang sering dialami oleh semua lapisan masyarakat tidak kira
golongan muda mahupun golongan tua.
Ejaan : _________________________- _________________________Imbuhan : _____________________________ -
_______________________________
3. Sarap yang dibuang ke dalam longkang boleh menyekat longkang dan saliran lain sekaligus
menyebab air tidak dapat mengalir dengan lancar.
Ejaan : _________________________- _________________________Imbuhan : _____________________________ -
_______________________________
4. Misi utama penubuhan Kursi Pengajian Melayu adalah untuk meningkat kesedaran masyarakat
dunia terhadap kebudayaan melayu.
Ejaan : _________________________- _________________________Imbuhan : _____________________________ -
_______________________________
5. Perkembangan Teknoloji Maklumat telah menghasilkan berbagai-bagai perisian yang diciptakan
khusus untuk membantu pengguna dalam memudah kerja serta mendapatkan hasil yang berkualiti.
Ejaan : _________________________- _________________________Imbuhan : _____________________________ -
_______________________________
6. Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perunding dan khidmat nasihat yang
meliputi peluang penerbitan, panduan penulisan buku, hakcipta dan royalti, penyediaan manuskrip, dan
proses penerbitan.
Ejaan : _________________________- _________________________Imbuhan : _____________________________ -
_______________________________
7. Semasa menanti adik di rawat kerana ketulangan, ibu tertidur berbantal lengan.
Ejaan : _________________________- _________________________Imbuhan : _____________________________ -
_______________________________
8. Amalan dan corak permakanan manusia senentiasa berubah mengikut peredaran masa.
Ejaan : _________________________- _________________________Imbuhan : _____________________________ -
_______________________________
9. Ayer kelapa tua, jika dibuang dengan banyaknya ke dalam parit atau sungai, dapat mendatang
mudarat kepada hidupan air.
Ejaan : _________________________- _________________________Imbuhan : _____________________________ -
_______________________________
10. Segala perkara yang mencemarkan harmoni dan kesejahteraan dapat dicegah dengan semangat
kerja sama dan keprihatinan sesama jiran.
Ejaan : _________________________- _________________________Imbuhan : _____________________________ -
_______________________________
11. Golongan pesakit keronik kebiasaannya beusaha untuk mendapatkan bantuan daripada orang
ramai melalui media elektronik atau media cetak.
Ejaan : _________________________- _________________________Imbuhan : _____________________________ -
_______________________________
12. Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah berkenan untuk menyempurnakan pelancar
model baharu Proton Persona di ibu negara baru-baru ini.
Ejaan : _________________________- _________________________Imbuhan : _____________________________ -
_______________________________
13. Sesi motivasi diri dan persiapan di ambang periksa telah disampaikan oleh Dr. Ismail Zain, pakar
motivasi terkenal dan penasihat Potal Pendidikan Utusan.
Ejaan : _________________________- _________________________Imbuhan : _____________________________ -
_______________________________
14. Program Rangkaian Sekolah Malaysia Asean yang dilancar oleh Menteri Pelajaran Malaysia
bertujuan untuk mengeratkan hubungan persahabatan dalam kalangan negara Asean, kususnya di
peringkat sekolah.
Ejaan : _________________________- _________________________Imbuhan : _____________________________ -
_______________________________
15. Guru dan anggota kumpulan sokongan (AKS) yang berhidmat di sekolah pedalaman akan nikmati
dua elaun sekali gus, iaitu Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) dan Elaun Balik
ke Kampung (EBK) mulai bulan Jun 2007.
Ejaan : _________________________- _________________________Imbuhan : _____________________________ -
_______________________________

You might also like