You are on page 1of 4

MODUL PDPR BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Sasaran Tingkatan 4

Tema / Tajuk TEMA 16: DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN


TAJUK: PERANAN BELIA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

Standard 2.4 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan untuk mengukuhkan


Kandungan penguasaan bahasa dan meluaskan pengetahuan bagi pembangunan diri.

Standard 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen
Pembelajaran untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang.

Objektif Pada akhir pembelajaran, anda dapat:


Pembelajaran 1. Menyenaraikan kosa kata baharu yang ditemukan.
2. Mencari maksud kosa kata baharu tersebut.
3. Membina ayat daripada kosa kata tersebut.

Tempoh Masa 1 jam

Nota Rujuk Lampiran 1

Aktiviti 1. Anda diminta membaca bahan yang diberikan dengan telitinya.


2. Anda diminta menyenaraikan kosa kata baharu yang ditemukan dalam
teks. (Lampiran 1)
3. Anda diminta mencari maksud kosa kata baharu dengan merujuk kamus.
4. Anda diminta membina ayat sendiri daripada kosa kata yang ditemukan
dengan tepatnya.
5. Hasil tugasan anda hendaklah dihantar kepada guru mata pelajaran
melalui media sosial WhatsApp atau Telegram kelas.

Pentaksiran Anda akan dinilai berdasarkan tugasan yang telah dijawab.


LAMPIRAN 1

2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meningkatkan
penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang.

1. Baca dan senaraikan kosa kata baharu yang ditemukan. Kemudian, cari maksud kosa kata
tersebut.

Malaysia, sebagai sebuah negara berbilang kaum yang pesat membangun dan sedang menghadapi
cabaran ke arah pembinaan satu bangsa Malaysia yang bersatu-padu, sangat bergantung kepada
golongan belia yang aktif, berdisiplin dan progresif. Belia merupakan golongan yang paling aktif
dalam masyarakat dan bilangan mereka adalah hampir separuh daripada jumlah penduduk negara
kita.

Belia merupakan asas sebenar atau tulang belakang kepada keutuhan dan kekuatan sesuatu
bangsa dan negara. Oleh itu usaha-usaha hendaklah terus ditumpukan kepada peningkatan
keupayaan dan kecekapan mereka. Hal ini amat perlu memandangkan cabaran masa hadapan yang
akan ditempuh oleh para belia adalah lebih hebat dan canggih yang memerlukan satu persiapan atau
persediaan diri yang hebat. Negara kita sudah pasti akan terdedah kepada pelbagai pengaruh dan
tekanan dari dalam dan luar yang boleh menentukan maju mundurnya proses pembangunan dan
kemajuan negara.

Sebagai langkah pertama ke arah persediaan itu, sikap lama para belia harus ditukar atau
disesuaikan mengikut keperluan zaman. Mereka tidak boleh lagi bergantung semata-mata kepada
orang lain seperti kerajaan untuk mendapatkan sesuatu. Para belia harus mempunyai sikap
berdikari dalam segala usaha mereka. Mereka harus mempunyai matlamat hidup yang jelas, cita-cita
tinggi untuk maju, disiplin diri dan berani menghadapi perubahan ke arah kebaikan. Pendek kata
sikap-sikap yang negatif seperti takut menghadapi risiko, tidak toleran, kekurangan minat terhadap
sesuatu yang boleh mendatangkan faedah, tidak suka bekerjasama dan mementingkan diri sendiri
hendaklah dikikis dan dibuangkan.

Langkah kedua ialah meningkatkan ilmu pengetahuan para belia. Pada era letupan informasi
sekarang ini para belia tidak dapat tidak harus mengikuti pelbagai perkembangan maklumat dan
ilmu yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Kemajuan pesat yang berlaku dalam berbagai-
bagai bidang seperti industri pembuatan, penyelidikan dan pembangunan, pendidikan moden,
komputer, komunikasi, pengangkutan, seni bina dan sains dan teknologi, tidaklah boleh dipandang
sepi oleh para belia. Ilmu-ilmu dalam pelbagai bidang ini harus dicari dan dipelajari oleh belia- belia
negara. Golongan belia harus sedar tanpa ilmu yang tinggi mereka tidak akan dapat ke mana atau
membawa negara ke mercu kejayaan pada masa depan.

Akhir sekali, para belia juga perlu menambahkan kemahiran mereka. Kemahiran atau
kepakaran ini mesti dimiliki oleh golongan belia di segenap lapangan usaha dan kegiatan. Tanpa
kemahiran ini belia kita tidak akan dapat menjalankan atau mengendalikan apa-apa tugas yang
memerlukan kecekapan, kepandaian dan kepakaran mereka. Oleh itu, mereka harus mencari ruang
dan peluang untuk mengikuti kursus-kursus kemahiran.

Dipetik dan diubah suai daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hari-belia-


malaysia-apa-perlu-ada-dalam-jiwa-anak-muda
Bil Kosa Kata Baharu Maksud
1 progresif
2
3
4
5
6
7
8
9
10

2. Bina ayat anda sendiri daripada kosa kata di atas.

1. ________________________________________________________________________________________

2. _______________________________________________________________________________________

3. ________________________________________________________________________________________

4. ________________________________________________________________________________________

5. _______________________________________________________________________________________

6. ________________________________________________________________________________________

7. ________________________________________________________________________________________

8. ________________________________________________________________________________________

9. ________________________________________________________________________________________

10. ______________________________________________________________________________________

You might also like